Saturday, July 31, 2010

IKAN BUSUK DARI KEPALA?


Memang benar 'ikan busuk dari kepala'nya, justeru pepatah terkenal China ini berguna pakai bukan sahaja kepada golongan pemimpin yang korupsi atau 'membohong' sahaja malah hendaklah dilihat dari luar kotak fikiran kita.

Di Indonesia juga, kata-kata 'ikan busuk dari kepala' menjadi popular, Menteri Koordinator Perekonomian Indonesia, Rizal Ramli ketika mengulas kes salah laku seorang Ketua Pengarah PT Ramayana Lestari Sentosa berkata, "kalau ikan busuk tidak mungkin dari ekornya, tapi dari kepalanya, kalau mau diambil tindakan ya dari kepalanya."

Allah SWT telah jelaskan didalam Al Quran, "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar." - (Al Ahzab 67-68)

Think out of the box - renungkan sejarah penentangan Nabi dan Rasul, juga dilakukan oleh kepala-kepala masyarakat dan kepala-kepala agama yang memang sama dengan kepala ikan yang busuk.

Menonjolkan TLLS sahaja sebagai 'kepala ikan yang busuk' tidak cukup dan tidak memadai. Penangkapan TLLS tidak boleh dipandang sebelah mata, sebagai 'kepala ikan yang busuk' bagi parti MCA, maka seluruh MCA itu sendiri sudah lama busuk! Sudah 2 'kepala ikan yang busuk' lahir dari MCA, mana mungkin MCA menjadi tidak busuk dengan hanya menukar kepalanya yang busuk sahaja kerana MCA sudah busuk seluruhnya, bermula dari ekor lagi. MCA yang patut diharamkan bukannya DAP wahai Zulkifli Nordin!

Dipanjangkan lagi, siapa kepala TLLS ketika itu, beliau merupakan salah seorang menteri kabinet dan siapa pula Perdana Menteri ketika itu. TLLS bukan 'kepala ikan yang busuk' kabinet menteri beliau hanya 'kepala ikan yang busuk' MCA. Teori ikan busuk bermula dari kepalanya, maka Perdana Menteri ketika itu juga adalah 'kepala ikan yang busuk'. Badan 'ikan' iaitu menteri kabinetnya, TLLS sudah busuk, maka sahih ianya bermula dari 'kepala ikan yang busuk' iaitu Perdana Menteri!

Adakah TLLS seorang sahaja 'yang busuk' ?

No comments:

BERITA TERKINI