| Isu pertembungan sesama sendiri (MSO sifatkan mereka ini adalah
HANTU) di 8 tempat semakin panas. |
| Lihat
bagaimana BeEnd menyerang PR walaupun mereka lupa atau malu nak sebutkan |
| bahawa pihak
mereka juga wujud pertembungan malah penentangan yang lebih besar dengan |
| 25 insiden
(22 Umno, 2 Gerakan dan 1 MCA) semuanya. |
|
| Ya, biarlah
mereka berkokok melata sedang tahi bergelumang diekor sendiri. |
| Lebih baik
kita bicarakan hal kita, buruk dan baik kita, tak payah tuding jari kepada
pihak mereka |
| sedangkan
perkara yang sama berlaku di pihak kita. |
|
|
| 8
pertembungan yang aku sifatkan lahir dari kelemahan calon itu sendiri dan
juga kelemahan pemimpin |
| tertinggi
PR. Calon yang sudah pun tahu rakan seperjuangan telah pun mengemukakan
pencalonan |
| ketika hadir
di pusat penamaan calon terus juga berdegil mengemukakan borang untuk menjadi
calon. |
| Inilah yang
aku sifatkan gila kuasa yang jelas bertentangan dengan prinsip perjuangan
yang di kokokkan |
| pada setiap
kali ceramah mereka! Adakah PAS atau PKR atau DAP akan memecat mereka? Atau
mereka sendiri sepatutnya letak jawatan! |
| Kemungkinan
juga HANTU-HANTU tadi engkar dengan perintah ketua mereka dan berdegil juga
hendak menjadi calon. |
| Maka adalah
menjadi tanggungjawab ketua mereka memecat keahlian mereka serta merta. |
| Jika gagal
berbuat demikian maka lebih baik ketua pemimpin mereka meletak jawatan! |
| Boleh jadi
juga sememangnya dalang pertembungan ini ialah ketua pemimpin mereka sendiri. |
| Jika ini
sebenarnya yang berlaku, maka lebih baik dalang ini meletak jawatan! |
| Bunyinya
cukup tegas dan keras. Tapi perlu ingat, selama ini pun pihak kita sentiasa
memaksa, bertempik, berdemo, |
| memaksa
pihak pemerintah, umNO beend letak jawatan kerana gagal dalam sesuatu hal
atau isu. |
| Dan apabila
mereka tidak mahu dikatakan mereka ini tiada integriti dan tidak
bertanggungjawab. |
| Kini satu
jari yang kita tudingkan pada mereka, 3 jari menuding kita pula! |
| Nah!
Buktikan bahawa HANTU-HANTU tadi atau pemimpin mereka punya integriti! |
| Kalau tidak,
mereka juga 2 X 5! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Dari
pertembungan 1 di Parlimen dan 7 DUN, beend kini sudah satu kaki menuju
kemenangan. |
| Bermakna
beend sudah mendahului 1-0 di peringkat Parlimen dan 7-0 di DUN. |
| 1. Bagi P166
Labuan, |
|
|
|
|
|
| Mampukah
tokoh korporat Ibrahim Menudin PKR atau Hadnan Mohamad PAS mengaut undi yang
besar sedangkan sudah pasti perpecahan undi |
| Melayu pasti
berlaku. |
|
|
|
|
| Bagaimana
mereka nak menandingi majoriti 8,457 yang dimenangi beend pada PRU12 yang
lalu walaupun beend mengemukakan muka baru. |
| 2. Di
Trengganu N2 Kota Putera, modal majoriti 3,332 undi pada PRU12 akan dibawa
oleh calon baru beend sedangkan undi PR pastinya berpecah |
| kepada Adam
Mat Said PAS dan Mohamed Abdul Ghani PKR. Kawasan ini bergantung sepenuhnya
dengan undi Melayu (98.7%). |
| 3. Di N11
Seberang Takir, calon beend yang merupakan penyandang pastinya akan
pertahankan majoritinya 2,430 undi malah Ahmad Razif |
| Abd Rahman
tentunya sudah melakukan post mortem dan pastinya akan cuba memperbaiki
kelemahan dari PRU12 lalu. |
| Undi Melayu
(99.1%) sudah pastinya berpecah 3, apakah mampu Ahmad Nazri PKR dan Zakaria
Dagang PAS menandingi penyandang Ahmad Razif. |
| 4. N25 Bukit
Besi, menyaksikan pertembungan Roslan Ismail PAS dengan Mohd Shamsul Mat Amin
PKR. Dan mereka berdepan dengan calon baru |
| beend Roslee
Daud. Pada PRU12 beend mendapat majoriti sebanyak 2,492 undi. |
| 5. Di Pulau
Pinang pula iaitu di N21 Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria beend penyandang
dengan majoriti kechil 250 undi akan berdepan |
| dengan
Che'gu Bard PKR dan Ustaz Yusni PAS. Belajar dari PRU12 yang lalu sudah pasti
calon beend itu akan memperbaiki kelemahannya dulu |
| dan sedar
bahawa undi PR akan berpecah dua beliau hanya perlu berusaha lebih sedikit
sahaja untuk mengulangi kejayaannya. |
| 6. Di N31
Jelapang, Perak, undi majoriti (6,707) yang cukup tinggi diperolehi oleh
'katak' DAP di PRU12 lalu bukanlah menjadi lesen buat Teh Hock Ke DAP |
| untuk menang
selesa. Hock Ke bakal berdepan dengan M. Sarasvathy PSM dan S. Mokan beend. |
| Kelebihan
buat Hock Ke disini kerana pengundi China merupakan pengundi majoriti iaitu
sebanyak 67.6%. Namun harus diingat bahawa undi PR akan berpecah kepada 2. |
| 7. N39 Kota
Damansara, Mohd Nasir PKR penyandang dengan majoriti hanya 1,075 undi di
PRU12 bakal berdepan dengan Ridzuan Ismail PAS, calon beend dan 3 calon
bebas. |
| Pengundi
Melayu seramai 56.1% sudah pastinya akan berpecah kepada 5 calon Melayu. Agak
sukar bagi Mohd Nasir untuk pertahankan kerusi yang dimenanginya. |
| 8. Sementara
di N34 Panti, Johor, calon benend Datuk Bader Dasuki akan pertahankan
kerusinya yang dimenanginya dengan majoriti 7,503 undi. |
| Undi yang
pastinya berpecah kepada 2 iaitu kepada Azlisham Azahar PAS dan Mohd Annnuar
PKR rasanya tak mampu menggugat kedudukan Datuk Baderi. |
|
|
|
|
|
|
|
| Walau apa
pun yang akan berlaku dan bersungguh-sungguh pemimpin PR berkata dalam sehari
dua lagi akan menyelesaikan pertembungan ini |
| di kertas
undi sudah pasti tertera parti-parti dibawah PR yang bertembung. Ini
mengelirukan pengundi apatah lagi penyokong PR. |
| Malah lebih
teruk lagi implikasi dari pertembungan ini sudah dilihat oleh mata seluruh
dunia dan agak sukar untuk diperbetulkan persepsi |
| bahawa PR
tidak punya persefahaman yang kukuh. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kepada yang
terlibat lebih baik letak jawatan dan buktikan kamu punya integriti!
|