Monday, November 23, 2009

HUSAM DI KELANTAN, MUKHRIZ DI KEDAH


Husam masih kekal di Kelantan, gagal lagi puak 'putar ranggah' nak pecahbelahkan PAS di Kelantan. Namun perlu diingat usaha puak ini tidak ada 'full stop'nya. Seluruh kepimpinan PR, khasnya PAS di Kelantan, hendaklah senantiasa waspada, tinggi sensitiviti dan berjiwa kental untuk menghadapi cabaran seterusnya yang sudah pasti kian hebat.

Baka dan benih puak ini bercambah dan tidak akan pupus sebagaimana yang berlaku di Asia Barat, sampai bila-bila pun Israel akan terus melanyak Palestine. Kini giliran Najib baka Tun Razak menerajui negara meneruskan usaha Tun Mahathir dan Tun Abdullah yang tidak kesampaian menakluk Kelantan. Lihat apa yang mereka lakukan kepada rakyat Kelantan, hak rakyat dinafikan dalam isu royalti minyak, berdolak dalih memberi fakta, penipuan ditutup dengan penipuan, sampai bila? Yang pasti tidak ada 'full stop' dalam kotak fikiran mereka.

Ingat, didalam puak ini juga ada baka Tun Husein, juga baka Tun Mahathir dan 'baka' Tun Abdullah. Badi kebobrokan puak ini sudah sebati dalam perjuangan mereka, maka tidak heranlah 'perjuangan yang belum selesai' akan mereka genggam sepanjang hayat.

Isu Husam, diharapkan sudah selesai, sekaligus menggagalkan usaha puak ini memecahkan tembok PAS Kelantan. Bagi aku secara peribadi memang berharap Husam bakal menjadi tokoh penting di Kelantan disamping rakan-rakan lain membantu. Malas aku nak bongkar dan paparkan strategi peribadi mereka dalam meletakkan namanya dipersada politik negara, kerana masing-masing punya strategi tersendiri. Namun biarlah 'perang' dalaman berlangsung dalam keadaan berhemah, seperti tarik rambut dalam tepung.

Nama Mukhriz, baka Tun Mahathir, tidak asing lagi baik di Kedah maupun di seluruh negara. Langkahnya sedang diatur, untuk menaiki ke mercu yang lebih selesa dalam karier politiknya. Lihat sahaja, yang terbaru, belum lagi di istiharkan prk di Kota Siputeh, penawaran diri sudah ditonjolkan. Mukhriz yang kini adalah MP Jerlun cuba menjadi juara di DUN pula. Ini bagi aku adalah strategi jangkapanjang karier politiknya, walaupun hari ini beliau diangkat Najib, tetapi belum tentu selamat. Tiada Najib, maka kembali pudar untuk Mukhriz naik keatas. Maka sebab itu beliau dilihat cuba untuk bertapak di peringkat negeri pula sebagai 'backup plan'. Sementara bapanya masih punya kuku walaupun dah tumpul beliau perlu mengambil kesempatan terbaik ini untuk menonjol. Apalagi Kota Siputeh sinonim sebagai kubu kuat umNO be end.

Namun bagi PAS PR, kalah menang sudah menjadi asam garam perjuangan mereka. Kalau Kuala Trengganu berjaya dirampas, tidak mustahil ia juga boleh berlaku di Kota Siputeh.

Saturday, November 14, 2009

GUNA PENAPIS TEH BUKAN PENAPIS SANTAN


Entah dimana silapnya, semakin mendapat kuasa semakin kacau bilau jadinya pakatan rakyat.
Baik PAS, PKR mahupun DAP nampaknya tak sendik bergolak, namun DAP lebih tenang.
PAS semakin lama berkuasa semakin goyang, tak habis-habis dengan isu dalaman.
PKR pula berdepan dengan kerenah ahli yang berhormat yang belot kepada perjuangan.
Masa berjalan begitu pantas, rakyat menilai dan menyuluh perkembangan pakatan rakyat.
Mana bisa bertahan di pru 13 nanti kalau berterusan begini apalagi mahu lebih cemerlang.
Itupun belum diambilkira kpi wakil rakyat yang dipilih di pru 12 lalu, turun padangkah mereka.
Baik adun maupun apar, tertanggungkah mereka dengan amanah yang diberi.

Wahai pejuang pakatan rakyat sekalian, sudah-sudahlah berperang sesama sendiri, rugi nanti.
Buangkanlah yang keroh dan ambillah yang jernih, bersatulah, rapatkan kembali saf.
Ketahuilah dan sedarlah rakyat berharap sangat PR memerintah Malaysia.
Masa tidak menunggu kita, pru 13 makin hampir, kalau tidak sekarang bila lagi nak bersedia.

Dari awal kemenangan aku dah sarankan, jadikan Kelantan dibawah TGNA sebagai model.
Terbukti sudah, 20 tahun memerintah, masih kental, walau taufan dan badai melanda.
Baik rakyat maupun ahli pr bersatu padu menyokong pemerintahan PAS di Kelantan.
Sudah 3 perdana menteri berlalu namun Kelantan masih teguh di bawah PAS.
Sudah bersilih ganti ketua umNO namun PAS masih tegak berkuasa di Kelantan.
Tentunya semua bersetuju, yang baik jadikanlah contoh dan model serta diikuti.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, pru 13 makin hampir.
Persediaan menghadapi pru 13 perlu mula dari sekarang, jangan nak berak baru lubang dicari.
Individu yang cuba porak perandakan parti perlu di nyahkan, tak rugi kalau mereka tiada.
Baik PAS, PKR atau DAP, buangkan antah dalam beras, agar nasi dapat dinikmati.
Penapis santan tidak praktikal lagi, gunalah penapis teh, agar pejuang tulen bersatu padu.


Seluruh rakyat amat berharap kemelut dalaman pr segera tamat.
Yang mana sesat, baliklah ke pangkal jalan, yang tamak haloba keluarlah dengan terhormat.
Yang lalai, segeralah sedar, yang khianat berambuslah segera.
Semoga PR bakal memerintah Malaysia.

Monday, October 12, 2009

2. KEMUJARABAN ASMA'UL HUSNA (sambungan)


AR RAHIM
(Maha Penyayang)

THE MERCIFUL
He who gives blessings and prosperity, particularly to those who use these gifts as He has said, and is merciful to the believers in the Hereafter.



Allah s.w.t. mengurniakan kenikmatan dan Maha Penyayang ke atas hambaNya di alam Akhirat.

Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
( Al Nahl, ayat 18 )


Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
( Al Mumthanah, ayat 7 )


Khasiat atau fadilat membaca AR RAHIM :

1. Sesiapa mengamalkan dengan menyebut YA RAHIM sebanyak 100 kali pada setiap kali selepas solat Subuh, dirinya akan disayangi, disenangi dan disukai
orang dan masyarakat.
2. Amalan membaca YA RAHIM sebanyak 100 kali pada setiap hari, akan memperolehi kelembutan hati dan terbitnya perasaan kasih sayang antara satu sama lain.


AL MALIK
(Maha Merajai)

THE ABSOLUTE RULER
He who is the Ruler of the entire universe



Mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendaknya.

Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
Tiadakah kamu mengetahui bahwa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung maupun seorang penolong.
( Al Baqarah, ayat 107 )


Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
( Al Imron, ayat 189 )


Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
Maka Maha Tinggi Allah Raja Yang sebenar-benarnya, dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Al Qur'an sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu, dan katakanlah: "Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan."
( Thaha, ayat 114 )


Khasiat atau fadilat membaca AL MALIK :


1. Sentiasa menyebut YA MALIK tidak kira siang atau malam, pagi atau petang, orang itu akan dihormati orang dan menerima layanan yang sewajarnya.
2. Sebutlah YA MALIK sebanyak 121 kali setiap hari setelah terbit fajar atau setelah gelincir matahari, insyaAllah akan dikayakan orang itu dengan sebab atau dengan pintu yang dibuka oleh Allah s.w.t. untuknya.


AL QUDDUS
( Maha Suci)

THE PURE ONE
He who is free from all error



Maha Suci dari segala cacat cela dan kekurangan.

Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
Telah pasti datangnya ketetapan Allah maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang) nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan.
( Al Nahl, ayat 1 )


Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
Maha Suci dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka katakan dengan ketinggian yang sebesar-besarnya.
( Al Isra', ayat 43 )


Khasiat atau fadilat membaca AL QUDDUS :


1. Amalkanlah menyebut YA QUDDUS sebanyak 100 kali setiap hari setelah gelincir matahari, insyaAllah akan bebas dari kebimbangan, bersih dari sifat hasad dengki, sifat rakus dan sifat sombong.
2. Sekiranya diamalkan menyebut dan membaca YA QUDDUS sebanyak 1000 kali setiap hari, orang itu akan selamat dari malapetaka.


waLlahhualam.

Sunday, October 11, 2009

PRK BAGAN PINANG : KEPUTUSAN RASMI



KEPUTUSAN RASMI :

PAS - 2,578 undi

BN - 8,013 undi

MAJORITI - 5,435

Jutaan terima kasih kepada yang telah mengundi PAS PR.

Saturday, October 10, 2009

PRK BAGAN PINANG : YANG MEMIMPIN PUN DI TOLAK !


Baru sekejap tadi, warga China ahli mca dengan berani menolak presiden dan timbalannya. Inilah kuasa rakyat dan kuasa ahli! Kenapa tiba-tiba ahli mca hari ini menunjukkan telor masing-masing? Apakah sudah ada kesedaran bahawa kalau punya pemimpin yang rasuah dan punya banyak masalah rakyat lah yang bakal merana? Atau apakah mereka sudah sedar kalau dipimpin oleh pemimpin yang rasuah dan rendah moral, parti akan tidak tenteram serta huru hara berpanjangan. Syabas kepada ahli-ahli mca!
Inilah bukti bahawa ahli bawahan dan rakyat marhaen tidak lagi bodoh, malah tidak lagi mudah di tipu, bangkai gajah tak mampu ditutup dengan nyiru lagi. Segala maklumat sudah ada dihujung jari, tinggal lagi ada pihak yang diperkudakan untuk melindungi dan tidak mengambil tindakan terhadap pemimpin yang rasuah serta pemimpin yang rendah moralnya. Kalau di egm mca mereka boleh lakukan, ayuh kaum sahabatku, buktikan pula di prk Bagan Pinang seterusnya di pru 13 nanti.
mca sudah, umno bila lagi? Kaum China sudah sedar, entah bila pula Melayu nak sedar. Kalau masih belum sedar, maka tidak hairanlah Melayu sentiasa ketinggalan bukan sahaja dalam bidang ekonomi malah tahap pemikiran juga akan ketinggalan.
Yang sedang memimpin pun kaum China tolak, bagaimana pula yang sedang dicalonkan untuk jadi pemimpin? Adakah undi kaum China di Bagan Pinang nanti akan beralih arah? Benar! Presiden dan timbalan mca yang bermasalah yang dipilih mereka sendiri telah pun di tolak, maka aku yakin Isa Samad juga akan ditolak mereka kerana Isa Samad jelas merupakan pemimpin yang seangkatan dengan Ong dan Chua, bermasalah.
Wahai pengundi di Bagan Pinang khususnya kaum China, hari ini mca mencipta sejarah tersendiri. Sejarah yang akan dikenang seluruh rakyat Malaysia yang mahukan pemimpin yang bersih, pemimpin yang dihormati, pemimpin yang disenangi, pemimpin yang bela rakyatnya siang malam dan menolak pemimpin rasuah, pemimpin zalim, pemimpin rendah moral, pemimpin yang lupa rakyat, pemimpin yang penting diri, pemimpin bongkak, pemimpin penipu, pemimpin yang kayakan dirinya sahaja. Inilah peluang pengundi China di Bagan Pinang untuk turut sama melakar satu lagi sejarah. Sejarah yang akan dikenang seluruh rakyat Negeri Sembilan. Maka benamkanlah Isa Samad pemipin rasuah, undilah calon PAS PR !
Wahai pengundi di Bagan Pinang seluruhnya, anda semua akan keterbelakang sekiranya tidak mengikut jejak rakan mca menolak presiden dan timbalan yang bermasalah. Sedarlah, undi anda semua bakal mencorakkan kehidupan anda hari ini dan masa depan. Jangan dek salah tangan memangkah undi, ibu mengandung nak dipersalahkan. Bagan Pinang akan dikenang sebagai pencetus penolakan pemimpin yang rasuah, 'tendang' Isa maknanya anda semua cintakan pemimpin bersih. Undilah calon PAS PR, calon bersih lagi bijaksana.
Selamat mengundi.

Thursday, October 8, 2009

PRK BAGAN PINANG : CERDIKKAH TPM MALAYSIA ?


KHAS BUAT WARGA PENGUNDI DI BAGAN PINANG, ANDA SEMUA DAPAT LIHAT BETAPA CERDIK NYA PEMIKIRAN TPM MALAYSIA DAN GOLONGAN YANG SEANGKATAN DENGANNYA BILA MEREKA SEMUA BERKEMPEN DI TEMPAT ANDA. SEMAKIN HARI SEMAKIN TERSERLAH KECERDIKAN MEREKA, BANGKAI GAJAH MANA BISA DITUTUP DENGAN NYIRU.........

Kebodohan yang ketara, berkempen di Bagan Pinang, Kelantan yang menjadi mangsa. Inilah tahap pemikiran tokoh pemimpin umNo b end setelah lebih 50 tahun memerintah dan merdeka. Lihat kenyataannya :

K'tan contoh kegagalan PAS: TPM (Okt 6, 09) - Rakyat perlu mengambil Kelantan sebagai contoh kegagalan parti PAS membangunkan negeri itu sejak 20 tahun lepas dan sebaliknya menilai rekod kejayaan kerajaan BN. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kepimpinan BN sudah terbukti apabila meletakkan Malaysia antara negara yang maju di dunia selepas memerintah negara sejak 50 tahun lalu. "Kalau kita pergi ke Kelantan, kita akan lihat sebuah negeri yang dipimpin oleh PAS yang masih lagi mundur dan kadar kemiskinan adalah antara tertinggi dalam negara," katanya ketika berucap di majlis sambutan Aidilfitri 1Malaysia Bandar Sunggala di Port Dickson semalam.

Aku tidak mahu komen banyak tentang Kelantan (tanah tumpah darah ku), hanya rakyat Malaysia yang celik matanya dan yang waras akalnya sahaja tahu bagaimana Kelantan sekarang. Kerana Kelantan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.

Bandingkan dengan berita di bawah, negeri yang tidak pernah diperintah PAS, PKR jauh sekali DAP.

SEMPORNA: Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memperuntukkan sebanyak RM 91,200 atau RM 200 seorang untuk diagih-agihkan kepada 456 nelayan miskin di daerah ini, sebagai elaun sara hidup mereka bagi bulan September 2009. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, bantuan tersebut merupakan bukti keprihatinan pihak kerajaaan terhadap nasib golongan nelayan miskin yang kini jumlahnya mencecah 57 ribu orang di seluruh negara.

Kenapa boleh jadi begini, di negeri yang kaya dengan hasil mahsulnya? Kalau inilah rekod kejayaan yang di 'kokok' dan di bangga Muhyiddin, alamatnya Malaysia akan semakin mundur. Kalau nak di senaraikan keseluruhan rekod kejayaan yang menjadi kebanggaan umNO b end, aku rasa mengalahkan hikayat 1001 malam.


Diatas juga adalah satu lagi rekod kejayaan kebanggaan Muhyiddin, setelah 50 tahun memerintah dengan bangganya, masih ada rakyat merempat di tanah air sendiri.

Lihat foto-foto dibawah, lintasan keretapi di Mengkibol, Rengam Siding dan Tampin. Inikah kualiti lintasan keretapi yang mampu dibina selama 50 tahun lebih memerintah? Inikah dinamakan membela rakyat, sedangkan tahap keselamatan rakyat di perjudikan sebegini rupa? Untuk pengetahuan semua, terdapat 144 lintasan keretapi yang sewaktu dengannya di seluruh negara yang bila-bila masa boleh mengundang padah kepada rakyat terbanyak. Pemimpin negara tidak melalui jalan-jalan ini sebab itulah mereka ini buta tentang masalah rakyat.



Berbalik kita di Bagan Pinang, yang menjadi 'medan perang' sebenar. Saksikanlah bagaimana umNO b end berjaya membawa pembangunan dengan banyaknya projek-projek gajah putih dan projek yang terbengkalai di seluruh Port Dickson. Sila ke http://perisik-rakyat.com. Kalau beginilah yang dikatakan satu rekod pencapaian yang membanggakan, aku rasa Tan Sri Pak Pandir dan Datin Sri Mak Andeh pun boleh jadi menteri.
-------------------------------------------------------------------------------
AKU MENYERU KEPADA SELURUH WARGA PENGUNDI DI BAGAN PINANG, INILAH SAAT YANG TERBAIK UNTUK MENOLAK umNO b end YANG BUKAN SAHAJA GAGAL MEMBELA RAKYAT MALAH PARTI PERASUAH. UNDI ANDA NANTI BAKAL MENCORAKKAN MASA DEPAN DI BAGAN PINANG, IBARAT KAIN PUTIH, BATIK DILUKIS, BATIKLAH HASILNYA. SEKIRANYA ANAK CUCU MERANA KEMUDIAN HARI DEK KERANA PEMERINTAH YANG HAPRAK DIPILIH, MEREKA AKAN SALAHKAN TANGAN MEMANGKAH UNDI BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG.
--------------------------------------------------------------------------------
UNDILAH PAS PR ! TAKBIR !

Saturday, October 3, 2009

PRK BAGAN PINANG : 3 PENJURU ?


Rasmi sudah prk Bagan Pinang, lebih rasmi lagi calon umNO b end TS Isa Samad akan ditentang oleh Hj Zulkefli Mohd Omar PAS PR. Malang bagi bekas penaja PKR, hajat nak bertanding nak bertanding tak kesampaian, akibat dari kebodohan sendiri yang naif tentang pilihanraya. Bagus jugaklah dia ni keluar dari PKR. Orang macam ni rasa aku tidak diperlukan dalam PR, cetek pengetahuan!

Yang tidak rasminya prk Bagan Pinang, akan kita lihat pertandingan 3 penjuru. Mohamad Hassan juga nampaknya akan 'bertanding'. Beliau yang kini MB NS tentunya tak nenyak

tidur bila TS Isa Samad dicalonkan. Sudah
pasti kedudukannya sebagai MB NS tergugat. Bagi TS Isa Samad pula, inilah peluang terbaik baginya untuk membuat 'come back' dalam karier politiknya. Baki sisa di penghujung usia inilah masa untuk mengukir dan mengumpulkan lebih kekayaan.
Atas dasar inilah, Mohamad Hassan juga 'bertanding', kerana baginya tidak rugi jika Bagan Pinang jatuh ke tangan PAS PR malahan beliau akan merasakan dirinya tidak akan terancam lagi dengan kehadiran TS Isa Samad.


Dalam diam, Mohamad Hassan telah pun menggerakkan orang-orangnya dalam usaha menggagalkan TS Isa Samad. Senario begini

dalam kem umNO b end memang dah biasa terjadi bukan sahaja di setiap prk malah juga berlaku keika pru. Bagi puak yang tidak senang dengan calon yang dipilih bukan dari puak mereka, akan berlakulah penenangan dari dalam.

Sejarah di Permatang Pasir, puak Datuk Arif Shah gembira dan puas bila calon puak Datuk Jalil tewas. Begitu juga di Manek Urai, ada puak veteran di Kuala Krai, cukup gembira dengan tewasnya orang Datuk Ramzi.

Walaubagaimanapun kita lihat nanti bagaimana orang-orang Mohamad Hassan bergerak bagai api dalam sekam membantu PAS PR merampas Bagan Pinang.

Bagi pejuang PAS PR pula jangan alpa dan lalai dengan berbagai taktik kotor dan helah mereka. Ketelusan undi pos perlu terus diperjuangkan, malah lebih keras lagi. InsyaAllah dengan usaha gigih dan kerja yang sungguh-sungguh atas nama Allah kejayaan akan menjelma. Tiada yang lebih berkuasa dari Allah SWT.

Bagi rakyat Bagan Pinang, sedarlah masa depan kita, masa depan anak cucu kita adalah ditangan kita. Ingatlah cerah gelap masa depan kehidupan kita bukan salah ibu mengandung, tapi salah tangan memangkah undi.

Semoga kemenangan berpihak kepada PAS PR ! Takbir !

Wednesday, September 30, 2009

DI BAGAN PINANG DAPAT, DI TRENGGANU MELEPAS


PUAK YANG SAMA TAPI BERBEZA SIFATNYA.

DI TRENGGANU...........YANG TIDAK BAIK DI TOLAK.




DI BAGAN PINANG........YANG TIDAK BAIK DI PILIH



Sunday, September 27, 2009

SAMPAH ITU CEMAR


Nampaknya isu sampah masih tak sendit (berakhir). Kalau sampah yang bertimbun di tong-tong sampah melimpah ruah hingga nampak seperti bukit kecil (bukan Bukit Gantang atau Bukit Selambau) aku tak berapa hairan. Maklumlah cuti raya yang agak panjang, pekerja-pekerja bandaran pun cuti panjang dan memanjangkan cuti. Sampah terhimpun sejak dari malam raya hinggalah beberapa hari selepas raya, situasi ini lazimnya berlaku dimana-mana pun.

Sampah yang dihimpun selama beberapa hari itu tentulah cemar, kotor dan baunya menusuk ke kalbu. Oleh kerana cemar, kotor dan baunya yang tak tertahan dek lubang hidung itulah sebabnya sampah ini dibuang. Tong dah penuh dan sendat, di baling juga di sekeliling tong sampah tersebut, tak apa asalkan ada bersama-sama sampah yang lain.

Aku masih ingat kata-kata Samy Vellu (presiden mic yang bakal bungkus), "pengundi menyampah dengan b end, bukan dengan saya, sebab itu saya kalah." Inilah tanda-tanda awal Samy Vellu akan di buang b end, kerana b end adalah sampah.


B end adalah sampah bagi Samy Vellu, tanpa dia sedari atau lupa diri (ada juga India mudah lupa, ingatkan Melayu sahaja yang mudah lupa), dia juga adalah b end, mic juga adalah b end. Maka Samy Vellu juga adalah sampah. Sampah tempatnya dimana? Di tong sampah.

Dr Mahathir pula berkata, walaupun penting bagi Umno menang di Bagan Pinang, tetapi calon yang tercemar akan memalukan parti dan kerajaan BN. Calon yang memang cemar, Isa Samad lah siapa lagi yang dimaksudkan TDM. Tapi adakah Isa Samad sahaja yang cemar.

Teringat aku pada bulan March yang lalu, (rujuk posting aku pada 30 March 2009 yang bertajuk Cemarnya Tun Mahathir), TDM berkata, "saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.". Kenyataan yang dikeluarkan ketika berlangsungnya perhimpunan agung umNO, tapi tak sampai 24 jam selepas itu beliau muncul dimajlis yang cemar!

Maka benar lagi nyata, umNO itu sememangnya cemar. Yang berkata-kata berasa diri sendiri tidak cemar akhirnya turut cemar. Kalau begitulah andaiannya, siapa lagi selain dari Isa Samad unuk dicalonkan? Kalau umNO keseluruhannya dah cemar, adakah lagi yang tidak cemar? Mungkin Isa Samad tidaklah secemar orang lain yang lebih cemar!

Benda cemar adalah benda sampah, maka umNO itu sampah, betul juga kata Samy Vellu, orang menyampah dengan b end.

Dalam banyak-banyak sampah ada pula sampah 'muda'. Sampah atau yang cemar, biasanya benda yang lama, benda yang tidak berguna, sisa-sisa dari benda elok, tapi kalau sampah 'muda' pula bagaimana ya?

TG Nik Azizi berkata faktor tua bukan menjadi penghalang seseorang daripada menjadi pemimpin politik. Tambahnya lagi, "tua apa salahnya, kalau muda pun hanya sampah, apa guna? Reaksi TG Nik Aziz terhadap cabaran Ibrahim Ali supaya letak jawatan, tak pasal-pasal kena jadi sampah (dulu jadi katak).

TDM patutnya nasihatkan Ibrahim Ali, orang harapannya satu masa dulu, minta dia banyak-banyak bersyukur dan berterima kasih, jawatan sekarang pun hasil dari sedekah PAS kepadanya.


Kata orang tangan yang diatas lebih mulia dari tangan yang dibawah. Ibrahim Ali dulu beria-ia minta 'sedekah' dari TG Nik Aziz nak bertanding di PRU12 lalu dibawah lambang PAS, malah seluruh 'tentera' PAS membantu memenangkannya tapi sekarang sudah jelas menentang PAS.


Lebih hinanya tangan dibawah, Ibrahim Ali yang dulunya popular dengan kataknya kini sudah menjadi sampah, sampah muda!

Oleh itu ingatlah wahai pemimpin semua, jangan sampai tercemar dan menjadi sampah. Kerana yang cemar dan yang sampah akan dibuang orang, kalau bukan dalam tong sampah dibuang juga disekitar tong sampah itu.

PRU13 nanti jom kita pakat buang sampah dan bahan yang cemar. umNO b end kita buang, Ibrahim Ali juga kita buang, kerana mereka ini adalah sampah dan bahan yang cemar lagi kotor.


InsyaAllah.



Thursday, September 24, 2009

JEJAK KASIH - KELANTANESE X ITM 80's


AlhamduliLlah, setelah lebih 20 tahun berpisah bekas pelajar ITM 80an Shah Alam akhirnya dapat dikumpulkan.

Semalam bertempat di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan seramai lebihkurang 50 orang bekas pelajar ITM 80an berjaya ditemukan semula.















Walaubagaimanapun tanpa inisiatif dari Che Hassan (photo atas) majlis semalam tidak akan membuahkan hasil.

Tahniah kepada Che Hassan kerana berjaya mencetuskan perjumpaan kali pertama ini, semoga usahanya merapatkan tali silaturrahim ini mendapat ganjaran yang dijanjikan Allah SWT.

Majlis semalam agak kurang lancar, maklumlah setelah lebih 20 tahun berpisah bila berjumpa semula bertanya khabar dan banyak cerita serta pengalaman yang nak dikongsikan bersama menyebabkan majlis bermula agak lewat. Namun wajah masing-masing jelas ceria tetapi dapat dirasakan juga akan ketidakpuasan hati masing-masing yang hanya dapat berjumpa sekadar hanya beberapa jam sahaja.














Untuk meneruskan kesinambungan ini, semalam juga ajk sementara dilantik untuk bertindak sebagai penghubung kepada ahli-ahli dan akan bertanggungjawab menganjurkan perjumpaan seterusnya dimasa yang akan datang, insyaAllah. Malah blog khas akan dibina dalam masa terdekat supaya komunikasi antara satu sama lain akan terus subur dan berkesinambungan.

Akhir kata aku merayu kepada semua bekas pelajar ITM 80an Shah Alam (anak Kelantan) sekiranya terbaca atau mendapat khabar berita ini sudilah kiranya berhubung terus dengan aku (guna email aku) atau Saudara Zaidon Ismail (zaidon_ismail@yahoo.com) supaya dapat disampaikan apa-apa berita terkini atau sesi perjumpaan seterusnya.


nota: maaf, kualiti photo kurang memuaskan, photo lain akan diupload kemudian nanti.

Saturday, September 19, 2009

SALAM AIDILFITRI

BUAT SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT SELURUH NEGARA

KHAS UNTUK RAKYAT KELANTAN

KHAS BUAT SEMUA PEJUANG PR

UNTUK SEMUA WARGA BLOGGERS

UNTUK SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI

SALAM AIDILFITRI, DI SUSUN JARI SEPULUH MEMOHON MAAF ANDAI SALAH SILAP TERKASAR BAHASA TERSILAP CAKAP DAN KOMEN.

SEMOGA SEMUA DI BERKATI ALLAH SWT.

LETAK JAWATAN !


TUN DM KATA : "PEMIMPIN YANG GAGAL PERLU LETAK JAWATAN! MALAH DI JEPUN SEHINGGA SANGGUP MEMBUNUH DIRI."

Kenyataan ini pastinya dituju kepada seluruh pemimpin bukan sahaja kepada Samy Vellu, supaya letak jawatan atau berundurlah dengan terhormat apabila mengalami kegagalan. Gagal sebagai pemimpin mempunyai pengertian yang luas.

Sindrom sedar diri selepas bersara seakan menjadi satu trend kehidupan yang konsisten bagi seseorang pemimpin di Malaysia, tidak seperti di negara tamadun lain mereka lebih berjaya menonjolkan sifat positif kesedaran diri dengan turun 'takhta' walaupun berada di kemuncak kejayaan karier mereka apabila gagal bukan sahaja sebagai pemimpin tetapi gagal didalam satu-satu projek negara.

Walaupun negara telah lebih 50 tahun merdeka tapi jiwa pemimpin kita masih 'terkurung' seperti dizaman penjajah. Fe'el pemimpin yang gagal tapi masih nak tonjol diri bahawa mereka 'berjaya' menyebabkan rakyat marhaen bersikap silent protes malah rakyat terbanyak berpikiran pemimpin begini seperti pemimpin yang cerdik tak boleh di ikut, bodoh tak boleh di ajar.

Yang peliknya, golongan pemimpin yang dah bersara inipun tidak kurang juga hebatnya naif bab ini ketika berada dikemuncak satu ketika dulu, tapi bila dah pencen pandai pula berkokok mengajar orang lain.

Tun DM patutnya lebih awal 'berambus' dari takhta, apabila gagal menyatukan umNO b end. Perpecahan umNO b end di zamannya jelas dan amat ketara sekali, bilamana umNO berpecah dan wujudnya Semangat 46 sehinggakan Kelantan berjaya diperintah PAS masa itu, kini dan insyaAllah selamanya. Rakyat juga tahu TDM gagal merampas balik Kelantan pada setiap kali pilihanraya dizaman pemerintahannya. Dan banyak lagi kegagalan lain yang kalau nak di perturunkan disini sampai besok pun tak habis.

Tun Lah dilihat lebih berintegriti dari Tun DM bila berundur dan turun 'takhta' bukan kerana desakan sangat tapi lebih kepada kesedaran diri dengan kegagalan demi kegagalan yang menimpa beliau. Desakan tentunya datang dari timbalannya yang mengkambing hitamkan orang lain sebagai pendesak atau puak pendesak. Timbalannya pada ketika itu bimbang menerima nasib seperti DS Anwar, maka digerakkan 'perang' keatas Tun Lah supaya dapat beliau naik 'takhta' secepat mungkin.

Kini yang nampak di mata Tun DM, Samy patut berundur atau kalau malu bunuh diri sahaja.Samy gagal menyatukan orang India (mic), Samy gagal menerajui mic mengharungi pru12,Samy gagal di Sungai Siput tempat yang tak pernah beliau kalah malah Samy gagal memberi sumbangan dalam setiap 7 prk lepas, kaum undi masih kekal dengan pr.

Pemuda umNO kini dilihat sudah tiada 'telor', membiarkan Samy mengutuk Tun DM ibarat merestui siapa sahaja mengutuk bekas pemimpin besar umNO. Hari ini Samy dan konco-konconya mengecam dan men'sampah'kan Tun DM dan b end, besok akan ada pula Ah Chong atau Mangkok anak Batu atau Ampu Singh mengutuk dan memperlekehkan
pemimpin besar umNO.

Letak jawatanlah Samy!

Tempias ini patut di rasai juga oleh DS Najib. PM kini juga dah banyak mengalami kegagalan malah rasanya bukan semakin berjaya tapi sebaliknya yang berlaku. Sebaik
dinobatkan presiden umNO, DS Najib gagal menghadapi PR di Bukit Gantang, tersungkur di Bukit Selambau, kalah sebelum perang di Penanti, tewas dengan hanya peraih ikan
di Manek Urai dan dibesarkan ke'malu'annya di Permatang Pasir baru-baru ini. Bukankah ini kegagalan beliau sebagai orang no 1, jangan pula nak menyalahkan orang lain atas semua kegagalan ini.

Ini adalah kegagalan sebagai orang no 1 dalam umNO, DS Najib juga ketua b end (yang sudah hampir penghujung usia) dilihat gagal menyatukan konco-konco gabungannya juga gagal mendisiplinkan pengikutnya. MCA sedang menghadapi saat-saat perpecahan yang besar malah entah-entah bakal hancur dan ber'jirat' di Bukit China, Kok Lanas, Kelantan.

MIC lagi teruk, tak puas India didalam mengutuk sesama mereka, India didalam mengutuk pula 'India' diluar MIC.

Sebagai ketua kerajaan, DS Najib gagal membawa negara ketahap yang diharapkan rakyat, KPI hanyalah retorik besar yang tidak akan memandu negara mencapai kemajuan dan kemakmoran. 'Kuli-kuli' menterinya gagal menyumbangkan pencapaian yang berkualiti, hanya pandai melaungkan slogan-slogan tapi pelaksanaannya kosong. Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan gagal, bertukar menjadi rakyat tetap di HULU kan dan pencapaian kita di TAMAK kan. Harga minyak terus meningkat, bekalan gula tidak mencukupi, pembangunan terpilih hingga masih ada rakyat yang terpinggir, bidang kehakiman masih tidak bebas dari cengkaman kuasa excutive,badan penguatkauasa juga di cengkam dan di cucuk hidung oleh kuasa executive,dan banyak lagi.

Letak jawatanlah Najib!

TS Muhyiddin juga gagal menjadi orang no 2 yang berkesan, beliau telah mengepalai setiap prk bermula dari Bukit Gantang lagi sehinggalah di Permatang Pasir, semuanya
melainkan Batang Ai, di 'terajang' PR. Jelas, beliau gagal atau sengaja menggagalkannya supaya rakyat melihat orang no 1 yang patut di persalahkan bukan beliau. Itulah strategi sebagai orang no 2 yang sudah tentunya mempunyai cita-cita untuk jadi orang no 1.

Tapi kalau duduk di no 2 pun gagal macam mana nak jadi no 1.
Letak jawatanlah Muhyidin!

umNO umumnya telah gagal. Lebih 50 tahun merdeka, masih ada orang umNO yang mengarak kepala lembu masuk bandar, macam orang asli di Afrika Selatan yang bercawat kote dapat kepala babi hutan. Kalau umNO gagal membentuk minda dan peribadi terhadap ahli umNO sendiri mana mungkin berjaya membentuk rakyat seluruhnya. Itupun masih nak
bongkak tepuk dada, aku umNO lah yang membawa perubahan di Malaysia.

umNO juga sebagai tulang belakang b end, gagal menyatupadukan semua parti-parti gabungannya. Masing-masing membawa haluan sendiri, aku-aku dan engkau-engkau, aku tak usik engkau, engkau juga jangan usik aku.

Kegagalan pru12 bagi mca, mic dan gerakan adalah berpunca dari umNO. Sikap umNO yang memualkan mereka menyebabkan mereka secara terang-terangan menyalahkan umNO dan PR berjaya mengaut undi dari mereka.
Undurlah umNO!

Monday, September 14, 2009

09-10-11 LEKUP !

Umum telah tahu bahawa prk di N31 Bagan Pinang bakal diadakan pada 11/10/2009 (09,10,11). 'Gelanggang' pula bakal dibuka secara rasmi pada 03/10/2009. Mulai dari tarikh itu akan bermulalah 'pertikaman lidah' yang sudah pastinya hangat dan hebat.

Seluruh kekuatan PR (PAS, PKR & DAP) pastinya akan mengasak hebat N31 yang disifatkan kubu kuat umNO b end. Begitu juga umNO b end sudah tentunya di gembeling seluruh kekuatannya di N31, lazimnya bukan sahaja jentera pilihanrayanya sahaja yang bertungkus lumus bahkan jentera kerajaan juga dikerah sama.

Yang lebih pasti lagi, prk ini bakal tercetusnya pertembungan yang lebih hebat berbanding di Manek Urai atau di Permatang Pasir. Kerja-kerja jahat mainan umNO b end akan berulang lagi malah lebih jahat lagi, tidak hairanlah belum pun gendang dipalu, dikhabarkan sudah ada perang saraf di N31.

Tapi persoalannya, benarkah N31 Bagan Pinang adalah kubu kuat umNO b end? Kalau diteliti dari fakta diatas, Bagan Pinang tidaklah kuat mana pun. Majoriti umNO b end pada PRU12 berjaya dikurangkan dari 4,411 undi (PRU11) kepada 2,333 undi! Lihatlah undi yang diperolehi PAS PR pada PRU12, meningkat dari 1,556 undi kepada 4,097 undi iaitu penambahan sebanyak 2,441 undi berbanding dengan umNO b end yang hanya mampu menambah 463 undi sahaja.

13,664 pengundi bakal mengundi pada 11/10/2009 nanti dan 4,604 pengundi adalah terdiri dari undi pos, selebihnya 9,060 adalah pengundi biasa. umNo b end nampak seperti sudah selesa dengan adanya 4,604 undi automatiknya. Aku berkeyakinan umNO b end akan menggunakan strategi mengurangkan peratus keluar mengundi. Pengundi di Bagan Pinang akan dihalang keluar mengundi baik dengan menakut-nakutkan mereka atau mengumpul kad pengenalan mereka. Kerana dengan itu sahaja umNO b end mampu mengekang undi dari jatuh ke tangan PAS PR.

Andaikata undi pos bersikap telus dan terbuka, pastinya akan ada undi untuk PAS PR disana. Selebihnya, 'peperangan' sebenar adalah untuk mendapatkan seberapa banyak undi daripada 9,060 pengundi. InsyaAllah disusuli dengan kerja kuat PR, Bagan Pinang bakal dirampas!

Sunday, September 13, 2009

1. KEMUJARABAN ASMA'UL HUSNA


Segala puji bagi Allah s.w.t. yang bersifat dengan sifat kesempurnaan dan Asma'ul Husna.
Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.


Daripada Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
ALLAH mempunyai 99 nama. Sesiapa yang menghafalnya, maka ia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil (tidak genap) dan menyukai perkara yang ganjil.

Dalam riwayat lain pula, dikatakan sesiapa yang menghitungnya masuk syurga.
Menghitung atau menghafal termasuklah mengetahui erti dan maksud Asma'ul Husna bahkan menghayatinya.

So, memorizing or enumerating the Excellent Names of Allah, will result in remembering him; remembering him will result in the illumination and goodness of the heart; this good heart will result in the good deeds; and the good deeds will take the person into Paradise by the permission of the Lord Of the worlds Allah.

Mereka yang menghayati sifat-sifat Allah serta mendalami makna nama-namaNya pasti mempunyai iman yang kuat dan murni, maka dia akan taat kepada Allah, berlindung kepadaNya dan tidak meminta pertolongan kepada yang selainNya baik kepda manusia, jin atau makhluk lain.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai al asmaulhusna (nama-nama yang baik).
( Thaha, ayat 8)

Mengamalkan Asma'ul Husna sama juga mengamalkan zikir atau doa yang lain. Maknanya, mujarab atau apa yang dicitakan tidak akan mutlak berlaku andainya tidak menepati syarat-syaratnya. Contohnya, orang yang taat dan bersih mungkin mujarab amalan Asma'ul Husna ini berbanding dengan orang fasik atau yang
banyak makan makanan yang haram.

Mengamalkan Asma'ul Husna ini sebaiknya diwiridkan berterusan, walaupun belum berhasil setelah sekian lama, ianya tidak sia-sia kerana setiap kali membacanya akan memperolehi pahala.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.
(Al A'raf, ayat 205)

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.
(Al Ahzab, ayat 41)

Salah satu cara memohon kepada Allah s.w.t. ialah dengan menyeruNya sesuai dengan permintaan kita. Siri ini akan diterangkan satu persatu makna
Asma'ul Husna, walaupun agak ringkas namun yang dititik beratkan ialah untuk menerangkan fadilat atau khasiat Asma'ul Husna.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
Hanya milik Allah Asma'ul Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asma'ul Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.
(Al A'raf, ayat 180)


ALLAH
(Yang menciptakan sekalian makhluk dari tiada menjadi ada)
The name of the Owner and Creator of everything.


Inilah lafaz Yang Maha Mulia yang merupakan nama dari zat Illahi Yang Maha Suci. Yang wajib wujudnya dan yang berhak mendapat segala jenis pujian.

Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
Tiadakah kamu mengetahui bahwa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung maupun seorang penolong.
( Al Baqarah, ayat 107 )

Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah". Lalu jadilah ia.
( Al Baqarah, ayat 117 )

Khasiat atau fadilat membaca YA ALLAH :

1. Kalau di amal menyebut atau zikir YA ALLAH sebanyak 66 kali selama 66 hari di setiap selepas solat fardhu, akan beroleh nama yang harum dan bertambah
kebakan pada diri.

2. Amalkan membaca dan menyebut YA ALLAH YA HAYYU sebanyak 100 kali sebelum solat Jumaat, maka segala tuntutan dan perjuangan akan di permudahkan.

3. Sebutlah YA ALAH sebanyak 5000 kali di setiap malam selama 1 bulan insyaAllah hajat akan tercapai atau termakbul.

4. Supaya bertambah rezeki, amalkanlah dengan menyebut YA ALLAH sebanyak 5000 kali pada setiap hari.

5. Dengan menyebut YA ALLAH YA HAYYU sebanyak 1000 kali pada setiap hari, akan menyempurnakan keyakinan diri.

AR RAHMAN
(Maha Pemurah)
THE BENEFICENT, THE COMPASSIONATE
He who gives blessings and prosperity to all beings without showing disparity.

nukilan khat oleh GAJIR (http://gajirkaligrafi.blogspot.com)

Maha Pemurah iaitu pemberi nikmat kepada hambaNya dan Maha Pengasih keatas mereka dalam kehidupan dunia.

Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
(Tuhan) Yang Maha Pemurah.
( Ar Rahmaan, ayat 1 )

Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.
( An Nisa', ayat 79 )

Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
Apakah kamu tiada melihat bahwasanya Allah menundukkan bagimu apa yang ada di bumi dan bahtera yang belayar di lautan dengan perintah-Nya. Dan Dia menahan (benda-benda) langit jatuh ke bumi, melainkan dengan izin-Nya? Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia.
( Al Hajj, ayat 65 )

Khasiat atau fadilat membaca AR RAHMAN :

1. Amalkan menyebut YA RAHMAN sebanyak 100 kali pada tiap kali selepas solat fardhu, akan memperolehi hati yang pemurah, baik daya ingatan, akan hilang sifat lalai dan sifat pelupa dan terbinanya sifat pemurah yang teguh.

2. Ucapkanlah YA RAHMAN YA RAHIM sebanyak 100 kali ketika berada dalam keadaan ketakutan dan bimbang terhadap sesuatu insyaAllah akan aman dari perkara yang ditakuti dan tidak diingini.

waLlahhualam.

Saturday, September 12, 2009

TOKOH LAWAK DEKAT RAYA


Samy Vellu pun dah tak hormat lagi dengan bekas PM, TDM. Masing-masing cuba nak tegakkan benang basah mereka, padahal kedua-duanya 2 X 5 sahaja. 
Lawak 1 :
TDM kata, "siapa jadi timbalan beliau, lama sikit, nampak orang itu popular, beliau cantaslah." Samy Vellu kata, "beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan." Tepat sekali kata Samy Vellu tu, nampaknya Samy Vellu belajar dari TDM, ketika TDM mencantas Anwar Ibrahim dulu atau Samy Vellu lebih baik dari TDM.
Lawak 2 :
Samy Vellu kata, "beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu".
Alahai Samy, tak sedar lagi ke? Yang kambing tu aku tak tau lah, tapi kalau hitam tu memang tepatlah tu.
Lawak 3 :
Kata Samy Vellu lagi, "mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.
Ayo yo, Samy Vellu pun dah menyampah dengan b end. Kalau lah rakyat di Sungai Siput tak menyampah dengan Samy Vellu, tentu sekali mereka beri undi kepada Samy Vellu, tetapi beliau tersungkur makan tanah juga di tempat kubu kuatnya sendiri. Maknanya Samy, rakyat di Sungai Siput bukan sahaja menyampah dengan b end tapi lebih menyampah kepada kamu kerana b end itu juga kamu dan kamu juga adalah b end.
Nampaknya barisan pemimpin tertinggi b end kena ambil serius dengan dakwaan Samy Vellu ini. Beliau sudah terang-terangan menghina dan menyalahkan b end akibat dari kekalahan beliau di Sungai Siput. Tindakan perlu diambil terhadap Samy Vellu, hari ini ketua pemimpin India berkokok men'sampah'kan b end, esok akan tampil pula ketua pemimpin dari kaum China men'tong sampah'kan b end.
Bertindaklah sebelum terlambat!

Monday, September 7, 2009

PINANG SINI PINANG SANA, UBN KINI PORAK PERANDA.

1. Renungan buat umNO b end dalam membuat keputusan samada nak bertanding di N31 Bagan Pinang atau tidak. Kalau tak pandai matematik, biar aku terangkan :




a) Jumlah undi yang dikumpul umNO b end dalam prk setakat ini berjumlah 89,333 undi, merosot 7,878 undi berbanding jumlah yang diraih pada PRU12 lalu. Manakala PR berjaya mengumpul 121,641 undi berbanding 122,107 undi, hanya merosot 466 undi. Maknanya, undi popular umNO b end beralih arah atau 'diam' tidak mengundi umNO b end lagi, walaupun umNO b end menggunakan 1001 macam strategi dari kes Saiful hinggalah Tok Guru di serang, 100% jentera kerajaan di 'utilised' kan namun gagal mengekang kebangkitan rakyat.
AKU CADANGKAN KEPADA umNO b end, TAK PAYAHLAH BERTANDING DI BAGAN PINANG, BUANG DUIT SAJA, RUGI MASA SAJA DAN HURU-HARA TELOK KEMANG NANTI.

b) 7 prk umNO b end kecundang termasuk prk Penanti lari sebelum berperang, hanya satu di Batang Ai, Sarawak di pertahankan. 7 jenis calon umNO b end pertaruhkan, dari yang memegang jawatan ADUN hinggalah 'peguam' yang penuh kontrovesi, semuanya tersungkur kepada bekas TPM hinggalah kepada seorang peniaga berwibawa. Maknanya, hebat mana calon umNO b end pun rakyat sudah muak dengan umNO b end, rakyat sudah cerdik (seperti mana kata DS Rais Yatim), sudah pandai menilai yang mana kaca dan yang mana permata.
AKU CADANGKAN KEPADA umNO b end, CALONKANLAH SESEORANG YANG HEBAT PERIBADINYA DAN DISUKAI RAKYAT (ada ke?). BAIK CALONKAN DS NAJIB ATAU TS MUHYIDDIN ATAU TS ISA SAMAD, MUNGKIN MAKIN TEROK KALAHNYA NANTI.

2. Buat warga pengundi di N31 Bagan Pinang, inilah masa dan ketikanya, buktikan kepada dunia, rakyat Bagan Pinang termasuk dari golongan yang cerdik dalam membuat pilihan. Mereka umNO b end akan datang kepada kamu dengan berpuak-puak, datang dengan berbagai janji, hampir dengan kamu dengan wang ringgit dan harta benda, maka kamu dengarlah janji manis mereka dan kamu ambil apa yang mereka berikan, TAPI INGAT, BILA KAMU DIBERIKAN PENSIL DAN SEKEPING KERTAS UNDI, JANGAN LUPA DAN LALAI, JANGAN TERAGAK-AGAK LAGI, UNDILAH PAS !

3. BN akan tunai janji ikut peti undi. BN akan menunaikan janjinya di kawasan peti undi yang dimenanginya walaupun calonnya kalah dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini. Kali ini kita guna pendekatan berbeza di mana kita akan tunaikan janji kita mengikut peti undi, kata ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid. Jika di satu kawasan peti undi itu mahukan jalan, jika peti undi itu BN menang, kita akan bagi jalan kepada mereka. Walaupun calon kita kalah, jika di mana-mana peti undi kita menang, kita akan tunaikan janji kita kepada peti undi yang menang selepas pilihan raya itu," katanya selepas mesyuarat Umno bahagian itu malam tadi, lapor Bernama.
Setahu aku peti undi yang dimenangi umNO b end hanyalah peti undi POS. Harap Datuk Jalil segeralah tunaikan janji, binalah lebuhraya didalam peti undi POS dan buatlah pembangunan didalam peti undi POS. Kalau hanya pandai berjanji, Maidin jual putu mayam pun boleh. Patutlah umNO Permatang Pauh nak kena bubar, bukan bubar lagi, KUBURKAN TERUS!
 
4. Belum mula pun lagi di Bagan Pinang, porak peranda pula di Pulau Pinang, negeri yang diterajui oleh Dato Zahid Hamidi. Tak kan sampai 2 ADUN nak letak jawatan? Sejak DZH jadi ketua, makin teruk umNO Pulau Pinang? Kalau macam inilah gayanya, baik jaga Bagan Datoh sahajalah.
AKU CADANGKAN, DZH KERAHKAN 2 BATALION TENTERA DARAT, 1 KAPAL SELAM (yang baru beli) DAN 2 SKYHAWK MENYERANG DAN MENANGKAP 2 ADUN YANG TERSEBUT.

Sunday, September 6, 2009

ZIKRULLAH PENGUBAT JIWA

HATI adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati bersih iman kekal di dalamnya. Iman tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Iman hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkanlah hati selalu. Cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup ialah:


1. Selalu mengingati (zikir) Allah. Dengan berzikir hati terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.


2. Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat atau tanda kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Biarkanlah hati menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.


3. Berusaha memaksa diri untuk terus beribadat dengan ibadat yangterbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.

Pengertian zikir adalah mengingat Allah atau menyebut Allah. Jika seandainya kita selalu berzikir, sudah tentu kita selalu menyebut dan mengingati Allah. Ketahuilah bahawa dalam Al-Quran banyak ayat yang menganjurkan supaya sentiasa berzikir kepada Allah seperti tertera dalam surah Al-Baqarah ayat 152 yang bermaksud :

Berzikirlah kamu akan Aku supaya Aku menyebut akan kamu dan syukurilah olehmu akan Aku dan jangan kamu ingkari akan (nikmat Ku).


Dalam surah Al- Anfaaal ayat 45 turut membawa maksud :


Ucapkanlah olehmu akan Allah dengan sebutan yang banyak supaya kamu beroleh kemenangan.

Juga dinyatakan dalam surah Ar-Ra'du ayat 28 yang membawa maksud :


Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.


Manakala Rasulullah pula bersabda :


Tidak duduk satu jamaah mengucapkan zikrullah, melainkan (di tempat itu) sudah dikelilingi malaikat yang dipenuhi rahmat dan diturunkan kepada mereka sakinah atau ketenangan hati.


Perlu diketahui pula jika sesaorang yang tidak pernah berfikir dan mengingati Allah, maka Allah akan menurunkan syaitan sebagai teman dalam hidupnya. Allah berfirman dalam Al-Quran surah Al-Araf ayat 204 bermaksud :


Barang siapa yang berpaling akan zikir kepada Allah, maka kami turunkan kepadanya syaitan yang terus menerus menjadi kawan seiring baginya.


Dengan demikian bertapa hikmah daripada zikir itu, disamping mendapat pahala daripada Allah. Bagi yang membaca hatinya akan menjadi tenteram dan penuh sakinah dalam kehidupannya.



Post yang akan datang, kita akan membicarakan tentang zikir dan khasiat atau hikmah zikir. InsyaAllah.

Saturday, September 5, 2009

SPR : TIADA PILIHANRAYA DI BAGAN PINANG ?

Apakah SPR akan buat onar lagi? Setelah Kota Siputeh, Kedah dinafikan hak demokrasi dengan tidak mengadakan pilihanraya kecil walaupun ada alasan yang kukuh. Keputusan SPR itu dipertikaikan banyak pihak bukan sahaja dari kalangan PR namun juga datang dari puak yang sewaktu dengannya.
Walaupun SPR menyatakan alasan menolak diadakan pilihanraya, PAS langsung tidak mengiktiraf keputusan itu manakala terkini SU MB Pahang juga nampaknya tidak sebulu dengan SPR. Beliau menempelak SPR, dari kuasa manakah datangnya sehinggakan SPR boleh mengatasai kuasa dewan undangan negeri?
Kali ini untuk Bagan Pinang, adakah SPR juga akan memberikan berbagai alasan untuk mengelak daripada diadakan pilihanraya kecil, maklumlah bimbang pekung di dada umNO be end akan terdedah, apalagi jika kecundang.
Sedarlah SPR, kamu hanyalah puak yang disuruh atau menjadi suruhan maka kamu hendaklah jayakannya, sebab itulah dinamakan suruhanjaya. Kamu disuruh menjayakan pilihanraya bukannya tunjuk kuasa dan mengatasi kuasa dewan !
pemandangan salah satu pantai di bagan pinang

ADUN BAGAN PINANG MENINGGAL DUNIA


ADUN BAGAN PINANG, AZMAN MOHD NOOR MENINGGAL DUNIA AKIBAT SERANGAN SAKIT JANTUNG PETANG TADI JAM 2.30 PETANG DI PUSAT PAKAR SEREMBAN.

Tuesday, September 1, 2009

CINCIN PAKAIAN RASULULLAH

Sekarang ini ramai yang pakai cincin...tapi pakai sesuka hati, sunnah Nabi tidak di ikut.


Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad SAW melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah kerana ia adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut AS.

Nota : panduan memakai cincin ini berguna untuk lelaki dan juga perempuan. Saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak, sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah. Nabi SAW memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi SAW, dapat pahala.

walLahualam.

cara memakai cincin yang dituntut, pakai di jari manis.
inilah yang dikatakan meniru kaum yang dilaknat.

Monday, August 31, 2009

'MERDEKA'KAN LUNAS !

Aku baru sahaja balik dari Lunas, terlewat ke lokasi. Pagi ini (pukul 9.00 pagi) sempena sambutan kemerdekaan negara rakyat Lunas berhimpun di hadapan pejabat ADUN Lunas di Paya Besar. Perhimpunan aman ini mendesak supaya YB Mohd Radzhi meletak jawatan sebagai wakil rakyat Lunas.
Mereka mahu Lunas di 'merdeka' kan, Mohd Radzhi di angkat menjadi wakil rakyat dari undi mereka yang menjadi calon PKR PR pada PRU12 yang lalu. Dan baru-baru ini pada 2 Ramadan, Mohd Radzhi mem'bebas'kan dirinya, oleh itu memang wajar bagi rakyat Lunas bersuara dan mendesak agar Mohd Radzhi meletakkan jawatan sekaligus 'merdeka'kan Lunas dari kuasanya.
pejabat adun Lunas - masih mengibarkan bendera PKR ?
 mesej desakan letak jawatan terpaksa di tampal di pintu masuk
perhimpunan aman tanpa kepala lembu
'dia' sudah datang !
Syabas ! rakyat Lunas.

BERITA TERKINI