Saturday, September 5, 2009

SPR : TIADA PILIHANRAYA DI BAGAN PINANG ?

Apakah SPR akan buat onar lagi? Setelah Kota Siputeh, Kedah dinafikan hak demokrasi dengan tidak mengadakan pilihanraya kecil walaupun ada alasan yang kukuh. Keputusan SPR itu dipertikaikan banyak pihak bukan sahaja dari kalangan PR namun juga datang dari puak yang sewaktu dengannya.
Walaupun SPR menyatakan alasan menolak diadakan pilihanraya, PAS langsung tidak mengiktiraf keputusan itu manakala terkini SU MB Pahang juga nampaknya tidak sebulu dengan SPR. Beliau menempelak SPR, dari kuasa manakah datangnya sehinggakan SPR boleh mengatasai kuasa dewan undangan negeri?
Kali ini untuk Bagan Pinang, adakah SPR juga akan memberikan berbagai alasan untuk mengelak daripada diadakan pilihanraya kecil, maklumlah bimbang pekung di dada umNO be end akan terdedah, apalagi jika kecundang.
Sedarlah SPR, kamu hanyalah puak yang disuruh atau menjadi suruhan maka kamu hendaklah jayakannya, sebab itulah dinamakan suruhanjaya. Kamu disuruh menjayakan pilihanraya bukannya tunjuk kuasa dan mengatasi kuasa dewan !
pemandangan salah satu pantai di bagan pinang

No comments:

BERITA TERKINI