Sehingga jam 11.22 pagi 5 Mei 2013.
Lahir pada 06.10.2008, bertujuan untuk melontar apa saja pandangan, komen, hasil penemuan, pendapat serta cadangan untuk renungan bersama. Yang pasti, isikandungnya bukan untuk memperlekehkan, menjatuhkan, memperkecilkan atau menempelak mana-mana pihak. Yang terkena tempiasannya terimalah dengan sikap terbuka dan profesional demi untuk memperbaiki kelemahan kita.
Sunday, May 5, 2013
Wednesday, May 1, 2013
PRU13 : BUNGA RAYA 'HITAM' DI PILIHANRAYA
APA? BUNGA RAYA HITAM DI PASIR MAS! TANYA KAUM TIONGHUA APA TANDANYA?
BESOK BERTOLAK BALIK KE PASIR MAS UNTUK PASTIKAN BUNGA RAYA HITAM TERSUNGKUR!
Sunday, April 28, 2013
PRU13 : BENAR KATA MAHATHIR
Biar gambar menceritakan segala-galanya.
Inilah manifesto parti yang nak memerintah, tidak pernah terjadi dimana-mana tempat didunia! 20 liter sahaja? Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat dah bagi 20 meter padu! BeEnd nak bagi 20 liter? Benarlah kata Tun Mahathir, sudah terang lagi bersuluh.
Benar kata Tun Mahathir, lihatlah hanya sekitar 1,000 orang sahaja yang hadir mendengar kata-kata Tun Mahathir yang 'benar' di Putrajaya semalam.
Buat tatapan Tun Mahathir, lihat gambar diatas, orang-orang cerdik juga di Putrajaya semalam hadir di ceramah Dato' Husam dan Ustaz Azhar Idrus.
ALLAH HU AKBAR!
Sunday, April 21, 2013
PANAS - KEPUTUSAN AWAL PRU13 : Parlimen BN 1 - PR 0 dan DUN BN 7 - PR 0
| Isu pertembungan sesama sendiri (MSO sifatkan mereka ini adalah HANTU) di 8 tempat semakin panas. | ||||||
| Lihat bagaimana BeEnd menyerang PR walaupun mereka lupa atau malu nak sebutkan | ||||||
| bahawa pihak mereka juga wujud pertembungan malah penentangan yang lebih besar dengan | ||||||
| 25 insiden (22 Umno, 2 Gerakan dan 1 MCA) semuanya. | ||||||
| Ya, biarlah mereka berkokok melata sedang tahi bergelumang diekor sendiri. | ||||||
| Lebih baik kita bicarakan hal kita, buruk dan baik kita, tak payah tuding jari kepada pihak mereka | ||||||
| sedangkan perkara yang sama berlaku di pihak kita. | ||||||
| 8 pertembungan yang aku sifatkan lahir dari kelemahan calon itu sendiri dan juga kelemahan pemimpin | ||||||
| tertinggi PR. Calon yang sudah pun tahu rakan seperjuangan telah pun mengemukakan pencalonan | ||||||
| ketika hadir di pusat penamaan calon terus juga berdegil mengemukakan borang untuk menjadi calon. | ||||||
| Inilah yang aku sifatkan gila kuasa yang jelas bertentangan dengan prinsip perjuangan yang di kokokkan | ||||||
| pada setiap kali ceramah mereka! Adakah PAS atau PKR atau DAP akan memecat mereka? Atau mereka sendiri sepatutnya letak jawatan! | ||||||
| Kemungkinan juga HANTU-HANTU tadi engkar dengan perintah ketua mereka dan berdegil juga hendak menjadi calon. | ||||||
| Maka adalah menjadi tanggungjawab ketua mereka memecat keahlian mereka serta merta. | ||||||
| Jika gagal berbuat demikian maka lebih baik ketua pemimpin mereka meletak jawatan! | ||||||
| Boleh jadi juga sememangnya dalang pertembungan ini ialah ketua pemimpin mereka sendiri. | ||||||
| Jika ini sebenarnya yang berlaku, maka lebih baik dalang ini meletak jawatan! | ||||||
| Bunyinya cukup tegas dan keras. Tapi perlu ingat, selama ini pun pihak kita sentiasa memaksa, bertempik, berdemo, | ||||||
| memaksa pihak pemerintah, umNO beend letak jawatan kerana gagal dalam sesuatu hal atau isu. | ||||||
| Dan apabila mereka tidak mahu dikatakan mereka ini tiada integriti dan tidak bertanggungjawab. | ||||||
| Kini satu jari yang kita tudingkan pada mereka, 3 jari menuding kita pula! | ||||||
| Nah! Buktikan bahawa HANTU-HANTU tadi atau pemimpin mereka punya integriti! | ||||||
| Kalau tidak, mereka juga 2 X 5! | ||||||
| Dari pertembungan 1 di Parlimen dan 7 DUN, beend kini sudah satu kaki menuju kemenangan. | ||||||
| Bermakna beend sudah mendahului 1-0 di peringkat Parlimen dan 7-0 di DUN. | ||||||
| 1. Bagi P166 Labuan, | ||||||
| Mampukah tokoh korporat Ibrahim Menudin PKR atau Hadnan Mohamad PAS mengaut undi yang besar sedangkan sudah pasti perpecahan undi | ||||||
| Melayu pasti berlaku. | ||||||
| Bagaimana mereka nak menandingi majoriti 8,457 yang dimenangi beend pada PRU12 yang lalu walaupun beend mengemukakan muka baru. | ||||||
| 2. Di Trengganu N2 Kota Putera, modal majoriti 3,332 undi pada PRU12 akan dibawa oleh calon baru beend sedangkan undi PR pastinya berpecah | ||||||
| kepada Adam Mat Said PAS dan Mohamed Abdul Ghani PKR. Kawasan ini bergantung sepenuhnya dengan undi Melayu (98.7%). | ||||||
| 3. Di N11 Seberang Takir, calon beend yang merupakan penyandang pastinya akan pertahankan majoritinya 2,430 undi malah Ahmad Razif | ||||||
| Abd Rahman tentunya sudah melakukan post mortem dan pastinya akan cuba memperbaiki kelemahan dari PRU12 lalu. | ||||||
| Undi Melayu (99.1%) sudah pastinya berpecah 3, apakah mampu Ahmad Nazri PKR dan Zakaria Dagang PAS menandingi penyandang Ahmad Razif. | ||||||
| 4. N25 Bukit Besi, menyaksikan pertembungan Roslan Ismail PAS dengan Mohd Shamsul Mat Amin PKR. Dan mereka berdepan dengan calon baru | ||||||
| beend Roslee Daud. Pada PRU12 beend mendapat majoriti sebanyak 2,492 undi. | ||||||
| 5. Di Pulau Pinang pula iaitu di N21 Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria beend penyandang dengan majoriti kechil 250 undi akan berdepan | ||||||
| dengan Che'gu Bard PKR dan Ustaz Yusni PAS. Belajar dari PRU12 yang lalu sudah pasti calon beend itu akan memperbaiki kelemahannya dulu | ||||||
| dan sedar bahawa undi PR akan berpecah dua beliau hanya perlu berusaha lebih sedikit sahaja untuk mengulangi kejayaannya. | ||||||
| 6. Di N31 Jelapang, Perak, undi majoriti (6,707) yang cukup tinggi diperolehi oleh 'katak' DAP di PRU12 lalu bukanlah menjadi lesen buat Teh Hock Ke DAP | ||||||
| untuk menang selesa. Hock Ke bakal berdepan dengan M. Sarasvathy PSM dan S. Mokan beend. | ||||||
| Kelebihan buat Hock Ke disini kerana pengundi China merupakan pengundi majoriti iaitu sebanyak 67.6%. Namun harus diingat bahawa undi PR akan berpecah kepada 2. | ||||||
| 7. N39 Kota Damansara, Mohd Nasir PKR penyandang dengan majoriti hanya 1,075 undi di PRU12 bakal berdepan dengan Ridzuan Ismail PAS, calon beend dan 3 calon bebas. | ||||||
| Pengundi Melayu seramai 56.1% sudah pastinya akan berpecah kepada 5 calon Melayu. Agak sukar bagi Mohd Nasir untuk pertahankan kerusi yang dimenanginya. | ||||||
| 8. Sementara di N34 Panti, Johor, calon benend Datuk Bader Dasuki akan pertahankan kerusinya yang dimenanginya dengan majoriti 7,503 undi. | ||||||
| Undi yang pastinya berpecah kepada 2 iaitu kepada Azlisham Azahar PAS dan Mohd Annnuar PKR rasanya tak mampu menggugat kedudukan Datuk Baderi. | ||||||
| Walau apa pun yang akan berlaku dan bersungguh-sungguh pemimpin PR berkata dalam sehari dua lagi akan menyelesaikan pertembungan ini | ||||||
| di kertas undi sudah pasti tertera parti-parti dibawah PR yang bertembung. Ini mengelirukan pengundi apatah lagi penyokong PR. | ||||||
| Malah lebih teruk lagi implikasi dari pertembungan ini sudah dilihat oleh mata seluruh dunia dan agak sukar untuk diperbetulkan persepsi | ||||||
| bahawa PR tidak punya persefahaman yang kukuh. | ||||||
| Kepada yang
terlibat lebih baik letak jawatan dan buktikan kamu punya integriti! |
||||||
Saturday, April 20, 2013
PR : GAGAL DLM PERSEFAHAMAN - BERSEDIALAH UTK GAGAL
Amat malang buat rakyat marhaen. Rakyat pendokong PR selama ini dibuai dan didodoi dengan kata-kata lunak oleh semua pemimpin tertinggi disetiap ceramah disegenap pelusuk negara menyatakan kita semua perlu bersatu untuk menumbangkan rejim BN.
Amat malang buat rakyat marhaen. Rakyat yang selama ini percaya bahawa semua pemimpin tertinggi PR bukanlah tamakkan kuasa dan bukanlah jwatan yang dikejar tapi lebih utamakan perjuangan membebaskan rakyat dan keadilan kepada rakyat.
Namun hari ini, selepas penamaan calon, terbukti semuanya kosong.....kosong....... Pertembungan sesama sendiri di 7 tempat membuktikan pemimpin baik PAS maupun PKR mengejar jawatan, pangkat dan tamakkan kuasa.
Seluruh rakyat yang jatuh bangun bersama pemimpin ini tertipu! Impian rakyat yang menggunung dambakan kali ini PR mampu dan InsyaAllah akan ke Putrajaya hancur berkecai. Siapa yang harus di persalahkan? Apakah mereka yang bertembung ini sudah tidak menghormati arahan ketua-ketua mereka? Atau ketua-ketua mereka gagal mendisiplinkan mereka?
Samada isu ini akan diselesaikan (mengikut pemimpin tertinggi akan diselesaikan dalam masa yang terdekat) atau tidak, semua mata didunia sudah melihat kegagalan ini. Usah bicara isu yang sama juga berlaku di pihak BN tapi jika dibandingkan dengan BN mereka lebih gentleman dan gentlewoman. Mereka menentang BN semahu-mahunya tapi mereka bertanding atas tiket bebas! Malah mereka sanggup menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dikenakan hatta dibuang parti. (ada yang keluar parti pun).
Bagi PR, apa tindakan yang sama akan dikenakan keatas mereka yang bertembung ini? Jika mereka melanggar arahan sanggupkan PAS atau PKR memecat mereka? Atau sekiranya didapati ketua mereka yang mengarahkan supaya mereka terus bertanding. Sanggupkah PAS atau PKR memecat ketua yang memberi arahan?
Apapun yang akan diputuskan selepas ini, rakyat sudah jelas dapat melihat kebobrokannya. Betapa tiada persefahaman antara PKR & PAS yang kononnya dikatakan 'PAKATAN RAKYAT'. Ianya bukan Pakatan Rakyat tapi lebih layak di panggil PAKATAN RAPUH, RAKYAT MELUAT!
Maka ini kalilah! Bersedialah untuk GAGAL ke Putrajaya!
Thursday, April 18, 2013
WIRA 'PUTRA' HUSAM TAKLUK PUTRAJAYA
YA ALLAH...KURNIALAH KEMENANGAN KEPADA DATUK HUSAM MUSA UNTUK MENAWAN P125 PUTRAJAYA DAN KURNIAKANLAH KEMENANGAN KEPADA ORANG-ORANG YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM SEPERTIMANA ENGKAU BERIKAN KEMENANGAN KEPADA ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DARI KAMI. WALAUBAGAIMANAPUN ENGKAU RENTAPKANLAH SEGALA KESENANGAN DARIPADA MEREKA JIKA MEREKA GAGAL MELETAKKAN ISLAM DIPUNCAK SETELAH MEREKA BERKUASA. AMIN.
rekaan rakan facebook
Monday, April 15, 2013
Friday, February 15, 2013
NAJIB DIDAHULUKAN RAKYAT MERANA
Rakyat di T1PU lagi.................
Mana ada rakyat di dahulukan, jalan yang bakal di lalui Najib untuk ke rumah terbuka Tahun Baru China di Puchong sedang di turap.
Wahai Najib, nak tengok jalanraya untuk rakyat sila masuk terus kedalam menghala ke Putra Perdana. Baru dapat lihat jalanraya macam sarang bahulu, lubang sana dan lubang sini.
askamakalikada - beraya dengan Mei Lin dan Tong Seng saja.
Mana ada rakyat di dahulukan, jalan yang bakal di lalui Najib untuk ke rumah terbuka Tahun Baru China di Puchong sedang di turap.
Wahai Najib, nak tengok jalanraya untuk rakyat sila masuk terus kedalam menghala ke Putra Perdana. Baru dapat lihat jalanraya macam sarang bahulu, lubang sana dan lubang sini.
Monday, January 28, 2013
OGHANG NEGHORI DAH MULO MELUAT
Tak do tulang nak tulang,
Ado tulang nak lomang,
Tak pulang nak pulang,
Dah pulang tercongang congang,
Nak monang dah boghi monang (54 tahun),
Dah monang jadi bangang!
(nukilan Zaman Bujang - pengulas Malaysiakini)
Ado tulang nak lomang,
Tak pulang nak pulang,
Dah pulang tercongang congang,
Nak monang dah boghi monang (54 tahun),
Dah monang jadi bangang!
(nukilan Zaman Bujang - pengulas Malaysiakini)
Sunday, January 13, 2013
UmNO SELANGOR GENTAR?
Md Zin: BN S'gor tak gentar dengan himpunan 12 Jan.
Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata BN Selangor tidak gentar dengan jumlah kehadiran di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur semalam kerana kebanyakan peserta menurutnya merupakan anggota parti yang dikerah daripada negeri lain. Beliau mendakwa, perhimpunan itu tidak mendapat sokongan signifikan daripada penyokong daripada masyarakat India dan Cina. 80 peratus daripada peserta merupakan anggota PAS, dakwanya lagi.Tambahnya, BN sebelum ini mengadakan acara lebih besar di Stadium Bukit Jalil pada 31 Ogos tahun lalu yang menarik 130,000 peserta. (sumber Malaysiakini)
Kebimbangan pemimpin UmNO diatas tak mampu di selindungi lagi.
Tujuan HKR bukan untuk menggentarkan BN Selangor dan bukan juga nak tunjuk siapa lebih ramai penyokong.
Kami punya deklarasi seperti yang di laungkan pada penghujung himpunan, Datuk Seri boleh lihat di youtube.
Kalau ramai yang berhimpun tetapi di bayar, di sediakan hadiah cabutan bertuah, di paksa dan di punggah dengan ratusan bas tak ada maknanya, Datuk Seri.
ASAL BUKAN UMNO - PAS GANTI UMNO
TUMBANG BN - HIDUP PR!
Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata BN Selangor tidak gentar dengan jumlah kehadiran di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur semalam kerana kebanyakan peserta menurutnya merupakan anggota parti yang dikerah daripada negeri lain. Beliau mendakwa, perhimpunan itu tidak mendapat sokongan signifikan daripada penyokong daripada masyarakat India dan Cina. 80 peratus daripada peserta merupakan anggota PAS, dakwanya lagi.Tambahnya, BN sebelum ini mengadakan acara lebih besar di Stadium Bukit Jalil pada 31 Ogos tahun lalu yang menarik 130,000 peserta. (sumber Malaysiakini)
Kebimbangan pemimpin UmNO diatas tak mampu di selindungi lagi.
Tujuan HKR bukan untuk menggentarkan BN Selangor dan bukan juga nak tunjuk siapa lebih ramai penyokong.
Kami punya deklarasi seperti yang di laungkan pada penghujung himpunan, Datuk Seri boleh lihat di youtube.
Kalau ramai yang berhimpun tetapi di bayar, di sediakan hadiah cabutan bertuah, di paksa dan di punggah dengan ratusan bas tak ada maknanya, Datuk Seri.
ASAL BUKAN UMNO - PAS GANTI UMNO
TUMBANG BN - HIDUP PR!
Saturday, January 12, 2013
Rakyat Bangkit
Dataran Merdeka - lambang kebebasan rakyat.
Masjid Negara - rumah Allah - pencetus reformasi
Stadium Merdeka - lambang kebangkitan rakyat
Putrajaya - KEMENANGAN RAKYAT!!!!!!!
Selamat berhimpun - HKRKL#112
Masjid Negara - rumah Allah - pencetus reformasi
Stadium Merdeka - lambang kebangkitan rakyat
Putrajaya - KEMENANGAN RAKYAT!!!!!!!
Selamat berhimpun - HKRKL#112
Thursday, January 3, 2013
'NILAI' PENJELASAN AMANAT TGHA
Bangang sungguh, sekejap minta jelaskan, sekejap larang.
Rais cadang jelaskan melalui live di tv, Rais jugak yang bangkang.
Cakap tak serupa bikin, janji di capati!
Terserlah sudah betapa nilai penjelasan yang tak kesampaian itu amat 'mahal' nilainya.
UBN hanya berani siarkan suara 'anjing-anjing' upahan yang menyalak bukit.
Salakan mereka ini ibarat 'dulang paku serepih'.
Salakan mereka ini salakan murahan yang langsung tiada nilainya.
wae - cadang jemput Tun Det buat ceramah hudud secara live.........
Rais cadang jelaskan melalui live di tv, Rais jugak yang bangkang.
Cakap tak serupa bikin, janji di capati!
Terserlah sudah betapa nilai penjelasan yang tak kesampaian itu amat 'mahal' nilainya.
UBN hanya berani siarkan suara 'anjing-anjing' upahan yang menyalak bukit.
Salakan mereka ini ibarat 'dulang paku serepih'.
Salakan mereka ini salakan murahan yang langsung tiada nilainya.
wae - cadang jemput Tun Det buat ceramah hudud secara live.........
Saturday, November 17, 2012
KEBANGKITAN RAKYAT MENENGGELAMKAN GELOMBANG MERAH
Kalau beginilah bangkitnya rakyat, himpunan rakyat sempena Muktamar PAS di Kota Bharu semalam, Kelantan. Maka Dato' Pa dan bakal-bakal calon umNO di Kelantan baik calon Parlimen maupun calon DUN patut fikir 2 kali sebelum bertanding di PRU akan datang. Lebih baik berjimat cermat dengan menyimpan harta yang ada daripada kecundang dalam PRU malah duit pun habis. Kehidupan di bawah pemerintahan PR tak boleh lagi jadi ayam bandar tapi kena jadi ayam kampung ( pinjam kata-kata Ustaz Dato Nasaruddin Daud ).
Saturday, September 1, 2012
Perancangan Be End Menjadi?
Apa kata Hishamudin dengan kerja samseng di Kelantan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat PR?
Kononnya perancangan 'jahat' PR tak menjadi ketika berlangsungnya himpunan Janji Bersih.
Kononnya perancangan 'jahat' PR tak menjadi ketika berlangsungnya himpunan Janji Bersih.
Tuesday, May 1, 2012
Sunday, February 5, 2012
PAS, JANGAN DIPATUK ULAR 2 KALI
Bukan terlalu awal untuk mengulas pelawaan Mat Sabu Timbalan Presiden PAS kepada Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Kota Bharu atas tiket PAS. Ikhlas saya terpanggil untuk melontarkan komen, pendapat serta nasihat buat pemimpin PAS khasnya kepada Mat Sabu.Yakinlah bahawa tidak kemana pun jika diberi peluang kepada batang tubuh Zaid Ibrahim mengguna tiket PAS untuk bertanding. Sebelum keputusan ini dibuat terlebih dahulu akar umbi penyokong di Kota Bharu diambil kira. Kalau saya salah seorang pengundinya sudah pasti saya tidak akan memberi undi kepadanya (saya pengundi di Pasir Mas). Sepertimana jika Ibrahim Ali sekali lagi diberi peluang di Pasir Mas bertanding atas tket PAS hatta atas restu TGNA sekalipun.
Walaubagaimanapun sekiranya situasi Zaid ini berlaku, saya dan kumpulan saya akan berkampung di Kota Bharu untuk memastikan Zaid gagal. Bukan nak menentang keputusan pemimpin tertinggi PAS, tapi kekadang penyokong bawahan juga wajib menegur sekiranya pimpinan tertinggi terpesong atau dirasakan sumbang langkahnya.
Alasannya, rasanya tak perlu diperincikan satu persatu siapa Zaid Ibrahim. Rakyat di Kota Bharu dah cukup kenal siapa dia. Baik ketika dia bersama umNo, PKR maupun dia bersama KITA.
Akhir kalam, nasihat saya kepada pimpinan tertinggi PAS, jangan sekali-kali memberi tiket kepada Zaid Ibrahim untuk bertanding. Masih ramai pimpinan PAS yang boleh di tonjolkan sebagai calun di PRU 13, masih ramai pimpinan PAS yang punya kredibiliti tinggi berbanding Zaid Ibrahim yang boleh menjadi calun dan masih ramai pimpinan PAS yang punya siasah yang terbaik berbanding Zaid Ibrahim. Jadikan sejarah Pasir Mas sebagai teladan.
Jangan dipatuk ular buat kali kedua!
Allahhuakbar. Allahhuakbar. Allahhuakbar.
Friday, February 3, 2012
ANG POW PUTIH RAFIDAH
Bila bekas menteri, Tan Sri Rafidah mula ber'kokok' mengulas isu NFC apalagi mencadangkan pemimpin yang terlibat baik secara langsung atau tidak langsung berundur, ops bukan berundur tapi letak jawatan maka ianya harus dilihat secara menyeluruh. Bukan sahaja dalam isu NFC malah apa jua isu yang pastinya mencipta beban kepada umNO be end. Kesimpulannya pemimpin yang mencipta isu sebegini sehingga rakyat keseluruhannya meragui kredibiliti pemimpin tersebut walaupun isu itu belum sahih benarnya tetap merupakan liabiliti dan bukan lagi sebagai aset kepada parti kesayangannya. Untuk itu letaklah jawatan secara terhormat. Tapi adakah ianya akan didengari oleh pemimpin umNo be end? Ya, sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin umNO be end ini akan pertahankan kedudukannya setakat mampu walau didesak walau diasak, melainkan ketuanya PM sendiri yang meng'halau' mereka.Maka 'cemuhan' Tan Sri Rafidah harus juga dituju bukan sahaja kepada Datuk Seri Shahrizat tapi juga kepada yang lain. Antaranya Jamil Khir, Noh Omar, Ali Rustam, Zambery Kadir, Taib Mahmud, Adnan Yaakob dan ramai lagi. Tumbanglah umNO be end sekiranya golongan ini masih dirasakan relevan.
Apa bezanya gambar diatas dengan yang dibawah? Tak ada bezanya! Kedua-duanya mengherdik kaum Tionghua.
Ayuh, pengundi Cina seluruh negara tolak mereka ini, humban mereka ini di PRU 13 nanti.Undilah PAS, PKR dan DAP. Undilah PAKATAN RAKYAT !
Monday, January 30, 2012
POLITIK PERKAUMAN POLITIK KUNO
Tiupan politik perkauman masih wujud setelah lebih 50 tahun Malaysia merdeka. Amat malang bagi rakyat Malaysia punya ahli politik sebegini rupa. Entah apa tujuan didalam kepala hotak mereka masih berpolitik rentak yang sudah ketinggalan zaman. Rakyat sudah cemuh malah meluat dengan gaya politik begini.Juara 'Melayu' entah apa mimpi tiba-tiba buat jamuan sempena Hari Raya Cina, kononnya cuba nak buktikan yang mereka bukan rasis ibarat 'tusut kepala punggung tertonggeng'. Hari-hari bercakap hal Melayu, tidur bangunnya Melayu, makan minumnya Melayu,
berjalan berlarinya Melayu, suka dukanya Melayu, hinggakan mimpinya pun Melayu tiba-tiba raikan Hari Raya Cina. Lebih malang lagi Melayu punya Presiden Perkasa yang juga telah lama bergelar YB rupa-rupanya tidak tahu atau naif hal
budaya kaum Cina. Pecah perut dibuatnya, guna sampul putih dijadikan angpow! Banyak lagilah kena belajar wahai Datuk Him. Pergilah belajar dengan yang di sebelah ni, DCSL. Atau ada yang tersirat disebalik yang tersurat.DCSL pulak tak habis-habis nak lagakan Melayu dengan Cina. Presiden MCA ini dah kehabisan modal agaknya. Sudah-sudahlah Datuk, lebih baik jaga ahli-ahli MCA Datuk tu. Ramai yang hanya jadi ahli semata-mata tapi yang pastinya setiap kali ada pilihanraya mereka mengundi PR. Berpolitiklah dengan cara yang lebih berhemah, jangan ditiru politik kuno, politik perkauman atau politik pecah belah macam umNO beEnd.
Apa-apapun Datuk telah mencipta sejarah tersendiri, presiden parti ke2 terbesar selepas umNO tidak dilantik menjadi Menteri kabinet. Mungkin puncanya dari Datuk sendiri, nak sangat jadi pelakon.
Thursday, January 26, 2012
KETUA PENERANGAN YANG TAK 'TERANG'
Aku heran bin ajaib, macamana Datuk ni dilantik jadi Ketua Penerangan sedangkan dia ni 'buta' sejarah. Bukan sejarah antarabangsa tapi sejarah negeri sendiri. Apa yang dia nak terangkan pun aku tak tahu.Ini kata dia :
"Debat ini tak sesuai kerana budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini. Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan bangsa. Tidak
seperti di Barat dimana politik mereka lebih bersifat terbuka serta tidak melibatkan pelbagai kaum".Tahukah Datuk Ketua Penerangan bahawa Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri telah mula diadakan sejak tahun 1974 lagi di Kolej Melayu Kuala Kangsar di antara sekolah-sekolah berasrama penuh. Dan dinamakan dengan Piala Perdana Menteri yang ketika itu berhasrat mahu melihat lahirnya bakat pemimpin yang dinamis, cerdas dan bijaksana. Siapa Perdana Menteri ketika itu? Tak lain tak bukan ialah Allahyarham Tun Haji Abdul Razak ayahanda kepada PM sekarang.
Sudah 37 tahun berlalu, dan ianya masih di teruskan sehingga hari ini, apakah ianya masih belum diterima dinegara kita. Menidakkan budaya debat ini, seolah-olah Datuk cuba menidakkan hasrat dan cita-cita Perdana Menteri.
Kalaulah debat dari sudut pandang Datuk adalah budaya Barat, bagaimana pula dengan pusat disko, pusat karaoke, kelab-kelab malam dan macam-macam lagi yang tumbuh melata diseluruh negara? Bukan budaya Barat ke?
Yang baik kita ambil dan yang buruk kita buang! Dah 50 tahun lebih Merdeka pun pemikiran masih 'dalam kotak'.
Tuesday, January 10, 2012
PRU13 - BEBASKAN RAKYAT
Pasca 901, perjuangan membebaskan rakyat dilihat semakin mencabar. Misi 901 Bebas Anwar sudahpun berhasil namun misi yang lebih mencabar 'baru' saja bermula. Misi bebaskan rakyat! PRU13 adalah 'garis penamat' untuk memastikan rakyat bebas. Ayuh rakyat! Gunakan PRU13 sebagai 'senjata' untuk menumbangkan beend-umno.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















