Friday, October 24, 2008

TAHNIAH PAKATAN RAKYAT - JANGAN ALPA

Ada kelapangan pulak hari ni, apalagi aku nak teruskan bicara aku.
Terlebih dahulu secara peribadinya aku nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada PAKATAN RAKYAT - PAS, KEADILAN DAN DAP kerana cemerlang dalam PRU baru-baru ini.



Kecemerlangan bukan sahaja di DUN, lebih hebat lagi cemerlang di peringkat Parlimen sehinggakan BN seperti cacing kepanasan kini. Aku cukup bangga, malah malam menyambut kemenangan ini aku berada di kampung aku, Pasir Mas, Kelate - aku ada di tempat pengiraan undi di dewan bandaran Pasir Mas. Sehari sebelum tu aku berangan - DSAI, TGHH dan LKS berada di KL sehari selepas PRU berbincang pengambilalihan kerajaan Malaysia - namun hampir menjadi kenyataan. Bersyukurlah dengan apa yang dianugerah Allah SWT setakat ini.
Malam tu aku melihat kemenangan Ibrahim Ali, Hj Hanifa (wakil rakyat aku) dan lain-lain disambut dengan penuh kegembiraan, SMS tak henti-henti masuk, kawan-kawan dari P. Pinang, KL, Kedah, Perak dan Selangor bagi keputusan-keputusan lain. Hampir tengah malam aku balik ke rumah, tapi terus bukak tv, tengok pulak keputusan melalui tv, sampai ke pagi.
Alhamdulillah, Kelantan berjaya dipertahankan, yang manisnya Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang berjaya dirampas. Walaupun berlaku sedikit kekecohan dalam menubuh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat, namun itu sudah menjadi kebiasaan, orang takkan senang dengan kejayaan ini, ada saja cubaan untuk menggagalkannya. Inilah juga yang berlaku di Kelantan suatu masa dulu bilamana TGNA mula memerintah, ada saja yang tak kena, bila orang lain jadi kerajaan macam-macam komplen, komen, tapi masa dia perintah dulu tak nak buat seperti yang kerajaan Pas Kelantan buat. Pedulikan mereka, kuatkan semangat, maka berjayalah kerajaan Kelantan memerintah dengan aman.
Kalau aku tengok cara Pas Kelantan memerintah sekarang, aku yakin BN takkan mampu melangkah jauh, jangan mimpi nak perintah Kelantan. Lihatlah pembangunan yang berlaku di Kelantan, dasar yang lebih hebat di praktikkan, pelbagai program dilancarkan semuanya untuk kesenangan rakyat Kelantan. Malah ada beberapa dasar atau polisi kerajaan Pas Kelantan ditiru atau diterimapakai oleh Kerajaan Pusat BN. Kepada PAS/PR Kelantan teruskan kecemerlangan ini, serlahkanlah KEAGUNGAN ISLAM KECEMERLANGAN NEGERI.
Hasilnya disini aku ingin mengambil kesempatan ini merayu dan memohon dari kerajaan negeri PR yang lain, Khalid Ibrahim di Selangor, Nizar Jamaluddin di Perak, Azizan Razak di Kedah dan Lim Guan Eng di P. Pinang mengambil contoh kerajaan Pas Kelantan, jadikanlah mereka sebagai 'benchmark'. Memerintahlah dengan cara yang terbaik di samping membangunkan negeri, jangan lupa kepada rakyat, rakyat akan terus menyokong sekiranya hidup mereka terbela, sekiranya mereka diberi perhatian, sekiranya mereka di prihatinkan, sekiranya mereka dilayan dengan baik, sekiranya mereka tak dizalimi seterusnya hubungan pemimpin dengan rakyat mesti ada kesinambungannya, pemimpin khasnya ADUN-ADUN jangan sombong dengan rakyat, sentiasa bergaul dengan rakyat, sentiasa melawat rakyat, pendekata tanamlah sikap pemimpin berjiwa rakyat yang sejati.
Kemudian aku dapat lihat bagaimana DSAI (pemimpin idola aku) cemerlang di Permatang Pauh, aku mengikuti detik-detik ini kerana aku tinggal di dalam kawasan Permatang Pauh. Hebatnya kali ini mengalahkan kehebatan PRU12. Tanda-tanda awal PR akan membentuk kerajaan Persekutuan. InsyaAllah.
Aku berentilah dulu, tak larat dah.

1 comment:

eedany said...

Wah... berpolitik gitu?

Salam perkenalan dari saya, eedany. TQ singgah blog saya yer.

Pasal nak letak shoutbox dalam blog, u kena register kat mana-mana website shoutbox dulu. Banyak website u boleh pilih...(cuba tengok shoutbox saya atau rakan-rakan bloggers lain yg ada dalam blogroll saya). Dah register dalam website tu...u copy paste codenya dan masukkan dalam blog. Anything u boleh email saya ok.

Anyway...thanks for the email juga.

Selamat berblogging ezwan. Nama blog awak sangat unik.

oh ya... jgn lupa letak iklan nuffnang juga. Itu iklan berbayar untuk awak tau...

Jumpa Lagi...

BERITA TERKINI