Sunday, December 28, 2008

PUTERA-PUTERA KU........KEBANGGAANKU

1429H/2008M bakal menutup tirai, sebelum 1430H/2009M menjenguk dunia. Banyak peristiwa2 berlaku di sepanjang 1429H/2008M, suka dan duka dah menjadi lumrah untuk setiap makhluk yang bernama manusia, apatah lagi sebagai hamba Allah SWT yang MAHA BESAR lagi MAHA PERKASA. Sebagai pencipta segala yang dilangit dan dibumi serta antaranya sudah pasti di anugerahkan olehNya berbagai ujian dan dugaan hidup kepada hambaNya. Alhamdulillah dipenghujung penutupan tirai ini aku diberi nikmat, diberi kegembiraan dan kebanggaan olehNya dari putera-putera aku. Antaranya :
1. Anak ke 3 aku, AYIN berjaya dengan cemerlang dalam UPSR dengan memperolehi 4A1B, baru-baru ini. Aku dari P. Pinang bergegas ke KL dan sempat mendengar sendiri pengumuman yang dibuat oleh Pengetua sekolah di dewan sekolah. Ayin yang duduk disebelah kanan sekali bersama kumpulan yang memperolehi 4A1B.
--> untuk ayin: papa amat bangga dengan pencapaian mu, teruskan usaha sehingga berjaya ke menara gading, banyak lagi yang perlu ditempuh, namun harus diingat jangan lupa diri, jangan alpa, jangan takbur walau setinggi mana sekali kejayaan mu, yang penting wajib bersyukur dengan nikmat Allah SWT, papa akan terus menerus mendoakan semoga ayin berjaya dalam hidup dan sokongan papa kepada mu adalah sehingga akhir hayat papa.

2. Ini pula anak bongsu, berumur 4 tahun, IRFAN di hari anugerah cemerlang tadikanya. Terpilih untuk membuat persembahan nasyid, hari-hari berlatih tanpa mikrofon, tapi pada hari persembahan diberi kepercayaan untuk mengetuai dan diberi mikrofon, kaku terus pergerakannya. Namun 'exposure' ini menjadi kebanggaan aku, sekurang2nya dapat pengalaman berdiri diatas pentas dihadapan penonton. Yang pegang mikrofon ditengah2 tu, itulah Irfan.
3. Gelagat anak sulong aku pula, BOY, bersama Gen2 (ahli kelab Gen2), baru-baru ini ditemuramah oleh TV3 dalam rancangan Jom Ronda. Kalut dia suruh aku tunggu depan tv tengok rancangan tu. Tengok dibawah tu, posing di depan Gen2 hitamnya untuk TV3.
--> untuk boy: papa bangga dengan mu, tapi harus diingat tentang tanggungjawab sebagai student, manage your time, antara hobby dan study, study hard for your future, you yourself must determine where you want to go and what you want to be, papa will always pray for you and support you forever. _______________

Nota: coretan ini bukan untuk menunjuk-nunjuk sehingga wujudnya riak dan takabbur, tapi hanyalah semata-mata untuk memberi perangsang kepada putera2 aku.

Saturday, December 13, 2008

PERHIMPUNAN KELUARGA

Alhamdulillah, selamat balik dan kembali dari kampung, balik untuk Hari Raya Qurban. Keadaan lalulintas dijalanraya juga taklah seteruk tahun lepas 2007, yala lagipun dah cabut balik hari Sabtu lagi, taklah jam sangat. Suasana pada hari raya pertama, biasalah masing-masing sibuk dengan acara Qurban, cuaca pun alhamdulillah baik, taklah tergendala dalam urusan Qurban.
Hari raya ke dua, dah menjadi tradisi, keluarga besar aku mengadakan perhimpunan keluarga. Telah ditetapkan dan dipersetujui bahawa setiap hari ke2 Hari Raya Qurban, kami akan mengadakan perjumpaan keluarga besar ini. Kali ini adalah perjumpaan kali ke 16 dan keluarga di Pasir Puteh menjadi tuanrumah. Siap ada banner selamat datang lagi. Banner ini nanti akan diserahkan kepada keluarga yang akan menawarkan diri menjadi tuanrumah untuk tahun depan pula.
Macam biasa setiap ahli keluarga yang hadir mestilah mendaftarkan diri dahulu, untuk memudahkan ajk mengemaskini rekod dan website keluarga al-jambuli. Lagipun ada 'lucky draw'......................Disamping mengeratkan tali silaturrahim, maklumlah ahli keluarga yang datang ni ada yang dekat dan ada yang jauh, dari Tanah Merah, Pasir Mas, Kota Bharu, Tumpat, Machang, Kuala Lumpur, Kulim, Ipoh, P. Pinang, Trengganu dan Johor, inilah masanya yang sesuai untuk mengukuh dan mempereratkan lagi silaturrahim yang dah sedia terjalin kerana selepas ini masing-masing bila dah kembali semula ke tempat tinggal agak sibuk dengan tugas masing-masing, kita juga ada acara-acara yang telah di aturkan oleh tuanrumah antaranya tahlil ringkas,
takirah, bacaan sajak, sukaneka dan persembahan nyanyian. Tengok hadiah-hadiah yang disediakan untuk yang menang.
Persembahan nyanyian oleh 3 dara ini membuatkan ahli keluarga al-jambuli memberikan tumpuan kepada mereka ber3, tapi dia orang control cun.Sebelum menjamu selera untuk makan tengahari, keluarga Presiden (presiden keluarga al-jambuli) menawarkan diri untuk menjadi tuanrumah pada tahun hadapan 2009 di rumahnya di Pasir Mas. InsyaAllah bertemu lagi di tahun hadapan.
Nota: sila lawat http://www.aljambuli.com/ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keluarga al-jambuli, walaubagaimanapun laman web ini masih dalam pembinaan, harap maaf sekiranya gagal atau masih tiada kandungannya.

Tuesday, December 2, 2008

SALAM AIDIL ADHA

Sebelum terlambat dan terlupa, lagipun hari Sabtu ni dah nak balik kampung. Balik kampung....ho..ho..ho....balik kampung (teringat Arwah Sudirman), harap selamat dalam perjalanan alik nanti.
Aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan (ucapan seperti diatas) kepada seluruh umat Islam yang akan menyambut Eidhul Adha, di mana jua berada. Istimewa untuk kawan-kawan bloggers yang sudi dan tak sudi berkomunikasi dengan aku, juga kepada yang sudi dan tak sudi link kan blog aku.
Paling istimewa untuk pejuang-pejuang aku yang berjuang untuk menegakkan kebenaran, menyeru kebaikan, membela yang tertindas, membantu kepada yang memerlukan. Teruskanlah perjuangan anda semua sehingga berjaya.
Akhir kata, jari 10 aku susun, memohon maaf andai kata tersalah bicara dan komen. Yang baik hanya dari Allah SWT dan yang tidak baik adalah dari aku sendiri.
:-)

BERITA TERKINI