Saturday, December 13, 2008

PERHIMPUNAN KELUARGA

Alhamdulillah, selamat balik dan kembali dari kampung, balik untuk Hari Raya Qurban. Keadaan lalulintas dijalanraya juga taklah seteruk tahun lepas 2007, yala lagipun dah cabut balik hari Sabtu lagi, taklah jam sangat. Suasana pada hari raya pertama, biasalah masing-masing sibuk dengan acara Qurban, cuaca pun alhamdulillah baik, taklah tergendala dalam urusan Qurban.
Hari raya ke dua, dah menjadi tradisi, keluarga besar aku mengadakan perhimpunan keluarga. Telah ditetapkan dan dipersetujui bahawa setiap hari ke2 Hari Raya Qurban, kami akan mengadakan perjumpaan keluarga besar ini. Kali ini adalah perjumpaan kali ke 16 dan keluarga di Pasir Puteh menjadi tuanrumah. Siap ada banner selamat datang lagi. Banner ini nanti akan diserahkan kepada keluarga yang akan menawarkan diri menjadi tuanrumah untuk tahun depan pula.
Macam biasa setiap ahli keluarga yang hadir mestilah mendaftarkan diri dahulu, untuk memudahkan ajk mengemaskini rekod dan website keluarga al-jambuli. Lagipun ada 'lucky draw'......................Disamping mengeratkan tali silaturrahim, maklumlah ahli keluarga yang datang ni ada yang dekat dan ada yang jauh, dari Tanah Merah, Pasir Mas, Kota Bharu, Tumpat, Machang, Kuala Lumpur, Kulim, Ipoh, P. Pinang, Trengganu dan Johor, inilah masanya yang sesuai untuk mengukuh dan mempereratkan lagi silaturrahim yang dah sedia terjalin kerana selepas ini masing-masing bila dah kembali semula ke tempat tinggal agak sibuk dengan tugas masing-masing, kita juga ada acara-acara yang telah di aturkan oleh tuanrumah antaranya tahlil ringkas,
takirah, bacaan sajak, sukaneka dan persembahan nyanyian. Tengok hadiah-hadiah yang disediakan untuk yang menang.
Persembahan nyanyian oleh 3 dara ini membuatkan ahli keluarga al-jambuli memberikan tumpuan kepada mereka ber3, tapi dia orang control cun.Sebelum menjamu selera untuk makan tengahari, keluarga Presiden (presiden keluarga al-jambuli) menawarkan diri untuk menjadi tuanrumah pada tahun hadapan 2009 di rumahnya di Pasir Mas. InsyaAllah bertemu lagi di tahun hadapan.
Nota: sila lawat http://www.aljambuli.com/ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keluarga al-jambuli, walaubagaimanapun laman web ini masih dalam pembinaan, harap maaf sekiranya gagal atau masih tiada kandungannya.

No comments:

BERITA TERKINI