Saturday, April 11, 2009

PRK DI P022 PASIR MAS & DUN TRENGGANU DI BUBAR?


1. Aku bersyukur banyak2 sekiranya benar-benar Parlimen Pasir Mas bakal diadakan PRK, kerana bagi aku Ibrahim Ali dah tak relevan lagi. Cepat2lah letak jawatan kalau anak jantan. Aku tak rela dengan 1 undi yang aku bagi pada Ibrahim Ali. Aku juga yakin 28,673 pengundi yang memberi undi kepada Ibrahim Ali pada PRU12 yang lalu juga menyesal tak sudah.


2. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, nak tunggu sampai bila umNO nak pinang Ibrahim Ali, umNO pun tak ingin, ada Ibrahim Ali dalam umNO adalah liabiliti bukannya aset bagi mereka. Maka cepat2lah letak jawatan.


3. Aku pasti dan yakin inilah penggal terakhir bagi Ibrahim Ali menjadi ahli parlimen, selepas ini terkuburlah mainan politik Ibrahim Ali. Kalaupun Ibrahim Ali masuk PAS sekalipun, pada PRK 13 nanti, aku akan pastikan dia tidak akan jadi calon pilihanraya lagi, cukup setakat itu sahaja. Andaikata PAS calonkan Ibrahim Ali lagi, aku yakin PAS akan kalah dan aku akan berusaha keras supaya dia kalah.


4. MB Trengganu kini berada seperti telur dihujung tanduk. Dengar khabar bakal berhadapan dengan undi tak percaya, dari umNO sendiri, bukan dari PAS. Kalau dah ada khabar angin sebegitu rupa dari kalangan anak beranak sendiri, maka apa lagi ditunggu, cepat2lah bubar DUN dari dimalukan oleh orang umNO sendiri. Biar rakyat sahaja tentukan siapa berhak memerintah dan siapa MB yang rakyat mahu.



5. Wahai MB Trengganu, jangan sampai anak beranak sendiri jadikan YAB seperti YAB Nizar di Perak, rampas kuasa. Malu besar nanti, hanya Nizar yang mampu berhadapan dengan situasi seperti itu, orang umNO tak kuat daya juangnya kalau nak dibandingkan dengan pejuang2 PAS/PR. Ketika masih berkuasa, carilah jalan alternatif untuk menghadapi krisis ini, berbincanglah dengan Tuan Guru Hj Hadi, pastinya TGHH akan bantu. Kalau tak sanggup berhadapan dengan TGHH, segeralah bubarkan DUN!?

No comments:

BERITA TERKINI