PUAK YANG SAMA TAPI BERBEZA SIFATNYA.
DI TRENGGANU...........YANG TIDAK BAIK DI TOLAK.

DI BAGAN PINANG........YANG TIDAK BAIK DI PILIH
Lahir pada 06.10.2008, bertujuan untuk melontar apa saja pandangan, komen, hasil penemuan, pendapat serta cadangan untuk renungan bersama. Yang pasti, isikandungnya bukan untuk memperlekehkan, menjatuhkan, memperkecilkan atau menempelak mana-mana pihak. Yang terkena tempiasannya terimalah dengan sikap terbuka dan profesional demi untuk memperbaiki kelemahan kita.

TUN DM KATA : "PEMIMPIN YANG GAGAL PERLU LETAK JAWATAN! MALAH DI JEPUN SEHINGGA SANGGUP MEMBUNUH DIRI."
Tun Lah dilihat lebih berintegriti dari Tun DM bila berundur dan turun 'takhta' bukan kerana desakan sangat tapi lebih kepada kesedaran diri dengan kegagalan demi kegagalan yang menimpa beliau. Desakan tentunya datang dari timbalannya yang mengkambing hitamkan orang lain sebagai pendesak atau puak pendesak. Timbalannya pada ketika itu bimbang menerima nasib seperti DS Anwar, maka digerakkan 'perang' keatas Tun Lah supaya dapat beliau naik 'takhta' secepat mungkin.
Kini yang nampak di mata Tun DM, Samy patut berundur atau kalau malu bunuh diri sahaja.Samy gagal menyatukan orang India (mic), Samy gagal menerajui mic mengharungi pru12,Samy gagal di Sungai Siput tempat yang tak pernah beliau kalah malah Samy gagal memberi sumbangan dalam setiap 7 prk lepas, kaum undi masih kekal dengan pr.
sebagai orang no 1, jangan pula nak menyalahkan orang lain atas semua kegagalan ini.
Umum telah tahu bahawa prk di N31 Bagan Pinang bakal diadakan pada 11/10/2009 (09,10,11). 'Gelanggang' pula bakal dibuka secara rasmi pada 03/10/2009. Mulai dari tarikh itu akan bermulalah 'pertikaman lidah' yang sudah pastinya hangat dan hebat. Seluruh kekuatan PR (PAS, PKR & DAP) pastinya akan mengasak hebat N31 yang disifatkan kubu kuat umNO b end. Begitu juga umNO b end sudah tentunya di gembeling seluruh kekuatannya di N31, lazimnya bukan sahaja jentera pilihanrayanya sahaja yang bertungkus lumus bahkan jentera kerajaan juga dikerah sama.
Yang lebih pasti lagi, prk ini bakal tercetusnya pertembungan yang lebih hebat berbanding di Manek Urai atau di Permatang Pasir. Kerja-kerja jahat mainan umNO b end akan berulang lagi malah lebih jahat lagi, tidak hairanlah belum pun gendang dipalu, dikhabarkan sudah ada perang saraf di N31.
Tapi persoalannya, benarkah N31 Bagan Pinang adalah kubu kuat umNO b end? Kalau diteliti dari fakta diatas, Bagan Pinang tidaklah kuat mana pun. Majoriti umNO b end pada PRU12 berjaya dikurangkan dari 4,411 undi (PRU11) kepada 2,333 undi! Lihatlah undi yang diperolehi PAS PR pada PRU12, meningkat dari 1,556 undi kepada 4,097 undi iaitu penambahan sebanyak 2,441 undi berbanding dengan umNO b end yang hanya mampu menambah 463 undi sahaja.
13,664 pengundi bakal mengundi pada 11/10/2009 nanti dan 4,604 pengundi adalah terdiri dari undi pos, selebihnya 9,060 adalah pengundi biasa. umNo b end nampak seperti sudah selesa dengan adanya 4,604 undi automatiknya. Aku berkeyakinan umNO b end akan menggunakan strategi mengurangkan peratus keluar mengundi. Pengundi di Bagan Pinang akan dihalang keluar mengundi baik dengan menakut-nakutkan mereka atau mengumpul kad pengenalan mereka. Kerana dengan itu sahaja umNO b end mampu mengekang undi dari jatuh ke tangan PAS PR.
Andaikata undi pos bersikap telus dan terbuka, pastinya akan ada undi untuk PAS PR disana. Selebihnya, 'peperangan' sebenar adalah untuk mendapatkan seberapa banyak undi daripada 9,060 pengundi. InsyaAllah disusuli dengan kerja kuat PR, Bagan Pinang bakal dirampas!