Friday, October 1, 2010

PRK GALAS - KU LI DI PERLEKEH UMNO

Belum pun ampunya tuan badan menyatakan persetujuan dengan cadangan TPM, pemuda umNO Kelantan pula mencadangkan supaya Ku Li sendiri menjadi calon di PRK Galas nanti.

Patutkah batang tubuh yang bernama Ku Li di pertaruhkan menjadi calon di peringkat negeri iaitu ADUN? Bagi saya cadangan ketua pemuda umNO Kelantan dan disokong pula oleh ketua pemuda umNO Gua Musang sendiri itu tak ubah seperti memperlekehkan ketokohan Ku Li. Umum tahu Ku Li bertaraf nasional bukannya peringkat negeri, cadangan mencalonkan Ku Li umpama tidak menghormati ketokohan seniornya apalagi Ku Li yang bukan sahaja bekas menteri kanan yang disegani di Malaysia tetapi juga di kenali di peringkat antarabangsa. Pendek akal bagi orang yang tergamak memberi cadangan mencalonkan Ku Li.

Pertaruhkan Ku Li menjadi pengarah pilihanraya seperti di laungkan TPM juga bagi saya tidak kena pada tempatnya. Awal-awal lagi TPM cuba untuk mengelak yang mana kebiasaaannya pengarah bagi pilihanraya kecil di letakkan dibahu TPM.  Yang tersuratnya cubaan men'taichi' TPM ini dilihat takut untuk memikul tanggungjawab apalagi bakal berdepan dengan 'gergasi' politik tanahair, PAS/PR. Sebaliknya yang tersirat, TPM cuba terjemahkan betapa tiada kredibilitinya Dato' Pa sebagai ketua perhubungan umNO Kelantan kerana prk ini adalah taraf negeri sahaja. Sepatutnya Dato' Pa lah dilantik menjadi panglima perang. Malang bagi Dato' Pa.

Jika benar umNO Kelantan khasnya, umNO Malaysia amnya, menghormati dan menyedari ketokohan Ku Li, beliau sepatutnya dilantik khas sebagai penasihat pilihanraya bukannya pengarah pilihanraya jauh sekali dijadikan calon.

Nampak sangat umNO cuba memperlekehkan Ku Li.

No comments:

BERITA TERKINI