Sunday, March 27, 2011

Yen Yen - Nazri Tak Relevan

"Jadi kami tak ambil peduli kenyataan Nazri".
Ng Yen Yen yang kata. Siapa Ng Yen Yen ni? Menteri Pelancongan yang juga Pengerusi MCA P. Pinang.
Kalau yang duduk satu 'kelambu' pun tak kisah dengan Nazri, kita yang duduk diluar kelambu ni lagilah tak boleh pakai kenyataan-kenyataan Nazri yang dulu, kini dan selamanya. Syabas Yen Yen, buang aje speaker buruk tu. 
Tapi Yen Yen tentu faham maksud tersirat Nazri tu. Nazri tu Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Jadi kata-kata dia juga adalah kata-kata Perdana Menteri! 
Adakah MCA, MIC dan GERAKAN akan menerima nasib yang sama seperti mana PAS satu masa dulu. Sebelum di 'terajang' lebih baik terlebih dahulu 'menerajang'. Jangan sampai Ibrahim Ali kata 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'! 

Takbir! Takbir! Takbir!

Saturday, March 5, 2011

HALAL HARAM MAKRUH SUNAT WAJIB



KHAS BUAT PENGUNDI ISLAM DI MERLIMAU DAN KERDAU :

KETAHUILAH BAHAWA SELURUH AKTIVITI KEHIDUPAN KITA TIDAK BOLEH LARI DARI KESAN HALAL, HARAM, MAKRUH, SUNAT DAN WAJIB. TERMASUKLAH MEMILIH PEMIMPIN (PILIHANRAYA). ADALAH WAJIB MEMILIH PEMIMPIN YANG BERAKHLAK BAIK, PEMIMPIN YANG TIDAK ZALIM, PEMIMPIN YANG ADIL DARI PUAK YANG BAIK-BAIK, DARI PUAK YANG BERJUANG UNTUK KEADILAN, DARI PUAK YANG TIDAK ZALIM.

UNDILAH PAS. SELAMAT MEMILIH.

Saturday, October 23, 2010

PRK GALAS : PRK di Galas, umNO kempen di Manek Urai, umNO tewas di Kota Bharu.


Kepandiran umNO sudah terang lagi bersuluh, mujurlah pak pandir ketereh tolong laungkan bahawa ahli-ahli umNO adalah keturunan pandir.
Apa tidak pandirnya, pilihanraya kecil akan di adakan di Galas, Gua Musang tapi umNO kalut ribut berkempen di Manek Urai.


Lorat gaduh menaikkan papan tanda projek yang dijanjikan ketika prk manek urai dulu setelah menyedari janji bohong mereka itu di telanjangkan rakyat Kelantan. Sudah 11 prk berlangsung setelah PRU12, bermula di Permatang Pauh hinggalah ke Sibu, pastinya sudah 1001 janji dihamburkan umNO/bn. Cuba periksa janji mana yang sudah tertunai dan yang mana masih belum, pendek kata rakyat akan di perbodohkan setiap kali ada prk. 



Terlebih pandir lagi, bina papan tanda di Manek Urai tapi bangunan umNO di Kota Bharu tergadai, terlepas ke tangan PAS. Bangunan sepatutnya menjadi mercu tanda gahnya sesebuah parti, tapi kalau 'rumah' sendiri tak terjaga dan tak mampu pertahankan hanya pandai bina papan tanda projek tak usahlah bermimpi nak menjadi kerajaan di Kelantan!

Friday, October 1, 2010

PRK GALAS - KU LI DI PERLEKEH UMNO

Belum pun ampunya tuan badan menyatakan persetujuan dengan cadangan TPM, pemuda umNO Kelantan pula mencadangkan supaya Ku Li sendiri menjadi calon di PRK Galas nanti.

Patutkah batang tubuh yang bernama Ku Li di pertaruhkan menjadi calon di peringkat negeri iaitu ADUN? Bagi saya cadangan ketua pemuda umNO Kelantan dan disokong pula oleh ketua pemuda umNO Gua Musang sendiri itu tak ubah seperti memperlekehkan ketokohan Ku Li. Umum tahu Ku Li bertaraf nasional bukannya peringkat negeri, cadangan mencalonkan Ku Li umpama tidak menghormati ketokohan seniornya apalagi Ku Li yang bukan sahaja bekas menteri kanan yang disegani di Malaysia tetapi juga di kenali di peringkat antarabangsa. Pendek akal bagi orang yang tergamak memberi cadangan mencalonkan Ku Li.

Pertaruhkan Ku Li menjadi pengarah pilihanraya seperti di laungkan TPM juga bagi saya tidak kena pada tempatnya. Awal-awal lagi TPM cuba untuk mengelak yang mana kebiasaaannya pengarah bagi pilihanraya kecil di letakkan dibahu TPM.  Yang tersuratnya cubaan men'taichi' TPM ini dilihat takut untuk memikul tanggungjawab apalagi bakal berdepan dengan 'gergasi' politik tanahair, PAS/PR. Sebaliknya yang tersirat, TPM cuba terjemahkan betapa tiada kredibilitinya Dato' Pa sebagai ketua perhubungan umNO Kelantan kerana prk ini adalah taraf negeri sahaja. Sepatutnya Dato' Pa lah dilantik menjadi panglima perang. Malang bagi Dato' Pa.

Jika benar umNO Kelantan khasnya, umNO Malaysia amnya, menghormati dan menyedari ketokohan Ku Li, beliau sepatutnya dilantik khas sebagai penasihat pilihanraya bukannya pengarah pilihanraya jauh sekali dijadikan calon.

Nampak sangat umNO cuba memperlekehkan Ku Li.

BERITA TERKINI