Tuesday, March 31, 2009

UmNO SERANG MIC DI BUKIT SELAMBAU


Setelah diisytiharkan Bukit Selambau akan diadakan prk, umNO beria-ia mahu bertanding di kawasan ini tanpa mengambil kira bahawa kerusi sememangnya kerusi mic sejak dulu lagi. Hulubalang umNO di Kedah bertungkus lumus mahukan umNO bertanding dengan alasan mic sudah hilang pengaruhnya keatas rakyat India yang menjadi pengundi penentu kemenangan di Bukit Selambau.

Seluruh kekuatan umNO Kedah cuba mempengaruhi pimpinan tertinggi mereka bahawa kali ini umNO patut diberi peluang bertanding dan menghadapi pr di Bukit Selambau, berbagai cara mereka gunakan untuk melemahkan mic samy. Namun akhirnya mereka akur dan mengalah dengan keputusan pimpinan tertinggi, yang tersiratnya mic samy lebih kuat dari umNO kedah, akhirnya mic samy berjaya meyakinkan pimpinan tertinggi bahawa calon mic boleh merampas balik kerusi yang tewas pada pru12 lalu.

UmNO kedah nampaknya jelas lemah selemah lemahnya, kalau dengan mic samy pun umNO Kedah kalah, baik tak payahlah nak berdepan dengan PR.

Bila babak penamaan calon selesai Malaysia amnya dapat menyaksikan 13 calon hantu bukan hantu dan orang bukan orang bertanding. Maka babak ini mencatitkan sejarah yang tak mungkin dapat diatasi dimana-mana prk atau pru yang akan datang. Berikutan itu, maka berkokoklah ayam-ayam hingga tahi terpalit diekornya, bahawa ramainya spesis calon ini menunjukkan ada perpecahan dalam PR, mereka ini terdiri dari serpihan PR yang sanggup belot kepada pimpinan PR.

Pak Lah dengan angkuh berkata umNO tidak boleh ada 2 calon bertanding. Bukan angka 13 yang menarik perhatian aku. Tapi cuba lihat apa yang dibongkar oleh zulmamak (http://zulmamakpng.blogspot.com/). Pembongkaran tahap kelas pertama oleh zulmamak.


Salah seorang calon hantu bukan hantu @ orang bukan orang yang bernama Mejar (B) Hj Anuar Abd Hamid yang diterima dan disahkan pencalonannya adalah merupakan ahli umNO malah beliau memegang jawatan sebagai ajk umNO bahagian Merbok (1995-2008) tambahan lagi beliau adalah ketua cawangan umNO Jln Badlishah (1995-2008).

Mengata dulang paku serpih, terbukti sudah, Pak Lah membuat siri pembohongan tahap kelas A+. Hj Anuar jelas ditaja oleh umNO bertujuan untuk memecahkan undi atau sememangnya Hj Anuar bertindak sendirian menentang pimpinan tertinggi untuk bertanding. Kalau dia bertindak sendirian, kita tunggu dan lihat adakah Hj Anuar bakal dikenakan tindakan disiplin kerana bertanding menentang calon bn. Sama-sama kita tunggu.

Tapi sebenarnya yang tersirat adalah dendam umNO. Dari maklumat dalaman umNO yang diterima setelah tewas dengan mic samy dalam perebutan meletak calon umNO bertanding maka umNO Kedah berdendam dengan mic samy. Dalam diam umNO merangka strategi membalas dendam terhadap mic samy. Jangan terkejut sekiranya aku katakan ada antara calon bebas India juga ditaja oleh umNO Kedah selain dari Hj Anuar. UmNO Kedah akan pastikan calon mic samy kecundang sebagaimana mereka kalah dalam perebutan menjadi calon. Inilah buktinya bn berada diambang perpecahan dan berperang sesama sendiri.



Bagi umNO Kedah yang berdendam dengan mic samy ini lebih sanggup melihat calon mic samy tewas kerana mereka juga tewas ditangan mic samy. Kata umNO Kedah, " daripada aku tak jadi calon, lebih baik engkau juga tersungkur."

Monday, March 30, 2009

CEMARNYA TUN MAHATHIR


"SAYA RASA DIRI SAYA AKAN TERCEMAR JIKA SAYA BERADA DALAM MAJLIS YANG DISERTAI OLEH ORANG YANG MENDUKUNG AMALAN RASUAH." (Tun Dr Mahathir, March 27, 2009, 4.24 pm di http://chedet.co.cc/chedetblog/)

Tak sampai 24 jam TDM mengeluarkan kata-kata di atas, beliau muncul di PAU. Dengan ini SAH sudah TDM adalah antara mereka-mereka yang tercemar di kalangan yang tercemar.

Apalagi SAH sudah TDM juga adalah antara mereka-mereka yang mendukung amalan RASUAH di kalangan yang PERASUAH.

Aku tidak berapa hairan sangat, kerana sudah semestinya PERASUAH memang suka berada di MAJLIS RASUAH yang didalamnya terdiri dari orang-orang yang MERASUAH, iaitu PEMBERI RASUAH, PENERIMA RASUAH dan PESURUH RASUAH.


majlis rasuah

pendukung rasuah
Peringatan kepada pengundi-pengundi di Bkt Gantang, Bkt Selambau dan Btg Ai :
jangan dekati 'negarawan' ini kerana dibimbangi cemarnya akan menjangkiti anda, maka anda juga akan tercemar. Dan cemarnya itu hanya boleh di samak dengan campuran air dari Permatang, air dari Kuala, air dari Bukit dan di balun dengan Batang.

Sunday, March 29, 2009

TOK GURU & PENAMAAN CALON



1. TGNA selamat melancarkan blog sendiri. Satu penghormatan & pengiktirafan kepada semua bloggers, komunikasi maya sememangnya berkesan dan diminati ramai, mendapat tempat teratas berbanding media haprak TV3, RTM, UM, BH dan yang seangkatan dengannya.

2. Penamaan calon berakhir sudah. Gelanggang dengan rasminya telah dibuka. Pesilat dah mulakan langkah sembah mereka, pencak silat dah makin rancak.

Di Bukit Gantang, pesilat kesayangan kita Ir Nizar (Menteri Besar Perak yang SAH) akan ditentang oleh UBN dan calon BEBAS. Entah mana muncul calon BEBAS pulak tak tau la, untung sabut timbul untung batu tenggelam, tenggelam terus (bakal hilang wang deposit), baik simpan buat belanja sendiri atau kalau banyak sangat duit tu, sedekah la pada yang memerlukan. Wakil rakyat BEBAS yang seringkali aku copkan sebagai hantu bukan hantu dan orang pun bukan orang, merupakan individu yang tak berpendirian, macam lalang ditiup angin. Tapi dasar demokrasi, sesiapa sahaja boleh bertanding.


MACAM NI PUNYA RAMAI PENYOKONG YANG HADIR MEMBERI SOKONGAN KEPADA MENTERI BESAR YANG SAH, ALAMAT BUNGKUS LAH UBN, PASTI BUNGKUS! TOLONG KENALPASTI KUBUR MANA NAK KITA TALKINKAN MEREKA. KEPADA KE DUA-DUA CALON UBN DAN CALO BEBAS, BELUM TERLAMBAT UNTUK BERUNDUR. LEBIH BAIK BERUNDUR DARI DI MALUKAN RAKYAT BUKIT GANTANG DAN RAKYAT PERAK.

Di Bukit Selambau pula, pesilat Kalari Payat, Manikumar bakal ditentang oleh seorang calon MICBN dan 13 calon bebas. Wow! Sejarah, Malaysia Boleh! Berhantu jugak Bukit Selamabu ni ya. 13 calon hantu bukan hantu dan orang pun bukan orang. Ramainya yang bakal hilang wang deposit.





SUASANA YANG SAMA DAPAT KITA SAKSIKAN DI BUKIT SELAMBAU, PUNYA RAMAI YANG BERARAK DAN MENYOKONG PR, SUDAH PASTI AKAN DAPAT DILIHAT BN DAN 13 BEBAS BAKAL MAKAN TANAH JUGA. AKU YAKIN CALON BEBAS AKAN MENARIK DIRI SATU PERSATU BILA SAMPAI SAAT HAMPIR DENGAN HARI MENGUNDI.

Di Batang Ai pula menyaksikan tentangan satu lawan satu, pahlawan Dayak, Jawah Gerang akan ditentang oleh Mussen BN. Satu PRK yang mungkin nampak tenang tapi penuh dengan isu-isu rakyat dan KERAjaan negeri yang korup.















LEBIHKURANG SAMA DENGAN GANTANG DAN SELAMBAU, TAPI DISINI BATANG BUKAN BUKIT. KEHADIRAN PENYOKONG PR YANG MENGATASI PENYOKONG BN JELAS PETANDA BAIK, PR BAKAL MEMENANGI PRK INI.

KHAS BUAT - NIZAR, MANIKUMAR DAN JAWAH, SEMOGA BERJAYA MEMENANGI PERJUANGAN INI DEMI RAKYAT MARHAEN.

KHAS BUAT PETUGAS SETEMPAT - SUMBANGAN PEJUANG BAWAHAN AKAN MENTERJEMAHKAN KEJAYAAN, BERJUANGLAH DENGAN IKHLAS TANPA MENGHARAPKAN BALASAN WANG RINGGIT, KERANA PERJUANGAN KITA ADALAH PERJUANGAN RAKYAT UNTUK RAKYAT, SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!

TERISTIMEWA BUAT PARA BLOGGERS - TERUSKAN TUGAS ANDA DIALAM MAYA, SAMPAIKAN MAKLMAT SECEPAT MUNGKIN, AKU TABIK ANDA SEMUA (ALBANJARI, PERISIK RAKYAT, BAWEAN, ZULMAMAK, KEDAHLANIE, SYA-REFORMIS, PAKKARAMU, TUKAR TIUB, DAYAKBARU, LETTERS FROM BATANG AI DAN RAMAI LAGI).

SELAMAT BERJUANG!

Monday, March 23, 2009

ANWAR DISERANG DI SELAMBAU


Ramai pemimpin PKR ditangkap di Bukit Selambau malam ini. Berita lanjut sila ke

http://n25bukitselambau.blogspot.com

UBN dah mula menggila!

LAWAN TETAP LAWAN!

BERITA TERKINI