Saturday, March 14, 2009

9 ANAK SYAITAN

Daripada 9 anak syaitan dibawah, agak-agaknya yang mana ada persamaan dengan UMNO dan orang-orang yang seangkatan dengannya?

Umar al-Khattab r.a. berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. ZALITUUN - yang duduk di pasar / kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat, menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. WATHIIN - yang pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk
terhadap Allah S.W.T.


3. A'AWAN - yang menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat, seronok dengan kedudukan / kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. HAFFAF - yang berkawan baik dengan kaki botol, suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat seperti disko, kelab malam dan tempat yang ada minuman keras.

5. MURRAH - yang merosakkan dan melalaikan ahli dan yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah, mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.

6. MASUUD - yang duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. DAASIM - yang duduk di pintu rumah dan tidak memberi salam ketika masuk ke dalam rumah, mereka akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. WALAHAAN - menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. LAKHUUS - yang merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari.

……wallah hu alam.

No comments:

BERITA TERKINI