Tuesday, August 31, 2010

DEKATI ISLAM MARAH, KERJA MUNGKAR SOKONG !











Cina dekati masjid, marah
Cina dekati surau, marah
Cina nak kenal Islam, marah
India juga naik kecut
Nak jadi juara pertahan masjid & surau

Cina masuk masjid, halau
Cina masuk surau, halau
Cina nak kenal Islam, halang
India juga naik takut

JAIS hebat?
MAIS hebat?
umNO hebat?
Konon nak jaga Islam!

Melayu Islam masuk pub minum arak, boleh
Melayu Islam masuk disko mabuk, boleh
Melayu Islam masuk judi genting, boleh
Melayu Islam masuk pub bawak betina, boleh
Melayu Islam masuk kelab malam ambil gro, boleh
Melayu Islam masuk mengurut, boleh

Setan seronok tengok
Tak percaya tanya Awang Adek
Tak percaya tanya Ibrahim Ali

Sunday, August 29, 2010

PENDAKWAH YANG TAKUT MATI

Mana ada pejuang Islam tulen yang berdakwah dan berjihad atas jalan dan nama Allah takut mati?

Lihat Nashiruddin Al Albani, Shaikh bin Baz, Dr Yusuf Al Qardawi, Sayyid Sabiq, Sheikh Ahmed Deedat,As Syahid Syeikh Hassan Al Banna, As Syahid Sheikh Ahmed Yassin, Malcom X, Harun Yahya, Imam Rasyed Alafasy dan ramai lagi, adakah mereka ini takut mati bila berjuang dijalan Allah?
Bagi mereka mati ditangan Allah, bukan ditangan musuh, mati hak Allah, bukan musuh yang menentukan kematian!

Dalam kenyataannnya, Ibrahim juga membawa misalan nasib yang menimpa pendakwah Islam Amerika Syarikat, Malcom X yang ditembak mati di Manhattan Audubon Ballroom pada 1965. “Pendakwah Islam yang berdakwah kepada orang-orang Kristian hingga masuk ke gereja semata-mata berdakwah kepada bukan Islam akhirnya ditembak mati. Sehubungan itu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas berkata, adakah Allah sedang memberikan satu ‘iktibar’ untuk berfikir bersama tentang realiti PAS, yang menurutnya menjual agama Islam demi survival politiknya ketika bulan Ramadan. “Rumah Allah dicemari, dinodai dan segala-galanya halal demi undi, ini kerja syaitan yang memasong ‘orang yang dikatakan beriman tapi tidak bertaqwa,” katanya lagi.

Orang lain berkokok, dia pun nak berkokok, eh bukan berkokok, ber'ong'. Ibrahim ber'ong' kuat tapi malang tempatnya dibwah tempurung.
Penjuang bangsa sahaja yang takut mati, bukan sahaja takut mati, takut kepada rakyat, pasang bodyguard keliling pening bila nak kemana-mana.
Kenapa pasang bodyguard kalau bukan takut mati.
Apa yang pejuang Islam ini dapat sekiranya mati ditangan musuh Islam?
Ibrahim tahu tak? Kalau jahil tentu tak tahu apa-apa.
Pejuang bangsa pula kalau mati ditangan musuhnya, apa yang mereka dapat?
Pejuang bangsa yang mati dalam perjuangan menentang Islam pastinya akan dikutuk dan dihina hingga hari kiamat.

Kenapa Kamal Atartuk di Turki hingga hari ini sikapnya di jadikan sempadan oleh pejuang Islam tulen?
Ibrahim tahu tak? Kalau jahil tentu tak tahu apa-apa.
Islam adalah universal dan bersikap terbuka serta mudah.
Ibrahim tahu tak? Kalau jahil tentu tak tahu apa-apa.

Islam bersikap mesra makhluk dan mesra alam.
Sesiapa sahaja boleh mendekati Islam, dan umat Islam wajib membenarkan sesiapa sahaja yang terbuka hati mereka untuk mendekati Islam.
Islam tidak ada dasar tutup pintu!

Jangan buta sejarah, belajarlah dan bergurulah dengan TGNA, dizaman baginda RasuluLlah, pernah baginda membawa masuk kafir ke dalam masjid, malah makan tidur didalam masjid. Ibrahim tahu tak? Kalau jahil tentu tak tahu apa-apa.

Islam tidak ada dasar tutup pintu!
Sebagaimana kamu bertanding di pilihanraya dulu atas dasar keterbukaan PAS menerima kamu dan dibantu sehingga kamu menang.
TGNA berfikiran kamu sudah insaf dan ingin bersama jemaah Islam tapi selepas kamu menag, kamu menjauhi Islam dan berjuang atas dasar bangsa. Malang bagi kamu.
Ibrahim lah yang sebenarnya menjual Islam demi survival politik. Demi undi kamu sanggup bertenggek bersama PAS, bertempek diatas pentas PAS.
Maka berjayalah syaitan memasong fikiran kamu dan memesongkan perjuangan kamu kepada perjuangan bangsa.
Adakah kamu beriman? Beriman kepada apa? Bangsa? Kalau beriman kepada bukan Allah maka tidak wujud lagilah taqwa!
5 kali setiap hari dalam sembahyang kita berdoa, solatku, ibadatku, hidupku, matiku, kerna Allah Taala.
Ibrahim tahu tak? Kalau jahil tentu tak tahu?
Jangan hanya pandai baca doa yang dalam bahasa Arab itu tapi tidak tahu apa ertinya.

Tapi kekadang aku terfikir juga, wakil rakyat macam kamu yang tak berparti (bebas) ini sebenarnya tiada pegangan perjuangan. Maklumlah BEBAS.
Hantu bukan hantu, orang pun bukan orang. Hari ini kamu jadi orang, esok kamu boleh jadi hantu. Malang bagi kamu.

Belajar dari sejarah ini jugalah PAS lebih berhati-hati kini, hendak bersama PAS bila sudah terdesak, kononnya atas dasar perpaduan.
Bila sudah kuat PAS ditendang, inilah dasar perjuangan bangsa. Bukankah itu adalah cubaan menjual agama Islam untuk survival politik?
Tapi kalau (minta jauh) umNO bergabung dengan PAS, kemana Ibrahim hendak tuju? Hendak ikut sama umNO tak terima seumur hidup. PAS wajib tak akan terima 'hantu'.
Tinggallah Ibrahim menjadi pekasam seumur hidup atau masuk sahaja mic atau mca atau gerakan.

Friday, August 27, 2010

FELDA DI MINANGKABAU


"Felda diarah bayar peneroka RM11 juta - Selepas lebih sepuluh tahun, akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang Tiga dari Kelantan mendapat khabar gembira apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Felda membayar mereka RM11 juta kerana menipu peneroka berkenaan berhubung gred buah kelapa sawit."

Sejarah Minangkabau ada menceritakan bagaimana orang-orang Minangkabau terkejut 'beruk' apabila Belanda mengeluarkan perintah supaya cukai dikenakan kepada mereka. Setelah Belanda dibantu orang-orang Minangkabau menewaskan Inggeris, dan selepas Belanda berjaya menguasai adat orang-orang Minangkabau kini orang-orang Minangkabau akan dibebankan pula dengan cukai. Tidak puas dengan memerah keringat dan darah rakyat dengan arahan menanam kopi secara paksa dan dipaksa pula menjualnya kepada kompeni Belanda kini cukai pula dikenakan. Bukan nilai cukai yang orang-orang Minangkabau pertikaikan, tetapi bagi mereka pengenaan cukai ini membawa erti mereka bukan lagi rakyat yang MERDEKA kerana mereka seolah-olah menyewa di tanah mereka sendiri. Seumpama hamba dibumi sendiri yang terpaksa merempat, bak itik di air mati kehausan. Rentetan ketidakpuasan hati inilah berlaku penghijrahan beramai-ramai orang-orang Minangkabau ke Malaya (ketika itu) terutama sekali ke Kelang. 

Sejarah ini berulang lagi, bilamana peneroka Felda ditipu sejak 1995 lagi. Lihatlah betapa rakusnya FELDA 'BELANDA' ini, setelah diberi mandat dan kepercayaan memajukan kaum peneroka mereka mengambil kesempatan untuk mementingkan diri mereka. Kaum peneroka perlulah mempunyai kesedaran sepertimana orang-orang Minangkabau, tidak berasa kamu diperhambakan? Ditipu sudah terang lagi bersuluh. Tidakkah berasa kamu dipermainkan pemerintah, yang tidak lain dan tidak bukan umNO be end? Maka tidak heranlah apajua projek yang telah, yang sedang dan akan berjalan yang dirancang oleh umNO be end penuh muslihat dan tipuhelah kepada rakyat!

Dan apakah kaum peneroka dan seluruh rakyat Malaysia mahu terus dipermainkan, ditipu, ditindas, diputarbelitkan, diperhambakan di bumi sendiri? Rakyat semakin terdesak kehidupannya sedangkan mereka berperut boroi bermimpi bulan bintang baik siang maupun malam.

Senario ini akan berterusan sampai kiamat sekiranya golongan ini terus 'bertakhta', ayuh sama-sama kita bangkitkan kesedaran ini, ayuh sama-sama kita lakukan perubahan. Masa tidak akan menunggu kita lagi, buktikan bukan hanya dengan omong kosong tapi biar tangan menjadi saksi 'benamkan' umNO be end pada PRU 13 nanti. 

Saturday, August 21, 2010

NAMA GUAN ENG DISEBUT DISINI !


Wahai Datuk Seri Ahmad Zahid, umat Islam bersembahyang Jumaat di sini (gambar sebelah), di Masjid Negeri Pulau Pinang. Kaum Tionghua tidak bersembahyang di masjid ini jadi nama YAB Lim Guan Eng tak disebut disini.


Wahai Datuk Seri Ahmad Zahid, gambar di sebelah pula adalah Tokong Ular di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Mustahil khatib membaca khutbah di sini tapi disinilah nama YAB Lim Guan Eng disebut.

Takkan Datuk Seri tak reti beza mana satu masjid dan mana satu tokong. Mungkin orang umNO yang sampaikan maklumat kepada Datuk Seri tu sembahyang di tokong kot.
Datuk Seri pula pilih yang mana?

Saturday, August 14, 2010

KUAT SANGATKAH MCA?

Tak pasal-pasal DAP jadi sasaran MCA Chua Soi Lek mengenai dinar emas Kelantan.


Biasanya pihak yang mencabar tentu lebih kuat berbanding dengan pihak yang kena cabar. Dan amat bodoh kiranya pihak yang mencabar ternampak lemah berbanding dengan pihak yang kena cabar. Apakah MCA Chua Soi Lek sekarang sudah kuat? Atau DAP sekarang ini sudah lemah?
Ini sudah menjadi resam, bila ketua tidak diberi tempat dalam kabinet sedangkan orang bawahan beliau berada gah di barisan Najib, dia akan mula meracau dan ber'kokok' lantang supaya suara beliau didengar. Nasib Chua samalah dengan nasib KJ, ketua, tapi tidak di perlukan membarisi kabinet Najib. Malang KJ malang si Chua.

Meracau, menggelupur Chua sejak akhir-akhir ini ibarat biawak yang sedang kepanasan di padang pasir. Kehulu kehilir mencari tempat lindungan matahari. tak lah terasa sangat bahang panas padang pasir. Lepas satu, satu isu Chua dah 'kokok'kan, sehinggakan hal Islam yang Chua memang buta dan tuli pun di laungkannya. Almaklumlah umno tak pernah ajar Chua mengenai Islam, mana mungkin umno nak ajar Chua, umno sendiri pun lintang pukang hal Islam.

Chua yang seangkatan dengan Ariel mungkin gelabah bila melihat Tun ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Tentu dia kenal dengan Tun, bekas boss beliau dulu, orang no 1 MCA. Dan beliau sekarang juga adalah no 1 MCA! Sejarah menyaksikan beberapa orang no 1 MCA akhirnya dibawa ke mahkamah, walaupun belum tahu salah atau tidak, tapi sedikit sebanyak tergugat sudah moral orang itu. Pastinya Chua berpikir, adakah giliran aku juga akan tiba suatu hari nanti? Kisah Tun, bukan tamparan, tapi tendangan hebat dikenakan kepada MCA.

Berbalik kepada kuatkah MCA sampai cabar DAP?

Tak payah lah Chua Ariel Peter Pan mencabar DAP, jangan buat-buat bodoh, atau memang nak tunjukkan kebodohan Chua. Dinar emas di Kelantan kenapa perlu diusik DAP di Pulau Pinang? MCA yang kini entah kemana, orang kata hidup segan mati tak mahu, cuba nak cabar DAP yang dunia tahu punya kerajaan di Pulau Pinang. Bukan aku nak bela sangat DAP, tapi nak cabar orang tu cerminlah diri kita dulu. Tak payah lah, kalau kail panjang sejengkal, jangan mengail di lautan dalam!


Usahkan nak lawan DAP, nak bersaing dengan Gerakan pun MCA tak mampu. Diam Chua adalah lebih baik daripada menonjolkan kebodohan diri. Kalau ya pun nak dapat tempat dalam PRU13 nanti, lebih baik jaga MCA, betulkan rumah sendiri dulu. Jangan sampai yang dikendong berciciran dan yang dikejar tak dapat!

Uncle Koh tentu gelihati dengan kerenah ketua MCA sekarang.

Cut Tari lihat dari jauh aje, gelagat Chua yang tak keruan.

Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN


Kepada pengikut dan pengunjung blog ini, buat semua pejuang Islam dan seluruh umat Islam semoga dikurniakan sihat tubuh badan dan kekuatan iman dalam menjalankan ibadah puasa serta mendapat balasan yang setimpal dari Allah SWT.
Amin.

Saturday, August 7, 2010

SETELAH 52 TAHUN MERDEKA (2)


Banggakah kita disaat kita bakal menyambut 53 tahun Merdeka, sekiranya .................................
kes pembuangan bayi masih menjadi igauan buruk seluruh rakyat Malaysia yang prihatin.

Hasil setelah 52 tahun MERDEKA dibawah pemerintahan umno-be end, kes PEMBUANGAN BAYI menjadi satu topik hangat. Ianya dibincangkan oleh segenap lapisan masyarakat, baik pemimpin teratas sehinggalah golongan marhaen, yang diutara maupun yang diselatan, yang ditimur maupun dibarat, diseberang Malaysia Timur malah juga di Semenanjung, baik lelaki maupun perempuan, tidak kira kaum dan warna kulit malah hampir dibincang hampir setiap detik dan masa. Adalah malang bagi kita di ambang usia 53 tahun MERDEKA, masih kedapatan manusia jahiliah menyedut udara anugerah Allah SWT di bumi Malaysia.

Kata pepatah, 'nasi dah jadi bubur', akibat alpanya pemerintah dalam membentuk sahsiah rakyat Malaysia beginilah hasil yang generasi pemimpin hari ini menanggungnya. Bukan fingure pointing, tetapi itulah realitinya yang mesti diakur pemerintah kini. Kalau hasil ini dijadikan sebagai KPI, sudah terang lagi bersuluh pemerintah hari ini yang meneruskan kesinambungan pemerintah lampau GAGAL dalam membentuk rakyat Malaysia mejadi rakyat yang bertamaddun. Kerana apa? Kerana menjana pembangunan material lebih diutamakan dari pembangunan sosial.

Kalau diamati perbincangan yang terbanyak, ianya lebih fokus kepada bagaimana untuk menangani atau membendung gejala pembuangan bayi ini dari menjadi-jadi. Tiada perbincangan yang menjurus kepada mematikan punca-punca kenapa pembuangan bayi ini terjadi.

Saya cuba sedaya upaya dengan daya akal anugerah Allah SWT ini melontar cadangan 5 sen saya dalam kita menghadapi tabiat pembuangan bayi ini.

Tidak perlu kita kaji punca hamil luar nikah, sudah tentu datangnya dari persetubuhan luar nikah atau persetubuhan haram atau zina akibat dari pergaulan bebas. Tapi, dimana dan bila mungkin berlaku aktiviti haram ini?

Dimana kemungkinan berlakunya aktiviti haram ini? Andai keselesaan diambilkira besar kemungkinan ianya boleh berlaku di hotel-hotel, rumah-rumah tumpangan dan yang sewaktu dengannya. Begitu juga mungkin juga boleh berlaku di rumah-rumah sewa, terutama sekali rumah sewa bujang samada yang lelaki ataupun perempuan. Ianya boleh juga dilakukan diasrama-asrama, baik asrama di pusat pengajian tinggi maupun asrama pekerja. Nafsu syaitan tidak mengira tempat, ianya boleh juga berlaku di dalam kampus sesebuah pusat pengajian tinggi yang keluasan kampusnya yang hampir menyamai keluasan sesebuah kampung. Syaitan terus menghasut, didalam kenderaan juga boleh berlaku seperti didalam kereta yang di 'parking' ditepi-tepi pantai atau ditempat-tempat riadah yang gelap hatta didalam keretapi yang turut menyediakan tempat-tempat tidur.

Dari mana pasangan-pasangan ini memulakan agenda haram mereka? Tentunya mereka ini berhibur terlebih dahulu sebelum singgah bermalam atau membawa pasangan masing balik untuk meneruskan aktiviti seks haram. Bila sudah lalai dengan hiburan yang mengasyikkan, tambah lagi kesan tegukan air syaitan sudah tentunya membuatkan mereka terus lalai dan termakan hasutan syaitan. Dimana? Disko-disko, kelab-kelab malam, pusat-pusat karaoke, konsert-konsert, panggung-panggung wayang dan banyak lagi menjadi tempat permulaan untuk menjurus kepada aktiviti haram seterusnya.

Bagi saya inilah punca asas terjadinya hamil haram. Tidak dinafikan, dan pastinya pengetahuan ugama menjadi perisai utama kepada manusia terhadap bisikan syaitan yang akan terus menyesatkan manusia sejak dulu, kini dan selamanya.......

Bagaimana pula untuk mematikan punca-punca yang telah disebutkan diatas :

1. Pusat-pusat disko, kelab-kelab malam dan pusat-pusat karaoke -
a. beroperasi sehingga jam 12 tengahmalam sahaja,
b. melarang pengunjung-pengunjung yang beragama Islam dari memasuki pusat-pusat hiburan ini dengan menempatkan pegawai penguatkuasa untuk tujuan pemantauan,
c. suasana didalam hendaklah terang dan tidak gelap supaya tingkah laku pengunjung bukan beragama Islam dapat dipantau - dalam terang pun boleh menyanyi jugak,
d. pelayan wanita atau GRO dilarang memakai pakaian yang menjolok mata,
e. seluruh pusat-pusat hiburan ini hendaklah mempunyai rangkaian cctv yang dipantau oleh pegawai penguatkuasa termasuklah didalam bilik-bilik karaoke dan
f. tindakan tegas seperti membatalkan lesen pusat-pusat hiburan hendaklah diambil kepada pengusaha-pengusaha yang engkar dalam melaksanakan peraturan diatas, tiada lagi amaran dan amaran.

2. Panggung-panggung wayang -
a. juga beroperasi sehingga jam 12 tengahmalam sahaja dan
b. mempunyai rangkaian cctv didalam panggung-panggung wayang yang dipantau oleh pengawai penguatkuasa.

3. Konsert-konsert -
a. diadakan sehingga jam 12 tengahmalam sahaja,
b. suasana sekitar hendaklah terang benderang tidak kira dimana lokasi konsert, dan
c. tiada hidangan minuman keras semasa konsert berlangsung.

4. Hotel, rumah tumpangan, motel dan yang sewaktu dengannya -
a. semua tempat penginapan ini hendaklah tidak membenarkan mana pasangan-pasangan yang belum berkahwin menginap atau menyewa bilik-bilik tidur - pemantauan hendaklah dilakukan oleh pegawai penguatkuasa yang ditempatkan disemua lokasi,
b. penguatkuasaan ini dikenakan kepada semua tempat penginapan tanpa mengira taraf hotel tersebut, baik 5 bintang maupun yang tiada bintang dan
c. tindakan tegas seperti membatalkan lesen-lesen pengusaha-pengusaha hotel hendaklah diambil sekiranya mereka engkar mematuhi peraturan-peraturan seperti diatas.

5. Pusat-pusat riadah seperti taman-taman bunga, taman tasek dan pantai-pantai (termasuk kawasan kampus pusat pengajian tinggi) -
a. mempunyai cahaya lampu limpah di seluruh kawasan,
b. menempatkan pengawai-pengawai penguatkuasa kekal, dan
c. sentiasa memantau gelagat dan tingkah laku pengunjung serta bertindak tegas terhadap pasangan-pasangan yang berkeadaan tidak senonoh.

6. Asrama-asrama (sekolah, pusat pengajian atau pekerja) -
a. pengasingan antara jantina mestilah berkuatkuasa,
b. pemantauan oleh pegawai-pegawai penguatkuasa kekal hendaklah sentiasa dilakukan,
c. tindakan disiplin yang tegas hendaklah diambil kepada penghuni yang melanggar peraturan,
d. suasana sekitar asrama mestilah bercahaya pada waktu malam, dan
e. penghuni asrama hendaklah berada dibilik masing-masing selepas jam 12 tengahmalam.

7. Rumah-rumah sewaan -
a. tuan rumah atau wakil hendaklah memastikan penyewa bukan terdiri dari pasangan yang belum berkahwin,
b. tuan rumah atau wakil hendaklah mendaftar atau memaklumkan kepada pihak penguatkuasa rumah-rumah sewaan mereka terutama sekali rumah yang disewa kepada penyewa-penyewa bujang - untuk tujuan pemantauan, dan
c. tindakan seperti kompaun boleh dikenakan kepada mana-mana tuan-tuan rumah atau wakil sekiranya penghuni rumah sewaan mereka didapati melakukan kelakuan sumbang seperti ditangkap khalwat atau berzina.

8. Pengangkutan awam yang menyediakan tempat tidur (keretapi, kapal-kapal pelancung) -
a. pengusaha dengan dikawal oleh pegawai penguatkuasa hendaklah memastikan tiada pasangan yang tidak sah dibenarkan mengguna kemudahan tempat tidur,
b. pegawai penguatkuasa kekal hendaklah ditempatkan dilokasi bertujuan memantau tingkah laku pengguna, dan
c. tindakan tegas hendaklah diambil kepada pengusaha sekiranya didapati melanggar peraturan diatas.

9. Ibubapa atau penjaga -
a. hendaklah sentiasa memantau anak-anak mereka pada setiap masa dan memastikan anak-anak berada dirumah selepas jam 12 tengahmalam,
b. denda atau kompaun juga boleh dikenakan terhadap ibubapa atau penjaga sekiranya anak-anak mereka didapati bersalah didalam kes-kes khalwat, zina atau dadah, dan
c. mestilah secara berterusan memberikan didikan agama peringkat awal dirumah selain dari membawa mereka kepada ceramah-ceramah agama dimasjid-masjid atau surau-surau.

Paling utama, menjadi tanggungjawab pemerintah dalam memastikan siasah rakyat berada dilandasan yang betul. Program-program syiar Islam hendaklah diperhebatkan dan dilipatgandakan demi pembentukan peribadi mulia golongan remaja agar mereka mampu berfikir yang mana baik yang mana buruk dan yang mana pahala yang mana dosa. Jangan hanya memikirkan dan mendahulukan pembangunan material semata-mata. Apa erti pembangunan material yang hebat sesebuah negara sekiranya rakyat masih mengamalkan cara hidup jahiliyah.

Kalau sudah gagal setelah 52 tahun diberi peluang lebih baik undur diri dan berilah peluang kepada orang lain lagipun hidup ini bukan nak tongkat langit, biar mati meninggalkan nama yang baik dan dikenang rakyat dari hidup menjadi pemerintah yang dibenci rakyat.

Tuesday, August 3, 2010

DOA ANGIN MERAH


Angin Merah atau Angin Sesat atau Angin Ahmar atau Strok adalah ciptaan Allah S.W.T. yang boleh membinasakan anggota badan mengikut kehendakNya. Sesungguhnya Dia yang menciptakan sesuatu penyakit dan Dia jugalah yang menyembuhkannya.

Dibawah terdapat 2 doa angin merah atau angin ahmar, 1 doa yang lengkap (panjang) dan 1 lagi adalah doa pendek. Bacalah doa ini walaupun sekali dalam seumur hidup atau lebih afdal sekiranya dijadikan amalan, insyaAllah kita akan dilindungi dari diserang angin merah atau angin ahmar.


1. Doa yang lengkap (Doa panjang).








Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi;
wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.

Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.

Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amin…


2. Doa pendek.



Maksudnya :
Ya Allah saya mohon perlindunganmu daripada kejahatan angin ahmar ini, dari segala
kejahatan yang dibawa darinya, dan sembuhkanlah aku, kaum keluargaku, anak-
anakku dari angin tersebut, sesungguhnya engkau berkuasa atas setiap sesuatu.

Allah hu a'lam.

Sunday, August 1, 2010

SETELAH 52 TAHUN MERDEKA (1)

Banggakah kita disaat kita nak menyambut 53 tahun Merdeka sekiranya .................

Tampin

Renggam

Fikir-fikirkanlah.

BERITA TERKINI