Friday, August 27, 2010

FELDA DI MINANGKABAU


"Felda diarah bayar peneroka RM11 juta - Selepas lebih sepuluh tahun, akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang Tiga dari Kelantan mendapat khabar gembira apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Felda membayar mereka RM11 juta kerana menipu peneroka berkenaan berhubung gred buah kelapa sawit."

Sejarah Minangkabau ada menceritakan bagaimana orang-orang Minangkabau terkejut 'beruk' apabila Belanda mengeluarkan perintah supaya cukai dikenakan kepada mereka. Setelah Belanda dibantu orang-orang Minangkabau menewaskan Inggeris, dan selepas Belanda berjaya menguasai adat orang-orang Minangkabau kini orang-orang Minangkabau akan dibebankan pula dengan cukai. Tidak puas dengan memerah keringat dan darah rakyat dengan arahan menanam kopi secara paksa dan dipaksa pula menjualnya kepada kompeni Belanda kini cukai pula dikenakan. Bukan nilai cukai yang orang-orang Minangkabau pertikaikan, tetapi bagi mereka pengenaan cukai ini membawa erti mereka bukan lagi rakyat yang MERDEKA kerana mereka seolah-olah menyewa di tanah mereka sendiri. Seumpama hamba dibumi sendiri yang terpaksa merempat, bak itik di air mati kehausan. Rentetan ketidakpuasan hati inilah berlaku penghijrahan beramai-ramai orang-orang Minangkabau ke Malaya (ketika itu) terutama sekali ke Kelang. 

Sejarah ini berulang lagi, bilamana peneroka Felda ditipu sejak 1995 lagi. Lihatlah betapa rakusnya FELDA 'BELANDA' ini, setelah diberi mandat dan kepercayaan memajukan kaum peneroka mereka mengambil kesempatan untuk mementingkan diri mereka. Kaum peneroka perlulah mempunyai kesedaran sepertimana orang-orang Minangkabau, tidak berasa kamu diperhambakan? Ditipu sudah terang lagi bersuluh. Tidakkah berasa kamu dipermainkan pemerintah, yang tidak lain dan tidak bukan umNO be end? Maka tidak heranlah apajua projek yang telah, yang sedang dan akan berjalan yang dirancang oleh umNO be end penuh muslihat dan tipuhelah kepada rakyat!

Dan apakah kaum peneroka dan seluruh rakyat Malaysia mahu terus dipermainkan, ditipu, ditindas, diputarbelitkan, diperhambakan di bumi sendiri? Rakyat semakin terdesak kehidupannya sedangkan mereka berperut boroi bermimpi bulan bintang baik siang maupun malam.

Senario ini akan berterusan sampai kiamat sekiranya golongan ini terus 'bertakhta', ayuh sama-sama kita bangkitkan kesedaran ini, ayuh sama-sama kita lakukan perubahan. Masa tidak akan menunggu kita lagi, buktikan bukan hanya dengan omong kosong tapi biar tangan menjadi saksi 'benamkan' umNO be end pada PRU 13 nanti. 

No comments:

BERITA TERKINI