Friday, May 15, 2009

PERDANA MENTERI RAKYAT - realiti atau khayalan?


Kuranglebih sama seperti Zambry menggelarkan dirinya Mandela atau Mahatma! "Cermin diri kita dulu……….", kata Dr Fadhilah dalam setiap ceramah motivasi beliau. "Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama dengan rakyat," kata PM. "Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya," tambah PM lagi.

"Saya melawat Puduraya kerana sebahagian besar rakyat menggunakan Puduraya, terutama nak balik kampung, cuti raya." Baru sekali turun padang melawat Puduraya dah mengaku Perdana Menteri Rakyat, yang selalu dekat dengan rakyat, kononnya. Kenyataan yang jauh tersimpang, 'sebahagian besar rakyat' guna Puduraya, yang sebenarnya berapa kerat sahaja dari jutaan rakyat yang melata dari Perlis hingga ke Sabah guna Puduraya. Puduraya hanya jadi tumpuan rakyat di Lembah Kelang saja itupun setahun sekali, untuk balik kampung berhari raya. Isu Puduraya bukan isu nasional, bukannya isu rakyat yang mesti didahulukan. Banyak lagi isu lain yang melibatkan rakyat terbanyak yang mesti diselesaikan segera mengikut keutamaannya.

Kalaulah isu Puduraya pun PM dah tahu keadaan sebenarnya, tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh Datuk Bandar yang indah-indah belaka, pastinya isu lain juga sama modus operandinya. Taklimat dan penenerangan yang diberikan tidak sama dengan keadaan sebenarnya, mana bisa bangkai gajah ditutup dengan nyiru.

Indahnya tema '1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', bagaimana PM cuba nak realisasikannya. Melahirkan tema yang indah, cantik didengar memang mudah, tetapi untuk melaksanakannya sukar andainya maklumbalas yang diterima hanya gula-gula pemanis bicara walhal keadaan sebenar hancing dan hapak, apalagi tema dibuat hanyalah hiasan semata tanpa ada usaha yang bersungguh-sungguh dan lebih malang lagi tema dilahirkan hanyalah untuk kepentingan golongan tertentu sahaja, tak kemana pun - kata orang Kelate "mulut manis $#@*& masam".

1 Malaysia perlu dilihat dari dalam mata burung bukannya hanya dari dalam tempurung semata. Bukan sahaja perlu dilihat dari aspek perpaduan kaum sahaja, tetapi juga perlu diperindahkan jurang antara golongan istana dengan rakyat, golongan kaya dengan miskin, golongan pemimpin dengan yang dipimpin, golongan OKU dengan OPU (orang penuh upaya), golongan terpelajar dengan yang tercicir, golongan penguasa dan yang dikuasa, golongan pemberi dengan peminta, golongan warga emas dengan warga gangsa, golongan pendidik dengan yang dididik, golongan pembimbing ugama dengan pengikut ugama, dan lain-lain.

1 Malaysia, sememangnya perpaduan rakyat Malaysia sudah jelas, hanya segelintir spesis 1 telinga 2 lidah yang cuba memainkan isu perkauman, cuba melaga-lagakan kaum-kaum utama demi kepentingan politik mereka dan menakut-nakutkan rakyat terhadap lawan politik mereka. Kini rakyat sudah bijak, sudah cerdik, isu perkauman yang cuba dimainkan, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Dah lebih 50 tahun Merdeka, rakyat bertambah cerdik, malangnya pemimpin-pemimpin dari spesis 1 telinga 2 lidah ini masih keterbelakang mindanya. Sememangnya PR telah lama menterjemahkan tema 1 Malaysia ni, buktinya kini tidak janggal lagi bagi bukan Islam berada dalam majlis anjuran PAS begitu juga sebaliknya.
Sejarah kecil tercipta, bilamana Lim Guan Eng bersama umat Islam menyambut Maulidur Rasul di Pulau Pinang, berarak bersama-sama, belum pernah terjadi di masa Koh Tsu Koon, apalagi oleh mana-mana pemimpin MCA atau MIC. Kini hampir 20,000 rakyat bukan Islam yang terdiri dari kaum Tionghua dan India berada bersama PAS didalam kelab penyokong PAS, tidak pernah wujud kaum bukan Melayu yang tidak mahu menyertai MCA atau MIC menubuhkan kelab penyokong umNO, cuma yang ada hanyalah kelab penyokong umNO diluar negara itupun terdiri dari ahli kaum Melayu sendiri. Dalam PAS ada China, ada India, ada Melayu - boleh duduk dalam satu majlis tanpa rasa curiga dan janggal antara satu sama lain, malah berjaya mewujudkan satu gabungan kerjasama yang kukuh dan mantap. Dalam PKR ada China, ada India, ada Melayu - mereka bergerak
bersama, membela antara satu sama lain tanpa berasa kekok. Dalam DAP ada Melayu, ada India ada China - kumpulan ini bersepakat menentang kezaliman dan menegakkan keadilan tanpa melihat perbezaan warna kulit. Pendekata, tema 1 Malaysia adalah tema yang sudah lapuk, ianya akan jadi tema semata sekiranya golongan spesis 1 telinga 2 lidah terus bersenjatakan isu perkauman untuk menakut dan menggerunkan rakyat.

Rakyat Didahulukan, masih samar dan masih belum jelas halatujunya apalagi tak tercapai dek akal untuk menerimanya. Apakah ianya berlaku sekarang, kalau tidak, bila ianya akan menjadi kenyataan? Atau rakyat didahulukan tapi minta balasan dari rakyat pula? Nggak mungkin terjadi rakyat didahulukan, kiranya isu harga minyak terus menekan rakyat. Mana bisa terjadi rakyat didahulukan, kiranya isu PPSMI masih membelengu murid-murid di seluruh negara. Mustahil terbukti rakyat didahulukan, kiranya isu pengangguran terus berlarutan. Tak mungkin terjadi rakyat didahulukan, kiranya kera dihutan disusukan sedangkan anak sendiri kelaparan dalam isu pekerja asing diutamakan dan semakin melebar jurangnya. Malah apakah rakyat didahulukan, kiranya tanah yang diduduki sekian lama masih gagal diberi hakmilik. Apakah rakyat didahulukan, setelah lebih 50 tahun Merdeka masih ada rakyat merempat, miskin papa kedana, tanpa eletrik dan air bersih bukan sahaja dinegeri miskin malah dinegeri yang dikatakan kaya dengan hasil mahsulnya. Bagaimana nak kata rakyat didahulukan, kiranya yuran persekolahan masih membebani rakyat sedangkan ada negara yang memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya. Bezanya dengan PR yang telah menjuarainya, di semua negeri PR warga tua 60 tahun keatas (kalau tidak silap) dijamin kebajikannya setelah mereka meninggal untuk ahli keluarganya, di Selangor diberi air percuma walau tidak 100% tapi setidak-tidaknya meringankan beban rakyat, di Perak diberi hakmilik tanah di kampung-kampung baru dan kampung-kampung tersusun yang sekian lama diduduki mereka, di Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi ganjaran kepada golongan cendekiawan, hafiz quran dan bakal mahasiswa di bantu dengan wang ringgit dan banyak lagi yang tidak muat dalam ruangan ini jika nak disenaraikan semuanya. Jelaslah PM masih belum boleh menterjemahkan tema rakyat didahulukan, sedangkan PR sudahpun melangkah jauh dalam membela rakyat dan
kebajikan rakyat diutamakan.

Pencapaian Diutamakan, satu-satunya tema yang bagi aku adalah 'lawak' semata-mata. Pencapaian siapa yang dimaksudkan? Adakah pencapaian yang iutamakan hanya disasarkan pada golongan tertentu, contohnya mencapai apa yang dikehendaki bagi kepentingan sendiri, mengayakan yang sudah kaya dan yang miskin terus papa kedana. Membolot segala kekayaan negara, mengusung semua tender-tender dan kontrak-kontrak, mengaut komisyen-komisyen dari transaksi dalam dan luar negara atau menyelamatkan segelintir koperat yang hampir
tenggelam dek kebodohan mengurus perniagaan. Kalau inilah yang dimaksudkan terbuktilah PM cuba membawa senario pencapaian diutamakan ini hanya demi kepentingan diri sahaja. PAS di Kelantan berjaya membuktikan kewangan negeri diurustadbir dengan rekod yang cemerlang, hutang kerajaan persekutuan berjaya dilangsai mengikut jadual berbeza dengan negeri lain yang diperintah oleh b END yang hanya pandai menambah hutang. PAS di Perak di tahun pertama pemerintahanya, berjaya menambah kutipan zakat ketahap yang tidak pernah tercapai oleh kerajaan b END sebelum ini. Antara kejayaan negeri yang diperintah oleh PR. Mampukan PM DSNR dan MB/KM b END mengutamakan pencapaian cemerlang memerintah sesebuah kerajaan dan menolak segala bentuk kepentingan diri?

Tema-tema pemanis mulut untuk berbicara diatas tak mungkin tercapai andai masih ada isu negara yang masih membelenggu rakyat, segerakanlah selesaikan isu-isu ini kalau mahu dilihat sebagai PM Rakyat kalau, tidak DSNR hanyalah bermimpi disiang hari, 'mulut manis $#@*& masam', cakap berdegar-degar tahi lekat celah gelegar dan punya 2 lidah 1 telinga.

1 Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan tercapai jika isu-isu dibawah terlaksana atau ditangani :
1. Pemerintahan hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan Hadis.
2. Mansuhkan segera PPSMI - kerana ini adalah suara rakyat.
3. Isu Perak diselesaikan dengan mengadakan pilihanraya semula.
4. Kes Altantuya dibicara dengan adil.
5. Pendidikan percuma di sekolah rendah dan menengah.
6. Khidmat perubatan percuma di hospital dan kliik kerajaan.
7. Hakmilik tanah diberi kepada rakyat yang berhak.
8. Harga minyak diturunkan sejajar dengan Malaysia adalah pegeluar minyak.
9. Penganggur diberi pekerjaan - kurangkan pekerja asing secara berperingkat-peringkat.
10. Rendahkan kadar tarif elektrik dan air supaya tidak membebani rakyat.
11. Bicarakan tahanan ISA dimahkamah dan mansuhkan ISA - keadilan sejagat terjaga.
12. Institusi Kehakiman yang bebas dari pengaruh kerajaan.
13. Institusi Penguatkuasaan Undang-undang yang berkecuali dari mana-mana pengaruh.
14. SPR hendaklah bebas dan berkecuali.
15. Harga barangan runcit harian perlu dikawal supaya tidak tinggi.
16. Parti-parti politik bebas bersuara tanpa ada sekatan.
17. Media mestilah bebas melaporkan apa saja yang benar asalkan berkecuali.
18. Khidmat tenaga elektrik dan air diseluruh negara disediakan.
19. Kerajaan mestilah berbelanja dengan berhemah tanpa pembaziran.
Banyak lagi, tapi inilah yang boleh dilakukan dengan sekadar segera.

No comments:

BERITA TERKINI