Saturday, October 23, 2010

PRK GALAS : PRK di Galas, umNO kempen di Manek Urai, umNO tewas di Kota Bharu.


Kepandiran umNO sudah terang lagi bersuluh, mujurlah pak pandir ketereh tolong laungkan bahawa ahli-ahli umNO adalah keturunan pandir.
Apa tidak pandirnya, pilihanraya kecil akan di adakan di Galas, Gua Musang tapi umNO kalut ribut berkempen di Manek Urai.


Lorat gaduh menaikkan papan tanda projek yang dijanjikan ketika prk manek urai dulu setelah menyedari janji bohong mereka itu di telanjangkan rakyat Kelantan. Sudah 11 prk berlangsung setelah PRU12, bermula di Permatang Pauh hinggalah ke Sibu, pastinya sudah 1001 janji dihamburkan umNO/bn. Cuba periksa janji mana yang sudah tertunai dan yang mana masih belum, pendek kata rakyat akan di perbodohkan setiap kali ada prk. 



Terlebih pandir lagi, bina papan tanda di Manek Urai tapi bangunan umNO di Kota Bharu tergadai, terlepas ke tangan PAS. Bangunan sepatutnya menjadi mercu tanda gahnya sesebuah parti, tapi kalau 'rumah' sendiri tak terjaga dan tak mampu pertahankan hanya pandai bina papan tanda projek tak usahlah bermimpi nak menjadi kerajaan di Kelantan!

Friday, October 1, 2010

PRK GALAS - KU LI DI PERLEKEH UMNO

Belum pun ampunya tuan badan menyatakan persetujuan dengan cadangan TPM, pemuda umNO Kelantan pula mencadangkan supaya Ku Li sendiri menjadi calon di PRK Galas nanti.

Patutkah batang tubuh yang bernama Ku Li di pertaruhkan menjadi calon di peringkat negeri iaitu ADUN? Bagi saya cadangan ketua pemuda umNO Kelantan dan disokong pula oleh ketua pemuda umNO Gua Musang sendiri itu tak ubah seperti memperlekehkan ketokohan Ku Li. Umum tahu Ku Li bertaraf nasional bukannya peringkat negeri, cadangan mencalonkan Ku Li umpama tidak menghormati ketokohan seniornya apalagi Ku Li yang bukan sahaja bekas menteri kanan yang disegani di Malaysia tetapi juga di kenali di peringkat antarabangsa. Pendek akal bagi orang yang tergamak memberi cadangan mencalonkan Ku Li.

Pertaruhkan Ku Li menjadi pengarah pilihanraya seperti di laungkan TPM juga bagi saya tidak kena pada tempatnya. Awal-awal lagi TPM cuba untuk mengelak yang mana kebiasaaannya pengarah bagi pilihanraya kecil di letakkan dibahu TPM.  Yang tersuratnya cubaan men'taichi' TPM ini dilihat takut untuk memikul tanggungjawab apalagi bakal berdepan dengan 'gergasi' politik tanahair, PAS/PR. Sebaliknya yang tersirat, TPM cuba terjemahkan betapa tiada kredibilitinya Dato' Pa sebagai ketua perhubungan umNO Kelantan kerana prk ini adalah taraf negeri sahaja. Sepatutnya Dato' Pa lah dilantik menjadi panglima perang. Malang bagi Dato' Pa.

Jika benar umNO Kelantan khasnya, umNO Malaysia amnya, menghormati dan menyedari ketokohan Ku Li, beliau sepatutnya dilantik khas sebagai penasihat pilihanraya bukannya pengarah pilihanraya jauh sekali dijadikan calon.

Nampak sangat umNO cuba memperlekehkan Ku Li.

BERITA TERKINI