Sunday, June 6, 2010

CINCIN PAKAIAN RASULULLAH - ulangan

Posting pertama pada Tuesday, September 1, 2009.

(Rasa terpanggil untuk post sekali artikel ini kerana masih ramai yang tidak sedar atau tidak tahu tentang cara memakai cincin, baik lelaki maupun wanita. Diharapkan artikel ini dapat disebarkan agar muslimin dan muslimah dapat memperolehi berkat dari amalan memakai cincin.)

Sekarang ini ramai yang pakai cincin...tapi pakai sesuka hati, sunnah Nabi tidak di ikut.

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk


Nabi Muhammad SAW melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah kerana ia adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut AS.

Nota : panduan memakai cincin ini berguna untuk lelaki dan juga perempuan. Saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak, sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah. Nabi SAW memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi SAW, dapat pahala.


walLahualam.

Saturday, June 5, 2010

Malaysiakini: Pasir Mas tetap sayang Ibrahim Ali?

Berita menarik di Malaysiakini hari ini ialah Pasir Mas tetap sayang Ibrahim Ali, lawak, gelihati, tertanya-tanya, pelik, mustahil, tidak munasabah - itulah yang bermain di kepala hotak aku.
Aku anak Pasir Mas, datuk moyang aku tinggal di Pasir Mas, malah moyang aku pernah membuka sebuah kampung di Pasir Mas ratusan tahun dahulu oleh itu rasanya aku berhak bersuara dan mengeluarkan pandangan tentang tajuk ini.
Lawak dengan berita ini - 'pasir mas' mana yang dimaksudkan, apakah dalam Malaysia ini ada lagi daerah yang bernama Pasir Mas di negeri Kelantan. Rakyat Pasir Mas kenal Ibrahim Ali, rakyat Pasir Mas arif sepak terajang politik Ibrahim Ali, pendokong Pakatan Rakyat tidak mungkin menyokong Ibrahim Ali lagi. Yang ada menyokong Ibrahim Ali sekarang pun hanyalah untuk ambil hati beliau sahaja tidak lebih dari itu. Buktinya cuba perhatikan sejarah beliau bertanding di Pasir Mas, bila menjadi calon bebas, berapa undi yang Ibrahim Ali dapat? Memalukan, inikah Ibrahim Ali yang dikatakan ramai pengikut? Bila bertanding dibawah bulan purnama barulah rakyat Pasir Mas mengundi beliau. Tapi sayang....... ibarat beruk dapat bunga.
Gelihati dengan berita ini - rakyat Pasir Mas mana yang masih menyokong beliau, malah ada ahli keluarga beliau sendiri tidak menyokong beliau yang kini menjadi tok wakil bebas. Bebas menghentam siapa sahaja, bebas dengan tiada pegangan perjuangan, hitam tidak putih pun tidak, kehulu boleh kehilir pun boleh, orang bukan orang hantu pun bukan hantu. Yang masih mengikut beliau hanyalah segelintir anak muda yang kadang-kadang hadir untuk mendapat seringgit dua dan sepinggan dua nasi (sebab dia suka belanja orang makan).
PRU 13 semakin hampir, lihat akhir-akhir ini pencak silat politik Ibrahim Ali sedikit berubah, PM sudah ditentangnya (penolakan MEB), ini nampaknya cuba mengambil hati Pakatan Rakyat yang juga menentang MEB. Dengan cara ini kononnya nak berbaik dengan Pakatan Rakyat dan agenda disebaliknya mungkin nak dapatkan tempat di PRU 13 nanti.
Samada Pasir Mas sayang atau tidak dengan Ibrahim Ali, tunggulah PRU 13 nanti, harapan rakyat Pasir Mas, agar Pakatan Rakyat tidak lagi meletakkan Ibrahim Ali sebagai calon. Kita lihat dia bertanding atas tiket calon bebas atau atas tiket UBN. Walaupun merayu Ibrahim Ali dengan Tok Guru sekalipun, rakyat Pasir Mas sudah bakar jambatan dengan Ibrahim Ali.
TUNGGU PRU 13..............

BERITA TERKINI