Monday, January 30, 2012

POLITIK PERKAUMAN POLITIK KUNO

Tiupan politik perkauman masih wujud setelah lebih 50 tahun Malaysia merdeka. Amat malang bagi rakyat Malaysia punya ahli politik sebegini rupa. Entah apa tujuan didalam kepala hotak mereka masih berpolitik rentak yang sudah ketinggalan zaman. Rakyat sudah cemuh malah meluat dengan gaya politik begini.



Juara 'Melayu' entah apa mimpi tiba-tiba buat jamuan sempena Hari Raya Cina, kononnya cuba nak buktikan yang mereka bukan rasis ibarat 'tusut kepala punggung tertonggeng'. Hari-hari bercakap hal Melayu, tidur bangunnya Melayu, makan minumnya Melayu,
berjalan berlarinya Melayu, suka dukanya Melayu, hinggakan mimpinya pun Melayu tiba-tiba raikan Hari Raya Cina. Lebih malang lagi Melayu punya Presiden Perkasa yang juga telah lama bergelar YB rupa-rupanya tidak tahu atau naif hal


budaya kaum Cina. Pecah perut dibuatnya, guna sampul putih dijadikan angpow! Banyak lagilah kena belajar wahai Datuk Him. Pergilah belajar dengan yang di sebelah ni, DCSL. Atau ada yang tersirat disebalik yang tersurat.

DCSL pulak tak habis-habis nak lagakan Melayu dengan Cina. Presiden MCA ini dah kehabisan modal agaknya. Sudah-sudahlah Datuk, lebih baik jaga ahli-ahli MCA Datuk tu. Ramai yang hanya jadi ahli semata-mata tapi yang pastinya setiap kali ada pilihanraya mereka mengundi PR. Berpolitiklah dengan cara yang lebih berhemah, jangan ditiru politik kuno, politik perkauman atau politik pecah belah macam umNO beEnd.

Apa-apapun Datuk telah mencipta sejarah tersendiri, presiden parti ke2 terbesar selepas umNO tidak dilantik menjadi Menteri kabinet. Mungkin puncanya dari Datuk sendiri, nak sangat jadi pelakon.

Thursday, January 26, 2012

KETUA PENERANGAN YANG TAK 'TERANG'

Aku heran bin ajaib, macamana Datuk ni dilantik jadi Ketua Penerangan sedangkan dia ni 'buta' sejarah. Bukan sejarah antarabangsa tapi sejarah negeri sendiri. Apa yang dia nak terangkan pun aku tak tahu.
Ini kata dia :

"Debat ini tak sesuai kerana budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini. Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan bangsa. Tidak seperti di Barat dimana politik mereka lebih bersifat terbuka serta tidak melibatkan pelbagai kaum".


Tahukah Datuk Ketua Penerangan bahawa Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri telah mula diadakan sejak tahun 1974 lagi di Kolej Melayu Kuala Kangsar di antara sekolah-sekolah berasrama penuh. Dan dinamakan dengan Piala Perdana Menteri yang ketika itu berhasrat mahu melihat lahirnya bakat pemimpin yang dinamis, cerdas dan bijaksana. Siapa Perdana Menteri ketika itu? Tak lain tak bukan ialah Allahyarham Tun Haji Abdul Razak ayahanda kepada PM sekarang.

Sudah 37 tahun berlalu, dan ianya masih di teruskan sehingga hari ini, apakah ianya masih belum diterima dinegara kita. Menidakkan budaya debat ini, seolah-olah Datuk cuba menidakkan hasrat dan cita-cita Perdana Menteri.

Kalaulah debat dari sudut pandang Datuk adalah budaya Barat, bagaimana pula dengan pusat disko, pusat karaoke, kelab-kelab malam dan macam-macam lagi yang tumbuh melata diseluruh negara? Bukan budaya Barat ke?

Yang baik kita ambil dan yang buruk kita buang! Dah 50 tahun lebih Merdeka pun pemikiran masih 'dalam kotak'.

Tuesday, January 10, 2012

PRU13 - BEBASKAN RAKYAT

Pasca 901, perjuangan membebaskan rakyat dilihat semakin mencabar. Misi 901 Bebas Anwar sudahpun berhasil namun misi yang lebih mencabar 'baru' saja bermula. Misi bebaskan rakyat! PRU13 adalah 'garis penamat' untuk memastikan rakyat bebas. Ayuh rakyat! Gunakan PRU13 sebagai 'senjata' untuk menumbangkan beend-umno.

Monday, January 9, 2012

Sejarah 9.23 pagi @ 901

Alhamdulillah. Tepat jam 9.23 pagi Hakim memutuskan bahawa DS Anwar Ibrahim tidak bersalah dan dibebaskan.

TAHNIAH RAKYAT! TAHNIAH RAKYAT! TAHNIAH RAKYAT!

Sejarah 2012 :
1 Januari : Tragedi UPSI
8 Januari : Dato' Hasan Ali dipecat dari PAS
9 Januari : DS Anwar bebas!

Sunday, January 8, 2012

HUKUMAN SEBELUM 901

Tahniah PAS! Tindakan sebeginilah yang patut diambil oleh mana-mana organisasi jika sekiranya organisasi itu punya kredibiliti dan integriti yang tinggi. Hukuman keatas Datuk Dr Hasan Ali dilihat munasabah dan tepat. Ianya diputuskan akibat dari perbuatan tuan tubuh sendiri yang sentiasa mencetuskan kontroversi secara konsisten. Baik kepada parti PAS bahkan juga kepada Kerajaan Negeri Selangor. Natijah dari itu beliau meletakkan dirinya sebagai liabiliti kepada parti PAS.
Semoga PAS akan terus bersikap sedemikian, tindakan hendaklah diambil walau kepada siapa sekalipun hatta walaupun ianya pimpinan tertinggi parti.
Allahhuakbar!

Thursday, January 5, 2012

BERSIH 2.0 SAH BERSIH!

Ada saksi yang berkata peserta himpunan bersih 'dikepung' polis.
Dia kata lagi, polis bertindak kasar terhadap peserta walaupun mereka berhimpun secara aman.
Katanya lagi, polis mengejar orang ramai dan mereka terpaksa lari memasuki perkarangan hospital.
Dan doktor ini menyifatkan perhimpunan tersebut adalah aman dan teratur sehinggalah anggota polis mensasarkan senjata anti rusuhan terhadap mereka.

Berita lanjut sila ke http://malaysiakini.com

Hanya jauhari yang kenal maknikam. Bagaimana seorang doktor lebih bijak menafsirkan sesuatu keadaan berbanding dengan polis. Merekalah yang memulakan provokasi, merekalah yang menghuru-harakan keadaan, merekalah yang mencetuskan kacau bilau dan merekalah yang membangkitkan sikap tindakbalas peserta himpunan.

Adakah situasi yang sama akan berulang pada 901 nanti? Objektif perhimpunan kali ini lebih jelas iaitu hendak menunjukkan sokongan kepada pemimpin yang di zalim dan bukannya sebagai pemutus hukuman yang bakal dikenakan terhadap DS Anwar. Tiada satu individu pun yang bersuara nak jadikan 901 sebagai pentas untuk bertempur dengan polis atau untuk huru-harakan keadaan. Sehingga hari ini yang jelasnya ialah PERKASA melalui presidennya menyatakan akan berarak dan bertempur dengan mana-mana puak sekiranya berlaku pertembungan. Ini jelas menghasut dan cuba menimbulkan kekacauan. Apa tindakan polis terhadapnya? Sama-sama kita tunggu apa kesudahannya.

p/s : musim tengkujuh di Kelantan belum berakhir, tidak hairanlah suara-suara katak masih lagi kedengaran - panggil hujan.

Wednesday, January 4, 2012

2012 YANG LEBIH MENCABAR

Selamat Tahun Baru (ucapan lewat dari saya - better late than never). Pastinya 2011 terpahat 1001 cabaran yang dengan cemerlangnya berjaya diatasi dan diharungi.

2012 jelas pastinya lebih mencabar bagi seluruh para pejuang keadilan dan kebebasan. Seawal 1 Januari 2012 bermulanya kebangkitan realiti dari anak muda di UPSI dan kita catitkan sebagai satu sejarah. Syabas!

Sejarah 2012 :

1/1/2012 - Demonstrasi anak muda (mahasiswa) di UPSI.

Kesinambungan perjuangan perlu ada, teruskan, teruskan, pastinya suatu hari nanti penzalim, perasuah, penindas, penyangak, perompak, penipu, perakus kecundang jua akhirnya.

BERITA TERKINI