Friday, July 31, 2009

AL-FATIHAH..............


Al-Fatihah buat ADUN Permatang Pasir, Pulau Pinang YB Haji Hamdan yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini.

Dari Allah kita datang... kepada Allah kita kembali... semoga rohnya dicucuri rahmat.

Takziah kepada seisi keluarga Allahyarham.

Wednesday, July 22, 2009

34 TAHUN MENIPU


1. 9 Mei 1975 kerajaan negeri Kelantan memeterai satu perjanjian dengan Petronas dan dalam dokumen perjanjian itu kuasa yang mana dahulu dimilik negeri-negeri termasuk Kelantan telah diserah kepada Petronas dengan menjanjikan pembayaran tunai kepada negeri-negeri yang telah diambil hak tadi sekiranya ada pengeluaran petroleum. Maknanya sudah lebih 34 tahun perjanjian ini berkuatkuasa dan sah disisi undang-undang, malangnya mantan menteri kehakiman, sekarang ini menteri penerangan Dr Rais Yatim dengan angkuh berkata royalti minyak kepada negeri-negeri terletak sepenuhnya di bawah sifat ehsan dan belas kasihan KERAjaan Pusat dan bukannya hak rakyat Kelantan atau rakyat mana-mana negeri, hairan bin ajaib tokoh undang-undang ini tidak tahu bab undang-undang.





2. 9 Mei 1975, 34 tahun yang lampau, YBM Tan Sri Tengku Razaleigh terlibat dalam menandatangani perjanjian yang tersebut diatas bersama kerajaan negeri-negeri lain Sabah, Sarawak dan Trengganu, selain Kelantan. Arwah Tun Abdul Razak ketika itu juga bersetuju dengan pemberian 5 % royalti kepada kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat dalam membantu pertumbuhan ekonomi negeri-negeri tersebut. Sememangnya YBM Tan Sri Tengku Razaleigh lah orang yang paling layak membicarakan isu minyak negeri Kelantan, kerana beliau lebih tahu dan arif dengan perjanjian yang dimeterai apalagi beliau juga adalah bekas Pengerusi Petronas suatu masa dahulu. Orang lain yang buta sejarah baik diam sahaja daripada cuba nak tonjolkan kebodohan diri.


3. YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah berkata Kelantan berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian perkongsian hasil carigali minyak yang dimeterai dulu dan KERAjaan pusat tidak berhak untuk menahan pembayaran royalti kepada Kelantan. Lihatlah tokoh ini berhujah, jelas lagi bersuluh berdasarkan fakta, tahu menilai mana yang benar dan mana yang palsu, tidak pandai nak menipu rakyat, ini pemimpin umNO be end yang bercakap. Malangnya ada pemimpin umNO be end lain sanggup menipu rakyat Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya dengan mengatakan Kelantan tak ada minyak, Dato' Pa cuba nak tipu rakyat, tapi rakyat Kelantan tidak bodoh seperti yang disangkakannya, tetapi tahulah kita semua siapa yang bodoh?

4. Selama 34 tahun KERAjaan pusat be end menipu kerajaan Kelantan, masih belum cukup, malah pemimpin umNO be end dari Kelantan sendiri beria-ia menafikan hak rakyat Kelantan termasuk rakyat Jeli. Amat malang bagi rakyat di Jeli, pemimpin sanjungan anda tidak mahu melihat Kelantan maju, pemimpin yang anda pilih tidak bangga dengan Kelantan sebagai pengeluar minyak, pemimpin yang anda sokong ingin terus melihat rakyat Kelantan miskin dan ketinggalan, biar rakyat merana asalkan pemimpin bahagia. Rakyat Jeli sepatutnya menghukum pemimpin yang sebegini, gunalah kuasa rakyat kuat undi anda wahai rakyat Jeli, benamkan pemimpin yang bermuka-muka ini pada PRU yang akan datang. Sepatutnya negeri Kelantan sudah berubah wajah. Cukuplah 34 tahun menipu!

"bullet train dari tumpat ke gua musang"

" pemandangan waktu malam jambatan Sultan Yahya Petra yang dibaik pulih"

" pemandangan waktu malam wajah baru Kota Bharu Bandaraya Islam dari bawah jambatan"

Thursday, July 16, 2009

MANEK URAI, PENANTI - ANTARA 2 DARJAT


1. Pembuka bicara, terlebih dahulu syukur kehadrat Allah SWT aku panjatkan dengan anugerahNya memberi kemenangan kepada perjuangan kita PAS PR di Manek Urai. Juga setinggi tahniah kepada Abe Uji yang kini bergelar YB - Yang Berkhidmat. Semoga YB mampu menjalankan amanah ini selari dengan dasar kita yang berpaksikan panduan al-Quran dan al-Hadis.


2. Ruangan kali ini aku nak sentuh bagaimana 2 senario yang amat ketara perbezaannya. Sudah aku katakan dalam posting lepas bagaimana dunia menyaksikan prk Penanti, bagi aku adalah suasana pilihanraya yang paling aman (sejarah) di Malaysia, kerana apa? Kerana umNO be end tidak melibatkan diri mereka secara langsung, walaupun dilantik proksi mereka. Bermula dari hari penamaan calon sehinggalah disaat pengumuman dibuat, tiada kekecohan, tiada pergaduhan, tiada laporan polis, tiada poster dikoyak, tiada bendera parti disabotaj, kesimpulan aman seaman-amannya, sehinggakan polis pun boleh tidur nyenyak. Lebih aman lagi bila tiada janji-janji manis diberi kepada rakyat Penanti, mungkin masih terasa janji pada PRU12 masih belum ditunaikan umNO be end maka umNO be end mengangkat bendera putih.

3. Amat berbeza kali ini di Manek Urai. Sejak diisytihar SPR bahawa ada prk di Manek Urai, umNO be end sudah menunjukkan tanda-tanda awal keadaan prk kali ini bakal kalut dan kusut. Seluruh agensi kerajaan digunakan, semua para-para menteri memijak kaki mereka di Manek Urai walaupun sebelum ini Manek Urai jauh dari fikiran mereka, segala strategi baik yang kotor atau yang kurang kotor digunakan dan lebih dahsyat lagi berbagai janji ditabur untuk meraih undi. Wang, tak cerita lah. Bermula dari hari penamaan calon sudah ada bunga-bunga pergaduhan dan kekecohan sehinggalah pada hari mengundi dapat kita lihat betapa umNO be end lah puncanya.

4. Bagaimana nak di bayangkan sekiranya di prk akan datang, PR tidak bertanding, yang bertanding hanyalah umNO be end dan bebas, aku yakin mampos bebas dikerjakan. Malang sungguh negara ku Malaysia punya golongan seprti umNO be end.

5. Kini, penduduk Manek Urai ditinggalkan, ada yang dah kenyang dengan habuan duit ringgit, buntal dengan longgokan barang dapur, tersenyum lebar dengan keuntungan hasil jualan yang berlipat kali ganda, tersengih dengan kutipan rumah sewa seperti durian runtuh bukan itu saja ditinggal juga penduduk Manek Urai dengan janji-janji. Apakah janji ini akan ditepati, kalau ikut sejarah, janji umNO be end hanya akan tinggal janji sahaja. Apalagi mereka kalah!

6. Khas aku tujukan kepada Abe Uji, tugas berat menanti Abe. Mulai dari hari ini Abe terpaksa bekerja gigih sementara menghadapi PRU13 yang akan datang. InsyaAllah dengan bantuan rakan-rakan yang lain, segeralah Abe Uji jadikan diri seperti arwah Pak Su Weil. Segera bertemu dengan seluruh pengundi Manek Urai, bermesra dengan mereka, bergaul dengan mereka, berada dalam hati mereka, banyakkan program mendekati mereka, dengar keluhan mereka, tanpa ada rasa pilihkasih, tanpa mengira siapa yang mereka sokong dan pastinya PRU13 nanti akan menyaksikan pertambahan sokongan kepada Abe Uji. Didoakan semoga Abe Uji diberi kekuatan, disihatkan tubuh badan, dilapangkan fikiran dan masa, semoga berjaya dalam perjuangan kita. Allah huakbar, Allah huakbar, Allah huakbar.

Saturday, July 11, 2009

NAJIB - PAHAT vs TUKUL


Bak kata pepatah, seperti pahat dengan penukul, sekali ketuk, sekali masuk, tak ketuk, tak masuk. Sinonim dengan Najib, tidak 'berkokok' Tun M, tak buat kerjalah Najib. Masih panas dengan kritikan pedas mentornya (tunjuk ajar ku....sifu), maka hari ini Najib membuat pengumuman program-program yang diakuinya 'mesra rakyat' sempena 100 hari beliau menjadi PM. Hadiah untuk rakyat katanya.

Walaubagaimanapun cuba kita lihat program-program yang diumumkan, adakah benar-benar 'mesra rakyat' atau hanya gula-gula baru untuk rakyat yang belum tentu dilaksanakan, kerana semuanya berbunyi akan, akan, akan dan akan sahaja. Tambah lagi secara kebetulan pengumuman dibuat dalam kehangatan berkempen di prk Manek Urai. Bagi aku, inilah projek MEGA 'MEE SEGERA' yang biasanya menjadi taktik umNO be end dalam menghadapi setiap kali prk. Walaupun rakyat Manek Urai tidak nampak dimata dengan program-program ini tapi ianya akan menjadi bahan kempen puak 1 mata 1 telinga yang 'berkokok' siang dan malam di Manek Urai.

1. Pengguna lebuh raya yang menggunakan kad prabayar Smart Tag dan Touch 'n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka akan layak menerima diskaun 20 peratus.


-> Nampaknya rakyat Najib hanyalah pengguna lebuhraya bertol sahaja, rakyat di negeri-negeri di Pantai Timur tak dapat faedah apa-apapun. Malah Najib hanya mendengar suara dari seorang pengguna lebuhraya bertol yang pendapatannya mencecah RM 3,000 sebulan, jelas Najib lebih suka menolong atau membantu ringankan beban golongan mewah, lupa dan tidak nampak dengan golongan bawahan yang pendapatan dibawah paras RM 1,000 sebulan, yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana. Kemudian dikenakan syarat pula, yang layak hanyalah mereka yang membayar tol lebih dari 80 kali sebulan, mesra rakyatkah macam ni, kalau nak buat kebajikan kepada rakyat tetapi diletakkan syarat sebegini. Logiknya kalau sebulan bekerja tanpa cuti sekalipun baru 60 kali melepasi tol untuk ketempat kerja (duta plus - kempen untuk PLUS, supaya melintasi tol dengan lebih kerap lagi). Lihat perkataan akan, baru dapat idea rupanya dan ini adalah satu keputusan atau penyelesaian sementara sahaja, sementara menunggu kajian keseluruhan mengenai kadar tol yang menurutnya akan mengambil masa. Maka rakyat akan tunggulah bila secara rasmi akan dikuatkuasa, entah jadi entah tidak belum tentu lagi, setahu aku orang no 1 negara senang sahaja buat keputusan, setuju aje, terus berkuatkuasa, nampak sangat PM tak berkuku.

2. Penyewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan akan diberi peluang dan pilihan untuk membeli rumah di bawah program tersebut.

-> Lebihkurang dengan program diatas, tertumpu kepada penduduk setempat, hanya untuk WP, rakyat negeri lain gigit jari. Untuk penyewa yang tersebut diatas harap sabarlah menunggu kerana program akan dilaksanakan, tak tahu bila.

3. Masyarakat penjaja dan peniaga kecil akan menikmati potongan 50 peratus bagi pembaharuan lesen dan lesen baru. "Ini akan memberi banyak kelegaan...saya harap negeri-negeri lain akan ikut langkah di Wilayah Persekutuan ini. Mudah-mudahan (bayaran) lesen-lesen lain juga akan dikurangkan," katanya.

-> Lagi sekali tumpuan hanya diberikan kepada WP, penjaja dan peniaga kecil negeri-negeri selain dari WP, tengok sahaja. Itupun akan menikmati sahaja, belum berkuatkuasa lagi, bila, harap tunggu.

4. Kerajaan akan menambah 3,000 lagi permit teksi untuk individu dalam masa tiga bulan ini, pertambahan daripada 7,000 permit teksi individu yang telah diberikan setakat ini.

-> Implikasinya, siapa yang akan memperolehi permit-permit ini? Adakah mereka yang benar-benar dari golongan pemandu teksi atau golongan atasan yang ada kedudukan, yang ada kuasa atau yang ada kabel akan diberi permit? Lihatlah sejarah yang lepas, bukan golongan sasaran yang mendapat faedahnya, yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana. Itupun akan ditambah, belum tentu lagi dilaksanakan.

5. Caj bayaran latihan untuk penunggang motosikal kelas B2 iaitu 250 cc ke bawah dikurang menjadi RM211 seorang. Beliau mendapati ramai penunggang terutama anak-anak muda yang "ke hulu dan ke hilir dengan motosikal kapcai" tidak memiliki lesen memandu kerana kos mendapatkan lesen termasuk latihan adalah tinggi, di antara RM500-RM700 seorang.

-> Kesannya, semakin ramailah mat-mat rempit akan lahir menjelang 2020 nanti. Sepatutnya yang perlu ditekankan selain menurunkan kos, ialah melahirkan penunggang yang berhemah. Kualiti latihan perlu ditingkatkan bukannya kuantiti penunggang yang dilatih dengan kos yang rendah. Kalau kos semakin rendah, makin kurang pendapatan bagi sekolah memandu maka secara tak langsung kualiti latihan juga akan terjejas.

6. Menjelang 2010, seramai 20,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi 10,000 unit Skim Amanah Saham Wawasan untuk isi rumah di bawah senarai E-Kasih dalam usaha memerangi kemiskinan bandar.

-> Miskin tegar dibandar? Bagaimana dengan miskin tegar di kampung atau kawasan pendalaman yang tidak menikmati kemudahan infrastruktur wajib seperti bekalan eletrik air dan perhubungan? Najib hanya lihat dalam tempurung dan lupa yang diluar tempurung.

7. Satu lagi tabung unit amanah baru dinamakan "Amanah Saham 1Malaysia" akan dilancarkan sedikit masa lagi dengan saiz sehingga 10 bilion unit. Ia dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

-> Satu lagi cara kerajaan cari duit, minta rakyat menabung dan diberi habuan dividen setiap tahun yang entah berapa % nilainya itupun akan dilancarkan, harap jadi kenyataan dan dengan % yang tinggi.

8. Peruntukan skim TEKUN ditambah RM150 juta lagi dan juga mengumumkan peruntukan RM15 juta khusus untuk program pembangunan usahawan muda kaum India di negara ini.

-> Tumpuan hanya kepada 1 kaum sahaja, bukan 1 Malaysia. Program yang cenderung kepada 'ambil hati' kaum India yang semakin lantang bersuara dan ini lebih kepada strategi mengurangkan tekanan dari mereka. Syabas kaum India, Hindraf dan lain-lain, teruskan mendesak kerajaan Najib, pasti akan diberinya. Tapi tak dinyatakan bila nak ditambah? Tunggu la!

9. Kerajaan akan mengambil langkah-langkah drastik ke arah mengurangkan jenayah dan rasuah di negara ini, dan maklumat mengenainya akan diumumkan hujung bulan ini.

-> Ini program yang menarik aku kira, terutama sekali rasuah. Objektif Najib hanyalah nak kurangkan rasuah bukan nak hapuskan rasuah. Bermakna kalau dalam 100 orang ada 20 orang perasuah, kerajaan nak kurangkan kepada 10 orang perasuah sahaja. Bermakna, rasuah mesti ada jangan tiada, seolah-olah memberi lesen kepada orang-orang tertentu sahaja yang boleh merasuah. Syabas Najib! Itupun sekali lagi hanya akan.

10. Kerajaan akan terus mempergiatkan usaha memperbaiki kelambatan pendaftaran kelahiran, terutama sekali di Sabah dan Sarawak.

-> Kenapa di Sabah dan Sarawak? Lembab sangatkah orang-orang disana bekerja? Jelas Najib memperlekehkan cara orang-orang Sabah dan Sarawak bekerja, tak effisien dan tak effektif. Itupun akan, sejauh mana akan dibaiki entahlah.

11. Permohonan kewarganegaraan akan dipercepatkan.

-> Ini sensitif sikit kalau nak dibincangkan, mungkin banyak permohonan dari rakyat Mynmar, Vietnam dan jangan lupa Monggolia yang masih tertangguh. Nampaknya golongan Jabatan Pendaftaran banyak kena tempias. Akan? Kalau Khir Toyo, tentu dah diberi penyapu kepada JPN.


12. Kerajaan akan menggandakan pembinaan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, daripada 750 kilometer yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sekarang kepada 1,500 kilometer dalam tempoh RMK-10.

-> Lebih kepada persediaan untuk menghadapi pilihanraya negeri Sabah dan Sarawak sahaja bunyinya. Setelah 50 tahun lebih negara merdeka baru teringin nak bangunkan Sabah dan Sarawak yang selama ini dianaktirikan. Bila? Tunggu dan lihat.

Malang sungguh dapat PM macam ni, orang suruh baru nak buat. Kalau diamati semua program yang hanya akan belaka, maknanya baru dapat idea, kerana bagi aku sebagai orang no 1 negara sememangnya boleh dikuatkuasakan serta merta, kalau setakat idea sahaja lepas tu baru nak bincang, bila pula nak dilaksanakan. Adakah pungguk akan terus rindukan bulan?

Friday, July 10, 2009

NAJIB & ROSMAH DIMALUKAN

Akhirnya sampai juga saat dan ketikanya bilamana 'perdana menteri' tak rasmi berkokok membantai dan memalukan perdana menteri rasmi DS Najib. Selagi mulutnya tidak sakit, Tun M akan terus bercakap, walaupun apa yang dicakapkannya itu akan memalukan atau mengherdik orang lain dari orang terbawah sehinggalah orang nombor 1 negara.










Banyak yang negatif dari positif dilakukan DS Najib sepanjang 100 hari menerajui pemerintahan negara. Itulah kata-kata 'perdana menteri' tak rasmi Malaysia yang pertama. Tentu ramai yang setuju, baik dikalangan orang-orang DS Najib sendiri maupun orang-orang yang duduk berlindung dibawah ketiak Tun M. Kata orang, kalau dalam masa 100 hari gagal bermakna akan tibalah masanya hari kejatuhannya. DS Muhyidin tentu angguk kepala dengan kata-kata Tun M, malah beliau mulai hari ini dah boleh ketawa besar dan pastinya beliau akan merancang untuk memulakan langkah pertama bagi merebut tempat no 1 bertukar tangan kepadanya seberapa cepat yang boleh. Dan peluang untuk membuktikannya terbuka di prk Manek Urai.

Rosmah pula menerima nasib yang hampir sama, bila beliau ditolak bulat-bulat oleh student UNISEL malam semalam bilamana usul memecat beliau dari menjadi canselor UNISEL disokong oleh kesemua student yang hadir. Kalau dah orang tak suka nak tunggu apalagi, maki lama ditunggu makin malu dibuatnya, lebih baiklah angkat kaki.

Kesimpulannya, kedua-dua personaliti ini jelas sudah merudum kredibiliti dan populariti mereka. Inilah akibatnya bila kita lupa siapa diri kita, dari mana kita datang, kenapa kita datang dan kemana kita nak pergi. Koleksi sejarah bakal bertambah, perdana menteri yang paling singkat menerajui kerajaan Malaysia, mungkin menjadi kenyataan.

Saturday, July 4, 2009

5. PRK MU - BUKIT KATIL DI MANEK URAI


1. Terlebih aku ucapkan tahniah kepada PAS dan DAP Bukit Katil kerana berjaya membuktikan umNO be end sememangnya ganas dan bertindak seolah-olah merekalah 'raja' didunia ini yang membelakangkan undang-undang negara. Istimewa tahniah aku kepada saudara Sofi Wahab YDP PAS Kawasan Bukit Katil dan rakyat marhaen mendoakan saudara dan rakan-rakan di Bukit Katil meneruskan perjuangan tanpa rasa gentar dan takut.

2. Pilihanraya bukan diadakan di Bukit Katil, tapi di Manek Urai, namun walau tanpa pilihanraya pun umNO be end bertindak seperti 'orang gila' di Bukit Katil apalagi di Manek Urai. Aku rasa dan jangkakan tindakan 'kegilaan' mereka ini akan lebih ganas di Manek Urai. Tapi kedua-dua tempat tersebut jauh berbeza, aku cadangkan kepada pemuda umNO yang mengganas itu, saudara Jailani, kalau kamu rasa kamu hebat sangat sila turun di Manek Urai, tapi biarlah muncul dengan cara gentleman, lihat sambutan rakyat kepada ceramah kamu, kalau kamu tidak muncul di Manek Urai, maka sahlah kamu ini jenis manusia jakun yang tidak tahu menghormati undang-undang negara dan kebebasan rakyat.

3. Isu Bukit Katil ini walaupun isu terpencil, perlu dibawa ke Manek Urai, biar rakyat di Manek Urai tahu (sememangnya sudah tahu) perangai golongan umNO be end bertindak tanpa batasan. Walaupun dunia sedar dan telah terbukti di PRK Penanti tempohari, tanpa kelibat umNO be end, Penanti aman sejahtera seketika. Sejak dari hari penamaan calun sehinggalah saat pengumuman keputusan calun yang menang, Penanti berada dalam keadaan aman dan tenang. Itulah sejarah PRK Penanti dan tentunya tercatit dalam rekod SPR dan PDRM, satu-satunya proses pilihanraya yang sifar kecoh dan sifar ganas.

4. Rakyat keseluruhan mendoakan kepada kemenangan bakal berpihak kepada PAS PR, Abe Uji calun PAS PR yang akan diuji di Manek Urai sudah pastinya menghadapi satu ujian yang cukup bermakna baginya walaupun kita yakin Abe Uji bakal bergelar YB. InsyaAllah Abe Uji menang.

BERITA TERKINI