Monday, August 31, 2009

'MERDEKA'KAN LUNAS !

Aku baru sahaja balik dari Lunas, terlewat ke lokasi. Pagi ini (pukul 9.00 pagi) sempena sambutan kemerdekaan negara rakyat Lunas berhimpun di hadapan pejabat ADUN Lunas di Paya Besar. Perhimpunan aman ini mendesak supaya YB Mohd Radzhi meletak jawatan sebagai wakil rakyat Lunas.
Mereka mahu Lunas di 'merdeka' kan, Mohd Radzhi di angkat menjadi wakil rakyat dari undi mereka yang menjadi calon PKR PR pada PRU12 yang lalu. Dan baru-baru ini pada 2 Ramadan, Mohd Radzhi mem'bebas'kan dirinya, oleh itu memang wajar bagi rakyat Lunas bersuara dan mendesak agar Mohd Radzhi meletakkan jawatan sekaligus 'merdeka'kan Lunas dari kuasanya.
pejabat adun Lunas - masih mengibarkan bendera PKR ?
 mesej desakan letak jawatan terpaksa di tampal di pintu masuk
perhimpunan aman tanpa kepala lembu
'dia' sudah datang !
Syabas ! rakyat Lunas.

Sunday, August 30, 2009

HERO 'KEPALA LEMBU'

Kecoh rakyat 1Malaysia bawa kepala lembu!
Lihatlah DUNIA, gelagat HERO-HERO 'KEPALA LEMBU'.
 Inilah pembawa kepala lembu.
  
Siapakah individu ini?
Dia ni lah pemidato hebat 'kepala lembu'.
Ini pula, dengan kopiahnya, pemidato 'kepala lembu' ke 2.

Tuesday, August 25, 2009

N11 PERMATANG PASIR : MUKTAMAD, YB SALLEH MAN


KEPUTUSAN MUKTAMAD :
PAS PR MENANG DENGAN MAJORITI 4,551 UNDI.
TAHNIAH ! YB SALLEH MAN.

N11 PERMATANG PASIR : KEPUTUSAN TERKINI


Terkini, keputusan tidak rasmi, PAS mendahului dengan majoriti

4, 662 undi.

Monday, August 24, 2009

N11 PERMATANG PASIR : SAH, PAS MENANG ?

DS Rais Yatim kata, dia yakin MAJORITI undi PR akan menurun! Bukan aku kata, Rais Yatim kata.



Bermakna Rais Yatim yakin, PAS PR dah menang tapi dengan MAJORITI kurang dari dulu. Bukan aku kata, Rais Yatim kata. Sekaligus mengesahkan umNO be end sudah kalah tapi undi meningkat! Bukan aku kata, Rais Yatim kata.


DS Rais Yatim kata, rakyat dah buka mata dan mengundi menggunakan akal, bukannya emosi. Bukan aku kata, Rais Yatim kata.


Benar sekali, semasa prk Permatang Pauh dulu rakyat, dah guna akal dah, menangkan Anwar. Ini aku kata.


DS Rais Yatim kata lagi, kalau nak menang jangan kutuk orang, kalau menang jugak maknanya menang mentohmah orang! Bukan aku kata, Rais Yatim kata.


Ingat tak lagi Datuk Seri, semasa prk Permatang Pauh, Anwar dikutuk siang dan malam, tapi Anwar menang. Ini aku kata.
Masih segar dalam ingatan, di prk Manek Urai, calon PAS diperlekehkan, peraih ikan, tapi Abe Uji menang jugak. Ini aku kata. Maknanya yang menang mentohmah dan kalah pilhanraya adalah umNO be end! Ini aku kata juga.


DS Rais Yatim kata, penting bagi rakyat untuk berpegang kepada Rukun Negara! Bukan aku kata, Rais Yatim kata.


Kalau pemimpin negara rasa dirinya juga sebahagian dari rakyat, maka pemimpin negara juga kena berpegang pada Rukun Negara. Tapi pemimpin negara seperti Datuk Seri berpegang kepada Rukun Negara mana bila tercetusnya isu Perak? Ini aku tanya.


                                                           
PAS berpegang kepada RUKUN IMAN !

Sunday, August 23, 2009

KATAK 2 RAMADAN

1. Patutlah hujan sehari dua ni, rupa-rupanya 'seekor' lagi katak muncul. Kali ini di Lunas pula. Umum sudah tahu, Adun Lunas (gambar bawah) yang juga Exco Kedah isytihar keluar PKR dan akan bersama-sama dengan Ibrahim Ali berjuang secara bebas. Tidak ada parti, tidak ada pegangan, tidak ada matlamat perjuangan dan bebas hendak kemana-mana, ibarat lalang, ditiup kekiri, kekirilah dia, ditiup kekanan, kekananlah dia. Atau hantu bukan hantu nak orang pun bukan orang. Seronok Ibrahim Ali, bertambah lagi pengikutnya.
2. Walaubagaimanapun yang pergi biarlah dia pergi, yang ada perlu meneruskan perjuangan. Aku cadangkan :


a. PKR perlu segera buat keputusan mengenai kedudukan 'katak' baru ini, cadangkan kepada YAB Ustaz Azizan gugurkan dia dari exco, gantikan dengan yang lain.
b. Desak 'katak' baru ini letak jawatan ADUN, andaikata ada maruah diri, kerana dia menang dulu atas tiket PKR PR, orang macam ni semangatnya tak kuat, mudah kalah dengan serangan yang bertalu-talu.
c. PR perlu segera kukuhkan jemaah di Lunas, cari pengganti dan uruskan kawasan DUN Lunas seolah-olah 'katak' baru ini tidak wujud.
d. Program penerangan & program bersama rakyat Lunas perlu diadakan segera dan berterusan, lupakan 'katak' baru tu, rakyat Lunas tentunya bersama PR, insyaAllah.
e. Kita ada Gobala (PKR) di P17 Padang Serai dan YB Siti Aishah (PAS) di N33 Merbau Pulas (jiran kepada N34 Lunas) dan ramai lagi yang pastinya akan bekerjasama menangani masalah rakyat di Lunas.


Reformasi ! Takbir !

Saturday, August 22, 2009

N11 Permatang Pasir : KESIAN KJ



Kesian KJ, KJ berkata beliau masih menunggu jawapan daripada PR berhubung 3 isu besar yang dibangkitkannya dalam kempen prk N11 Permatang Pasir.
1. Isu pengundi hantu dalam pilihanraya kecil ini,
2. Mengapa PAS tidak mendapat kerusi exco kerajaan negeri Pulau Pinang dan
3. Mengapa tiada sebarang rancangan atau pelan pembangunan buat rakyat sekiranya calon PAS menang. (dah memang akan menang )

Mengenai pengundi hantu, KJ mengesyaki ada usaha besar-besaran dari PAS
memindahkan pengundi mereka dari kawasan DAP yang berhampiran, ke kawasan PAS (Permatang Pasir). “Tidak seperti dakwaan pihak lawan, Pemuda Umno tidak menabur fitnah semata-mata – kami sudah pun membuat laporan rasmi kepada SPR berserta bukti pengundi hantu atau "setinggan" itu melalui Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan.

KJ juga mendakwa, PAS dan DAP tidak dapat menjawab persoalannya mengapa PAS tidak mendapat kerusi exco kerajaan negeri PP meskipun kerajaan negeri itu dilabel sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat. Dakwa KJ lagi, calon PAS di DUN Permatang Pasir tidak diberi penghargaan sewajarnya oleh DAP, kerana sepanjang kempen, beliau tidak langsung mendengar sebarang pelan pembangunan buat rakyat di situ sekiranya calon PAS menang.

“Apapun kelemahan dan kecacatan kempen pilihan raya BN, sekurang-kurangnya kami menerangkan kepada rakyat intipati perjuangan kami untuk mereka sekiranya menang. “Timbalan perdana menteri sendiri sudah menjanjikan status anak emas kepada kawasan Permatang Pasir ini jika BN menang, dengan pembangunan infrastruktur, peluang pekerjaan mahupun kemudahan awam yang sememangnya diketagihi kawasan Permatang Pasir. “Barangkali dengan kesedaran bahawa beliau tidak mungkin dapat kerusi exco jika menang, Tuan Haji Salleh Man pun tidak berani menjanjikan apa-apa pembaharuan positif buat penduduk Permatang Pasir,” tambah Khairy.

Kerana itulah, katanya, PAS lebih suka menyerang keperibadian calon BN kerana ketandusan modal politik yang sebenar. “Terbaru, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan, mendakwa (calon BN) Rohaizat (Othman) mempunyai isteri
kedua di Pahang dalam usaha mempersoal lagi keperibadian calon BN. “Dakwaan ini sudahpun disangkal oleh Rohaizat sendiri. Tetapi yang peliknya, kalau benar pun saudara Rohaizat mempunyai isteri kedua, mengapa pula PAS mahu membongkarkannya seolah-olah ini suatu perbuatan yang keji di mata PAS? “Sejak bila pula PAS menjadi anti-poligami?” soal Khairy sambil menegaskan bahawa selama ini pembangkang menurutnya, tidak pernah segan silu cuba menyerang peribadi calon BN dalam mana-mana pilihan raya pun.

Kesian KJ, biarlah aku layan dia.
JAWAPAN UNTUK KJ :

1. Mengapa perlu tanya PAS mengenai pengundi hantu? Benarkah laporan rasmi kepada SPR telah dibuat? Ada bukti ke? Kalau benar, apa kata SPR mengenainya? SPR lah yang perlu jawab isu ini bukannya PAS. PAS tidak pernah mengurus perihal pendaftaran pengundi dimana-mana pun. Dan yang lebih penting lagi untuk pengetahuan KJ, PR dah lama membangkitkan isu pengundi hantu ini, bukan sahaja di setiap prk malah pada setiap kali menjelang pru. Dan selama itulah umNO be end menafikan wujudnya pengundi hantu. Kenapa sekarang baru nampak ada hantu? Terbuktilah umNO be end ini adalah spesis 1M1T (1 mata 1 telinga).
Boleh atau tidak, umNO be end mendesak SPR supaya di bersihkan daftar pengundi? Kalau SPR tidak mampu lakukan, desak sahaja ketuanya letak jawatan. Berani atau tidak?

2. Sememangnya kerajaan PP adalah kerajaan PR, bukan hanya sebagai label, tetapi adalah 'genuine'. Apa cacatnya PAS tidak diberi jawatan exco? PAS berjuang bukan untuk jawatan semata-mata malah kerajaan PP yang ada sekarang mengamalkan konsep kerajaan yang adil, tidak mengangkat mana-mana kaum sebagai 'juara', exco bukan Melayu boleh bekerja dengan PAS, buktinya KM sendiri memberi penghormatan kepada para hafiz dan hufazah. Berbeza dengan umNO, hendak memilih calon pun dah berpecah kepada puak-puak, selepas itu masing-masing menindas antara satu sama lain. Sama sendiri pun dah berpuak-puak dan saling serang menyerang, bagaimana nak bekerjasama dengan kaum lain, MCA, MIC dan GERAKAN?
Kenapa Ketua Pergerakan Pemuda Malaysia, tidak dilantik menganggotai kabinet? KJ mencipta sejarah tersendiri, tidak pernah terjadi Ketua Pemuda berada diluar kabinet. Adakah WANITA atau PUTERI lebih diiktiraf? Atau ada udang disebalik batu, KJ tidak dilantik?

3. PAS konsisten dalam rancangan dan pembangunan untuk rakyat, malah PAS lebih mentikberatkan pembangunan sahsiah. Membangun dan mempermodenkan sesuatu kawasan tanpa membentuk sahsiah rakyat, bakal merosakkan gaya hidup rakyat, bakal melahirkan rakyat yang tiada jati diri dan rosak akhlak akhirnya negara huru-hara. Contohnya, kalau setakat nak bina masjid besar dan cantik tetapi tidak di imarahkan, apa ertinya? Bina stadium yang gah mata memandang, tetapi akhirnya runtuh, siapa yang untung? Buat 'flyover' yang cantik, tetapi akhirnya retak, siapa yang dapat laba? Walaupun PAS tidak berkempen tentang rancangan dan pembangunan setempat, tetapi rakyat tahu apa yang PAS lakukan. Tidak perlu digembar-gemburkan ketika pilihanraya, PAS tetap komited dalam pembangunan setempat.
Pendekatan umNO be end merancang pembangunan, hanya gula-gula kepada rakyat, nak tunjuk kepada rakyat umNO be end buat pembangunan tetapi akhir adakah rakyat dapat faedah atau kontraktor yang kaya-raya? Kenapa kali ini tidak projek 'mee segera' untuk N11 Permatang Pasir? Adakah Permatang Pasir dah cukup membangun hasil dari perjuangan arwah Dato' Hamdan? Atau umNO be end dah serik? Tidak salah kahwin sampai 4 pun, tetapi kenapa tak mahu mengaku dan mengabaikan tanggungjawab? Itu persoalannya.
KALAU TAK RETI NAK KUPAS SATU-SATU ISU, TAK PAYAH MASUK POLITIKLAH KJ. ATAU JANGAN BERCAKAP LAGI ELOK.
PAKAI STOKIN BELANG-BELANG, CALON BN DAH PECAH TEMBELANG.

CERMIN DIRI ADALAH LEBIH BAIK DARI MENCARI SALAH ORANG LAIN.
SATU JARI YANG MENUDING ORANG LAIN, TIGA JARI LAGI MENUDING KESALAHAN KITA.

Thursday, August 20, 2009

N11 Permatang Pasir : MANGSA TERBARU WABAK 71PU


Berita terbaru yang diterima dari Permatang Pasir : seorang lagi mangsa terbaru wabak 71PU di kesan. Hebat sungguh orang yang mengesannya, beliau membuat pc di Yayasan Aman pagi tadi tanpa ada rasa ragu dan takut (berani kerana benar). Kandungan pc nya jelas mengesahkan terdapat mangsa wabak 71PU terbaru sekaligus meletakkan beliau antara 'pengesan' virus 71PU yang berani dan sudah pasti membuatkan umNO be end tersungkur makan tanah.
pembawa virus 71PU
mangsa pertama virus 71PU
mangsa ke 2 virus 71PU

mangsa terbaru (ke 3) virus 71PU

inilah hero 'pengesan' mangsa terbaru wabak 71PU - syabas !


Tunggu dan lihat, akan muncul lagikah mangsa-mangsa lain yang di jangkiti virus 71PU di Permatang Pasir nanti. Buat rakyat Permatang Pasir, 'kuarantin'kan mangsa wabak 71PU ini dan jangan lupa hanya satu sahaja talian hayat yang ada iaitu 'vaksin'



TAKBIR ! TAKBIR ! TAKBIR !

Tuesday, August 18, 2009

N11 Permatang Pasir : WABAK 71PU KALAHKAN H1N1


1. Setakat ini 67 nyawa telah menjadi korban akibat wabak H1N1 yang menular di seluruh negara, umum tahu BAB1 (khinzir) lah puncanya wujudnya H1N1, maknanya dari pembawaan BAB1 aka khinzir. Berbeza dengan apa yang berlaku kini di Permatang Pasir tempat berlangsungnya prk, wabak 71PU mengalahkan wabak H1N1.


2. Seperti juga wabak H1N1, wabak 71PU ini sudah pasti ada pembawanya. Setelah dijalankan siasatan terperinci, virus 71PU ini dibawa bersama oleh ketua gerombolan dari Kelate. Ketua gerombolan dari Kelate ini pernah cuba menyebar virus 71PU ini ketika berlangsung prk Manek Urai lalu namun berjaya disekat oleh PR. Dalam usaha menyebarkan virus 71PU di Manek Urai dengan menafikan Kelate tiada petroleum, seorang 'profesor' berjaya membuktikan wujudnya petroleum di Kelate. Sejak dari itulah usaha menyebarkan virus 71PU terbantut.

3. Apabila ketua gerombolan dari Kelate ini dapat berita akan ada prk di Permatang Pasir, beliau berserta rombongannya berkampung di Permatang Pasir dengan membawa bersama virus 71PU. Aktiviti penyebaran virus 71PU ini telah bermula sebelum dari hari penamaan calon lagi, hasil usaha mereka akhirnya berjaya dan mengena.

4. Mangsa pertama virus 71PU (lihat gambar atas) - menjelaskan bahawa BN telah membuat semakan terperinci berhubung kes pelucutan kelayakan calonnya Rohaizat Othman sebagai seorang peguam dan mendapati ia bukan satu isu kontroversi seperti yang didakwa oleh PR.

5. Mangsa kedua virus 71PU (gambar atas) - mendakwa bahawa rakan kongsi calon umNO be end Rohaizat yang songlap RM 140,000.

6. Sekali lagi seorang 'profesor' (gambar atas) tampil dan mengesahkan mereka berdua sah dijangkiti virus 71PU - Rohaizat telah dinafikan haknya untuk menjadi peguam kerana ada kes penyelewengan 140,000 ringgit, duit Kooperasi Pekebun Getah. Kesalahan ini jatuh dalam Bahagian 103D Akta Guaman 1976 tentang salah laku dan tindak tanduk peguam. Hak Rohaizat untuk menjadi menjalan kerja guman telah dibatalkan semenjak 7 March 2008. Rohaizat telah merayu keatas keputusan Majlis Peguam di Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos lalu. Rayuan Rihaizat telah ditolak.Menurut Presiden Majlis Peguam – tuduhan salah dari Koperasi Pekebun Getah ini ditujukan kepada Rohaizat dan bukan kepada rakan dari syarikat guaman mereka.Duit 140,000 ringgit ini lesap. Tidak ada rekod wang ini dipulangkan kembali kepada tuan empunya. Kalau pun telah dibayar kembali kesalahan jenayah telah dilakukan terhadap anak guaman.

7. Sehingga berita ini ditulis, mangsa wabak 71PU meningkat mengatasi jumlah mangsa wabak H1N1. Kepada penduduk Permatang Pasir dan di sekitarnya, hati-hatilah dengan wabak 71PU yang sedang menular ditempat anda, walaupun topeng muka digunakan tetap tidak memberi kesan. Hanya satu sahaja 'vaksin' yang mampu melawan wabak 71PU dari terus bermaharajalela iaitu UNDILAH PAS.

Takbir! Takbir! Takbir!

Monday, August 17, 2009

TAK PUAS DI MANEK URAI, NAK MENIPU PULA DI PERMATANG PASIR


1. Selesai sudah penamaan calon di N11 Permatang Pasir dan aku dah agak dari awal lagi pasti kecoh kalau umNO be end masuk bertanding. Di tempat yang sama pada prk Penanti, dunia menyaksikan betapa aman dan tenteramnya suasana hari penamaan calon tetapi amat berbeza kali ini bila puak umNgok be end ni dari hari ini dah mula tunjuk ketidak tamadunan mereka kepada dunia.

2. PDRM sekali lagi di kuda tunggangkan umNO be end membantu mereka dalam menghadapi semangat juang pemimpin PR. Malang sungguh kali ini YB Gobala menjadi mangsa mereka, beliau dikepong dan diserbu seperti seorang penjenayah besar yang terlalu 'wanted' bagi mereka.

3. Gelanggang pun dengan rasmi di buka, Mohd Salleh Man (PAS-PR) dan Rohaizat Othman (umNO-BN) membuka langkah pendekar masing-masing. Pesuruhjaya PAS P. Pinang di cabar oleh Setiausaha umNO P. Pauh, walaubagaimanapun awal-awal lagi Rohaizat terpaksa berdepan dengan 1001 ranjau. Antara isu yang perlu dijelaskan, kes 'makan duit' ketika menjadi peguam dulu (adakah sekarang pun beliau seorang peguam?), adakah kes itu sudah selesai, walaupun sudah selesai sekalipun, sikap 'makan duit' itu bakal ditolak pengundi N11 Permatang Pasir.


4. Dari sumber dalaman umNO be end, Rohaizat adalah puak Dato' Jalil. Pencalonannya amat tidak disenangi oleh Ketua Pemuda, Cikgu Zaidi yang terlebih dahulu di war-warkan untuk menjadi calon. Setelah terpilihnya Rohaizat, Cikgu Zaidi menghilangkan diri. Puak Dato' Jalil memang tidak disenangi oleh kumpulan YB Arif Shah, kumpulan Mohd Saad dan juga kumpulan Firdaus. Sudah kedengaran puak-puak YB Arif Shah akan bekerja sambil lewa sahaja agar tidak nampak ketara mereka menentang dari dalam bahkan ada kedengaran mereka akan memastikan Rohaizat kalah. Kerana jika Rohaizat kalah bermakna mereka berjaya memalukan Dato' Jalil. Kerana itulah awal-awal lagi Datuk Zahid Hamidi memberi amaran keras kepada mereka yang belot.

5. Inilah gambaran sikap rakyat 1Malaysia puak umNO be end setelah selesai penamaan calon. 1Malaysia 1umNO 1be end meninggalkan banyak sampah sarap. Setelah lebih 50 tahun negara merdeka dan negara di perintah oleh umNO be end, inilah hasil dari didikan pemerintah terhadap rakyatnya. Adakah ini boleh dikatakan berjayanya umNO be end memerintah negara? Bukannya rakyat semakin berdisiplin malah semakin 'jakun' jadinya.

tempat umNO be end berkumpul.........tinggalkan taik - sampah sarap (foto dari perisik rakyat)


6. Akhir kalam untuk kali ini, ada sekumpulan 1mata 1telinga yang sedang bermukim di Kg Samagagah iaitu puak umNO be end dari Kelantan yang di ketuai oleh tak lain tak bukan, Tok Pa. Nampaknya puak ini masih tak puas menipu rakyat di Manek Urai, kini datang pula nak menipu rakyat Permatang Pasir. Inilah puak yang menafikan wujudnya petroleum di Kelantan. Bila dah ada bukti yang jelas lagi sahih, lidah kelu tidak terkata. Nampak sangat nak menipu, beliau masih merasakan rakyat kini seperti rakyat dulu, senang ditipu. Untuk pengetahuan Tok Pa, yang senang untuk ditipu hanyalah orang umNO be end sahaja. Kalau nak menipu pejuang PR jangan nak mimpilah. Baliklah jaga Jeli, takut nanti di PRU13 Jeli bakal terlepas.

Sunday, August 9, 2009

'RAKSAKSA' DI BATU CAVES


Dimana suara-suara puaka bila melihat 'raksaksa' ini muncul di dalam kuil di Batu Caves?
Kalau dulu heboh seantero bila replika Anwar dinaikkan di luar kuil ( gambar dibawah ).
Tapi hari ini, suara-suara puaka yang dulunya heboh, terkedu?
Suara-suara puaka yang dulunya kalut, diam seribu bahasa?
Suara-suara puaka yang dulunya bising, kini dah tiada telor?
Suara-suara puaka yang dulunya kecoh, sekarang bersorak keriangan?
Suara-suara puaka inilah yang sebenarnya paling bangang dan terbangang, tiada lagi yang lebih bangang dari mereka.
Tidak kiralah mereka ini dari golongan mana sekalipun.

Monday, August 3, 2009

TAKUT DI PENANTI, DI PERMATANG PASIR BERANI ?


1. umNO be end dah umum nak bertanding di N11 Permatang Pasir. Tak sabar-sabar nak bertanding, belumpun SPR bersuara, umNO be end dah berkokok. Heran, kalau di Penanti awal-awal dah angkat bendera putih tapi lain pulak di N11 Permatang Pasir. Nak ingatkan puak umNO be end, N11 Permatang Pasir jugak dibawah P44 Permatang Pauh, sebab itu Datuk Jalil awal-awal dah mengaku kalah tak mahu bertanding walaupun dicalonkan. Dia dah tahu tentu kalah kalau bertanding pun, tapi memang adat pertandingan, ada kalah ada yang menang. Tapi kalau selalu kalah pun tak ada maknanya.

2. Dibawah ini adalah keputusan beberapa prk yang lalu (jadi sejarah), cuma aku paparkan supaya jadi ingatan atau pengajaran kepada puak-puak umNO dan puak yang sewaktu dengannya.


7 prk dah berlalu, PR berjaya menambah bilangan undi sebanyak 920 undi manakala be end kehilangan undi sebanyak 7,374 berbanding dengan undi yang diperolehi pada PRU12. PR berjaya dengan cemerlang merampas P36 Kuala Trengganu dari umNO be end, PR hanya tewas sekali di N29 Batang Ai tetapi berjaya mempertahankan 5 kerusi (P44 Permatang Pauh, P59 Bukit Gantang, N25 Bukit Selambau, N12 Penanti dan N41 Manek Urai). PR bertanding di kesemua prk tetapi umNo be end 'kehilangan telor' di Penanti (menjadi sejarah buat pertama kali, parti pemerintah negara tidak bertanding dalam pilihanraya).

3. Uniknya prk kali ini di N11 Permatang Pasir, seolah-olah cuba melengkapkan P44 Permatang Pauh. Parlimen Permatang Pauh mempunyai 3 DUN iaitu Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya. Dimulai dengan P44 Permatang Pauh kemudian N12 Penanti kini N11 Permatang Pasir, adakah kemungkinan pelengkapnya nanti akan ada juga prk di N10 Seberang Jaya (prk diadakan bukan sahaja atas kematian tetapi juga atas perletakan jawatan).

4. Kalau di teliti angka-angka prk lepas memang tak kemana umNO be end kalau bertanding di N11 Permatang Pasir pun. Mungkin perit menerima kritikan akibat dari 'kehilangan telor' di Penanti dan tak mahu dimalukan lagi maka dengan berat hati isytihar sang ketua menteri perdana bahawa umNO be end akan bertanding. Bertanding jangan tak bertanding, bertandinglah dengan cara bersih, tapi aku yakin mereka ni datang nak buat kacau bilau aje. Kalau di Manek Urai dah jelas bagaimana puak 1 telinga 1 mata mengharungi prk maka tidak mustahil aka berulang di N11 Permatang Pasir nanti.

5. Sinonim dengan N41 Manek Urai, arwah Dato' Hamdan telah mengungguli N11 Permatang Pasir sejak PRU 10 lagi. Arwah terus menjadi pilihan rakyat pada PRU 11 dan PRU 12. Ini bermakna arwah telah menjadi pilihan rakyat Permatang Pasir selama 3 penggal berturut-turut, malah memperolehi majoriti yang lebih besar pada PRU 12 lalu dengan 5,433 undi. Sebagaimana N41 Manek Urai ada arwah Pak Su weil yang disenangi rakyat begitu jugalah N11 Permatang Pasir punya arwah Dato' Hamdan. Kehilangan arwah Dato' Hamdan umpama hilangnya permata di Permatang Pasir sebagaimana hilangnya 'manek berharga' di Manek Urai.
6. InsyaAllah, PAS PR akan mempertahankan N11 Permatang Pasir sepertimana berjaya mempertahankan N41 Manek Urai, walaupun jutaan wang diumpan, walaupun segunung janji ditabur, walaupun berapa banyak projek 'mee segera' bakal menjelma namun lawan tetap lawan. ALLAH HU AKBAR!

Saturday, August 1, 2009

RAHMAT ATAU BALA ?


Tajuk yang aku pilih kali ini adalah RAHMAT atau BALA ? Bukannya Rahmat nama seorang Melayu tetapi rahmat disini adalah anugerah atau pemberian Allah SWT kepada hambaNya untuk dinikmati sekalian hambaNya hasil dari pengabdian diri terhadap Allah SWT. Pengabdian diri terhadap Allah SWT bermakna melakukan suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Manakala bala pula adalah suatu pembalasan dari Allah SWT kepada hambaNya yang ingkar atau melanggar suruhanNya yang mana bala ini diturunkan bukan sahaja kepada yang mungkar tetapi juga terkesan kepada hambaNya yang sekeliling dengan golongan yang mungkar tadi.

Dalam Al Quran, banyak diperkatakan mengenai rahmat dan bala (azab), antaranya :

Dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberi rahmat. (Al Imron, 132)

Dan Al Qur'an itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat, (Al An'aam, 155)

Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al A'raf, 56)

Dan begitulah azab Tuhanmu, apabila Dia mengazab penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim. Sesungguhnya azab-Nya itu adalah sangat pedih lagi keras. (Huud, 102)

Bagi mereka azab dalam kehidupan dunia dan sesungguhnya azab akhirat adalah lebih keras dan tak ada bagi mereka seorang pelindung pun dari (azab) Allah. (Ar Ra'du, 34)

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Ibrahim, 7)

Dalam lawatan kerja ke Kelantan hari ini PM 1Malaysia mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti dibawah :



Najib berkata hakikatnya Umno dan PAS mempunyai matlamat yang sama dalam memimpin negara iaitu membangunkan Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan makmur.

Beliau berkata walaupun kedua-dua parti itu berbeza dari segi ideologi namun matlamatnya sama iaitu untuk memimpin negara sehingga maju dan mendapat keredaan Allah.

"Analogi macam kita berada di landasan lebuh raya. Kita (Umno) dalam lane (lorong) kita, PAS dalam lane dia tapi kita sama-sama menuju mencari keredaan Allah."

Sebab itu kita (Umno) hidup di negara ini tuhan berikan rahmat kepada kita.

Begitu banyak perubahan setelah Umno memimpin lebih 50 tahun," kata Najib.

- Betulkah umNO dan PAS satu matlamat nak memimpin Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju dan makmur? Dah lebih 50 tahun umNO memerintah Malaysia, rasanya rakyat Malaysia arif dan sedar sejauh mana umNO nak bawa Malaysia kearah negara Islam yang maju dan makmur atau tidak. Adakah dengan adanya pusat judi antara yang terbesar di Asia Tenggara menjadikan Malaysia negara Islam? Adakah dengan kekalnya akta ISA yang zalim meletakkan Malaysia sebuah negara Islam yang makmur? Adakah dengan meningkatnya kadar jenayah menjadikan Malaysia antara negara yang makmur? Adakah dengan menggunakan PDRM, SPRM, SPM dan lain-lain menekan dan menzalimi rakyat menaikkan taraf Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur? Lebih 50 tahun umNO memerintah Malaysia yang mengamalkan tekanan dan kezaliman kepada penentang politik mereka dikatakan sebuah negara maju dan demokrasi sebenar? Lebih 50 tahun umNO memerintah Malaysia yang sejarah membuktikan banyak penipuan dilakukan terhadap rakyat, yang lemah terus ditindas, yang kuat dibela walaupun songsang, yang miskin terus papa kedana sementara yang kaya semakin rakus mengaut kekayaan negara, bolehkah dikatakan negara maju dan makmur? Banyak perubahan yang umNO lakukan sejak lebih 50 tahun, benar sekali, perubahan kearah kehancuran negara Malaysia sememangnya tak dapat dinafikan, yang berkuasa bebas melakukan apa saja lagak mereka kebal selama-lamanya, yang berkuasa hanya mementingkan poket sendiri tanpa melihat rakyat terbawah yang perlukan pembelaan dan yang berkuasa terus mengguna segala punca kuasa penguatkuasa untuk mempertahankan diri walaupun terbukti kepincangannya.

Inikah cara pemerintahan untuk mencari keredahaan dari Allah SWT? Adakah selama ini bumi Malaysia dianugerahkan rahmat oleh Allah SWT atau diturunkan bala yang kekadang kita lupa dan alpa suatu musibah itu adalah unsur bala dari Allah Maha Pencipta Alam.

BERITA TERKINI