Sunday, February 22, 2009

SAFA DAN MARWAH


Safa dan Marwah merupakan dua bukit yang terletak dekat dengan Ka'bah. Sejarah Safa - Marwah tidak dapat dipisahkan dengan isteri Nabi Ibrahim AS, yaitu Siti Hajar dan putranya Ismail AS. Sewaktu Ismail dan Ibunya hanya berdua dan kehabisan air untuk minum di lembah pasir dan bukit yang tandus, Siti Hajar pergi mencari air, berulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali. Saat kali ketujuh (terakhir), ketika sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya, bahwa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air Zamzam.
Terjemahan: Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah dia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. (Al Baqarah ayat 158)

Peristwa sejarah lampau inilah yang dapat kita lihat masih berlaku sehingga pada hari ini, ibadah saei yang pastinya akan dilakukan ketika menunaikan ibadah Haji setiap tahun oleh umat Islam yang datang dari seluruh pelusuk dunia, tanpa mengira kaum, tidak kira warna kulit, dari pelbagai budaya, dari bermacam-macam bahasa pertuturan, juga tidak mengenal pangkat dan kedudukan, bersama-sama berlari-lari anak dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali.

Senario politik di Malaysia terutama di utara bakal menyaksikan Bukit Gantang dan Bukit Selambau, juga dua bukit, menjadi tumpuan. Memikirkan Gantang dan Selambau, maka aku teringat peristiwa Safa dan Marwah diatas. Bezanya jarak antara kedua-duanya. Bezanya bukan di musim Haji memerlukan ihram dipakai atau ketika Umrah. Bezanya entah bila pulak akan berlaku PRK serentak dua bukit sebegini. Bezanya kenderaan perlu digunakan untuk berulang alik di antara 2 bukit ini, tak mampu rasanya nak berjalan kaki. Bezanya seluruh rakyat Malaysia tertumpu disini tidak kira apa agama mereka. Inilah antara keunikan senario politik di Malaysia, PRK bermula di Permatang, singgah di Kuala dan kini dua bukit didaki.

Walaubagaimanapun aku rasa masih kedapatan akan persamaannya. Yang pasti pejuang-pejuang PR dan juak-juak UMNO/BN dan seluruh mereka yang terlibat dengan PRK akan berulang alik antara Gantang dan Selambau. Begitu juga penyokong-penyokong luar dan dalam pastinya akan kesana kesini antara Gantang dan Selambau. Tidak kurang hebat juga pemerhati-pemerhati politik pastinya pergi mari antara Gantang dan Selambau. Dari Gantang nak ke Selambau, atau sebaliknya, kalau nak mudah dan cepat, tentunya Lebuhraya Utara Selatan menjadi pilihan. Melalui PLUS H'way, mahu tidak mahu mesti melewati Parlimen Permatang Pauh, ingat Permatang Pauh, sejarah membuktikan BN tersungkur buat kali pertama selepas PRU12 pada PRK Parlimen Permatang Pauh. Oleh itu, bagi pejuang dan penyokong PR melewati Permatang Pauh bermakna menghayati semangat juang dan semangat kemenangan dan dibawa bersama ke Bukit. Lain pulak bagi puak UMNO/BN, akan berputih mata bermasam muka bila
mengenangkan kekalahan, setiap kali melewati Permatang Pauh.

Yang nyata ada persamaan lagi, bagi pejuang PR, berulang alik dari Gantang dan Selambau adalah semata-mata berjuang menegakkan kuasa yang adil, perjuangan demi rakyat serta menolak kuasa yang rakus, menentang tangan yang zalim dan melawan dasar yang berkepentingan hanya kepada puak-puak yang tertentu. Perjuangan yang dibawa oleh PR, baik di Gantang maupun di Selambau adalah selari dengan syiar iaitu lambang agama Allah, yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Perjuangan PR bermatlamat menegakkan kebenaran dan kebaikan untuk rakyat dan dalam pada masa yang sama menentang UMNO/BN yang penuh kebobrokannya.

Dan persamaannya lagi, pejuang PR yang berulang alik dari Gantang dan Selambau rata-ratanya tiada upah diperolehi, tiada gaji dibayar, tiada habuan besar menunggu, tetapi ianya dibuat atas dasar sukarela. Kenapa sukarela? Kerana pejuang PR tahu dan sedar bahawa Allah akan memberi ganjaran yang lebih hebat dari balasan dunia. Berbeza pula dengan puak UMNO/BN, bolehkah mereka bekerja secara sukarela? Mungkin tidak! Semuanya mesti dibayar, nak suruh pasang bendera mesti ada upah, nak suruh pasang sepanduk mesti ada habuan, nak suruh jaga pondok panas mesti ada ganjaran, pendek kata tak bergerak mereka tanpa fulus.

Kesimpulannya, Safa dan Marwah takkan sama dengan Gantang dan Selambau begitu juga Gantang dan Selambau tidak serupa dengan Safa dan Marwah. Secara praktikalnya ulang alik antara kedua-dua bukit ada persamaannya, matlamat menegakkan kebenaran dan keadilan sesuai dengan apa yang Tuhan suruh ada persammaannya dan perjuangan yang ikhlas sudah pastnya akan mendapat balasan yang dijanjikan olehNya. Ayuh pejuang PR kita bangkit, kita berusaha, kita bersatu, kita tentang dan lawan puak yang rakus, puak yang zalim, puak yang menindas, puak yang mungkar, puak yang rasuah, puak yang cakap tak serupa bikin, kita tentang habis-habisan, siapa lagi kalau bukan UMNO/BN.

Semoga 'saei' kita di Gantang - Selambau mendapat keberkatan dari Allah SWT dan seterusnya menterjemahkan kemenangan KETUANAN RAKYAT.

Takbir! Reformasi! Makkal Sakthi!

Friday, February 20, 2009

TAMAK DI BUKIT SELAMBAU


Samy oh Samy kenapa diam? Satu tamparan hebat kepada MIC bilamana UMNO bersikap tamak hendak bertanding di Bukit Selambau. Sememangnya tradisi kerusi Bukit Selambau adalah milik MIC, kalah menang pun MIC yang empunya calon. Tapi hari ini UMNO bersikap tamak cuba menidakkan hak MIC. Nampaknya MIC dah tak relevan lagi bagi UMNO. Pemimpin UMNO kata pengundi Bukit Selambau dah tak mahukan MIC lagi, pemimpin UMNO kata pengundi India dah tak menyokong MIC lagi dan mereka terus berkata MIC sudah hilang pengaruh politiknya dimana-mana pun. Betul ka Samy? Diam bererti setuju!

Tanyalah UMNO balik Samy, pengundi di Bukit Selambau hendak ke pada UMNO? Tanyalah UMNO balik Samy, pengundi Melayu nak sokong ke UMNO? Dan tanya UMNO lagi masih ada pengaruh ke UMNO? Bukankah dah terang lagi bersuluh, di Permatang Pauh,
UMNO ditolak. Di Kuala Trengganu, ditempat sendiri, UMNO dihumban. Buat apa lagi nak bagi kat UMNO bertanding di Bukit Selambau. Kalau bagi UMNO bertanding dan kalah, lagi malu UMNO dan BN, dan yang pastinya MIC akan dipersalahkan, tak bekerja kuat, tak berkempen habis-habisan.

UMNO akan berkeras nak bertanding. Apa Samy boleh buat? Samy hanya akan ikut kata UMNO, dan bila ikut kata UMNO maka jelaslah kepada rakyat bahawa MIC sememangnya sudah hilang pengaruhnya, sudah tak disokong lagi oleh kaum India, maka tidak heranlah Samy beria-ia benar nak bergabung dengan IPF. Dahlah Samy hoi, berhentilah, pencenlah, bubarkanlah MIC tu, dah tak ada maknanya lagi.

Thursday, February 12, 2009

YANG HARAM TETAP HARAM

Melihat dari jauh bagaimana kerajaan Perak yang sah (kerajaan PR) diruntuhkan secara paksaan dan kekerasan dan terbentuknya kerajaan baru Perak yang tidak sah atau haram meninggalkan kesan yang lebih bererti berbanding dengan kekalahan demi kekalahan UMNO/BN dalam setiap pilihanraya, baik PRU ataupun PRK. Modus operandi yang tidak bertunjang kepada perlembagaan itu jelas dimata rakyat itulah sahaja cara untuk mereka berkuasa, nak harapkan pilihanraya memang mereka akan kecundang walau dimana pun. Kesedaran rakyat bertambah kerana UMNO/BN sendiri yang membuka pekung mereka.

Bakal PM, kalau sempat, cuba untuk mengembalikan 'teloq' nya yang gugur di 2 PRK lepas, malangnya pendekatan yang digunakan bagi meruntuhkan kerajaan sah Nizar, mengakibatkan yang 'tu' juga hilang. Kredibiliti dan integritinya yang selama ini dah kurang, kini semakin kurang. Bijak sungguh Pak Lah mengambil kesempatan. Bakal PM digunakan dan ditungganginya dengan bergaya, dirancangnya supaya Tajol dinyahkan supaya tidak nampak percaturannya, rampas kuasa dan naikkan Zambry Pangkor, supaya tak nampak ketara percaturannya, dihantar KJ ke Ipoh, turut sama bertempik kononnya menyokong bakal PM dan kerajaan haram yang baru dibentuk, berjaya, berjaya Pak Lah tonjolkan bakal PM rakus kuasa dan sememangnya lemah. Tujuan Pak Lah supaya bakal PM bukan sahaja ditolak rakyat malah ditolak oleh sesama mereka. Bukan semua pemimpin UMNO/BN bersetuju dengan cara bakal PM merampas Perak, berapa kerat yang berani berkata-kata, semua bisu seribu bahasa. Yang kedengaran hanyalah veteran-veteran, TDM dan TR, itupun tak setuju. Kak Pidah nak tumpang semangkuk, dapatlah 'last kopek' sementara bakal kehilangan jawatan ketua wanita. Tajol? Dia belajar dari arwah bapanya, menerima nasib yang sama dengan Nizar, 'derhaka' kepada sultan juga pada masa itu, sehinggakan Almarhum Sultan Idris Shah bermasalah dan bernazar tidak mahu mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali Jawi tidak letak jawatan. Maka sebab itulah Tajol juga diam.

Kalau dah dapat menakluk Perak dengan cara haram pastinya akan kelihatan kepincangan dan kelemahannya. Penampilan sulung MB haram di kalangan rakyat disambut dengan sorakan 'boo', mana ada benda ini berlaku kepada MB PR yang dapat memerintah dengan cara yang sah? Baik kepada Mr Lim di Pulau Pinang, Ustaz Azizan di Kedah, mahupun Khalid di Selangor, dan jauh sekali akan berlaku kepada Tuan Guru di Kelantan. Semakin jelas, jika dilihat penampilan MB haram dalam rancangan yang disiarkan oleh TV1 begitu kekok dan gagal berdepan dan menjawab isu-isu yang di ketengahkan, betapa malangnya dapat MB haram macam ni. Lihat kerja siapa pula yang nak menonjolkan betapa MB haram ini tidak layak, dan sememangnya tidak akan layak menjadi MB? Bertambah tempang lagi bilamana belum sampai 100 hari menjadi MB haram, dah ada laporan di buat kepada SPRM tentang salah guna kuasa. Walaupun masih belum disiasat SPRM, siasat tak siasat tak tahulah, nampak kerumitan dan bakal berhadapan dengan bermacam-macam kerenah. Yang lebih pasti lagi bagaimana MB haram ini nak berhadapan dengan PR di PRK Bukit Gantang nanti? Yakinnya MB haram ini akan menjejaki Mat Said di Trengganu, maka tidak keseoranganlah Mat Said, dah ada kawan.

Beruntung rakyat Perak punya 2 MB, semakin makmurlah negeri Perak nanti. Tak pernah ada negeri di Malaysia ni 2 MB. Yang pastinya ada perbezaan antara kaca dan permata, rakyat Perak sememangnya memilih permata. Yang halal dan yang haram, sahih rakyat Perak dambakan yang halal. Maka MB Ir Nizar jelas sudah pilihan rakyat dan telah membuktikan kemampuannya menerajui kerajaan Perak. Rakyat Perak masih dahagakan kepimpinan MB Ir Nizar, belum puas mereka dan tak akan puas mereka. Rakyat Perak pastinya menolak MB haram, kerana yang haram tetap haram.

Monday, February 9, 2009

AL-FATIHAH..........

Dengan penuh rasa sedih aku sampaikan ucapan takziah kepada Puan Safiah Harun dan 10 orang anaknya keatas pulangnya Allahyarham Roslan Shaharum (Ahli Parlimen Bukit Gantang) ke rahmatuLlah. Sesungguhnya takdir menentukan beliau dipanggil Illahi lebih dahulu dari kita semua, semoga Puan dan anak-anak dan seluruh keluarga bersabar dan redha dengan pemergiannya. Semoga pejuangku Allahyarham Roslan Shaharum ditempatkan dikalangan mereka-mereka yang sallehin. Amin.

Sunday, February 8, 2009

BEBAS BERKUASA

1. Sebak aku menyaksikan Nizar diperlakukan sedemikian rupa, tragedi ini jelas adalah pelengkap kepada perangai UMNO/BN yang dunia tahu penuh kebobrokannya, khas aku tujukan kepada pejuangku Nizar dan pejuang-pejuang di Perak serta seluruh penyokong PR, bersabarlah insyaAllah doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan Allah SWT.

2. Dunia menyaksikan betapa lemahnya UMNO/BN, sehinggakan nak perintah negeri terpaksa merampas dari orang lain, banggakah mereka bila dapat memerintah dengan cara ini? Banggakah? UMNO/BN sebenarnya lemah dan selemah-lemahnya, menggunakan penguasa untuk merealisasikan rampasan kuasa, takut menghadapi demokrasi melalui pilihanraya yang dah mereka jangkakan mereka akan kecundang. Dan ini adalah 'kerajaan' yang bukan pilihan rakyat Perak.

3. Natijah hasil dari rampasan kuasa ini akan berkesinambungan, tanpa noktah. Lumrah dunia, setiap perbuatan sudah pasti ada pembalasannya, kalau bukan hari ini, esok, kalau bukan esok, minggu depan, kalau bukan minggu depan, bulan depan, kalau bukan bulan depan, tahun depan, kalau bukan tahun depan........... Begitu juga setiap kejadian ada hikmahnya. Hari ini mereka naik dan 'berkuasa' dengan cara menghina PR, suatu hari mereka akan jatuh dan ranap mngkin lebih hina daripada ini.

4. 'Kerajaan' ini yang pastinya tidak stabil apalagi usah bicarakan hal maruah mereka, 3 'badut', yang semua tahu tak punyai pendirian, boleh berubah bila-bila masa. Dan 'kerajaan' ini hanya harapkan 3 'badut' ini terus menyokong mereka. Kuasa pemutus berada ditangan 3 'badut', bayangkan Mac nanti 3 'badut' ini rasa nak ubah angin dengan menyokong PR, angkat sumpah akan berlaku sekali lagi di Istana Bukit Chandan. Bulan Mei 3 'badut' ni dah boring dengan PR, nyatakan sokongan pulak kepada UMNO/BN, lagi sekali angkat sumpah. Ala hai, apa nak jadi ni Tuanku.

Maknanya, bebas yang aku copkan sebagai orang bukan orang dan hantu bukan hantu, sekarang ini menjadi golongan penting di Perak, merekalah talian hayat untuk kedua-dua kerajaan Nizar dan 'kerajaan' Zambry.

Sunday, February 1, 2009

DARI BEHRANG KE PALONG

Perjalanan politik Malaysia masakini, aku singgah di Changkat Jering. Tak muncul lagi ke ADUN pilihan rakyat Changkat Jering, masih ada di Pekan, Pahang dengan DN ke? Kalau betul kena culik dan dipaksa 'pindah rumah' teruk sangatlah fe'el perangai UMNO/BN, terdesak melampau, akibat dari 'flying kick' Permatang Pauh, lepas tu kena pulak 'smackdown' di Kuala Trengganu dan yang masih terasa 'penampar Jepun' dari Bota. Malaysia ni dah tak selamat dah, rakyat biasa kena culik, wakil rakyat pun kena culik, budak-budak kena culik, siapa penculiknya? UMNO/BN atau penculik Sharlini? Malaysia ni dah tak selamat dah, dalam lokap pun kena bunuh, dok diluar penjara pun kena bunuh, siapa pembunuhnya? Penguasa atau VVIP? Malaysia ni dah tak selamat dah, rakyat sendiri dibunuh apalagi rakyat asing dibunuh, siapa pula yang memunuhnya? Pembunuh upahan atau VVIP? Kepada rakyat Changkat yang cintakan keadilan dan kesaksamaan, mahukan keamanan dan kebebasan bertindaklah dengan bijak, kalau ADUN yang dipilih sudah tak mahu berkhidmat dengan baik, desak aje dia letak jawatan kalau dia nak 'pindah rumah'. Kita buat pilihanraya semula di Changkat, biar rakyat Changkat tentukan yang mana intan dan yang mana kaca. Sudahlah aku nak singgah di Behrang sekejap.

Tak balik lagi ADUN Behrang kawan baik ADUN Changkat Jering tadi. Yalah diaorang satu kereta, kalau Behrang dah ada tentu Changkat juga ada. Ya tak ya jugak. Maknanya kena culik juga lah ya. Macamana rakyat Behrang? Dia nak 'pindah rumah' juga? Macam aku pesan kat rakyat Changkat tadi, desak dia letak jawatan aje, tak kira samada dia confirm 'pindah rumah' ke atau nak jadi bebas. Perjuangan mesti ada platfrom, ADUN bebas perjuangan yang tak berpijak di bumi nyata, tak ada platform, berjuang atas apa mereka ini? Ibarat, orang bukan orang, hantu pun bukan hantu. Contohnya ada satu kat Pasir Mas (parlimen) dan satu kat Kedah (VVIP), yang aku ingat. Dia orang ni boleh hentam kedua-dua belah pihak, kedua-dua belah pihak tak betul, dia aje yang betul. Desak dia letak jawatan aje, kita buat pilihanraya kecil serentak dengan Changkat Jering, kita pilih balik wakil rakyat yang benar-benar berjuang nak bela rakyat. Baiklah aku nak teruskan perjalanan dan berhenti di Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur - Tok Samy, apa dah jadi? Dah tak ada orang dalam MIC Tok Samy nak buang ke? Ajak IPF nak bergabung, dah rasa tak kuat ke? Yalah kalau bergabung tu makin kuat lah. Kenapa tak ajak Hindraf sekali? Lagi kuat kalau bergabung dengan Hindraf. Hati-hati lah pemimpin IPF, dia ni jenis manusia yang tak boleh ditentang dan dilawan, mesti dia buang mereka yang cuba nak lawan dia. Kepada pemimpin IPF, kalau dia ikhlas nak bergabung, suruh dia bubar MIC dan masuk IPF atau bergabung juga daftar baru tapi guna nama IPF macamana?
Ku Deen kata nak hapuskan rasuah dalam umno bubarkan sayap parti. Penjelasan yang mengukuhkan bahawa selama ini umno memang mengamalkan rasuah bukannya politik wang. Bukan setakat boleh hapuskan rasuah, kerosakan moral juga boleh dielakkan. Pemuda diwujudkan bukan setakat menjadi pemimpin pelapis tapi yang tersiratnya dijadikan kuda tunggangan dengan badan induk umno. Wanita pula tertubuh bukan kerana nakkan keseimbangan pemimpin mengikut jantina, tapi hanya untuk sedap mata memandang, ada 'burung' seronok juga berjuang. Bagaimana pula dengan putera, dijadikan pesuruh kepada pemuda, bolehlah pemuda releks sikit. Yang seronoknya puteri, ini langsung tak bermatlamat, Petua dan pemuda lebih menyeronokkan bila berada dikalangan 'burung-burung muda' ni, sekadar dijadikan permainan mereka aje. Tapi apakah dengan bubarkan pemuda, wanita, putera dan puteri umno dijamin rasuah tidak akan wujud? Teringat saya dengan kata-kata bekas ketua MCA satu masa dulu, seekor ikan sekiranya ada bahagian yang busuk mestilah di buang sebelum kepalanya ikut busuk. Masalah besarnya sekarang ini ialah bukan bahagian ikan tu yang memang dah busuk tapi kepala pun dah lama membusuk! Maka kalau ikut petua tu, seluruh ikan itu mestilah di buang. Tutup seluruh 'kedai' barulah terjamin tidak akan ada rasuah dikalangan mereka. Lama pulak di KL ni, aku nak teruskan perjalanan ke Palong, Negeri Sembilan.

Dalam perjalanan ke Palong aku jengok-jengoklah Serting dan Lenggeng kedua-duanya di Negeri Sembilan. Tempat-tempat ni jugak heboh dok kata dia orang nak 'pindah rumah'. Tok Nujum MB dah mula menurun dah teropong yang mana satu bakal 'pindah rumah'. Sepatutnya dia kena bermuhasabah kenapa ada yang nak 'pindah rumah', dari bungalow kerumah teres dua tingkat. Apa kurangnya bungalow? Apa lebihnya rumah teres dua tingkat tu? Senang duduk dirumah bungalow tetiba nak pindah dok rumah teres dua tingkat? Kalau tak tahu, aku nak bagitau, walaupun rumah bungalow, tapi dok merempat ditandas buat apa lagipun rumah bungalow tu dah nak runtuh dah. Takkan dia orang nak bertahan merempat ditandas rumah bungalow dan nak tunggu rumah bungalow runtuh baru nak menyelamatkan diri. Lebih baik angkat kaki dan dok dirumah teres, walaupun rumah teres tapi dok diruang tamu, sama-sama menyumbang kearah perjuangan yang adil dan untuk rakyat, bukan kepentingan diri diutamakan.

Dah letih aku ni, tapi sebelum berundur, bagaimana ADUN negeri-negeri lain. Takkan diam aje. Sekarang musim pesta lompat, tapi nak lompat pun biarlah lompatan yang bermaruah dan disanjung rakyat. Jangan lompat semata-mata ada udang disebalik batu!

SAFAR


1. Safar bulan ke 2 dalam kalendar Islam yang bererti kosong, kerana orang-orang Arab pada bulan ini meninggalkan rumah mereka hingga kosong untuk berperang dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka.
2. Munculnya perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam, iaitu kononya bulan diturunkan bala bencana, malapetaka dan tidak mendapat zuriat jika berkahwin pada bulan Safar, sekaligus mandi safar dilakukan bertujuan menghapuskan dosa dan tolak bala.
3. Allah S.W.T. berfirman, mafhumnya : " Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatupun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal. " (Surah At Taubah, ayat 51). Jelaslah bahawa nahas atau bala bencana tidak hanya berlaku pada bulan Safar sahaja.
4. Kesimpulannya, perkara khurafat atau kepercayaan karut yang ditegah oleh syarak boleh merosakkan akidah seseorang, maka adalah wajib umat Islam menjauhinya supaya tidak membawa kita kepada syirik.

Peristiwa penting dalam bulan Safar :
1. Perkahwinan baginda s.a.w. dengan Khadijah bt Khuwailid r.a., iaitu sebelum Rasulullah dilantik menjadi Rasul.
2. Peperangan pertama di hadiri Rasulullah s.a.w. adalah Peperangan Al-Abwa pada tahun ke 2 Hijrah bagi menentang kekufuran.
3. Peperangan Zi-Amin, berlaku pada tahun ke 3 Hijrah.
4. Peperangan Ar-Raji', berlaku pada tahun ke 4 Hijrah, dimana rombongan utusan baginda s.a.w. diserang hendap di suatu tempat persinggahan yang bernama Ar-Raji' daerah 'Usfan (daerah antara Mekah dengan Madinah).
5. Peperangan Bi'ru Ma'unah, berlaku pada tahun ke 4 Hijrah.
6. Pembukaan Khaibar (kubu orang Yahudi), pada tahun ke 7 Hijrah, berlaku peperangan ketika itu yang menyaksikan gugur syahidnya sahabat seramai 15 orang sementara 73 Yahudi mati terbunuh.
7. Peperangan Maraj Rahit, pada tahun ke 13 Hijrah di Damsyik.
8. Abdul Rahman Al Ghafiqiy dilantik sebagai Gabenor Andalusia pada tahun 113 Hijrah.
9. Wafatnya Panglima Islam, Salahuddin Al-Ayyubiy pada 27 Safar 589 H.
10. Jatuhnya Kerajaan Abbasiyah di Baghdad ke tangan Tatar pada tahun 656 H. Al-Mu'tasim Billah, khalifah ketika itu terbunuh bersama seluruh ahli keluarga, orang-orang kenamaan negara, ratusan ribu umat Islam dan beribu-ribu kitab Islam musnah.
11. Persidangan Darul-Nadwah, yang dianjurkan oleh puak Musyrikin Jahiliah dan diketuai oleh Abu Jahal, dihadiri oleh iblis yang menyamar sebagai seorang tua. Persidangan ini memutuskan Rasulullah S.A.W. dijatuhi hukum bunuh, dengan itu Allah Ta'ala memerintahkan Rasulullah S.A.W. berhijrah dari Mekah ke Madinah.
12. Rasulullah S.A.W. mula jatuh sakit, iaitu pada akhir bulan Safa, setelah baliknya baginda dari mengerjakan haji terakhir baginda (Haji Wida').

....wallah hu 'alam.

BERITA TERKINI