Sunday, February 1, 2009

DARI BEHRANG KE PALONG

Perjalanan politik Malaysia masakini, aku singgah di Changkat Jering. Tak muncul lagi ke ADUN pilihan rakyat Changkat Jering, masih ada di Pekan, Pahang dengan DN ke? Kalau betul kena culik dan dipaksa 'pindah rumah' teruk sangatlah fe'el perangai UMNO/BN, terdesak melampau, akibat dari 'flying kick' Permatang Pauh, lepas tu kena pulak 'smackdown' di Kuala Trengganu dan yang masih terasa 'penampar Jepun' dari Bota. Malaysia ni dah tak selamat dah, rakyat biasa kena culik, wakil rakyat pun kena culik, budak-budak kena culik, siapa penculiknya? UMNO/BN atau penculik Sharlini? Malaysia ni dah tak selamat dah, dalam lokap pun kena bunuh, dok diluar penjara pun kena bunuh, siapa pembunuhnya? Penguasa atau VVIP? Malaysia ni dah tak selamat dah, rakyat sendiri dibunuh apalagi rakyat asing dibunuh, siapa pula yang memunuhnya? Pembunuh upahan atau VVIP? Kepada rakyat Changkat yang cintakan keadilan dan kesaksamaan, mahukan keamanan dan kebebasan bertindaklah dengan bijak, kalau ADUN yang dipilih sudah tak mahu berkhidmat dengan baik, desak aje dia letak jawatan kalau dia nak 'pindah rumah'. Kita buat pilihanraya semula di Changkat, biar rakyat Changkat tentukan yang mana intan dan yang mana kaca. Sudahlah aku nak singgah di Behrang sekejap.

Tak balik lagi ADUN Behrang kawan baik ADUN Changkat Jering tadi. Yalah diaorang satu kereta, kalau Behrang dah ada tentu Changkat juga ada. Ya tak ya jugak. Maknanya kena culik juga lah ya. Macamana rakyat Behrang? Dia nak 'pindah rumah' juga? Macam aku pesan kat rakyat Changkat tadi, desak dia letak jawatan aje, tak kira samada dia confirm 'pindah rumah' ke atau nak jadi bebas. Perjuangan mesti ada platfrom, ADUN bebas perjuangan yang tak berpijak di bumi nyata, tak ada platform, berjuang atas apa mereka ini? Ibarat, orang bukan orang, hantu pun bukan hantu. Contohnya ada satu kat Pasir Mas (parlimen) dan satu kat Kedah (VVIP), yang aku ingat. Dia orang ni boleh hentam kedua-dua belah pihak, kedua-dua belah pihak tak betul, dia aje yang betul. Desak dia letak jawatan aje, kita buat pilihanraya kecil serentak dengan Changkat Jering, kita pilih balik wakil rakyat yang benar-benar berjuang nak bela rakyat. Baiklah aku nak teruskan perjalanan dan berhenti di Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur - Tok Samy, apa dah jadi? Dah tak ada orang dalam MIC Tok Samy nak buang ke? Ajak IPF nak bergabung, dah rasa tak kuat ke? Yalah kalau bergabung tu makin kuat lah. Kenapa tak ajak Hindraf sekali? Lagi kuat kalau bergabung dengan Hindraf. Hati-hati lah pemimpin IPF, dia ni jenis manusia yang tak boleh ditentang dan dilawan, mesti dia buang mereka yang cuba nak lawan dia. Kepada pemimpin IPF, kalau dia ikhlas nak bergabung, suruh dia bubar MIC dan masuk IPF atau bergabung juga daftar baru tapi guna nama IPF macamana?
Ku Deen kata nak hapuskan rasuah dalam umno bubarkan sayap parti. Penjelasan yang mengukuhkan bahawa selama ini umno memang mengamalkan rasuah bukannya politik wang. Bukan setakat boleh hapuskan rasuah, kerosakan moral juga boleh dielakkan. Pemuda diwujudkan bukan setakat menjadi pemimpin pelapis tapi yang tersiratnya dijadikan kuda tunggangan dengan badan induk umno. Wanita pula tertubuh bukan kerana nakkan keseimbangan pemimpin mengikut jantina, tapi hanya untuk sedap mata memandang, ada 'burung' seronok juga berjuang. Bagaimana pula dengan putera, dijadikan pesuruh kepada pemuda, bolehlah pemuda releks sikit. Yang seronoknya puteri, ini langsung tak bermatlamat, Petua dan pemuda lebih menyeronokkan bila berada dikalangan 'burung-burung muda' ni, sekadar dijadikan permainan mereka aje. Tapi apakah dengan bubarkan pemuda, wanita, putera dan puteri umno dijamin rasuah tidak akan wujud? Teringat saya dengan kata-kata bekas ketua MCA satu masa dulu, seekor ikan sekiranya ada bahagian yang busuk mestilah di buang sebelum kepalanya ikut busuk. Masalah besarnya sekarang ini ialah bukan bahagian ikan tu yang memang dah busuk tapi kepala pun dah lama membusuk! Maka kalau ikut petua tu, seluruh ikan itu mestilah di buang. Tutup seluruh 'kedai' barulah terjamin tidak akan ada rasuah dikalangan mereka. Lama pulak di KL ni, aku nak teruskan perjalanan ke Palong, Negeri Sembilan.

Dalam perjalanan ke Palong aku jengok-jengoklah Serting dan Lenggeng kedua-duanya di Negeri Sembilan. Tempat-tempat ni jugak heboh dok kata dia orang nak 'pindah rumah'. Tok Nujum MB dah mula menurun dah teropong yang mana satu bakal 'pindah rumah'. Sepatutnya dia kena bermuhasabah kenapa ada yang nak 'pindah rumah', dari bungalow kerumah teres dua tingkat. Apa kurangnya bungalow? Apa lebihnya rumah teres dua tingkat tu? Senang duduk dirumah bungalow tetiba nak pindah dok rumah teres dua tingkat? Kalau tak tahu, aku nak bagitau, walaupun rumah bungalow, tapi dok merempat ditandas buat apa lagipun rumah bungalow tu dah nak runtuh dah. Takkan dia orang nak bertahan merempat ditandas rumah bungalow dan nak tunggu rumah bungalow runtuh baru nak menyelamatkan diri. Lebih baik angkat kaki dan dok dirumah teres, walaupun rumah teres tapi dok diruang tamu, sama-sama menyumbang kearah perjuangan yang adil dan untuk rakyat, bukan kepentingan diri diutamakan.

Dah letih aku ni, tapi sebelum berundur, bagaimana ADUN negeri-negeri lain. Takkan diam aje. Sekarang musim pesta lompat, tapi nak lompat pun biarlah lompatan yang bermaruah dan disanjung rakyat. Jangan lompat semata-mata ada udang disebalik batu!

No comments:

BERITA TERKINI