Sunday, February 5, 2012

PAS, JANGAN DIPATUK ULAR 2 KALI

Bukan terlalu awal untuk mengulas pelawaan Mat Sabu Timbalan Presiden PAS kepada Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Kota Bharu atas tiket PAS. Ikhlas saya terpanggil untuk melontarkan komen, pendapat serta nasihat buat pemimpin PAS khasnya kepada Mat Sabu.

Yakinlah bahawa tidak kemana pun jika diberi peluang kepada batang tubuh Zaid Ibrahim mengguna tiket PAS untuk bertanding. Sebelum keputusan ini dibuat terlebih dahulu akar umbi penyokong di Kota Bharu diambil kira. Kalau saya salah seorang pengundinya sudah pasti saya tidak akan memberi undi kepadanya (saya pengundi di Pasir Mas). Sepertimana jika Ibrahim Ali sekali lagi diberi peluang di Pasir Mas bertanding atas tket PAS hatta atas restu TGNA sekalipun.

Walaubagaimanapun sekiranya situasi Zaid ini berlaku, saya dan kumpulan saya akan berkampung di Kota Bharu untuk memastikan Zaid gagal. Bukan nak menentang keputusan pemimpin tertinggi PAS, tapi kekadang penyokong bawahan juga wajib menegur sekiranya pimpinan tertinggi terpesong atau dirasakan sumbang langkahnya.

Alasannya, rasanya tak perlu diperincikan satu persatu siapa Zaid Ibrahim. Rakyat di Kota Bharu dah cukup kenal siapa dia. Baik ketika dia bersama umNo, PKR maupun dia bersama KITA.

Akhir kalam, nasihat saya kepada pimpinan tertinggi PAS, jangan sekali-kali memberi tiket kepada Zaid Ibrahim untuk bertanding. Masih ramai pimpinan PAS yang boleh di tonjolkan sebagai calun di PRU 13, masih ramai pimpinan PAS yang punya kredibiliti tinggi berbanding Zaid Ibrahim yang boleh menjadi calun dan masih ramai pimpinan PAS yang punya siasah yang terbaik berbanding Zaid Ibrahim. Jadikan sejarah Pasir Mas sebagai teladan.

Jangan dipatuk ular buat kali kedua!

Allahhuakbar. Allahhuakbar. Allahhuakbar.





Friday, February 3, 2012

ANG POW PUTIH RAFIDAH

Bila bekas menteri, Tan Sri Rafidah mula ber'kokok' mengulas isu NFC apalagi mencadangkan pemimpin yang terlibat baik secara langsung atau tidak langsung berundur, ops bukan berundur tapi letak jawatan maka ianya harus dilihat secara menyeluruh. Bukan sahaja dalam isu NFC malah apa jua isu yang pastinya mencipta beban kepada umNO be end. Kesimpulannya pemimpin yang mencipta isu sebegini sehingga rakyat keseluruhannya meragui kredibiliti pemimpin tersebut walaupun isu itu belum sahih benarnya tetap merupakan liabiliti dan bukan lagi sebagai aset kepada parti kesayangannya. Untuk itu letaklah jawatan secara terhormat. Tapi adakah ianya akan didengari oleh pemimpin umNo be end? Ya, sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin umNO be end ini akan pertahankan kedudukannya setakat mampu walau didesak walau diasak, melainkan ketuanya PM sendiri yang meng'halau' mereka.

Maka 'cemuhan' Tan Sri Rafidah harus juga dituju bukan sahaja kepada Datuk Seri Shahrizat tapi juga kepada yang lain. Antaranya Jamil Khir, Noh Omar, Ali Rustam, Zambery Kadir, Taib Mahmud, Adnan Yaakob dan ramai lagi. Tumbanglah umNO be end sekiranya golongan ini masih dirasakan relevan.

Apa bezanya gambar diatas dengan yang dibawah? Tak ada bezanya! Kedua-duanya mengherdik kaum Tionghua.
Ayuh, pengundi Cina seluruh negara tolak mereka ini, humban mereka ini di PRU 13 nanti.

Undilah PAS, PKR dan DAP. Undilah PAKATAN RAKYAT !

BERITA TERKINI