Saturday, July 31, 2010

IKAN BUSUK DARI KEPALA?


Memang benar 'ikan busuk dari kepala'nya, justeru pepatah terkenal China ini berguna pakai bukan sahaja kepada golongan pemimpin yang korupsi atau 'membohong' sahaja malah hendaklah dilihat dari luar kotak fikiran kita.

Di Indonesia juga, kata-kata 'ikan busuk dari kepala' menjadi popular, Menteri Koordinator Perekonomian Indonesia, Rizal Ramli ketika mengulas kes salah laku seorang Ketua Pengarah PT Ramayana Lestari Sentosa berkata, "kalau ikan busuk tidak mungkin dari ekornya, tapi dari kepalanya, kalau mau diambil tindakan ya dari kepalanya."

Allah SWT telah jelaskan didalam Al Quran, "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar." - (Al Ahzab 67-68)

Think out of the box - renungkan sejarah penentangan Nabi dan Rasul, juga dilakukan oleh kepala-kepala masyarakat dan kepala-kepala agama yang memang sama dengan kepala ikan yang busuk.

Menonjolkan TLLS sahaja sebagai 'kepala ikan yang busuk' tidak cukup dan tidak memadai. Penangkapan TLLS tidak boleh dipandang sebelah mata, sebagai 'kepala ikan yang busuk' bagi parti MCA, maka seluruh MCA itu sendiri sudah lama busuk! Sudah 2 'kepala ikan yang busuk' lahir dari MCA, mana mungkin MCA menjadi tidak busuk dengan hanya menukar kepalanya yang busuk sahaja kerana MCA sudah busuk seluruhnya, bermula dari ekor lagi. MCA yang patut diharamkan bukannya DAP wahai Zulkifli Nordin!

Dipanjangkan lagi, siapa kepala TLLS ketika itu, beliau merupakan salah seorang menteri kabinet dan siapa pula Perdana Menteri ketika itu. TLLS bukan 'kepala ikan yang busuk' kabinet menteri beliau hanya 'kepala ikan yang busuk' MCA. Teori ikan busuk bermula dari kepalanya, maka Perdana Menteri ketika itu juga adalah 'kepala ikan yang busuk'. Badan 'ikan' iaitu menteri kabinetnya, TLLS sudah busuk, maka sahih ianya bermula dari 'kepala ikan yang busuk' iaitu Perdana Menteri!

Adakah TLLS seorang sahaja 'yang busuk' ?

Wednesday, July 28, 2010

PULAU PINANG - 4 YANG PERTAMA

1. Negeri yang PERTAMA di dalam sejarah Malaysia yang diberika pengiktirafan Transparency International kerana urus tadbir CAT yang telah berjaya menukarkan anggaran defisit Belanjawan 2008 dari RM 35 juta kepada lebihan sebanyak RM 88 juta dan anggaran anggaran defisit Belanjawan 209 dari RM 40 juta kepada lebihan sebanyak RM 77 juta.

2. Negeri yang PERTAMA yang mempraktikkan sistem tender terbuka dan pembelian kerajaan melalui internet (e-tender) dimana sistem ini berjaya mengurangkan pembaziran, membanteras amalan rasuah, menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM 20 juta setahun serta mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal sebanyak 45%.

3. Negeri HIJAU yang PERTAMA di Malaysia yang menjalankan kempen pemeliharaan alam sekitar seperti 'Hari Tanpa Beg Plastik' bagi mengurangkan penggunaan beg plastik, EM mudballs bagi pembersihan sungai dan parit serta memperkenalkan Indeks Bangunan Hijau (GBI) dalam melahirkan keindahan alam sekitar.

4. Negeri yang PERTAMA di Malaysia yang berjaya membasmi miski tegar dalam jangkamasa setahun dan memastikan setiap keluarga memperolehi bantuan RM 500 sebulan melalui program Rakan Anti Kemiskinan (RAK).

Inilah diantara hasil kerja tangan pemimpin PR sekiranya diberi peluang memerintah, segala hasil yang hebat bukanlah bertujuan untuk diabadikan didalam Buku Rekod Malaysia atau mana-mana buku rekod dunia tetapi lebih menjurus kepada keuntungan rakyat. Jelaslah pemimpin PR menjalankan pemerintahan untuk rakyat selari dengan mutiara kata 'suara rakyat suara keramat' justeru Bebaskan Rakyat, Malaysia Selamat!

Perbandingan ketara dengan pemimpin b end yang mengejar nama semata-mata, biar gah pandangan mata namun rakyat merana tanpa peduli. Bagi mereka, catatan rekod dimana-mana buku adalah indikator kejayaan sebagai pemimpin dan pemerintah. Terpanjang, tertinggi, terbesar, ter'lama', terbanyak dan lain-lain 'ter' lagi menjadi kebanggaan mereka tetapi rakyat terus termundur dan terpinggir.

SYABAS DAN TAHNIAH PULAU PINANG !

Sunday, July 25, 2010

FAKTA PASIR SELANGOR

Buat renungan seluruh ahli umno dari yang teratas hinggalah yang terbawah dan kepada yang masih menyokong umno-beend.
Istimewa untuk Tan Sri TPM dan Senator Ezam !

Pendapatan pasir semasa umno-beend memerintah Selangor :
2005 - RM 3.54 juta
2006 - RM 4.37 juta
2007 - RM 4.29 juta

Pendapatan pasir semasa pkr-pr memerintah Selangor :
2008 - RM 8.17 juta
2009 - RM 13.76 juta
2010 - RM 15.3 juta (setakat bulan Jun)

Dari fakta diatas, siapakah yang pandai memerintah?
Burung kakak tua atau ayam jantan yang berkokok bagai halilintar sampai keseluruh ceruk kampung tapi ekor penuh tahi!

Thursday, July 22, 2010

DEBAT SIBER : ulama muda vs askamakalikada

Kumpulan ulama muda Umno - yang menyertai parti itu baru-baru ini - berpendapat selain tekanan daripada pelbagai pihak, ketaksuban dan keegoan juga menjadi penghalang utama perpaduan Umno-PAS.
Askamakalikada : PAS tidak merasakan apa-apa tekanan dari mana-mana pihak pun, PAS meneruskan kesinambungan perjuangan dengan meletakkan Al Quran dan Hadis sebagai asas oleh itu ketaksuban dan keegoan bukanlah sifat PAS.
Bergerak atas nama Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU), mereka melihat kerjasama Umno-PAS merupakan asas penting perpaduan masyarakat Melayu.
Askamakalikada : usia iLMU masih bayi, tunggulah akil baligh dulu, satukan dulu ahli-ahli Umno yang bercakaran sesama sendiri berebut jawatan, pangkat dan harta kemudian baru fikirkan bagaimana nak satukan Umno-PAS.
Jurucakapnya Fathul Bari Mat Jahaya juga mengenepikan dakwaan bahawa hanya PAS mendukung Islam dan hanya Umno menduduk bangsa Melayu kerana perlembagaan "menggambarkan orang Melayu adalah beragama Islam".
Askamakalikada : tepat sekali, PAS dulu, kini dan selama-lamanya mendukung Islam dan Umno pula meletakkan Islam selepas Melayu, betul apa yang termaktub dalam perlembagaan, tetapi keagungan Islam tidak menjadi kenyataan dengan hanya ditulis dan dibaca didalam perlembagaan tanpa perlaksanaan yang menjuruskan kearah agungnya Islam itu. Buktinya, adakah angka gejala sosial meningkat atau berkurangan, puncanya, dengan wujudnya tempat-tempat hiburan melalaikan bercampur lelaki dan perempuan tanpa batasan.
"Jadi perjuangan memartabatkan agama juga bererti perjuangan memartabatkan bangsa.
Askamakalikada : tidak, perjuangan menegakkan Islam adalah perjuangan untuk manusia sejagat bukan untuk bangsa spesifik.
"Oleh itu, kedua-dua pihak perlu bersatu bagi mengimbangi dasar perjuangan masing-masing," kata Fathul.
Askamakalikada : tidak boleh bersatu kerana dasar perjuangan yang berbeza, PAS letak Islam teratas tapi Umno letak Melayu diatas, pertembungan akan berlaku malah bukan perpaduan yang tercipta malah perpecahan makin menjadi, PAS nak imarahkan masjid sedia ada tapi Umno nak bina masjid yang besar dan hebat dengan kos yang mahal, untuk beri untung kontraktor-kontraktor Melayu walaupun tanpa jemaah.
Beliau mengulas hasrat melihat perpaduan dua parti yang berasaskan sokongan Melayu itu setelah disuarakan kembali oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini.
Askamakalikada : Mufti Perak boleh bersuara apa sahaja yang beliau mahu, malah beliau juga boleh menjadi 'bisu' bila melihat ketidakadilan berlaku. Apakah tanggungjawab Mufti hanya bersuara tanpa perlaksanaan, di bandaraya Ipoh, lihat berapa banyak tempat-tempat maksiat, apa yang beliau buat selama ini sebagai seorang Mufti?
Berlaku debat panjang di media berhubung perkara itu di mana pemimpin Umno rata-rata dilihat menunjukkan keterbukaan, manakala pemimpin kanan PAS pula kuat menentangnya.
Askamakalikada : kenapa sekarang baru bersikap terbuka, setelah dilihat seakan nak kehilangan kuasa baru nak terbuka, PAS pula tetap dilihat menentang, bukan sahaja pemimpin kanan PAS menentang, malah kalau ditanya akar umbi sekalipun mau penampar jepun singgah dimuka.
Dalam kenyataan kepada Malaysiakini hari ini, Fathul turut mempersoalkan kenapa ada suara sumbang terhadap cadangan kerjasama tersebut walaupun disuarakan oleh pemimpin tertinggi negara dan ilmuan Islam.
Askamakalikada : suara penentangan terhadap cadangan kerjasama ini bukanlah suara sumbang, tapi itulah suara ikhlas dari mereka yang pernah di tipu dan di aniayai dahulu, bila lemah ajak bersatu, bila dah gagah di halau pula.
'Mengapa tidak maafkan saudara kita?'
Askamakalikada : Ya, PAS maafkan, tapi PAS tak mahu bersatu, puashati?
"Mungkin ada yang bersuara, pengalaman lalu membuktikan bahawa Umno-PAS tidak mungkin bersatu. Sangkaan seperti ini sebenarnya jauh tersasar.
Askamakalikada : bukan mungkin, memang ada yang bersuara begitu, PAS Kelantan pernah merasai 'nikmat' bersatu dengan Umno, lihatlah sejarah lampau wahai ulama muda.
"Sewajarnya kita melihat ke hadapan, bukan semata-mata menjadikan kenangan lalu sebagai penutup bagi segala kebaikan," katanya.
Askamakalikada : bukankah sejarah itu mengajar kita, yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan! Dan PAS sentiasa berjuang untuk mencapai cita-cita di hadapan yang masih belum tercapai dan dalam masa yang sama belajar daripada sejarah.
Fathul menjelaskan, setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan kesalahan dan "mengapa tidak kita sebagai manusia memaafkan saudara kita".
Askamakalikada : Ya, PAS maafkan, tapi PAS tak mahu bersatu, sekali lagi, puashati?
"Mungkin ada yang berkata, mereka (Umno) ini tak ikhlas nak bersatu. Siapa kita untuk mengetahui hati-hati manusia?
Askamakalikada : dan siapa pula ulama muda yang nak kata Umno ikhlas? PAS Kelantan setelah dapat memerintah semula Kelantan dengan di pimpin TGNA, sehingga hari ini Umno masih 'mengacau'. Lihat di Selangor, setelah Umno kalah di PRU 12, sehingga hari ini tak sendik-sendik mengganggu kerajaan PR Selangor. Dan yang masih segar dalam ingatan, MB Perak dari PAS, Dato' Seri Nizar, bagaimana beliau diperlakukan? Bagaimanalah PAS nak percaya puak yang sebegini?
"Bahkan kita tidak dijadikan untuk merobek hati-hati manusia," kata ulama lepasan universiti di Jordan dan Madinah itu.
Askamakalikada : PAS tidak pernah merobek hati-hati pendokong dan penyokong mereka, bagaimana pula Umno yang pernah merobek hati-hati rakyat Malaysia, golongan apa mereka ini wahai ulama muda?
"Maka, apabila saudara kita datang untuk berdamai, sewajarnya kita berusaha untuk memurnikan keadaan "bukan terus mencipta fitnah dan tuduhan."
Askamakalikada : PAS tidak pernah memfitnah dan menuduh, tapi apa yang PAS bongkar semuanya tidak disiasat dengan adil dan betul. Bagaimana pula golongan yang memfitnah DSAI dengan kes liwat yang pertama dulu sehingga beliau dikurung dan akhirnya diputuskan tiada kes?
Sambil memetik firman Allah yang memerintahkan manusia supaya saling tolong-menolong dalam perkara kebaikan, Fathul berhujah sejarah Islam membuktikan sekiranya umat Islam benar-benar menghayati ajaran Islam, penindasan tidak akan berlaku.
Askamakalikada : Benar, PAS sentiasa memegang kalam Allah SWT. Apakah Umno yang ulama muda kenal itu benar-benar menghayati ajaran Islam dan tidak melakukan penindasan? Dan apakah Umno yang ulama muda 'cintai' itu saling tolong menolong dalam perkara kebaikan? Adakah ulama muda sedar apa yang berlaku di Perak itu satu penindasan, penafian hak? Adakah ulama muda sedar royalti minyak untuk Kelantan dinafikan dan inikah dinamakan tolong menolong dalam perkara kebaikan?
"Perpaduan adalah jambatan penyelesaian bagi segala permasalahan bahkan menjanjikan kejayaan yang berpanjangan," katanya lagi.
Askamakalikada : tidak semestinya, rasanya lebih baik ulama muda tumpukan perhatian untuk menyatukan Umno dulu yang kini sedang teruk berpecah,
pergilah ke Rantau Panjang, Kelantan, berkunjunglah ke Trengganu, melawatlah negeri Perlis, singgahlah di Selangor, jengoklah Permatang Pauh, intai-intailah
Umno Perak, jelinglah Umno Pulau Pinang, dan banyak lagi, insyaAllah PAS akan tertarik sekiranya Umno benar-benar bersatu dan Islam diletakkan ditempatnya.

Fathul antara 40 ulama muda yang menyertai Umno pada 25 Jun lalu - projek yang dilihat cuba menarik kembali golongan agama terhadap parti itu yang jauh ketinggalan berbanding PAS.
Askamakalikada : jauh ketinggalan berbanding PAS? Dari sudut mana tu wahai ulama muda? Kalau dah tahu jauh tertinggal berbanding PAS malah dah diberi
peluang 50 tahun lebih memerintah, masih tertinggal, rasanya ulama muda sendiri sertu serulah yang dalam Umno tinggalkan Umno dan masuk PAS.


Takbir ! Takbir ! Takbir !

Wednesday, July 21, 2010

3. KEMUJARABAN ASMA'UL HUSNA (sambungan)


AS SALAM
( Maha Menyelamatkan )

Pemberi keamanan dan ketenteraman kepada semua makhlukNya.

THE SOURCE OF PEACE
He who frees His servants from all danger.



Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
( Al Baqarah, ayat 214 )

Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan atau pun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah karena karunia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut setan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu).
( An Nisa', ayat 83 )

Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.
( Ar Ra'du, ayat 28 )

Khasiat atau fadilat membaca AS SALAM :

1. Sebut atau bacalah YA SALAM sebanyak 160 kali didepan orang yang berpenyakit,
insyaAllah akan sembuh penyakitnya selagi belum ajal atau sekurang-kurangnya bertambah ringan penyakitnya.

2. Ketika sesuatu wabak penyakit sedang melanda, amalkanlah menyebut atau membaca SALAMUN QAULAN MIRRABIRRAHIM (Kepada mereka dikatakan), "Salam" (Kesejahteraan), sebagai ucapan selamat dari Tuhan yang Maha Penyayang)
sebanyak 28 kali pada setiap hari, insyaAllah akan selamat orang itu dari wabak tersebut.

3. Sesiapa yang mengamalkan dengan menyebut ASSALAMUA'ALAIKA AYYUHANNABIYYU WARAHMATULLAHHI WABARAKATUH
(Kesejahteraan ke atas kamu wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatanNya)
sebanyak 100 kali pada setiap hari, orang itu tidak akan merasa sakit bila menghadapi sakratulmaut.

Tuesday, July 20, 2010

TIKUS NAK BAIKI LABU ?

Di Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com) hari ini, 2 berita menarik menyaksikan pertembungan 2 fenomena yang berbeza dari 1 kepala otak. Yang mana satu nak kita percaya? Yang satu sibuk nakkan perpaduan, bersatu Melayu Islam, mengajak PAS bersama sementara yang satu lagi usahkan nak bersatu nak temu mata pun jauh sekali. Yang mana satu penuh retorik? Yang mana pula yang realiti? Namun yang jelas dan sahih kedua-duanya muncul dari 1 kepala otak, yang dinamakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Mana mungkin labu dibaiki si tikus, mustahil !
Jangan sampai labu menghempap si tikus, tidak mustahil !

Sunday, July 11, 2010

WACANA PERDANA

Selesai sudah wacana perdana sebentar tadi yang diadakan di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, Kelantan. Detailnya boleh dilihat dari banner seperti dibawah.

Kesimpulan yang aku boleh buat pada wacana kali ini, adalah satu perbahasan yang lari dari tajuknya iaitu 'Bolehkah Melayu Bersatu?'. Dua ahli panel UMNO dilihat lebih banyak menghentam PAS daripada membicarakan tentang tajuk yang diberikan, terutama sekali ahli panel Lokman Nor Adam dan tidak kurang juga dari Ustaz Afendi (ustaz umno). Hujah-hujah yang dikemukakan oleh Ustaz Mujahid (PAS) nampak bersahaja tanpa emosi keterlaluan disulam dengan hujah Dr Asri (bekas Mufti Perlis) yang lebih kepada nasihat dan teguran agar perbahasan lebih sistematik dan berlandaskan kepada tajuk asal. Namun kedua-dua ahli panel dari UMNO masih gagal berada di landasan sebenar malah lebih kepada berhujah secara emosional keterlaluan. Naif dalam peraturan perbahasan menyaksikan Lokman Nor Adam sentiasa menyampuk hujah-hujah ahli panel lain.

Antara isu-isu yang diketengahkan sepanjang perbahasan adalah isu-isu semasa seperti isu judi, isu royalti minyak di Kelantan, isu liwat DSAI, isu politik di Perak namun dibangkitkan jugak isu-isu lama umpama isu amanat Haji Hadi dan isu hukum hudud.

Pendapat peribadi aku, ahli panel Ustaz Afendi dari UMNO Rantau Panjang langsung tidak relevan untuk berada dipentas sebagai salah seorang ahli panel kerana dunia tahu bagaimana keadaan perpecahan UMNO Rantau Panjang itu sendiri menjadikan dirinya dilihat gagal menyatukan puak UMNO sendiri jadi mana mungkin beliau mampu menyumbang ke arah menyatukan Melayu diperingkat nasional. Layaknya beliau berada di bawah pentas dan menjadi pemerhati sahaja. Beliau mencadangkan PAS dibubar dan semuanya masuk kedalam UMNO barulah sama-sama dapat melaksanakan cara pemerintahan ISLAM. Ini hujah yang cukup tidak cerdik, soalannya apakah UMNO tidak cukup pengetahuan ISLAM sehingga nak tunggu ahli-ahli PAS berada dalam UMNO baru nak laksanakan ISLAM? Kalaulah UMNO itu berjuang berlandaskan ISLAM (kata beliau), persoalannya apakah yang telah UMNO lakukan selama lebih 50 tahun memerintah agar ISLAM dilihat tertinggi yang boleh mereka banggakan? Ayat yang aku dengar setiap tahun adalah hanya penerapan nilai-nilai ISLAM, itu sahaja, baru nak terap, ibaratnya baru nak semai benih! Yang lebih ketara lagi sebagai ustaz dalam UMNO cuba memberi keterangan nas yang tidak betul dan di tegur oleh bekas mufti Perlis secara spontan. Sementara Lokman Nor Adam pula lebih emosional dan gagal memberikan hujah yang berpijak dibumi nyata dan dilihat lebih kepada hujah melepaskan geram. Hujah tidak cerdik yang dikemukakan beliau menyebabkan aku tertanya-tanya, adakah ini rupabentuk orang yang di berikan jawatan sebagai panel pemikir JASA.

Tak perlu bicara banyak tentang Dr Asri yang memang terserlah hujahnya yang cukup bernas walaupun dilihat sebagai orang tengah, lebih bersikap pendamai namun kerana tinggi ilmunya maka tokoh ini nampak menonjol kebijaksanaannya. Tabik kepada Ustaz Mujahid yang bagi aku mampu berdepan dengan dua UMNO yang gelojoh dan 'ganas' walaupun dengan hujah yang bersahaja masih boleh menangkis serangan-serangan puak UMNO.

Aku cadangkan penganjur terus menjemput puak-puak UMNO yang begini sebagai ahli panel, biar rakyat lihat dan nilai inilah kualiti pemimpin-pemimpin UMNO yang mereka sanjung selama ini. Gagal dalam memberikan penjelasan kepada rakyat tentang sesuatu isu malah lebih suka melaksanakan agenda kepentingan diri. Jelas mereka ini gagal menegur pemimpin tertinggi mereka dalam menjalankan dasar-dasar pemerintahan, lebih suka menjadi 'pok ko' menerima apa saja kata-kata ketua mereka, fear factor masih tebal dalam corak politik mereka.

Akhir kalam, kepada puak UMNO, cukup sudah PAS di khianati sebelum ini, lihatlah sejarah PAS di Kelantan. Tak usahlah bermimpi nak satukan MELAYU, cita-cita PAS nak kuatkan ISLAM tanpa menzalimi orang lain. Lihatlah setelah lebih 50 tahun diberi peluang memerintah, apa yang dah UMNO lakukan, tahap pemikiran rakyat masih dibelengu, kehidupan sosial yang bertambah parah, sekatan maklumat masih digunakan, kebebasan bersuara terhad, kekayaan dikaut sesetengah golongan dan banyak lagi.

WalLah hu a'lam.

BERITA TERKINI