Wednesday, October 29, 2008

BANDAR PERDA............DESA PERDA

Aku merayakan Deepavali di Butterworth, melawat sahabat lama yang dok di Bandar Perda. Nak masuk aje ke Bandar Perda, lalu dibawah pintu gerbang yang cantik lagi berdiri gagah.




Melepasi pintu gerbang ni, tersergam indah bangunanTNB yang cantik rekabentuknya. (nampak dibelakang tu). Dan boleh kita lihat pulak bangunan LHDN yang tak kurang hebatnya. Rupa-rupanya indah dan cantik Bandar Perda ni. Sampai di persimpangan lampu isyarat jelas kelihatan Masjid Bandar Perda dan Bangunan MPSP, juga cantik dan menarik.



















Cantikkan!......cantik. Boleh dikatakan kebanyakan bangunan di Bandar Perda ni mempunyai rekabentuk yang cantik dan indah yang tersendiri. Teruskan perjalanan, sahabat aku ni dok di Kondominium Mutiara (wow Bandar Perda ada kondo.....). Dari jauh dah nampak beberapa blok Kondo Mutiara. Pintu utama masuk ke Kondo Mutiara, sekali lagi kena lalu bawah pintu gerbang yang cantik.



Tak sangka ya, Bandar Perda ada kondo yang cantik. Terdiri dari beberapa blok yang didalamnya terdapat kemudahan kolam mandi, dewan orang ramai, beberapa buah kedai dan nak masuk pun kena pakai security card, maklumlah kondo la katakan.
Tapi malangnya........................................, suasana didalamnya tidak terurus. Lihatlah photo-photo dibawah dengan pagar zink yang tak tersusun macam baru lepas perang, sampah yang cukup menjijikkan dan air longkang yang bertakung. Tak mungkin tak ada orang yang mengurusnya, kalau ada takkan lah orang yang mengurusnya 'butakan mata pekakkan telinga' dengan keadaan macam ni atau tak reti nak mengurus.....entahlah. Tambahan pula kawasan ini terletak dibawah kawasan MPSP, hampir dengan bangunan pentadbiran MPSP, takkan lah pegawai-pegawai di MPSP juga 'butakan mata pekakkan telinga'. Dan inikah yang dikatakan negeri Pakatan Rakyat, Pulau Pinang Pulau Mutiara.


Oh....Bandar Perda, indah nama dari rupa. Ini baru Kondo Mutiara, bagaimana dengan tempat-tempat lain. Banyak lagi cerita yang aku nak bagitau. Tapi first come first.
Dah lebih 50 tahun Merdeka pun masih ada tempat yang sebegini rupa. Nak salahkan alam sekitar atau manusia? Kalau di Nepal atau Bangladesh, negara dunia ke3, boleh lah kita terima, tapi ini Malaysia yang nak menuju negara maju 2020. Sebab itulah aku setuju sangat dengan DSAI, pilih orang berdasarkan merit bukannya yang pandai bodek atau yang tahu menjatuhkan orang lain.
Nak tahu siapa dibelakang tabir? Siapa yang mengurus Kondo Mutiara? Siapa dibelakang MPSP? Kerajaan negeri, semua dah tahu. Tapi siapa Exco yang bertanggungjawab? Esok aku cerita lagi dan siapa mereka, tunggulah esok. Jumpa esok.

Monday, October 27, 2008

Sukahati & Deepavali Nal Valthukal!






Sukahati sebab pertama kali blog aku menerima komen. Dari siapa? Dari Eedany, terima kasih bukan saja sudi jeling blog aku tapi juga sanggup nak bagi tutorial bagaimana nak bina blog yang menarik. Aku dah masukkan blog Eedany dalam senarai kawan.
Oh ya, sebelum itu, blogers yang tak suka aku masukkan dalam senarai kawan aku, tolong bagitau so that aku boleh delete, maklumlah aku pakai belasah aje.
Individu yang masuk melawat blog aku sudi-sudilah lemparkan komen, manalah tau kot-kot ada tersalah bicara, tersilap cakap ke bolehlah aku perbetulkan. Manusia tak sunyi dari melakukan kesilapan dan kesalahan tetapi manusia juga mesti berusaha supaya menjadi sesempurna yang boleh.
Deepavali Nal Valthukal! Untuk semua penganut Hindu di Malaysia, semoga hidup kalian bertambah ceria dan bertambah makmur. Anda adalah sebahagian dari Malaysia!

Friday, October 24, 2008

TAHNIAH PAKATAN RAKYAT - JANGAN ALPA

Ada kelapangan pulak hari ni, apalagi aku nak teruskan bicara aku.
Terlebih dahulu secara peribadinya aku nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada PAKATAN RAKYAT - PAS, KEADILAN DAN DAP kerana cemerlang dalam PRU baru-baru ini.



Kecemerlangan bukan sahaja di DUN, lebih hebat lagi cemerlang di peringkat Parlimen sehinggakan BN seperti cacing kepanasan kini. Aku cukup bangga, malah malam menyambut kemenangan ini aku berada di kampung aku, Pasir Mas, Kelate - aku ada di tempat pengiraan undi di dewan bandaran Pasir Mas. Sehari sebelum tu aku berangan - DSAI, TGHH dan LKS berada di KL sehari selepas PRU berbincang pengambilalihan kerajaan Malaysia - namun hampir menjadi kenyataan. Bersyukurlah dengan apa yang dianugerah Allah SWT setakat ini.
Malam tu aku melihat kemenangan Ibrahim Ali, Hj Hanifa (wakil rakyat aku) dan lain-lain disambut dengan penuh kegembiraan, SMS tak henti-henti masuk, kawan-kawan dari P. Pinang, KL, Kedah, Perak dan Selangor bagi keputusan-keputusan lain. Hampir tengah malam aku balik ke rumah, tapi terus bukak tv, tengok pulak keputusan melalui tv, sampai ke pagi.
Alhamdulillah, Kelantan berjaya dipertahankan, yang manisnya Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang berjaya dirampas. Walaupun berlaku sedikit kekecohan dalam menubuh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat, namun itu sudah menjadi kebiasaan, orang takkan senang dengan kejayaan ini, ada saja cubaan untuk menggagalkannya. Inilah juga yang berlaku di Kelantan suatu masa dulu bilamana TGNA mula memerintah, ada saja yang tak kena, bila orang lain jadi kerajaan macam-macam komplen, komen, tapi masa dia perintah dulu tak nak buat seperti yang kerajaan Pas Kelantan buat. Pedulikan mereka, kuatkan semangat, maka berjayalah kerajaan Kelantan memerintah dengan aman.
Kalau aku tengok cara Pas Kelantan memerintah sekarang, aku yakin BN takkan mampu melangkah jauh, jangan mimpi nak perintah Kelantan. Lihatlah pembangunan yang berlaku di Kelantan, dasar yang lebih hebat di praktikkan, pelbagai program dilancarkan semuanya untuk kesenangan rakyat Kelantan. Malah ada beberapa dasar atau polisi kerajaan Pas Kelantan ditiru atau diterimapakai oleh Kerajaan Pusat BN. Kepada PAS/PR Kelantan teruskan kecemerlangan ini, serlahkanlah KEAGUNGAN ISLAM KECEMERLANGAN NEGERI.
Hasilnya disini aku ingin mengambil kesempatan ini merayu dan memohon dari kerajaan negeri PR yang lain, Khalid Ibrahim di Selangor, Nizar Jamaluddin di Perak, Azizan Razak di Kedah dan Lim Guan Eng di P. Pinang mengambil contoh kerajaan Pas Kelantan, jadikanlah mereka sebagai 'benchmark'. Memerintahlah dengan cara yang terbaik di samping membangunkan negeri, jangan lupa kepada rakyat, rakyat akan terus menyokong sekiranya hidup mereka terbela, sekiranya mereka diberi perhatian, sekiranya mereka di prihatinkan, sekiranya mereka dilayan dengan baik, sekiranya mereka tak dizalimi seterusnya hubungan pemimpin dengan rakyat mesti ada kesinambungannya, pemimpin khasnya ADUN-ADUN jangan sombong dengan rakyat, sentiasa bergaul dengan rakyat, sentiasa melawat rakyat, pendekata tanamlah sikap pemimpin berjiwa rakyat yang sejati.
Kemudian aku dapat lihat bagaimana DSAI (pemimpin idola aku) cemerlang di Permatang Pauh, aku mengikuti detik-detik ini kerana aku tinggal di dalam kawasan Permatang Pauh. Hebatnya kali ini mengalahkan kehebatan PRU12. Tanda-tanda awal PR akan membentuk kerajaan Persekutuan. InsyaAllah.
Aku berentilah dulu, tak larat dah.

Monday, October 20, 2008

SALAM PERKENALAN

Aduh! Sibuk betul dengan kerja sampai tak ada masa nak update blog aku ni. Malam ni aku gagahkan juga, sekurang-kurangnya bermulalah bicara aku ni. Ini pun sekejap aje, harap-harap dapat kenalkan diri aku dulu.
Aku kerja dengan syarikat ternama yang berada di papan utama bskl, sebab itulah sibuk memanjang, berjalan kemana saja bukan setakat di Malaysia tercinta tapi juga luar negara (sekali atau 2 kali setahun). Hari Rabu pergi KL, hari Sabtu balik ke P. Pinang, tapi aku bukan orang Penang, aku anak Kelate sejati (ada darah Siam sikit).
Apalagi nak tau? Politik! Ya, aku memang suka politik. Sokong siapa? Siapa saja yang memimpin dengan baik, tidak pentingkan diri tapi pentingkan rakyat, tidak rasuah tapi pemurah, tidak penipu tapi tepati janji, tidak zalim tapi adil, tidak takut tapi semangat berani, tidak hipokrit tapi terbuka, tidak jenayah tapi tinggi sahsiah, tidak berselindung tapi bertanggungjawab dan tidak kolot tapi ingin maju - pendek kata berjiwa BESAR!
Cukuplah dulu hal aku, tak sabar nak mulakan bicara aku.
Dalam aku bicara apa saja yang difikirkan patut, aku akan selitkan photo-photo yang berkaitan dengan apa yang aku bicarakan, yalah cakap saja tak ada eviden orang kata tak relevan pulak, ada photo barulah lengkap. Mungkin juga aku akan sertakan juga website atau blog pihak-pihak lain supaya anda boleh jadikan rujukan dengan apa yang aku bicara nanti. Ataupun aku mungkin sertakan email sapa-sapa yang aku fikirkan perlu untuk pertanyaan atau pengesahan. Boleh?
OK, aku akan mulakan bicara aku dengan tajuk lain selepas ini sebab ini tajuknya salam perkenalan.

Tuesday, October 7, 2008

Terima Kasih Daun Keladi

Jutaan terimakasih khas untuk RETNA kerana sudi membantu saya sehingga dapat melahirkan ASKAMAKALIKADA. Untuk pengetahuan semua RETNA adalah antara bloggers yang muncul di skrin tv tempohari, sila ke http://www.mesejmesej.blogspot.com/ untuk mengunjungi beliau.
Walaubagaimanapun oleh kerana saya masih baru dalam bidang ini, panduan dan tunjukajar dari semua adalah dialu-alukan. Untuk RETNA, sudi lah kiranya terus membantu saya.

BERITA TERKINI