Sunday, December 28, 2008

PUTERA-PUTERA KU........KEBANGGAANKU

1429H/2008M bakal menutup tirai, sebelum 1430H/2009M menjenguk dunia. Banyak peristiwa2 berlaku di sepanjang 1429H/2008M, suka dan duka dah menjadi lumrah untuk setiap makhluk yang bernama manusia, apatah lagi sebagai hamba Allah SWT yang MAHA BESAR lagi MAHA PERKASA. Sebagai pencipta segala yang dilangit dan dibumi serta antaranya sudah pasti di anugerahkan olehNya berbagai ujian dan dugaan hidup kepada hambaNya. Alhamdulillah dipenghujung penutupan tirai ini aku diberi nikmat, diberi kegembiraan dan kebanggaan olehNya dari putera-putera aku. Antaranya :
1. Anak ke 3 aku, AYIN berjaya dengan cemerlang dalam UPSR dengan memperolehi 4A1B, baru-baru ini. Aku dari P. Pinang bergegas ke KL dan sempat mendengar sendiri pengumuman yang dibuat oleh Pengetua sekolah di dewan sekolah. Ayin yang duduk disebelah kanan sekali bersama kumpulan yang memperolehi 4A1B.
--> untuk ayin: papa amat bangga dengan pencapaian mu, teruskan usaha sehingga berjaya ke menara gading, banyak lagi yang perlu ditempuh, namun harus diingat jangan lupa diri, jangan alpa, jangan takbur walau setinggi mana sekali kejayaan mu, yang penting wajib bersyukur dengan nikmat Allah SWT, papa akan terus menerus mendoakan semoga ayin berjaya dalam hidup dan sokongan papa kepada mu adalah sehingga akhir hayat papa.

2. Ini pula anak bongsu, berumur 4 tahun, IRFAN di hari anugerah cemerlang tadikanya. Terpilih untuk membuat persembahan nasyid, hari-hari berlatih tanpa mikrofon, tapi pada hari persembahan diberi kepercayaan untuk mengetuai dan diberi mikrofon, kaku terus pergerakannya. Namun 'exposure' ini menjadi kebanggaan aku, sekurang2nya dapat pengalaman berdiri diatas pentas dihadapan penonton. Yang pegang mikrofon ditengah2 tu, itulah Irfan.
3. Gelagat anak sulong aku pula, BOY, bersama Gen2 (ahli kelab Gen2), baru-baru ini ditemuramah oleh TV3 dalam rancangan Jom Ronda. Kalut dia suruh aku tunggu depan tv tengok rancangan tu. Tengok dibawah tu, posing di depan Gen2 hitamnya untuk TV3.
--> untuk boy: papa bangga dengan mu, tapi harus diingat tentang tanggungjawab sebagai student, manage your time, antara hobby dan study, study hard for your future, you yourself must determine where you want to go and what you want to be, papa will always pray for you and support you forever. _______________

Nota: coretan ini bukan untuk menunjuk-nunjuk sehingga wujudnya riak dan takabbur, tapi hanyalah semata-mata untuk memberi perangsang kepada putera2 aku.

Saturday, December 13, 2008

PERHIMPUNAN KELUARGA

Alhamdulillah, selamat balik dan kembali dari kampung, balik untuk Hari Raya Qurban. Keadaan lalulintas dijalanraya juga taklah seteruk tahun lepas 2007, yala lagipun dah cabut balik hari Sabtu lagi, taklah jam sangat. Suasana pada hari raya pertama, biasalah masing-masing sibuk dengan acara Qurban, cuaca pun alhamdulillah baik, taklah tergendala dalam urusan Qurban.
Hari raya ke dua, dah menjadi tradisi, keluarga besar aku mengadakan perhimpunan keluarga. Telah ditetapkan dan dipersetujui bahawa setiap hari ke2 Hari Raya Qurban, kami akan mengadakan perjumpaan keluarga besar ini. Kali ini adalah perjumpaan kali ke 16 dan keluarga di Pasir Puteh menjadi tuanrumah. Siap ada banner selamat datang lagi. Banner ini nanti akan diserahkan kepada keluarga yang akan menawarkan diri menjadi tuanrumah untuk tahun depan pula.
Macam biasa setiap ahli keluarga yang hadir mestilah mendaftarkan diri dahulu, untuk memudahkan ajk mengemaskini rekod dan website keluarga al-jambuli. Lagipun ada 'lucky draw'......................Disamping mengeratkan tali silaturrahim, maklumlah ahli keluarga yang datang ni ada yang dekat dan ada yang jauh, dari Tanah Merah, Pasir Mas, Kota Bharu, Tumpat, Machang, Kuala Lumpur, Kulim, Ipoh, P. Pinang, Trengganu dan Johor, inilah masanya yang sesuai untuk mengukuh dan mempereratkan lagi silaturrahim yang dah sedia terjalin kerana selepas ini masing-masing bila dah kembali semula ke tempat tinggal agak sibuk dengan tugas masing-masing, kita juga ada acara-acara yang telah di aturkan oleh tuanrumah antaranya tahlil ringkas,
takirah, bacaan sajak, sukaneka dan persembahan nyanyian. Tengok hadiah-hadiah yang disediakan untuk yang menang.
Persembahan nyanyian oleh 3 dara ini membuatkan ahli keluarga al-jambuli memberikan tumpuan kepada mereka ber3, tapi dia orang control cun.Sebelum menjamu selera untuk makan tengahari, keluarga Presiden (presiden keluarga al-jambuli) menawarkan diri untuk menjadi tuanrumah pada tahun hadapan 2009 di rumahnya di Pasir Mas. InsyaAllah bertemu lagi di tahun hadapan.
Nota: sila lawat http://www.aljambuli.com/ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keluarga al-jambuli, walaubagaimanapun laman web ini masih dalam pembinaan, harap maaf sekiranya gagal atau masih tiada kandungannya.

Tuesday, December 2, 2008

SALAM AIDIL ADHA

Sebelum terlambat dan terlupa, lagipun hari Sabtu ni dah nak balik kampung. Balik kampung....ho..ho..ho....balik kampung (teringat Arwah Sudirman), harap selamat dalam perjalanan alik nanti.
Aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan (ucapan seperti diatas) kepada seluruh umat Islam yang akan menyambut Eidhul Adha, di mana jua berada. Istimewa untuk kawan-kawan bloggers yang sudi dan tak sudi berkomunikasi dengan aku, juga kepada yang sudi dan tak sudi link kan blog aku.
Paling istimewa untuk pejuang-pejuang aku yang berjuang untuk menegakkan kebenaran, menyeru kebaikan, membela yang tertindas, membantu kepada yang memerlukan. Teruskanlah perjuangan anda semua sehingga berjaya.
Akhir kata, jari 10 aku susun, memohon maaf andai kata tersalah bicara dan komen. Yang baik hanya dari Allah SWT dan yang tidak baik adalah dari aku sendiri.
:-)

Wednesday, November 26, 2008

Semoga dapat........................

Di tujukan khas buat tetamu-tetamu Allah SWT seluruh dunia yang sedang dan bakal menyahut lambaian Kaabah.


Monday, November 24, 2008

SYABAS! Bandar Perda......Desa Perda

Suka hati aku nak ucapkan setinggi-tinggi syabas kepada pihak yang bertanggungjawab, tak kira lah pihak mana pun, baik pihak pengurusan Kondo Mutiara ke, baik MPSP ke, baik kerajaan negeri ke atau baik pemimpin setempat ke, kerana berjaya berubah. Perubahan kearah yang lebih baik bukan perubahan kejurang kehancuran. Walaupun bukan dari punca aku ketengahkan permasalahan ini pun tak apa, asalkan kita ingin menuju kearah perubahan yang positif.
Lihatlah photo di bawah, yang aku siarkan pada Oktober 29....................
Dan perubahannya, lihatlah photo dibawah ini............................................

Tempat pembuangan sampah yang tergamak untuk kita pegi nak buang sampah. Harapnya suasana ini akan berterusan dan menjadi contoh ditempat-tempat lain. Sekali lagi syabas!

Saturday, November 8, 2008

PR vs BN = 2 X 5, malangnya rakyat Malaysa.

Amat malang bagi rakyat Malaysia, rupa-rupanya PR dan BN ni 2 X 5. Bertempik bak sang gajah, mengaum bak sang singa raja di rimba, berkokok bak ayam sabong di gelanggang tapi akhirnya ibarat mengetuk tong kosong.

Dalilnya : aku (ya la yang tak seberapa ini) melemparkan permasaalahan atau isu yang perlu di selesaikan oleh kerajaan PR, pada 29/10/2008, mengenai Bandar Perda, tapi sehingga hari ini tak ada respon dari mana-mana pemimpin, baik pemimpin tempatan MPSP, mahupun pemimpin Kerajaan Negeri ataupun pemimpin-pemimpin politik yang lain. Aku juga ada e mail kepada SU & YDP MPSP, Kerajaan Negeri, DAP Pusat, DAP Penang, DAP Perak, Gobalakrishan, Jeff Ooi, Nik Nazmi, Nurul Izzah Anwar, Teresa Kok dan Wee Choo Keong. Tapi hanya TERESA KOK yang memberi respon. Tahniah Teresa Kok, gua tabik sama lu.
Entah apa alasan yang hendak di beri, mungkin masalahnya sekecil kuman sahaja atau datangnya dari aku yang tak seberapa ini atau atas sebab kesibukan yag amat sangat. Apapun alasannya aku yang sebahagian dari rakyat terbawah ini tak boleh terima. Cuba pikir kenapa Teresa boleh tapi yang lain tak boleh? Yang lain sibuk dengan kerja masing-masing, tapi Teresa tak sibuk ke? Atau masalahnya kecik saja, ada agenda lain yang lebih besar yang perlu ditangani.


Wahai pejuang-pejuangku, inilah masanya untuk buktikan kepada rakyat yang tidak buta dan tidak pekak bahawa pemimpin PR bikin seperti cakap. Inilah peluang yang ada untuk memastikan PR terus memerintah. Memang, permasaalahannya nampak begitu kecil, tapi inilah yang jelasnya dapat dilihat oleh rakyat. Setiap hari rakyat dapat lihat dengan mata kasar, bagaimana pemimpin-pemimpin PR bekerja. Usah kita gembar gemburkan dasar-dasar Kerajaan Negeri yang tak dapat dilihat rakyat secara langsung. Yang dapat dilihat setiap hari inilah rakyat akan buat perbandingan antara PR dan BN. Jangan sampai rakyat menghukum PR pada PRU13 nanti sebagaimana mereka lakukan pada BN pada PRU12.
Akhir kata aku merayu (rakyat juga merayu) kepada seluruh pemimpin pakatan rakyat baik yang dilantik maupun yang terlantik, buktikan tempikanmu, ngaumanmu dan kokokanmu bukan seperti mengetuk tong kosong.

Wednesday, October 29, 2008

BANDAR PERDA............DESA PERDA

Aku merayakan Deepavali di Butterworth, melawat sahabat lama yang dok di Bandar Perda. Nak masuk aje ke Bandar Perda, lalu dibawah pintu gerbang yang cantik lagi berdiri gagah.




Melepasi pintu gerbang ni, tersergam indah bangunanTNB yang cantik rekabentuknya. (nampak dibelakang tu). Dan boleh kita lihat pulak bangunan LHDN yang tak kurang hebatnya. Rupa-rupanya indah dan cantik Bandar Perda ni. Sampai di persimpangan lampu isyarat jelas kelihatan Masjid Bandar Perda dan Bangunan MPSP, juga cantik dan menarik.



















Cantikkan!......cantik. Boleh dikatakan kebanyakan bangunan di Bandar Perda ni mempunyai rekabentuk yang cantik dan indah yang tersendiri. Teruskan perjalanan, sahabat aku ni dok di Kondominium Mutiara (wow Bandar Perda ada kondo.....). Dari jauh dah nampak beberapa blok Kondo Mutiara. Pintu utama masuk ke Kondo Mutiara, sekali lagi kena lalu bawah pintu gerbang yang cantik.



Tak sangka ya, Bandar Perda ada kondo yang cantik. Terdiri dari beberapa blok yang didalamnya terdapat kemudahan kolam mandi, dewan orang ramai, beberapa buah kedai dan nak masuk pun kena pakai security card, maklumlah kondo la katakan.
Tapi malangnya........................................, suasana didalamnya tidak terurus. Lihatlah photo-photo dibawah dengan pagar zink yang tak tersusun macam baru lepas perang, sampah yang cukup menjijikkan dan air longkang yang bertakung. Tak mungkin tak ada orang yang mengurusnya, kalau ada takkan lah orang yang mengurusnya 'butakan mata pekakkan telinga' dengan keadaan macam ni atau tak reti nak mengurus.....entahlah. Tambahan pula kawasan ini terletak dibawah kawasan MPSP, hampir dengan bangunan pentadbiran MPSP, takkan lah pegawai-pegawai di MPSP juga 'butakan mata pekakkan telinga'. Dan inikah yang dikatakan negeri Pakatan Rakyat, Pulau Pinang Pulau Mutiara.


Oh....Bandar Perda, indah nama dari rupa. Ini baru Kondo Mutiara, bagaimana dengan tempat-tempat lain. Banyak lagi cerita yang aku nak bagitau. Tapi first come first.
Dah lebih 50 tahun Merdeka pun masih ada tempat yang sebegini rupa. Nak salahkan alam sekitar atau manusia? Kalau di Nepal atau Bangladesh, negara dunia ke3, boleh lah kita terima, tapi ini Malaysia yang nak menuju negara maju 2020. Sebab itulah aku setuju sangat dengan DSAI, pilih orang berdasarkan merit bukannya yang pandai bodek atau yang tahu menjatuhkan orang lain.
Nak tahu siapa dibelakang tabir? Siapa yang mengurus Kondo Mutiara? Siapa dibelakang MPSP? Kerajaan negeri, semua dah tahu. Tapi siapa Exco yang bertanggungjawab? Esok aku cerita lagi dan siapa mereka, tunggulah esok. Jumpa esok.

Monday, October 27, 2008

Sukahati & Deepavali Nal Valthukal!






Sukahati sebab pertama kali blog aku menerima komen. Dari siapa? Dari Eedany, terima kasih bukan saja sudi jeling blog aku tapi juga sanggup nak bagi tutorial bagaimana nak bina blog yang menarik. Aku dah masukkan blog Eedany dalam senarai kawan.
Oh ya, sebelum itu, blogers yang tak suka aku masukkan dalam senarai kawan aku, tolong bagitau so that aku boleh delete, maklumlah aku pakai belasah aje.
Individu yang masuk melawat blog aku sudi-sudilah lemparkan komen, manalah tau kot-kot ada tersalah bicara, tersilap cakap ke bolehlah aku perbetulkan. Manusia tak sunyi dari melakukan kesilapan dan kesalahan tetapi manusia juga mesti berusaha supaya menjadi sesempurna yang boleh.
Deepavali Nal Valthukal! Untuk semua penganut Hindu di Malaysia, semoga hidup kalian bertambah ceria dan bertambah makmur. Anda adalah sebahagian dari Malaysia!

Friday, October 24, 2008

TAHNIAH PAKATAN RAKYAT - JANGAN ALPA

Ada kelapangan pulak hari ni, apalagi aku nak teruskan bicara aku.
Terlebih dahulu secara peribadinya aku nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada PAKATAN RAKYAT - PAS, KEADILAN DAN DAP kerana cemerlang dalam PRU baru-baru ini.



Kecemerlangan bukan sahaja di DUN, lebih hebat lagi cemerlang di peringkat Parlimen sehinggakan BN seperti cacing kepanasan kini. Aku cukup bangga, malah malam menyambut kemenangan ini aku berada di kampung aku, Pasir Mas, Kelate - aku ada di tempat pengiraan undi di dewan bandaran Pasir Mas. Sehari sebelum tu aku berangan - DSAI, TGHH dan LKS berada di KL sehari selepas PRU berbincang pengambilalihan kerajaan Malaysia - namun hampir menjadi kenyataan. Bersyukurlah dengan apa yang dianugerah Allah SWT setakat ini.
Malam tu aku melihat kemenangan Ibrahim Ali, Hj Hanifa (wakil rakyat aku) dan lain-lain disambut dengan penuh kegembiraan, SMS tak henti-henti masuk, kawan-kawan dari P. Pinang, KL, Kedah, Perak dan Selangor bagi keputusan-keputusan lain. Hampir tengah malam aku balik ke rumah, tapi terus bukak tv, tengok pulak keputusan melalui tv, sampai ke pagi.
Alhamdulillah, Kelantan berjaya dipertahankan, yang manisnya Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang berjaya dirampas. Walaupun berlaku sedikit kekecohan dalam menubuh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat, namun itu sudah menjadi kebiasaan, orang takkan senang dengan kejayaan ini, ada saja cubaan untuk menggagalkannya. Inilah juga yang berlaku di Kelantan suatu masa dulu bilamana TGNA mula memerintah, ada saja yang tak kena, bila orang lain jadi kerajaan macam-macam komplen, komen, tapi masa dia perintah dulu tak nak buat seperti yang kerajaan Pas Kelantan buat. Pedulikan mereka, kuatkan semangat, maka berjayalah kerajaan Kelantan memerintah dengan aman.
Kalau aku tengok cara Pas Kelantan memerintah sekarang, aku yakin BN takkan mampu melangkah jauh, jangan mimpi nak perintah Kelantan. Lihatlah pembangunan yang berlaku di Kelantan, dasar yang lebih hebat di praktikkan, pelbagai program dilancarkan semuanya untuk kesenangan rakyat Kelantan. Malah ada beberapa dasar atau polisi kerajaan Pas Kelantan ditiru atau diterimapakai oleh Kerajaan Pusat BN. Kepada PAS/PR Kelantan teruskan kecemerlangan ini, serlahkanlah KEAGUNGAN ISLAM KECEMERLANGAN NEGERI.
Hasilnya disini aku ingin mengambil kesempatan ini merayu dan memohon dari kerajaan negeri PR yang lain, Khalid Ibrahim di Selangor, Nizar Jamaluddin di Perak, Azizan Razak di Kedah dan Lim Guan Eng di P. Pinang mengambil contoh kerajaan Pas Kelantan, jadikanlah mereka sebagai 'benchmark'. Memerintahlah dengan cara yang terbaik di samping membangunkan negeri, jangan lupa kepada rakyat, rakyat akan terus menyokong sekiranya hidup mereka terbela, sekiranya mereka diberi perhatian, sekiranya mereka di prihatinkan, sekiranya mereka dilayan dengan baik, sekiranya mereka tak dizalimi seterusnya hubungan pemimpin dengan rakyat mesti ada kesinambungannya, pemimpin khasnya ADUN-ADUN jangan sombong dengan rakyat, sentiasa bergaul dengan rakyat, sentiasa melawat rakyat, pendekata tanamlah sikap pemimpin berjiwa rakyat yang sejati.
Kemudian aku dapat lihat bagaimana DSAI (pemimpin idola aku) cemerlang di Permatang Pauh, aku mengikuti detik-detik ini kerana aku tinggal di dalam kawasan Permatang Pauh. Hebatnya kali ini mengalahkan kehebatan PRU12. Tanda-tanda awal PR akan membentuk kerajaan Persekutuan. InsyaAllah.
Aku berentilah dulu, tak larat dah.

Monday, October 20, 2008

SALAM PERKENALAN

Aduh! Sibuk betul dengan kerja sampai tak ada masa nak update blog aku ni. Malam ni aku gagahkan juga, sekurang-kurangnya bermulalah bicara aku ni. Ini pun sekejap aje, harap-harap dapat kenalkan diri aku dulu.
Aku kerja dengan syarikat ternama yang berada di papan utama bskl, sebab itulah sibuk memanjang, berjalan kemana saja bukan setakat di Malaysia tercinta tapi juga luar negara (sekali atau 2 kali setahun). Hari Rabu pergi KL, hari Sabtu balik ke P. Pinang, tapi aku bukan orang Penang, aku anak Kelate sejati (ada darah Siam sikit).
Apalagi nak tau? Politik! Ya, aku memang suka politik. Sokong siapa? Siapa saja yang memimpin dengan baik, tidak pentingkan diri tapi pentingkan rakyat, tidak rasuah tapi pemurah, tidak penipu tapi tepati janji, tidak zalim tapi adil, tidak takut tapi semangat berani, tidak hipokrit tapi terbuka, tidak jenayah tapi tinggi sahsiah, tidak berselindung tapi bertanggungjawab dan tidak kolot tapi ingin maju - pendek kata berjiwa BESAR!
Cukuplah dulu hal aku, tak sabar nak mulakan bicara aku.
Dalam aku bicara apa saja yang difikirkan patut, aku akan selitkan photo-photo yang berkaitan dengan apa yang aku bicarakan, yalah cakap saja tak ada eviden orang kata tak relevan pulak, ada photo barulah lengkap. Mungkin juga aku akan sertakan juga website atau blog pihak-pihak lain supaya anda boleh jadikan rujukan dengan apa yang aku bicara nanti. Ataupun aku mungkin sertakan email sapa-sapa yang aku fikirkan perlu untuk pertanyaan atau pengesahan. Boleh?
OK, aku akan mulakan bicara aku dengan tajuk lain selepas ini sebab ini tajuknya salam perkenalan.

Tuesday, October 7, 2008

Terima Kasih Daun Keladi

Jutaan terimakasih khas untuk RETNA kerana sudi membantu saya sehingga dapat melahirkan ASKAMAKALIKADA. Untuk pengetahuan semua RETNA adalah antara bloggers yang muncul di skrin tv tempohari, sila ke http://www.mesejmesej.blogspot.com/ untuk mengunjungi beliau.
Walaubagaimanapun oleh kerana saya masih baru dalam bidang ini, panduan dan tunjukajar dari semua adalah dialu-alukan. Untuk RETNA, sudi lah kiranya terus membantu saya.

BERITA TERKINI