Lahir pada 06.10.2008, bertujuan untuk melontar apa saja pandangan, komen, hasil penemuan, pendapat serta cadangan untuk renungan bersama. Yang pasti, isikandungnya bukan untuk memperlekehkan, menjatuhkan, memperkecilkan atau menempelak mana-mana pihak. Yang terkena tempiasannya terimalah dengan sikap terbuka dan profesional demi untuk memperbaiki kelemahan kita.
Monday, October 12, 2009
2. KEMUJARABAN ASMA'UL HUSNA (sambungan)
AR RAHIM
(Maha Penyayang)
THE MERCIFUL
He who gives blessings and prosperity, particularly to those who use these gifts as He has said, and is merciful to the believers in the Hereafter.
Allah s.w.t. mengurniakan kenikmatan dan Maha Penyayang ke atas hambaNya di alam Akhirat.
Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
( Al Nahl, ayat 18 )
Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
( Al Mumthanah, ayat 7 )
Khasiat atau fadilat membaca AR RAHIM :
1. Sesiapa mengamalkan dengan menyebut YA RAHIM sebanyak 100 kali pada setiap kali selepas solat Subuh, dirinya akan disayangi, disenangi dan disukai
orang dan masyarakat.
2. Amalan membaca YA RAHIM sebanyak 100 kali pada setiap hari, akan memperolehi kelembutan hati dan terbitnya perasaan kasih sayang antara satu sama lain.
AL MALIK
(Maha Merajai)
THE ABSOLUTE RULER
He who is the Ruler of the entire universe
Mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendaknya.
Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
Tiadakah kamu mengetahui bahwa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung maupun seorang penolong.
( Al Baqarah, ayat 107 )
Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
( Al Imron, ayat 189 )
Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
Maka Maha Tinggi Allah Raja Yang sebenar-benarnya, dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Al Qur'an sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu, dan katakanlah: "Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan."
( Thaha, ayat 114 )
Khasiat atau fadilat membaca AL MALIK :
1. Sentiasa menyebut YA MALIK tidak kira siang atau malam, pagi atau petang, orang itu akan dihormati orang dan menerima layanan yang sewajarnya.
2. Sebutlah YA MALIK sebanyak 121 kali setiap hari setelah terbit fajar atau setelah gelincir matahari, insyaAllah akan dikayakan orang itu dengan sebab atau dengan pintu yang dibuka oleh Allah s.w.t. untuknya.
AL QUDDUS
( Maha Suci)
THE PURE ONE
He who is free from all error
Maha Suci dari segala cacat cela dan kekurangan.
Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
Telah pasti datangnya ketetapan Allah maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang) nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan.
( Al Nahl, ayat 1 )
Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
Maha Suci dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka katakan dengan ketinggian yang sebesar-besarnya.
( Al Isra', ayat 43 )
Khasiat atau fadilat membaca AL QUDDUS :
1. Amalkanlah menyebut YA QUDDUS sebanyak 100 kali setiap hari setelah gelincir matahari, insyaAllah akan bebas dari kebimbangan, bersih dari sifat hasad dengki, sifat rakus dan sifat sombong.
2. Sekiranya diamalkan menyebut dan membaca YA QUDDUS sebanyak 1000 kali setiap hari, orang itu akan selamat dari malapetaka.
waLlahhualam.
Sunday, October 11, 2009
PRK BAGAN PINANG : KEPUTUSAN RASMI
Saturday, October 10, 2009
PRK BAGAN PINANG : YANG MEMIMPIN PUN DI TOLAK !
Thursday, October 8, 2009
PRK BAGAN PINANG : CERDIKKAH TPM MALAYSIA ?
KHAS BUAT WARGA PENGUNDI DI BAGAN PINANG, ANDA SEMUA DAPAT LIHAT BETAPA CERDIK NYA PEMIKIRAN TPM MALAYSIA DAN GOLONGAN YANG SEANGKATAN DENGANNYA BILA MEREKA SEMUA BERKEMPEN DI TEMPAT ANDA. SEMAKIN HARI SEMAKIN TERSERLAH KECERDIKAN MEREKA, BANGKAI GAJAH MANA BISA DITUTUP DENGAN NYIRU.........
Kebodohan yang ketara, berkempen di Bagan Pinang, Kelantan yang menjadi mangsa. Inilah tahap pemikiran tokoh pemimpin umNo b end setelah lebih 50 tahun memerintah dan merdeka. Lihat kenyataannya :
K'tan contoh kegagalan PAS: TPM (Okt 6, 09) - Rakyat perlu mengambil Kelantan sebagai contoh kegagalan parti PAS membangunkan negeri itu sejak 20 tahun lepas dan sebaliknya menilai rekod kejayaan kerajaan BN. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kepimpinan BN sudah terbukti apabila meletakkan Malaysia antara negara yang maju di dunia selepas memerintah negara sejak 50 tahun lalu. "Kalau kita pergi ke Kelantan, kita akan lihat sebuah negeri yang dipimpin oleh PAS yang masih lagi mundur dan kadar kemiskinan adalah antara tertinggi dalam negara," katanya ketika berucap di majlis sambutan Aidilfitri 1Malaysia Bandar Sunggala di Port Dickson semalam.
Aku tidak mahu komen banyak tentang Kelantan (tanah tumpah darah ku), hanya rakyat Malaysia yang celik matanya dan yang waras akalnya sahaja tahu bagaimana Kelantan sekarang. Kerana Kelantan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.
Bandingkan dengan berita di bawah, negeri yang tidak pernah diperintah PAS, PKR jauh sekali DAP.
SEMPORNA: Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memperuntukkan sebanyak RM 91,200 atau RM 200 seorang untuk diagih-agihkan kepada 456 nelayan miskin di daerah ini, sebagai elaun sara hidup mereka bagi bulan September 2009. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, bantuan tersebut merupakan bukti keprihatinan pihak kerajaaan terhadap nasib golongan nelayan miskin yang kini jumlahnya mencecah 57 ribu orang di seluruh negara.
Kenapa boleh jadi begini, di negeri yang kaya dengan hasil mahsulnya? Kalau inilah rekod kejayaan yang di 'kokok' dan di bangga Muhyiddin, alamatnya Malaysia akan semakin mundur. Kalau nak di senaraikan keseluruhan rekod kejayaan yang menjadi kebanggaan umNO b end, aku rasa mengalahkan hikayat 1001 malam.
Diatas juga adalah satu lagi rekod kejayaan kebanggaan Muhyiddin, setelah 50 tahun memerintah dengan bangganya, masih ada rakyat merempat di tanah air sendiri.
Lihat foto-foto dibawah, lintasan keretapi di Mengkibol, Rengam Siding dan Tampin. Inikah kualiti lintasan keretapi yang mampu dibina selama 50 tahun lebih memerintah? Inikah dinamakan membela rakyat, sedangkan tahap keselamatan rakyat di perjudikan sebegini rupa? Untuk pengetahuan semua, terdapat 144 lintasan keretapi yang sewaktu dengannya di seluruh negara yang bila-bila masa boleh mengundang padah kepada rakyat terbanyak. Pemimpin negara tidak melalui jalan-jalan ini sebab itulah mereka ini buta tentang masalah rakyat.
Saturday, October 3, 2009
PRK BAGAN PINANG : 3 PENJURU ?
Rasmi sudah prk Bagan Pinang, lebih rasmi lagi calon umNO b end TS Isa Samad akan ditentang oleh Hj Zulkefli Mohd Omar PAS PR. Malang bagi bekas penaja PKR, hajat nak bertanding nak bertanding tak kesampaian, akibat dari kebodohan sendiri yang naif tentang pilihanraya. Bagus jugaklah dia ni keluar dari PKR. Orang macam ni rasa aku tidak diperlukan dalam PR, cetek pengetahuan!
Yang tidak rasminya prk Bagan Pinang, akan kita lihat pertandingan 3 penjuru. Mohamad Hassan juga nampaknya akan 'bertanding'. Beliau yang kini MB NS tentunya tak nenyak
Dalam diam, Mohamad Hassan telah pun menggerakkan orang-orangnya dalam usaha menggagalkan TS Isa Samad. Senario begini
dalam kem umNO b end memang dah biasa terjadi bukan sahaja di setiap prk malah juga berlaku keika pru. Bagi puak yang tidak senang dengan calon yang dipilih bukan dari puak mereka, akan berlakulah penenangan dari dalam.
Sejarah di Permatang Pasir, puak Datuk Arif Shah gembira dan puas bila calon puak Datuk Jalil tewas. Begitu juga di Manek Urai, ada puak veteran di Kuala Krai, cukup gembira dengan tewasnya orang Datuk Ramzi.
Walaubagaimanapun kita lihat nanti bagaimana orang-orang Mohamad Hassan bergerak bagai api dalam sekam membantu PAS PR merampas Bagan Pinang.
Bagi pejuang PAS PR pula jangan alpa dan lalai dengan berbagai taktik kotor dan helah mereka. Ketelusan undi pos perlu terus diperjuangkan, malah lebih keras lagi. InsyaAllah dengan usaha gigih dan kerja yang sungguh-sungguh atas nama Allah kejayaan akan menjelma. Tiada yang lebih berkuasa dari Allah SWT.
Bagi rakyat Bagan Pinang, sedarlah masa depan kita, masa depan anak cucu kita adalah ditangan kita. Ingatlah cerah gelap masa depan kehidupan kita bukan salah ibu mengandung, tapi salah tangan memangkah undi.
Semoga kemenangan berpihak kepada PAS PR ! Takbir !