Rasmi sudah prk Bagan Pinang, lebih rasmi lagi calon umNO b end TS Isa Samad akan ditentang oleh Hj Zulkefli Mohd Omar PAS PR. Malang bagi bekas penaja PKR, hajat nak bertanding nak bertanding tak kesampaian, akibat dari kebodohan sendiri yang naif tentang pilihanraya. Bagus jugaklah dia ni keluar dari PKR. Orang macam ni rasa aku tidak diperlukan dalam PR, cetek pengetahuan!
Yang tidak rasminya prk Bagan Pinang, akan kita lihat pertandingan 3 penjuru. Mohamad Hassan juga nampaknya akan 'bertanding'. Beliau yang kini MB NS tentunya tak nenyak
Dalam diam, Mohamad Hassan telah pun menggerakkan orang-orangnya dalam usaha menggagalkan TS Isa Samad. Senario begini
dalam kem umNO b end memang dah biasa terjadi bukan sahaja di setiap prk malah juga berlaku keika pru. Bagi puak yang tidak senang dengan calon yang dipilih bukan dari puak mereka, akan berlakulah penenangan dari dalam.
Sejarah di Permatang Pasir, puak Datuk Arif Shah gembira dan puas bila calon puak Datuk Jalil tewas. Begitu juga di Manek Urai, ada puak veteran di Kuala Krai, cukup gembira dengan tewasnya orang Datuk Ramzi.
Walaubagaimanapun kita lihat nanti bagaimana orang-orang Mohamad Hassan bergerak bagai api dalam sekam membantu PAS PR merampas Bagan Pinang.
Bagi pejuang PAS PR pula jangan alpa dan lalai dengan berbagai taktik kotor dan helah mereka. Ketelusan undi pos perlu terus diperjuangkan, malah lebih keras lagi. InsyaAllah dengan usaha gigih dan kerja yang sungguh-sungguh atas nama Allah kejayaan akan menjelma. Tiada yang lebih berkuasa dari Allah SWT.
Bagi rakyat Bagan Pinang, sedarlah masa depan kita, masa depan anak cucu kita adalah ditangan kita. Ingatlah cerah gelap masa depan kehidupan kita bukan salah ibu mengandung, tapi salah tangan memangkah undi.
Semoga kemenangan berpihak kepada PAS PR ! Takbir !
No comments:
Post a Comment