Saturday, June 27, 2009

4. PRK MU - CALON PAS KARAMKAN umNO be end

1. Calon Pas di PRK MU Fauzi b Abdullah memang tak asing lagi bagi masyarakat Manek Urai. Sememangnya beliau layak menjadi pengganti Arwah Pak Su Weil, dengan personalitinya seakan-akan menyamai arwah.

2. InsyaAllah, PAS PR akan menang memandangkan umNO be end kini berpecah kepada 2 kumpulan, dan masing-masing cah keting antara satu sama lain. Kehadiran tokoh-tokoh umNO be end di Manek Urai nanti bakal menyerlahkan lagi kebobrokan mereka, seperti KJ - ketua pemuda yang menang atas dasar mainan politik wang dan ditolak PM Najib menganggotai barisan kabinet dapur. Adakah Mike Tyson juga akan hadir? Bagaimana dengan Zambri MB Haram Perak, datanglah kalau nak makan boo dar masyarakat Manek Urai? Harap-harap Ezam alkotak juga akan datang dengan kotak-kotaknya. Oh ye lupa, mungkin pentas ceramah juga akan disediakan umNO be end kepada Raja Katak dari Pasir Mas, yang muka tak malu.

3. Setelah kemelut dalaman PAS PR selesai dengan penuh perpaduan, kini saf kepimpinan PAS PR semakin kukuh dan padu. Tokoh-tokoh yang sudah, sedang dan akan turun padang bertemu masyarakat Manek Urai pastinya dinanti-nanti mereka. Tokoh-tokoh pejuang yang bakal mencorakkan PRK MU dengan ceramah dan penerangan yang hebat akan menjadi tarikan masyarakt Manek Urai. Kita akan didendangkan dengan pidato hebat panas dan tajam dari Mohd Sabu, ulasan yang menarik dan penuh fakta dari Saifuddin Nasution, ceramah yang mengasyikkan dari Ustaz Nasaruddin Speaker, pidato serba bahasa dan penuh makna dari YAB Sah Perak Nizar, ceramah tazkirah unggul dari TG Hj Hadi, ceramah tazkirah yag dinanti dari TG Nik Aziz, ceramah penuh semangat dan jenaka dari Tn Ibrahim Tn Man, pidato terhebat masakini dari DS Anwar Ibrahim, ceramah serikandi dari Nurul Izah Anwar, ceramah bersahaja tapi penuh sinis dari YAB Kedah Ustaz Azizan, pidato berfakta dari Azmin Ali, ceramah semangat dari Gobalakrishnan, ceramah pejuang KT dari Wahid Endut, pidato yang sentiasa menyerang dari YAB Lim Guan Eng, ceramah menarik dari YAB Khalid, ceramah kreatif diselang seli dengan cerita jenaka dari Ustaz Khalil Idham, pidato hebat dari Husam Musa dan ramai lagi yang hebat-hebat belaka. Inilah yang dulu, kini dan selamanya menggentarkan umNO be end dan mereka bakal tenggelam lagi di Manek Urai.

Tuesday, June 23, 2009

UG - BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT

Alhamdulillah tamat sudah cuit cerapik gurau senda keluarga PR. UG di tolak mentah-mentah tanpa ragu-ragu dan tanpa was-was.


TG Nik Aziz juga mengumumkan menarik balik gesaan letak jawatan kepada Ustaz Nasha, semoga PAS PR bertambah kukuh dan mantap.


Namun dalam rakyat marhaen merayakan kemenangan perpaduan PR ada yang menangis kerana hajat tak kesampaian, kerana perangkap tak mengena, kerana bijak orang lebih dari mereka, siapa lagi kalau bukan umNO be end!

Sunday, June 21, 2009

3. PRK MANEK URAI - umNO TERBURAI BILA FAKTA DIURAI


1. Semakin kita menghampiri PRK N41 Manek Urai, semakin banyak agenda umNO be end memperbodohkan rakyat atau mereka sendiri yang buat-buat bodoh atau sememangnya mereka ini bodoh. Fakta dan angka-angka dibawah boleh dijadikan ukuran sejauh mana kekuatan dan prestasi umNO be end selepas PRu12, baik ketika Tun Lah menjadi PM atau ketika DS Najib.


2. Prestasi umNO be end merudum jatuh seperti nangka busuk jatuh ke tanah, hilangnya 8,263 undi dalam keseluruhan 6 PRK yang lepas. Sementara sokongan rakyat terhadap PR nampaknya semakin ampuh dan kukuh bila PR dapat menambah undi sebanyak 1,318. Ini cukup meyakinkan kita PR dan dalam masa yang sama amat menggerunkan umNO be end apalagi ketika mana dalam menghadapi PRK Manek Urai yang diakui kubu PAS PR di negeri pemerintahan PAS PR Kelantan.


3. Maka sedarlah wahai pimpinan umNO be end, dimana kamu dihati rakyat, kalau setakat nak melawat atau ziarah rakyat ketika pilihanraya hampir berlangsung, rakyat pun dah sedar dan arif itu hanya sandiwara politik menarik undi menjelang pilihanraya saja. Kenapa sekarang baru nak melawat Manek Urai? Kenapa tidak buat lawatan jumpa rakyat di Ulu Keruak, Trengganu atau Kuala Lipis, Pahang, kerana disana juga ada rakyat yang perlukan perhatian.

4. Kumpulan Wan Zaid dah bergerak cergas sementara kumpulan Ramzi juga dah berkempen. Dua kumpulan ini pastinya bersaing antara satu sama lain untuk menjadi juara. Cah keting pastinya berlaku, baik dalam diam atau secara terang-terangan. Pergolakan Bahagian Kuala Krai akan berterusan sebelum dan selepas PRK nanti.

Saturday, June 20, 2009

USTAZ 'KATAK' DI BACHOK ?

Dalam isu kerajaan perpaduan yang dihadapi terkini, aku amat-amat bersetuju kata-kata nasihat dari TG Nik Aziz. Kalau dah teringin sangat, dah kemaruk sangat dah bergabung dengan umNO be end, keluar saja dari PAS, yang ada jawatan pula, letak jawatan dan pergilah ke 'seberang' sana. Jangan ada musuh dalam selimut, jangan ada sampah membusuk dalam kewangian, jangan ada walau nila setitik dalam susu sebelanga dan jangan ada musang yang berbulu ayam dalam perjuangan yang dilihat kejayaan semakin menghampiri kita.


Aku menyeru kepada ahli Pas seluruhnya dan mereka yang cintakan Pas marilah sama-sama kita berdoa agar isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin supaya dapat kita tumpukan perhatian kepada menjaga rakyat dengan adil dan saksama disamping menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran daripada asyik berpolitik sesama sendiri. Semoga tidak kan muncul ustaz 'katak' di Bachok, tentu 'katak' di Pasir Mas sukahati dengan isu ini.
ALLAHHUAKBAR!

Sunday, June 14, 2009

2. PRK MANEK URAI - RAJA LAWAK BERKEMPEN


1. Belumpun gelanggang dibuka dengan rasminya, gendang serunai selampit dah mula dipukul dan ditiup di Manek Urai. Banyak kokokan yang menampakkan umNO be end kacau bilau dan terdesak nak memenangi prk kali ini.

2. Mesyuarat dah 14 kali, tapi kerja belum buat lagi, dakwa salah seorang pemimpin umNO bahagian Kuala Krai. Beliau membuat perbandingan dengan PAS PR yang dah lama berkampung di Manek Urai, sejak dari kembalinya Pak Su Weil ke rahmatulLah lagi. Heran aku, pandai pulak buat perbandingan, dan kalau dah tahu yang mana baik dan mana buruk, tunggu apa lagi, takkan nak terus duduk dalam golongan yang buruk.

3. Berkokok lagi, bekas ADUN Manek Urai, Mohd Zulkipli Omar, arwah Pak Su Weil wakil rakyat orang kampung, boleh bersila atas lantai di rumah orang kampung, dan kalau umNO be end nak menang kena cari calon seperti arwah Pak Su Weil , kalau tidak umNO tidak akan menang, katanya. Ada ke, orang umNO yang berjiwa rakyat, perihatin terhadap rakyat, kebajikan rakyat didahulukan dan kepentingan peribadi diketepikan? Sampai pisang berbuah 2 kali pun tidak akan ada pemimpin umNO yag sebegini. Kepada bekas YB Mohd Zulkipli Omar, kalau dah sedar wakil rakyat PAS PR lebih baik dari pemimpin umNO, takkan nak tunggu kapal umNO be end dah tenggelam baru nak 'lompat' ke kapal lain.


4. Kemuncak terdesaknya umNO be end dalam menghadapi prk Manek Urai kali ini, bila janji yang dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan umNO Kelantan merangkap Menteri MITI, Manek Urai akan dijadikan anak angkat sekiranya umNO be end menang. Inilah raja lawak yang sedang berkempen di Manek Urai sekarang ini. Orang Kelantan kenal doh siapa itu umNO be end, aku pun orang Kelantan juga, Pasir Mas lagi, bawah DUN Pengkalan Pasir. Ingat tak lagi dengan prk Pengkalan Pasir? Berlori-lori 'janji' ditabur, tapi lebur belaka. Projek benteng sungai Kelantan di kawasan itu sebenarnya telah pun diluluskan sebelum prk Pengkalan Pasir lagi, cuma diambil kesempatan oleh umNO be end untuk merasmikannya ketika prk rancak berlangsung. Itupun projek yang dah siap tidak lengkap seperti yang digembar gemburkan, kononnya landscape yang cantik akan dibina disepanjang benteng tersebut yang termasuk dalam kos tendernya, tapi sampai sekarang bukan landscape yang cantik dibina tapi kini 'terbinanya' semak tebal yang bakal dihuni oleh sang ular. Rakyat Kelantan tak akan termakan dengan janji sebegini, alahai Dato' Pa.

5. umNO be end kalau nak menang, ajaklah KJ turun berkempen, jemput Ezam dengan kotak-kotaknya dan jangan lupa sediakan pentas untuk Ibrahim Ali berkempen. Sehari sebelum mengundi hamparkan permaidani merah untuk Tun DM sebagai penutup tirai kempen. Aku yakin umNO be end tidak akan menang dan PAS PR juga tidak akan kalah.

Saturday, June 13, 2009

BADI umNO DALAM PKR


Ditujukan khas kepada semua pemimpin-pemimpin PKR.

Kecewa dan terkejut beruk aku dengan cerita yang baru aku dengar hari ini. Tiada niat nak jatuhkan maruah sesiapa tapi kalau beginilah sikap pemimpin-pemimpin PR, hayat kejatuhan akan hampir tiba.

Kemenangan besar PKR PR di Penanti tempohari dilihat sebagai kejayaan hebat PKR PR, namun macam ada yang tak kena apabila timbul cerita-cerita yang menyakitkan telinga mendengarnya dan cerita-cerita yang mengejutkan dan seperti tak percaya rasanya (tapi aku percaya).

(gambar hanya hiasan semata-mata)
Perangai pembawaan umNO masih menebal dikalangan pemimpin-pemimpin PKR yang berkampong di Penanti tempohari. Apa tidaknya, berjuang di Penanti untuk menegakkan sebuah perjuangan keadilan maka berkumpul seluruh pemimpin-pemimpin PKR siang dan malam bagi memantau gerakerja anak-anak buah tapi yang malangnya masih ada pemimpin-pemimpin yang hanya pandai berkokok, menegur orang lain pandai tapi diri sendiri lebih teruk dari orang yang ditegur.

Aku tidak akan sebut nama mana-mana pemimpin PKR yang nak aku maksudkan, tapi diharapkan siapa yang makan lada akan terasa pedasnya. Kepada pemimpin ini masih ingatkah lagi bilamana YB pernah menjamu selera dengan anak-anak buah di Kg Pelet, Penanti? Cukup setakat itu dulu, akan dibongkar lagi sekiranya perkara ini masih belum dapat diselesaikan. Jangan sampai aku sebutkan nama pemimpin ini dilain kesempatan, malu mungkin sebentar cuma tapi kalau rakyat dah mula tak hormat dan seterusnya menolak PKR janganlah nak diharapkan pada PRU13.

Kepada pemimpin sebegini, kalau tak mampu nak berubah dan badi umNO yang dibawa itu masih melekat dijiwa masing-masing elok saja letak jawatan dan masuk umNO. Jangan hanya pandai nak perbetulkan orang lain tapi diri sendiri tak betul.

Sunday, June 7, 2009

LAPORAN HUSAM RASUAH, PALSU


1. Aku tertanya-tanya bagaimana BPR (dulu) bekerja. Apabila sesuatu laporan rasuah di buat, apakah tindakan mereka? Adakah berdiam diri? Atau tunggu arahan dari 'hantu raya' atasan? Atau memilih, seperti memilih antah dalam beras, baru nak bertindak? Dan bagaimana pula sekiranya laporan itu didapati palsu atau rekaan semata-mata? Adakah tiada tindakan yang boleh diambil terhadap si pelapor? Laporan palsu yang dibuat sama saja tarafnya dengan fitnah.

2. Setelah hampir 2 tahun berlalu, dah puas memikir, dah perah otak habis-habisan, baru sedar diri nak minta maaf. Inilah perangai puak 1 mata 1 telinga. Rasa diri lebih berkuasa dari Maha Pencipta, sombong bongkak yang keterlaluan. Bagaimanapun akhirnya ada juga rasa insaf dan nak berubah, tak apalah dimulakan dengan ahlinya dahulu, harap-harap akhirnya umNO itu sendiri akan berubah. Satu saja makhluk Allah S.W.T yang tidak akan berubah, hingga hari khiamat, iaitu syaitan.

3. ADUN Paloh Dato' Nozula dan ADUN Bukit Bunga Mohd Adhan Kechik, kedua-duanya aku kenal. Nozula dulunya seorang pegawai Kesedar di Paloh Gua Musang dan Adhan aku kenal semasa di Tanah Merah Kelantan. Nozula hebat sedikit dari Adhan kerana peristiwa ketika persidangan DUN Kelantan, mencipta sejarah dengan tendangan terhadap ADUN PAS, kononnya dia hebat sangat, kalau hebat turun padang main bola lagi baik masuk team Anuar Musa. Inilah antara 2 spesis pengacau bagi kerajaan negeri Kelantan dibawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Tak ada kerja lain selain dari nak mengacau pentadbiran PAS Kelantan. Sekarang baru tahu tinggi rendahnya langit. Buat tuduhan tak berasas dan palsu.

4. Kepada Dato' Husam, terus perjuangan tanpa gentar, rakyat Kelantan senantiasa dibelakang. Walau kalah dalam merebut jawatan Timbalan Presiden, bukan bererti kalah seterunya. InsyaAllah suatu hari boss akan berada ditempat itu.

TAHNIAH - PEMEGANG AMANAH BARU








SETINGGI-TINGGI TAHNIAH AKU UCAPKAN KEPADA SAF KEPIMPINAN BARU YANG DIPILIH.
BARISAN PEMEGANG AMANAH BARU INI DIHARAPKAN DAPAT MENERUSKAN PERJUANGAN PAS DALAM MENEGAKKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR.

BERJUANGLAH DENGAN PENUH KEIKHLASAN TANPA MENGHARAP SEBARANG BALASAN DUNIA, BERJUANGLAH DENGAN PENUH ISTIQAMAH DEMI RAKYAT YANG MENGHARAP KESAKSAMAAN DAN KEADILAN.
KETAHUILAH DAN SEDARLAH DIBELAKANG MU BARISAN PEJUANG DAN RAKYAT MARHAEN SENANTIASA BERSIAP SEDIA BERJUANG BERSAMA MU, JANGAN KITA UNDUR KERANA HARTA DUNIA, JANGAN KITA KECUNDANG DENGAN JANJI MANIS MUSUH, JANGAN KITA BERPATAH DENGAN TIPU DAYA MUSUH, SEBALIKNYA MAJULAH, LANGKAH KITA BERSAMA MENENTANG MEREKA YANG INGKAR DENGAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH.
SELAMAT BERJUANG. ALLAH HUAKABAR!

BERITA TERKINI