Sunday, June 21, 2009

3. PRK MANEK URAI - umNO TERBURAI BILA FAKTA DIURAI


1. Semakin kita menghampiri PRK N41 Manek Urai, semakin banyak agenda umNO be end memperbodohkan rakyat atau mereka sendiri yang buat-buat bodoh atau sememangnya mereka ini bodoh. Fakta dan angka-angka dibawah boleh dijadikan ukuran sejauh mana kekuatan dan prestasi umNO be end selepas PRu12, baik ketika Tun Lah menjadi PM atau ketika DS Najib.


2. Prestasi umNO be end merudum jatuh seperti nangka busuk jatuh ke tanah, hilangnya 8,263 undi dalam keseluruhan 6 PRK yang lepas. Sementara sokongan rakyat terhadap PR nampaknya semakin ampuh dan kukuh bila PR dapat menambah undi sebanyak 1,318. Ini cukup meyakinkan kita PR dan dalam masa yang sama amat menggerunkan umNO be end apalagi ketika mana dalam menghadapi PRK Manek Urai yang diakui kubu PAS PR di negeri pemerintahan PAS PR Kelantan.


3. Maka sedarlah wahai pimpinan umNO be end, dimana kamu dihati rakyat, kalau setakat nak melawat atau ziarah rakyat ketika pilihanraya hampir berlangsung, rakyat pun dah sedar dan arif itu hanya sandiwara politik menarik undi menjelang pilihanraya saja. Kenapa sekarang baru nak melawat Manek Urai? Kenapa tidak buat lawatan jumpa rakyat di Ulu Keruak, Trengganu atau Kuala Lipis, Pahang, kerana disana juga ada rakyat yang perlukan perhatian.

4. Kumpulan Wan Zaid dah bergerak cergas sementara kumpulan Ramzi juga dah berkempen. Dua kumpulan ini pastinya bersaing antara satu sama lain untuk menjadi juara. Cah keting pastinya berlaku, baik dalam diam atau secara terang-terangan. Pergolakan Bahagian Kuala Krai akan berterusan sebelum dan selepas PRK nanti.

No comments:

BERITA TERKINI