1. Belumpun gelanggang dibuka dengan rasminya, gendang serunai selampit dah mula dipukul dan ditiup di Manek Urai. Banyak kokokan yang menampakkan umNO be end kacau bilau dan terdesak nak memenangi prk kali ini.
2. Mesyuarat dah 14 kali, tapi kerja belum buat lagi, dakwa salah seorang pemimpin umNO bahagian Kuala Krai. Beliau membuat perbandingan dengan PAS PR yang dah lama berkampung di Manek Urai, sejak dari kembalinya Pak Su Weil ke rahmatulLah lagi. Heran aku, pandai pulak buat perbandingan, dan kalau dah tahu yang mana baik dan mana buruk, tunggu apa lagi, takkan nak terus duduk dalam golongan yang buruk.
3. Berkokok lagi, bekas ADUN Manek Urai, Mohd Zulkipli Omar, arwah Pak Su Weil wakil rakyat orang kampung, boleh bersila atas lantai di rumah orang kampung, dan kalau umNO be end nak menang kena cari calon seperti arwah Pak Su Weil , kalau tidak umNO tidak akan menang, katanya. Ada ke, orang umNO yang berjiwa rakyat, perihatin terhadap rakyat, kebajikan rakyat didahulukan dan kepentingan peribadi diketepikan? Sampai pisang berbuah 2 kali pun tidak akan ada pemimpin umNO yag sebegini. Kepada bekas YB Mohd Zulkipli Omar, kalau dah sedar wakil rakyat PAS PR lebih baik dari pemimpin umNO, takkan nak tunggu kapal umNO be end dah tenggelam baru nak 'lompat' ke kapal lain.
4. Kemuncak terdesaknya umNO be end dalam menghadapi prk Manek Urai kali ini, bila janji yang dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan umNO Kelantan merangkap Menteri MITI, Manek Urai akan dijadikan anak angkat sekiranya umNO be end menang. Inilah raja lawak yang sedang berkempen di Manek Urai sekarang ini. Orang Kelantan kenal doh siapa itu umNO be end, aku pun orang Kelantan juga, Pasir Mas lagi, bawah DUN Pengkalan Pasir. Ingat tak lagi dengan prk Pengkalan Pasir? Berlori-lori 'janji' ditabur, tapi lebur belaka. Projek benteng sungai Kelantan di kawasan itu sebenarnya telah pun diluluskan sebelum prk Pengkalan Pasir lagi, cuma diambil kesempatan oleh umNO be end untuk merasmikannya ketika prk rancak berlangsung. Itupun projek yang dah siap tidak lengkap seperti yang digembar gemburkan, kononnya landscape yang cantik akan dibina disepanjang benteng tersebut yang termasuk dalam kos tendernya, tapi sampai sekarang bukan landscape yang cantik dibina tapi kini 'terbinanya' semak tebal yang bakal dihuni oleh sang ular. Rakyat Kelantan tak akan termakan dengan janji sebegini, alahai Dato' Pa.
5. umNO be end kalau nak menang, ajaklah KJ turun berkempen, jemput Ezam dengan kotak-kotaknya dan jangan lupa sediakan pentas untuk Ibrahim Ali berkempen. Sehari sebelum mengundi hamparkan permaidani merah untuk Tun DM sebagai penutup tirai kempen. Aku yakin umNO be end tidak akan menang dan PAS PR juga tidak akan kalah.
No comments:
Post a Comment