Sunday, May 31, 2009

N12 PENANTI (7) - SEJARAH BESAR TERCIPTA


1. ALHAMDULILLAH SYUKUR, kemenangan bergaya yang sudah pastinya berpihak kepada PKR PR (tak payah lah nak tunggu keputusan rasmi).


2. SETINGGI KALUNGAN TAHNIAH kepada YB DR MANSOR OTHMAN Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru. Namun jangan lupa dengan janji-janji yang ditaburkan, berkhidmatlah dengan baik, adil seadil-adilnya kepada seluruh rakyat Pulau Pinang dan selalulah dekati rakyat agar rakyat terus menghormati YB dan terus memilih YB di pilihanraya yang akan datang.

3. Yang pentingnya, sejarah besar tercipta di Penanti :

a) Dunia menyaksikan PRK PENANTI adalah pilihanraya yang paling aman didunia, jelas lagi bersuluh tanpa kelibat umNO b end sejak dari hari penamaan calon hinggalah disaat hari mengundi tiada pergaduhan, tiada perbalahan, tiada samseng, tiada tumbuk-menumbuk, tiada caci mencaci, malah tiada report polis dilakukan dan tiada sabotaj.

b) PRK yang paling 'miskin' tanpa fulus ditaburkan sewenang-wenangnya, seperti projek mee segera. Tiada tar baru di jalanraya Penanti, tiada janji-janji kosong, tiada wang berterbangan kesana sini untuk membeli undi, tiada mesin jahit, tiada basikal. Ini semua akan dilakukan oleh umNO b end sekiranya mereka bertanding.

c) Tiada tokoh-tokoh besar kerajaan umNO b end turun padang, yang pastinya dicemuh oleh rakyat Penanti sekiranya golongan ini hadir di Penanti.

d) Sejarah tercipta : peratus keluar mengundi yang paling rendah dalam sejarah pilihanraya di Malaysia, hanya 46% keluar mengundi.

e) Sekali lagi sejarah Selambau berulang, semua calon bebas hilang deposit.

f) Dua kali dah bertanding di tahun 2009, Ramizu hanya mampu meraih kurang daripada undi yang diperolehinya di Bukit Gantang. Mungkin dia akan ke Manek Urai pula.

KESIMPULANNYA - WAHAI DUNIA LIHATLAH BETAPA AMAN SEJAHTERANYA RAKYAT MALAYSIA HIDUP TANPA umNO b end.


N12 PENANTI (6) - TERKINI DAN YANG PASTI


BERITA TERKINI - PKR PR MENGUNGGULI JUMLAH UNDI DENGAN 6,266 UNDI.
TAPI YANG PASTI - KE TIGA-TIGA CALON BEBAS BAKAL KEHILANGAN DEPOSIT!

1. PRK MU - MANEK URAI, BUKAN MANCHESTER UNITED!


1. MU di Kelantan adalah Manek Urai, tapi MU di England adalah Manchester United. Manek Urai di Kelantan bakal menyaksikan satu lagi pertembungan besar antara b end dan PR bilamana PRK akan diadakan nanti.

2. Pada PRU12, Manek Urai ditawan oleh PAS PR dengan majoriti 1,352 undi, PAS memperolehi 5,746 undi manakala b end mendapat 4,394 undi. Manek Urai mempunyai 12,293 pengundi berdaftar yang mana 99% adalah terdiri dari pengundi Melayu dan 1% lagi dari kaum Tionghua dan India. Pekan Manek Urai yang tidak berapa jauh dari Bandar Kuala Krai terdiri dari Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru. Boleh sampai ke Pekan Manek Urai menggunakan keretapi dan juga jalan darat. DUN Manek Urai ditakluk oleh arwah Pak Su Weil selama 5 penggal, ini kerana arwah adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Rakyat Manek Urai rata-ratanya menghormati arwah, disegani kawan dan lawan. DUN Manek Urai berjiran dengan DUN Dabong yang juga di tawan PAS PR, ini memudahkan lagi kedua-dua wakil rakyat bekerjasama dan berkhidmat kepada rakyat.

3. PRK N41 Manek Urai - penamaan calon akan diadakan pada 6hb Julai dan 14hb Julai adalah hari mengundi. Aku bimbang sekiranya umNO b end benar-benar mahu bertanding, bukan bimbang kalah atau menang (yang pastinya PAS PR akan menang) tapi bimbang Manek Urai yang aman dan tenteram, akan menjadi medan 'perang' paling kotor kerana dunia tahu fe'el perangai spesis 1 mata 1 telinga bertindak dalam PRK, lagipun puak-puak ni berehat panjang sebab tak bekerja di Penanti. Walaubagaimanapun aku yakin, rakyat Kelantan lebih bijak dari mereka dan akan berjaya mengekang dan mematahkan serangan puak-puak umNo b end, buku bertemu ruas lah nanti.

4. Siapa calon-calonnya? PAS PR sudah pastinya menampilkan calon yang bersifat sederhana, rendah diri dan mampu mendekati bersama rakyat Manek Urai. umNO b end pula, dengar kata dah mula melobi nak menjadi calon. Lari dari Penanti, Manek Urai tak dapat nak elak, sebabnya kalau lari lagi jelas lagi bersuluh umNO b end memang takut pada pilihanraya. Sebut saja pilihanraya, orang umNO b end akan takut, seperti mana setan takut bila mendengar surah Yaa Siin di baca. Kalau susah-susah nak cari calon, aku cadangkan beri laluan kepada Ibrahim Ali bertanding, barulah kita boleh ukur sejauh mana kehebatan Ibrahim Ali, lagipun sekarang inipun dia dah 'lompat' lagi menyokong umNO b end pulak, gila talak dia ni. Tentu Ibrahim Ali tak berani, sebab dia hanya jaguh kampung aje, bertanding di Pasir Mas pun pernah kalah, mana nak mampu bertanding di tempat lain. Ataupun aku cadangkan supaya mufti dari negeri pasir berdengung dicalonkan, kalau dah nak campur dan menyebelahi sebelah pihak aje baik main politik sepenuh masa. Mana tahu satu hari nanti boleh bawa JomHeboh ke Manek Urai.

5. Dan kalau dah tak ada calon yang benar-benar berwibawa, baik tak payah bertanding, elakkan pembaziran wang rakyat. Jadi pemerhati aje cukuplah, sambil belajar bagaimana PAS PR menghadapi pilihanraya dengan berhemah.

Saturday, May 30, 2009

N12 PENANTI (5) - 'PRESIDEN' BEBAS TURUN BERKEMPEN?


1. Last 'kopek' iaitu hari terakhir biasanya tokoh-tokoh besar turun berkempen menentang PR pada setiap kali pilihanraya kecil. Namun kali ini nampaknya kelibat puak-puak spesis 1 mata 1 telinga tidak kelihatan. Macamana dia orang nak ada, dia orang tak bertanding. Ya tak ya jugak. Tapi kalau bertanding, puak-puak ni turun pun tak ada maknanya. Malah kalau Tun Mahathir turun pun kalah juga! Dalam PRU12 dulu salahkan KJ, kalah teruk, tapi di Bukit Gantang tempohari Tun turun berkempen pun makin teruk kalahnya! KJ tentu seronok dengar cerita ini, cuma KJ tak berani nak berkokok aje.


2. 'Tokoh' yang patut turun disaat akhir di Penanti sepatutnya 'presiden' bebas. Yalah 3 orang anak buahnya menjadi calon. Siapa 'tokoh' ini? Dunia tahu, siapa lagi kalau bukan al kataki dari Pasir Mas, 'presiden' bebas. Mana-mana wakil rakyat bebas, memang bebas untuk berkempen di Penanti, kerana ahli-ahli mereka bertanding, umNO b END tak boleh datang untuk berkempen, malah bendera parti yang tidak bertanding pun tak boleh dinaikkan. Tapi al kataki dari Pasir Mas adalah 'presiden' bebas, dia boleh datang berkempen. Kalau dia datang sudah tentu akan diiringi oleh ahli 'MT' bebas yang tersohor, 4 ekor katak dari Perak tu.


3. Kalau 'presiden' bebas ni rasa dia hebat sangat, hinggakan lupa jasa-jasa PAS menyelamatkan dia dari umNO, datanglah berkempen di Penanti untuk menghentam PAS & PR. Di Kelantan 'presiden' bebas al kataki ni dah tak laku dah, di Pasir Mas tempat dia sendiri pun orang dah tak layan. Dia kini sendirian, tapi tak apa, dia kan bebas. Baru-baru ini di satu tempat menuju ke Rantau Panjang, Kelantan, majlis yang dianjurkannya tidak mendapat sambutan langsung, anak-anak muda pun dah menjauhi beliau, malah majlis beliau di 'boo' orang sekekliling. Begitulah nasib al kataki yang tidak sedar diri. Bagi aku PAS seperti melepaskan anjing tersepit. Aku cadangkan supaya 'presiden' bebas al kataki ini bertanding di N41 Manek Urai nanti, harap umNO b END dapat memberi laluan kepada al kataki ini bertanding. Kita lihat sejauh mana hebatnya al kataki ini, atau hanya jaguh kampung yang hanya dikenali di Pasir Mas, itupun kini rakyat Pasir Mas, termasuk aku, tak akui lagi dia sebagai wakil rakyat Pasir Mas.

4. PKR PR pasti akan menang!

N12 PENANTI (4) - MCA, MIC & GERAKAN TETAP AKAN KELUAR MENGUNDI


1. Aku sokong penuh dengan suara maya yang menyifatkan kata-kata seorang pemimpin umNO membuktikan mereka spesis 1 mata 1 telinga masih tidak berubah dan tidak akan berubah. Orang no 2 umNO Pulau Pinang, berkata sekiranya 5,000 ahli umNO keluar mengundi bermakna mereka khianat kepada parti. Mana dia tahu ahli umNO ini pangkah siapa pada hari mengundi? Tak sedarkah pemimpin ini pada PRU12 yang lalu dan PRK Permatang Pauh dan lain-lain PRK sebelum ini pun ramai ahli umNO yang beri undi pada PR? Kenyataan pemimpin umNO yang melalak tak tentu pasal ini seolah-olah cuba menghalang rakyat Penanti dari keluar mengundi sedangkan ini jelas bertentangan dengan akta pilihanraya. Inilah tahap pemikiran seorang pemimpin no 2 umNO di Pulau Pinang, malang sungguh ahli umNO yang punya pemimpin sebegini.
2. Takkan ada 5,000 sahaja ahli umNO di Penanti. Dari 11,400 pengundi Melayu di Penanti, maknanya tak sampai 50% orang Melayu di Penanti menjadi ahli umNO. Inilah buktinya umNO bukanlah sebuah parti yang kuat. Dari 5,000 ahli umNO yang digembar-gemburkan itu pula ada yang jadi ahli cara 'terpaksa', maksudnya hanya nak jaga 'periuk nasi' semata-mata, contohnya pegawai-pegawai kerajaan, guru-guru sekolah dan lain-lain lagi. Dan ada pula yang sedar-sedar jadi ahli umNO, sedangkan mereka sendiri tak pernah isi borang nak jadi ahli umNO. Gedebak gedebuk, tolak campur, mungkin hanya terdapat 3,000 sahaja ahli umNO totok. Kalaulah benar perkiraan ini bererti umNO hanyalah sebuah parti yang amat lemah, maka tidak heranlah semua pakat dok tunggu bila masa dan ketika umNO akan terkubur.
3. Ahli-ahli MCA, MIC dan GERAKAN parti-parti komponen b END tetap akan keluar mengundi. Oleh itu ada lagi seramai 4,100 pengundi dari kaum Tionghua dan India akan keluar mengundi. Inilah cerdiknya kaum lain yang reti menilai hak seseorang individu didalam menentukan kuasa pemerintah didalam pilihanraya. Dari 4,100 pengundi ini aku yakin kita mampu meraih sekurang-kurangnya 2,000 undi.
4. PKR PR menang!

N12 PENANTI (3) - umNO TINGGALKAN PENANTI


1. Dari sumber yang 50-50 nak percaya atau tidak memberitahu bahawa hari ini umNO bahagian Permatang Pauh membawa ahli umNO dengan beberapa buah bas untuk pergi melancong ke beberapa tempat peranginan diutara semenanjung. Tujuannya dikatakan supaya tidak mahu mereka mengundi di Penanti. Pemimpin mereka beranggapan bahawa sekiranya mereka ini dibenarkan mengundi maka sudah tentu mereka ini akan 'pangkah' PR.
2. Em Si A juga dikatakan sedang merancang sesuatu supaya dapat melalaikan pengundi Tionghua dari keluar mengundi dan memihak kepada PR. MO mereka sehari dua ini hanyalah bertujuan untuk kurangkan jumlah undi yang diperolehi PR pada PRU12 dulu iaitu 7,346 undi. Kerana bagi mereka, pengurangan undi itu akan dijadikan isu bahawa PR merosot sokongannya. Dan ini satu 'kemenangan' bagi mereka.
3. Namun aku yakin kita (PR) mampu mengekalkan jumlah undi 7,346 yang diperolehi dulu malah akan bertambah 2,000 undi lagi. PR bakal memperolehi sekitar 9,300 undi, insyaAllah. Posting sebelum ini aku dah sebut bagaimana ini boleh berlaku. Dua calon bebas, sekurang-kurangnya akan kehilangan deposit, kalau tidak semuanya.

Sunday, May 24, 2009

N12 PENANTI (2) - B END MAIN SILAP MATA?


1. Tanpa b END di Penanti sejak dari pagi tadi (penamaan calon) membolehkan anggota polis berehat, walaupun ramai yang berada di tempat penamaan calon tadi tapi tak kelihatan kelibat mereka di ceramah pembuka gelanggang malam ini di depan Masjid Kubang Semang. Mungkin ada dikalangan pendengar terselit SB-SB yang santai mendengar pidato DSAI dan pejuang-pejuang lain. Berlainan sekiranya b END turut bertanding, suasana akan panas dan anggota polis juga tak dapat nak bersantai.

2. Apa saja alasan yang diberikan, kekosongan kerusi disengajakan ke, tak nak membazir ke, takut kalah ke (memang akan kalah pun) tak penting bagi aku. Kalaulah proses nak mendapat mandat rakyat pun dikatakan membazir, sememangnya umNO b END ni masih belum berubah dan tak akan berubah. Memanglah membazir kerana umNO b END selama ini berbelanja besar setiap kali pilihanraya, tetapi semuanya dapat kepada rakyat jugak lainlah kalau yang hanya janji kosong saja, seperti isu di Penanti, janji itu dan ini kepada rakyat Penanti, akhirnya bila kalah tak tertunai. Ini sebenarnya yang umNO b END takut, biasalah orang yang berbohong tak sanggup nak berdepan dengan orang yang kena bohong.

3. umNO b END sebenarnya bertanding, tapi cara ilusi. Siasatlah antara 3 calon bebas itu, salah satunya pasti ajen umNO b END. Calon bebas dibawah ini, awal-awal lagi cuba bermain silap mata, kononnya di tawarkan habuan untuk tidak bertanding. Hebat sangat ke dia ni?


Lihat pula Ramizu, bertanding lagi dia kali ni, cuba nasib di peringkat DUN pula. Di Bukit Gantang beliau memperolehi 62 undi dan hilang wang pertaruhan, agaknya berapa pula yang dia dapat di Penanti? Antara yang bakal hilang wang pertaruhan. Calon bebas yang sorang lagi aku tak ndak ulas.


4. Heran bin ajaib, nak pulak umNO b END bertanding di Manek Urai. Tak kira apa alasan yang diberikan, tapi nak hadapi kubu PAS di negeri To' Guru rasanya tak payah mimpi nak menang. Apa jenis silap mata yang umNO b END nak tunjuk di Penanti. Hati-hatilah para pejuang PR. Jangan leka walaupun umNO b END tak bertanding. Mereka mungkin bergerak dalam diam cuba memenangkan ajen mereka. Jangan lupa, mungkin taktik pengundi hantu akan terus mereka guna. Pemantauan mesti dilakukan, jangan alpa, mereka ini boleh lakukan apa saja.

5. Atas kertas, PKR PR sudah pun menang, andaikata 7,346 pengundi yang mengundi PKR masa PRU 12 dulu kekal bersama kita. Kemana hala tuju 5,127 pengundi umNO b END dulu, ini yang menarik. Yang pastinya diantara 5,127 pengundi terdiri dari penyokong totok umNO b END, pengundi yang dibeli dan pengundi atas pagar. Perkiraan aku, kita mampu mendapat 2,000 undi dari 5,127 undi umNO b END dulu, hasil dari pengundi atas pagar dan undi protes dari kalangan umNO b END sendiri. Dan kalau diambilkira kesan dari isu Perak yang belum selesai, mungkin PR mampu meraih lebih dari 2,000 undi lagi. Aku yakin kita, PKR PR menang!

6. Isu-isu nasional dan setempat perlu terus disegarkan. Isu Perak perlu dijelaskan kepada rakyat Penanti, isu PPSMI mesti berterusan, isu ISA hendaklah di hidupkan, isu Altantuya jangan dilupakan, isu perundangan yang masih belum bebas, isu kepolisian yang dicengkam b END, isu SPR yang masih belum berkecuali, dan lain-lain lagi. Sekali lagi aku suka nak ingatkan, jangan alpa dan lalai dengan silap mata umNO b END, pengundi hantu mestilah terus dipantau.

Saturday, May 23, 2009

N12 PENANTI (1) - AMAN TANPA umNO b end


1. SAH - PKR akan berhadapan dengan 3 calon bebas di PRK Penanti.


2. Hari penamaan calon hari ini AMAN tanpa kelibat umNO b END, sungguh AMAN. Harapnya berterusan begini, mana-mana pilihanraya dia orang tak ambil bahagian pun tak apa asalkan, Malaysia AMAN.


3. Lihat lah DUNIA, betapa AMANnya MALAYSIA tanpa makhluk umNO b END.

4. SELAMAT BERJUANG - PKR PR!

Friday, May 22, 2009

MANEK URAI SUGUL


Dengan penuh keinsafan dan rasa kehilangan aku mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Ismail Yaacob (Pak Su Weil). Manek Urai kehilangan seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat. Aku pernah bertugas di Kuala Krai sekitar tahun 1990 hingga 1995, beberapa kali pernah bertemu mata dengan Allahyarham baik di Pekan Manek Urai maupun dikawasan sekitar dengannya. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama roh mereka yang diredhai Allah SWT.
Al Fatihah....

Wednesday, May 20, 2009

PEJUANG NERAKA


Didalam sirah Rasulullah S.A.W., di ceritakan bagaimana seorang pejuang Islam yang bernama Qozman berjuang dengan hebat dan cekap di medan perang, sehinggakan berjaya menewaskan siapa saja musuh didepannya. Kehebatan Qozman ini dipuji dan disanjung oleh sekalian yang ada sehingga ada yang berkata, "tiada diantara kita yang besar jasanya selain dari Qozman." Kata-kata ini didengar Nabi S.A.W., dan menjawab, "sebenarnya dia itu golongan penduduk Neraka." Setelah mendengar jawapan Nabi, seorang yang bernama Aktsam bertekad untuk mengetahui akan kebenarannya.

Dimedan perang seterusnya, Aktsam mengekori Qozman bertempur menghadapi musuh Islam, kaum Musyrik. Setelah lama bertempur, akhirnya Qozman terkena libasan pedang lawan dan cedera parah. Dalam keadaan cedera yang parah Qozman meletakkan bilah pedangnya ke tanah dan menghalakan mata pedang ke tubuhnya lalu membunuh diri. Dalam keadaan tenat, Qozman berkata, "demi Allah! aku berperang bukan kerana agama, tetapi kerana menjaga kehormatan kota Madinah dan kerana membela kehormatan kaumku."

Selesai berperang, Aktsam segera berjumpa Nabi S.A.W., "Asyhadu, engkau sebenarnya Rasul Allah" katanya. Aktsam menceritakan apa yang dilihatnya mengenai Qozman kepada sekalian yang ada. Nabi S.A.W. pun memberikan nasihat, "seorang yang beramal sebagai amalan penduduk Syurga pada penglihatan orang ramai, sebenarnya beliau adalah penduduk Neraka, begitulah juga seseorang yang kelihatannya melakukan amalan penduduk Neraka, sebenarnya beliau adalah penduduk Syurga."

Oleh itu berjuanglah dengan berani kerana Allah, bukan untuk mendapat pujian dan sanjungan orang ramai semata-mata. Amalan kerana Allah tidak terhenti dengan celaan orang ramai sebaliknya tidak akan bertambah sekiranya mendapat pujian dan sanjungan. Jangan sekali-kali berlagak sombong dan angkuh dari amalan kita tetapi berjuanglah dengan penuh keikhlasan kerana ikhlas itu adalah tanda hati yang suci. Ingatlah semuanya ditangan Allah S.W.T.

Monday, May 18, 2009

PENANTI DITOLAK, PERAK DINANTI !


1. Sah sudah b END mengaku kalah, tak nak bertanding di Penanti. Tapi jangan percaya sangat! Apapun sejarah dengan sendirinya tercipta, parti pemerintah takut berhadapan dengan parti yang diperintah. Itulah hebat dan keramatnya KETUANAN RAKYAT.


2. Perdana Menteri Rakyat? Bagaimana mahu menjadi PM Rakyat kalau takut dan tak sanggup berhadapan dengan rakyat? Mungkin keputusan pelik ini diambil setelah menghantar YB Zahid Hamidi dan YB KJ ke Penanti minggu lepas untuk melihat sambutan rakyat. Sambutan yang diberikan rakyat Penanti amat memberangsangkan (langsung rakyat Penanti tak ambil kisah). Majlis yang dihadiri YB KJ amat menyedihkan, hinggakan murid sekolah dikerahkan untuk menghabiskan hidangan yang disediakan.

3. Kalau bertanding pun kalah juga, baik tak payah bertanding. Tun DM pun kata kalah, maka akan kalahlah kalau bertanding. Takut untuk bertanding adalah salah satu faktor, selain daripada tak ada calon yang sesuai untuk dicalonkan. Datuk Jalil tentu dari awal-awal lagi tolak kalau dicalonkan, betul tak Datuk?

4. Yang tersuratnya b END menolak Penanti (masih jadi tandatanya) dan yang tersiratnya mereka sebenarnya menanti Perak untuk bertanding. Dalam pada kita (PR) sedang menumpukan perhatian di PRK Penanti (mungkin menghadapi calon bebas) maka pada ketika itu juga mereka akan berusaha memenangi rakyat Perak. Namun sudah tentunya rakyat Perak lebih cerdik. Kalau rakyat Penanti pun b END takut nak menghadapinya bagaimana nak berdepan dengan rakyat Perak. Lupakan usaha untuk memenangi hati rakyat Perak. Selagi DUN Perak tidak dibubarkan, dan kes terkini dibicarakan di mahkamah rakyat maka selagi itulah rakyat Perak memberontak baik secara terang-terangan maupun secara diam.

Friday, May 15, 2009

PERDANA MENTERI RAKYAT - realiti atau khayalan?


Kuranglebih sama seperti Zambry menggelarkan dirinya Mandela atau Mahatma! "Cermin diri kita dulu……….", kata Dr Fadhilah dalam setiap ceramah motivasi beliau. "Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama dengan rakyat," kata PM. "Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya," tambah PM lagi.

"Saya melawat Puduraya kerana sebahagian besar rakyat menggunakan Puduraya, terutama nak balik kampung, cuti raya." Baru sekali turun padang melawat Puduraya dah mengaku Perdana Menteri Rakyat, yang selalu dekat dengan rakyat, kononnya. Kenyataan yang jauh tersimpang, 'sebahagian besar rakyat' guna Puduraya, yang sebenarnya berapa kerat sahaja dari jutaan rakyat yang melata dari Perlis hingga ke Sabah guna Puduraya. Puduraya hanya jadi tumpuan rakyat di Lembah Kelang saja itupun setahun sekali, untuk balik kampung berhari raya. Isu Puduraya bukan isu nasional, bukannya isu rakyat yang mesti didahulukan. Banyak lagi isu lain yang melibatkan rakyat terbanyak yang mesti diselesaikan segera mengikut keutamaannya.

Kalaulah isu Puduraya pun PM dah tahu keadaan sebenarnya, tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh Datuk Bandar yang indah-indah belaka, pastinya isu lain juga sama modus operandinya. Taklimat dan penenerangan yang diberikan tidak sama dengan keadaan sebenarnya, mana bisa bangkai gajah ditutup dengan nyiru.

Indahnya tema '1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', bagaimana PM cuba nak realisasikannya. Melahirkan tema yang indah, cantik didengar memang mudah, tetapi untuk melaksanakannya sukar andainya maklumbalas yang diterima hanya gula-gula pemanis bicara walhal keadaan sebenar hancing dan hapak, apalagi tema dibuat hanyalah hiasan semata tanpa ada usaha yang bersungguh-sungguh dan lebih malang lagi tema dilahirkan hanyalah untuk kepentingan golongan tertentu sahaja, tak kemana pun - kata orang Kelate "mulut manis $#@*& masam".

1 Malaysia perlu dilihat dari dalam mata burung bukannya hanya dari dalam tempurung semata. Bukan sahaja perlu dilihat dari aspek perpaduan kaum sahaja, tetapi juga perlu diperindahkan jurang antara golongan istana dengan rakyat, golongan kaya dengan miskin, golongan pemimpin dengan yang dipimpin, golongan OKU dengan OPU (orang penuh upaya), golongan terpelajar dengan yang tercicir, golongan penguasa dan yang dikuasa, golongan pemberi dengan peminta, golongan warga emas dengan warga gangsa, golongan pendidik dengan yang dididik, golongan pembimbing ugama dengan pengikut ugama, dan lain-lain.

1 Malaysia, sememangnya perpaduan rakyat Malaysia sudah jelas, hanya segelintir spesis 1 telinga 2 lidah yang cuba memainkan isu perkauman, cuba melaga-lagakan kaum-kaum utama demi kepentingan politik mereka dan menakut-nakutkan rakyat terhadap lawan politik mereka. Kini rakyat sudah bijak, sudah cerdik, isu perkauman yang cuba dimainkan, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Dah lebih 50 tahun Merdeka, rakyat bertambah cerdik, malangnya pemimpin-pemimpin dari spesis 1 telinga 2 lidah ini masih keterbelakang mindanya. Sememangnya PR telah lama menterjemahkan tema 1 Malaysia ni, buktinya kini tidak janggal lagi bagi bukan Islam berada dalam majlis anjuran PAS begitu juga sebaliknya.
Sejarah kecil tercipta, bilamana Lim Guan Eng bersama umat Islam menyambut Maulidur Rasul di Pulau Pinang, berarak bersama-sama, belum pernah terjadi di masa Koh Tsu Koon, apalagi oleh mana-mana pemimpin MCA atau MIC. Kini hampir 20,000 rakyat bukan Islam yang terdiri dari kaum Tionghua dan India berada bersama PAS didalam kelab penyokong PAS, tidak pernah wujud kaum bukan Melayu yang tidak mahu menyertai MCA atau MIC menubuhkan kelab penyokong umNO, cuma yang ada hanyalah kelab penyokong umNO diluar negara itupun terdiri dari ahli kaum Melayu sendiri. Dalam PAS ada China, ada India, ada Melayu - boleh duduk dalam satu majlis tanpa rasa curiga dan janggal antara satu sama lain, malah berjaya mewujudkan satu gabungan kerjasama yang kukuh dan mantap. Dalam PKR ada China, ada India, ada Melayu - mereka bergerak
bersama, membela antara satu sama lain tanpa berasa kekok. Dalam DAP ada Melayu, ada India ada China - kumpulan ini bersepakat menentang kezaliman dan menegakkan keadilan tanpa melihat perbezaan warna kulit. Pendekata, tema 1 Malaysia adalah tema yang sudah lapuk, ianya akan jadi tema semata sekiranya golongan spesis 1 telinga 2 lidah terus bersenjatakan isu perkauman untuk menakut dan menggerunkan rakyat.

Rakyat Didahulukan, masih samar dan masih belum jelas halatujunya apalagi tak tercapai dek akal untuk menerimanya. Apakah ianya berlaku sekarang, kalau tidak, bila ianya akan menjadi kenyataan? Atau rakyat didahulukan tapi minta balasan dari rakyat pula? Nggak mungkin terjadi rakyat didahulukan, kiranya isu harga minyak terus menekan rakyat. Mana bisa terjadi rakyat didahulukan, kiranya isu PPSMI masih membelengu murid-murid di seluruh negara. Mustahil terbukti rakyat didahulukan, kiranya isu pengangguran terus berlarutan. Tak mungkin terjadi rakyat didahulukan, kiranya kera dihutan disusukan sedangkan anak sendiri kelaparan dalam isu pekerja asing diutamakan dan semakin melebar jurangnya. Malah apakah rakyat didahulukan, kiranya tanah yang diduduki sekian lama masih gagal diberi hakmilik. Apakah rakyat didahulukan, setelah lebih 50 tahun Merdeka masih ada rakyat merempat, miskin papa kedana, tanpa eletrik dan air bersih bukan sahaja dinegeri miskin malah dinegeri yang dikatakan kaya dengan hasil mahsulnya. Bagaimana nak kata rakyat didahulukan, kiranya yuran persekolahan masih membebani rakyat sedangkan ada negara yang memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya. Bezanya dengan PR yang telah menjuarainya, di semua negeri PR warga tua 60 tahun keatas (kalau tidak silap) dijamin kebajikannya setelah mereka meninggal untuk ahli keluarganya, di Selangor diberi air percuma walau tidak 100% tapi setidak-tidaknya meringankan beban rakyat, di Perak diberi hakmilik tanah di kampung-kampung baru dan kampung-kampung tersusun yang sekian lama diduduki mereka, di Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi ganjaran kepada golongan cendekiawan, hafiz quran dan bakal mahasiswa di bantu dengan wang ringgit dan banyak lagi yang tidak muat dalam ruangan ini jika nak disenaraikan semuanya. Jelaslah PM masih belum boleh menterjemahkan tema rakyat didahulukan, sedangkan PR sudahpun melangkah jauh dalam membela rakyat dan
kebajikan rakyat diutamakan.

Pencapaian Diutamakan, satu-satunya tema yang bagi aku adalah 'lawak' semata-mata. Pencapaian siapa yang dimaksudkan? Adakah pencapaian yang iutamakan hanya disasarkan pada golongan tertentu, contohnya mencapai apa yang dikehendaki bagi kepentingan sendiri, mengayakan yang sudah kaya dan yang miskin terus papa kedana. Membolot segala kekayaan negara, mengusung semua tender-tender dan kontrak-kontrak, mengaut komisyen-komisyen dari transaksi dalam dan luar negara atau menyelamatkan segelintir koperat yang hampir
tenggelam dek kebodohan mengurus perniagaan. Kalau inilah yang dimaksudkan terbuktilah PM cuba membawa senario pencapaian diutamakan ini hanya demi kepentingan diri sahaja. PAS di Kelantan berjaya membuktikan kewangan negeri diurustadbir dengan rekod yang cemerlang, hutang kerajaan persekutuan berjaya dilangsai mengikut jadual berbeza dengan negeri lain yang diperintah oleh b END yang hanya pandai menambah hutang. PAS di Perak di tahun pertama pemerintahanya, berjaya menambah kutipan zakat ketahap yang tidak pernah tercapai oleh kerajaan b END sebelum ini. Antara kejayaan negeri yang diperintah oleh PR. Mampukan PM DSNR dan MB/KM b END mengutamakan pencapaian cemerlang memerintah sesebuah kerajaan dan menolak segala bentuk kepentingan diri?

Tema-tema pemanis mulut untuk berbicara diatas tak mungkin tercapai andai masih ada isu negara yang masih membelenggu rakyat, segerakanlah selesaikan isu-isu ini kalau mahu dilihat sebagai PM Rakyat kalau, tidak DSNR hanyalah bermimpi disiang hari, 'mulut manis $#@*& masam', cakap berdegar-degar tahi lekat celah gelegar dan punya 2 lidah 1 telinga.

1 Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan tercapai jika isu-isu dibawah terlaksana atau ditangani :
1. Pemerintahan hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan Hadis.
2. Mansuhkan segera PPSMI - kerana ini adalah suara rakyat.
3. Isu Perak diselesaikan dengan mengadakan pilihanraya semula.
4. Kes Altantuya dibicara dengan adil.
5. Pendidikan percuma di sekolah rendah dan menengah.
6. Khidmat perubatan percuma di hospital dan kliik kerajaan.
7. Hakmilik tanah diberi kepada rakyat yang berhak.
8. Harga minyak diturunkan sejajar dengan Malaysia adalah pegeluar minyak.
9. Penganggur diberi pekerjaan - kurangkan pekerja asing secara berperingkat-peringkat.
10. Rendahkan kadar tarif elektrik dan air supaya tidak membebani rakyat.
11. Bicarakan tahanan ISA dimahkamah dan mansuhkan ISA - keadilan sejagat terjaga.
12. Institusi Kehakiman yang bebas dari pengaruh kerajaan.
13. Institusi Penguatkuasaan Undang-undang yang berkecuali dari mana-mana pengaruh.
14. SPR hendaklah bebas dan berkecuali.
15. Harga barangan runcit harian perlu dikawal supaya tidak tinggi.
16. Parti-parti politik bebas bersuara tanpa ada sekatan.
17. Media mestilah bebas melaporkan apa saja yang benar asalkan berkecuali.
18. Khidmat tenaga elektrik dan air diseluruh negara disediakan.
19. Kerajaan mestilah berbelanja dengan berhemah tanpa pembaziran.
Banyak lagi, tapi inilah yang boleh dilakukan dengan sekadar segera.

Tuesday, May 12, 2009

2 TELINGA 1 LIDAH VS 1 TELINGA 2 LIDAH


1. 1 telinga dengan 2 lidah adalah puak yang sanggup melakukan apa saja untuk kepentingan sendiri maupun kepentingan mereka tanpa mengira baik atau buruk implikasinya. Puak ini juga sanggup membelakangi hak-hak orang lain asalkan individu atau mereka mendapat apa yang mereka hajatkan. Lebih buruk lagi puak ini kerana 1 telinga, mereka angkuh dan sombong dipekakkan telinga yang 1 itu dari mendengar nasihat dan pendapat orang lain baik nasihat dari kalangan puak mereka sendiri. Dengan 2 lidah mereka, mereka terus cakap tak serupa bikin, 1 lidah bercakap agak baik tapi dalam masa yang sama lidah yang 1 lagi biadap tuturkatanya. Asal kuasa dapat dimiliki, apa saja yang mereka lakukan walau bertentangan dengan tata susila, adab timur maupun perundangan adalah baik bagi mereka.

2. Hamba Allah SWT yang sempurna punya 2 telinga dengan 1 lidah, adalah golongan yang bila mendengar, bijak menilai yang mana baik dan buruk, nasihat dan pandangan orang lain akan didengar dan dinilai, disusuli dengan tindakan yang terbaik. Dengan lidah yang 1, segala pertuturan diatur agar terserlah adab dan santun, tidak berdolak-dalik jauh sekali berdusta. Puak yang ini lebih suka kepada mesyuarah, diskusi, perbincangan dan sebagainya sebelum bertindak. Bertindak pula penuh hati-hati, sarat santunnya, adab diutamakan agar 'tepung tak berselerak, rambut tidak putus'.


3. Kemelut di Perak walau tidak semahal emas, melimpah dengan segala macam budaya samseng. Dek kuasa yang diburu, sanggup menonjolkan sifat dan sikap yang sebenar mereka dari spesis 1 telinga 2 lidah. Rakyat Perak terkedu, terpinga-pinga dengan peristiwa yang penuh bersejarah ini. Yang jelas dan nyata, rakyat Perak semakin loya, meluat, benci, menyampah dan kecewa dengan perangai spesis 1 telinga 2 lidah ini. Sejarah ini pastinya akan tertanam disanubari rakyat Perak selama-lamanya, masa saja akan menentukan hukuman akan dijatuhkan oleh mahkamah rakyat pada setiap pilihanraya, baik PRU atau PRK.


4. Ku Li dah beberapa kali melontarkan nasihat dan pandangan (dari puak mereka sendiri), yang terbaru, Ku Li nasihatkan supaya DUN Perak dibubarkan, biar rakyat menjadi hakim, namun dek kerana 1 telinga, manakan dapat didengar mereka. Dah la 1 telinga, dipekakkan pulak, Ku Li ibarat menyalak bukit di Gua Musang.

5. Sejarah demi sejarah diukir, hari ini rayuan Zambri memohon penangguhan diterima, jelas sudah spesis 1 telinga 2 lidah ini tidak mahu melihat Perak berada dalam keadaan aman sejahtera, malang sungguh bagi rakyat Perak mempunyai spesis 1 telinga 2 lidah yang tegar ini. Jika berterusan begini, kemana halatuju negeri Perak, ekonomi tak terurus, rakyat tak terbela, pembangunan tempang, pelabur lari, urustadbir tempatan lintang pukang, dan banyak lagi agenda bakal cacat. Tindak tanduk spesis 1 telinga 2 lidah ini bakal menidakkan Perak Darul Ridhuan, tapi ingin membina Perak Darul Kacau.

Monday, May 11, 2009

KEBENARAN MENGATASI KEBIADAPAN & KERAKUSAN

1. Sebenarnya Nizar sejak dulu hingga sekarang adalah MB Perak yang SAH, dan hari ini diSAHkan lagi oleh mahkamah. - sememangnya MB HARAM adalah Zambry sejak dari rampasan kuasa hingga hari ini, juga diSAHkan oleh mahkamah.

2. ALHAMDULILLAH akhirnya ALLAH SWT meletakkan KEBENARAN ditempatnya mengatasi kebiadapan dan kerakusan puak-puak yang dikatakan Sasterawan Pejuang Negara, A. Samad Said 'satu telinga dan dua lidah' (spesis yang memang dah lama muncul).

3. Selain dari kita wajib bersyukur dengan ketentuan ALLAH SWT terhadap keputusan mahkamah hari ini jangan kita menanamkan sifat dendam di hati kita dengan memperlakukan kepada puak 'satu telinga dan dua lidah' ini seperti apa yang telah mereka lakukan kepada kita.

4. Rakyat PERAK DR sudah pasti bergembira dengan keputusan mahkamah hari ini, mengesahkan Zambry adalah MB haram, airmata yang gugur kebumi Perak selama ini berbaloi setelah menyaksikan Nizar dan ADUN PR yang lain dihina di DUN minggu lepas, doa yang berterusan termakbul sudah, senjata terakhir rakyat Perak terhadap Maha Pencipta. Kepada saudara ku rakyat Perak, kalian sememangnya patut dianugerahkan kemenangan ini.


5. Biarkan puak 'satu telinga dan dua lidah' ini berada terus di Perak, kita lihat langkah Zambry dan pasukannya, kita saksikan saja kemana nak perginya SUK dan kita perhatikan saja sang polis yang berhempas pulas di DUN tempohari. Kita juga bakal saksikan 4 ekor katak, sejauh mana lagi lompatan mereka nanti, oh ya lupa, speaker haram, biar dia jadi betul-betul 'speaker'.

TAKBIR! TAKBIR! TAKBIR! REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI!

BERITA TERKINI