Saturday, June 13, 2009

BADI umNO DALAM PKR


Ditujukan khas kepada semua pemimpin-pemimpin PKR.

Kecewa dan terkejut beruk aku dengan cerita yang baru aku dengar hari ini. Tiada niat nak jatuhkan maruah sesiapa tapi kalau beginilah sikap pemimpin-pemimpin PR, hayat kejatuhan akan hampir tiba.

Kemenangan besar PKR PR di Penanti tempohari dilihat sebagai kejayaan hebat PKR PR, namun macam ada yang tak kena apabila timbul cerita-cerita yang menyakitkan telinga mendengarnya dan cerita-cerita yang mengejutkan dan seperti tak percaya rasanya (tapi aku percaya).

(gambar hanya hiasan semata-mata)
Perangai pembawaan umNO masih menebal dikalangan pemimpin-pemimpin PKR yang berkampong di Penanti tempohari. Apa tidaknya, berjuang di Penanti untuk menegakkan sebuah perjuangan keadilan maka berkumpul seluruh pemimpin-pemimpin PKR siang dan malam bagi memantau gerakerja anak-anak buah tapi yang malangnya masih ada pemimpin-pemimpin yang hanya pandai berkokok, menegur orang lain pandai tapi diri sendiri lebih teruk dari orang yang ditegur.

Aku tidak akan sebut nama mana-mana pemimpin PKR yang nak aku maksudkan, tapi diharapkan siapa yang makan lada akan terasa pedasnya. Kepada pemimpin ini masih ingatkah lagi bilamana YB pernah menjamu selera dengan anak-anak buah di Kg Pelet, Penanti? Cukup setakat itu dulu, akan dibongkar lagi sekiranya perkara ini masih belum dapat diselesaikan. Jangan sampai aku sebutkan nama pemimpin ini dilain kesempatan, malu mungkin sebentar cuma tapi kalau rakyat dah mula tak hormat dan seterusnya menolak PKR janganlah nak diharapkan pada PRU13.

Kepada pemimpin sebegini, kalau tak mampu nak berubah dan badi umNO yang dibawa itu masih melekat dijiwa masing-masing elok saja letak jawatan dan masuk umNO. Jangan hanya pandai nak perbetulkan orang lain tapi diri sendiri tak betul.

No comments:

BERITA TERKINI