Thursday, October 8, 2009

PRK BAGAN PINANG : CERDIKKAH TPM MALAYSIA ?


KHAS BUAT WARGA PENGUNDI DI BAGAN PINANG, ANDA SEMUA DAPAT LIHAT BETAPA CERDIK NYA PEMIKIRAN TPM MALAYSIA DAN GOLONGAN YANG SEANGKATAN DENGANNYA BILA MEREKA SEMUA BERKEMPEN DI TEMPAT ANDA. SEMAKIN HARI SEMAKIN TERSERLAH KECERDIKAN MEREKA, BANGKAI GAJAH MANA BISA DITUTUP DENGAN NYIRU.........

Kebodohan yang ketara, berkempen di Bagan Pinang, Kelantan yang menjadi mangsa. Inilah tahap pemikiran tokoh pemimpin umNo b end setelah lebih 50 tahun memerintah dan merdeka. Lihat kenyataannya :

K'tan contoh kegagalan PAS: TPM (Okt 6, 09) - Rakyat perlu mengambil Kelantan sebagai contoh kegagalan parti PAS membangunkan negeri itu sejak 20 tahun lepas dan sebaliknya menilai rekod kejayaan kerajaan BN. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kepimpinan BN sudah terbukti apabila meletakkan Malaysia antara negara yang maju di dunia selepas memerintah negara sejak 50 tahun lalu. "Kalau kita pergi ke Kelantan, kita akan lihat sebuah negeri yang dipimpin oleh PAS yang masih lagi mundur dan kadar kemiskinan adalah antara tertinggi dalam negara," katanya ketika berucap di majlis sambutan Aidilfitri 1Malaysia Bandar Sunggala di Port Dickson semalam.

Aku tidak mahu komen banyak tentang Kelantan (tanah tumpah darah ku), hanya rakyat Malaysia yang celik matanya dan yang waras akalnya sahaja tahu bagaimana Kelantan sekarang. Kerana Kelantan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.

Bandingkan dengan berita di bawah, negeri yang tidak pernah diperintah PAS, PKR jauh sekali DAP.

SEMPORNA: Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memperuntukkan sebanyak RM 91,200 atau RM 200 seorang untuk diagih-agihkan kepada 456 nelayan miskin di daerah ini, sebagai elaun sara hidup mereka bagi bulan September 2009. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, bantuan tersebut merupakan bukti keprihatinan pihak kerajaaan terhadap nasib golongan nelayan miskin yang kini jumlahnya mencecah 57 ribu orang di seluruh negara.

Kenapa boleh jadi begini, di negeri yang kaya dengan hasil mahsulnya? Kalau inilah rekod kejayaan yang di 'kokok' dan di bangga Muhyiddin, alamatnya Malaysia akan semakin mundur. Kalau nak di senaraikan keseluruhan rekod kejayaan yang menjadi kebanggaan umNO b end, aku rasa mengalahkan hikayat 1001 malam.


Diatas juga adalah satu lagi rekod kejayaan kebanggaan Muhyiddin, setelah 50 tahun memerintah dengan bangganya, masih ada rakyat merempat di tanah air sendiri.

Lihat foto-foto dibawah, lintasan keretapi di Mengkibol, Rengam Siding dan Tampin. Inikah kualiti lintasan keretapi yang mampu dibina selama 50 tahun lebih memerintah? Inikah dinamakan membela rakyat, sedangkan tahap keselamatan rakyat di perjudikan sebegini rupa? Untuk pengetahuan semua, terdapat 144 lintasan keretapi yang sewaktu dengannya di seluruh negara yang bila-bila masa boleh mengundang padah kepada rakyat terbanyak. Pemimpin negara tidak melalui jalan-jalan ini sebab itulah mereka ini buta tentang masalah rakyat.



Berbalik kita di Bagan Pinang, yang menjadi 'medan perang' sebenar. Saksikanlah bagaimana umNO b end berjaya membawa pembangunan dengan banyaknya projek-projek gajah putih dan projek yang terbengkalai di seluruh Port Dickson. Sila ke http://perisik-rakyat.com. Kalau beginilah yang dikatakan satu rekod pencapaian yang membanggakan, aku rasa Tan Sri Pak Pandir dan Datin Sri Mak Andeh pun boleh jadi menteri.
-------------------------------------------------------------------------------
AKU MENYERU KEPADA SELURUH WARGA PENGUNDI DI BAGAN PINANG, INILAH SAAT YANG TERBAIK UNTUK MENOLAK umNO b end YANG BUKAN SAHAJA GAGAL MEMBELA RAKYAT MALAH PARTI PERASUAH. UNDI ANDA NANTI BAKAL MENCORAKKAN MASA DEPAN DI BAGAN PINANG, IBARAT KAIN PUTIH, BATIK DILUKIS, BATIKLAH HASILNYA. SEKIRANYA ANAK CUCU MERANA KEMUDIAN HARI DEK KERANA PEMERINTAH YANG HAPRAK DIPILIH, MEREKA AKAN SALAHKAN TANGAN MEMANGKAH UNDI BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG.
--------------------------------------------------------------------------------
UNDILAH PAS PR ! TAKBIR !

No comments:

BERITA TERKINI