Lahir pada 06.10.2008, bertujuan untuk melontar apa saja pandangan, komen, hasil penemuan, pendapat serta cadangan untuk renungan bersama. Yang pasti, isikandungnya bukan untuk memperlekehkan, menjatuhkan, memperkecilkan atau menempelak mana-mana pihak. Yang terkena tempiasannya terimalah dengan sikap terbuka dan profesional demi untuk memperbaiki kelemahan kita.
Sunday, February 1, 2009
SAFAR
1. Safar bulan ke 2 dalam kalendar Islam yang bererti kosong, kerana orang-orang Arab pada bulan ini meninggalkan rumah mereka hingga kosong untuk berperang dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka.
2. Munculnya perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam, iaitu kononya bulan diturunkan bala bencana, malapetaka dan tidak mendapat zuriat jika berkahwin pada bulan Safar, sekaligus mandi safar dilakukan bertujuan menghapuskan dosa dan tolak bala.
3. Allah S.W.T. berfirman, mafhumnya : " Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatupun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal. " (Surah At Taubah, ayat 51). Jelaslah bahawa nahas atau bala bencana tidak hanya berlaku pada bulan Safar sahaja.
4. Kesimpulannya, perkara khurafat atau kepercayaan karut yang ditegah oleh syarak boleh merosakkan akidah seseorang, maka adalah wajib umat Islam menjauhinya supaya tidak membawa kita kepada syirik.
Peristiwa penting dalam bulan Safar :
1. Perkahwinan baginda s.a.w. dengan Khadijah bt Khuwailid r.a., iaitu sebelum Rasulullah dilantik menjadi Rasul.
2. Peperangan pertama di hadiri Rasulullah s.a.w. adalah Peperangan Al-Abwa pada tahun ke 2 Hijrah bagi menentang kekufuran.
3. Peperangan Zi-Amin, berlaku pada tahun ke 3 Hijrah.
4. Peperangan Ar-Raji', berlaku pada tahun ke 4 Hijrah, dimana rombongan utusan baginda s.a.w. diserang hendap di suatu tempat persinggahan yang bernama Ar-Raji' daerah 'Usfan (daerah antara Mekah dengan Madinah).
5. Peperangan Bi'ru Ma'unah, berlaku pada tahun ke 4 Hijrah.
6. Pembukaan Khaibar (kubu orang Yahudi), pada tahun ke 7 Hijrah, berlaku peperangan ketika itu yang menyaksikan gugur syahidnya sahabat seramai 15 orang sementara 73 Yahudi mati terbunuh.
7. Peperangan Maraj Rahit, pada tahun ke 13 Hijrah di Damsyik.
8. Abdul Rahman Al Ghafiqiy dilantik sebagai Gabenor Andalusia pada tahun 113 Hijrah.
9. Wafatnya Panglima Islam, Salahuddin Al-Ayyubiy pada 27 Safar 589 H.
10. Jatuhnya Kerajaan Abbasiyah di Baghdad ke tangan Tatar pada tahun 656 H. Al-Mu'tasim Billah, khalifah ketika itu terbunuh bersama seluruh ahli keluarga, orang-orang kenamaan negara, ratusan ribu umat Islam dan beribu-ribu kitab Islam musnah.
11. Persidangan Darul-Nadwah, yang dianjurkan oleh puak Musyrikin Jahiliah dan diketuai oleh Abu Jahal, dihadiri oleh iblis yang menyamar sebagai seorang tua. Persidangan ini memutuskan Rasulullah S.A.W. dijatuhi hukum bunuh, dengan itu Allah Ta'ala memerintahkan Rasulullah S.A.W. berhijrah dari Mekah ke Madinah.
12. Rasulullah S.A.W. mula jatuh sakit, iaitu pada akhir bulan Safa, setelah baliknya baginda dari mengerjakan haji terakhir baginda (Haji Wida').
....wallah hu 'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment