Thursday, February 12, 2009

YANG HARAM TETAP HARAM

Melihat dari jauh bagaimana kerajaan Perak yang sah (kerajaan PR) diruntuhkan secara paksaan dan kekerasan dan terbentuknya kerajaan baru Perak yang tidak sah atau haram meninggalkan kesan yang lebih bererti berbanding dengan kekalahan demi kekalahan UMNO/BN dalam setiap pilihanraya, baik PRU ataupun PRK. Modus operandi yang tidak bertunjang kepada perlembagaan itu jelas dimata rakyat itulah sahaja cara untuk mereka berkuasa, nak harapkan pilihanraya memang mereka akan kecundang walau dimana pun. Kesedaran rakyat bertambah kerana UMNO/BN sendiri yang membuka pekung mereka.

Bakal PM, kalau sempat, cuba untuk mengembalikan 'teloq' nya yang gugur di 2 PRK lepas, malangnya pendekatan yang digunakan bagi meruntuhkan kerajaan sah Nizar, mengakibatkan yang 'tu' juga hilang. Kredibiliti dan integritinya yang selama ini dah kurang, kini semakin kurang. Bijak sungguh Pak Lah mengambil kesempatan. Bakal PM digunakan dan ditungganginya dengan bergaya, dirancangnya supaya Tajol dinyahkan supaya tidak nampak percaturannya, rampas kuasa dan naikkan Zambry Pangkor, supaya tak nampak ketara percaturannya, dihantar KJ ke Ipoh, turut sama bertempik kononnya menyokong bakal PM dan kerajaan haram yang baru dibentuk, berjaya, berjaya Pak Lah tonjolkan bakal PM rakus kuasa dan sememangnya lemah. Tujuan Pak Lah supaya bakal PM bukan sahaja ditolak rakyat malah ditolak oleh sesama mereka. Bukan semua pemimpin UMNO/BN bersetuju dengan cara bakal PM merampas Perak, berapa kerat yang berani berkata-kata, semua bisu seribu bahasa. Yang kedengaran hanyalah veteran-veteran, TDM dan TR, itupun tak setuju. Kak Pidah nak tumpang semangkuk, dapatlah 'last kopek' sementara bakal kehilangan jawatan ketua wanita. Tajol? Dia belajar dari arwah bapanya, menerima nasib yang sama dengan Nizar, 'derhaka' kepada sultan juga pada masa itu, sehinggakan Almarhum Sultan Idris Shah bermasalah dan bernazar tidak mahu mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali Jawi tidak letak jawatan. Maka sebab itulah Tajol juga diam.

Kalau dah dapat menakluk Perak dengan cara haram pastinya akan kelihatan kepincangan dan kelemahannya. Penampilan sulung MB haram di kalangan rakyat disambut dengan sorakan 'boo', mana ada benda ini berlaku kepada MB PR yang dapat memerintah dengan cara yang sah? Baik kepada Mr Lim di Pulau Pinang, Ustaz Azizan di Kedah, mahupun Khalid di Selangor, dan jauh sekali akan berlaku kepada Tuan Guru di Kelantan. Semakin jelas, jika dilihat penampilan MB haram dalam rancangan yang disiarkan oleh TV1 begitu kekok dan gagal berdepan dan menjawab isu-isu yang di ketengahkan, betapa malangnya dapat MB haram macam ni. Lihat kerja siapa pula yang nak menonjolkan betapa MB haram ini tidak layak, dan sememangnya tidak akan layak menjadi MB? Bertambah tempang lagi bilamana belum sampai 100 hari menjadi MB haram, dah ada laporan di buat kepada SPRM tentang salah guna kuasa. Walaupun masih belum disiasat SPRM, siasat tak siasat tak tahulah, nampak kerumitan dan bakal berhadapan dengan bermacam-macam kerenah. Yang lebih pasti lagi bagaimana MB haram ini nak berhadapan dengan PR di PRK Bukit Gantang nanti? Yakinnya MB haram ini akan menjejaki Mat Said di Trengganu, maka tidak keseoranganlah Mat Said, dah ada kawan.

Beruntung rakyat Perak punya 2 MB, semakin makmurlah negeri Perak nanti. Tak pernah ada negeri di Malaysia ni 2 MB. Yang pastinya ada perbezaan antara kaca dan permata, rakyat Perak sememangnya memilih permata. Yang halal dan yang haram, sahih rakyat Perak dambakan yang halal. Maka MB Ir Nizar jelas sudah pilihan rakyat dan telah membuktikan kemampuannya menerajui kerajaan Perak. Rakyat Perak masih dahagakan kepimpinan MB Ir Nizar, belum puas mereka dan tak akan puas mereka. Rakyat Perak pastinya menolak MB haram, kerana yang haram tetap haram.

1 comment:

Baginda Reformasi said...

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/02/sabah-beli-volvo-sape-membazir.html
yg membazir tetap membazir

BERITA TERKINI