1. Patutlah hujan sehari dua ni, rupa-rupanya 'seekor' lagi katak muncul. Kali ini di Lunas pula. Umum sudah tahu, Adun Lunas (gambar bawah) yang juga Exco Kedah isytihar keluar PKR dan akan bersama-sama dengan Ibrahim Ali berjuang secara bebas. Tidak ada parti, tidak ada pegangan, tidak ada matlamat perjuangan dan bebas hendak kemana-mana, ibarat lalang, ditiup kekiri, kekirilah dia, ditiup kekanan, kekananlah dia. Atau hantu bukan hantu nak orang pun bukan orang. Seronok Ibrahim Ali, bertambah lagi pengikutnya.
2. Walaubagaimanapun yang pergi biarlah dia pergi, yang ada perlu meneruskan perjuangan. Aku cadangkan :
a. PKR perlu segera buat keputusan mengenai kedudukan 'katak' baru ini, cadangkan kepada YAB Ustaz Azizan gugurkan dia dari exco, gantikan dengan yang lain.
b. Desak 'katak' baru ini letak jawatan ADUN, andaikata ada maruah diri, kerana dia menang dulu atas tiket PKR PR, orang macam ni semangatnya tak kuat, mudah kalah dengan serangan yang bertalu-talu.
c. PR perlu segera kukuhkan jemaah di Lunas, cari pengganti dan uruskan kawasan DUN Lunas seolah-olah 'katak' baru ini tidak wujud.
d. Program penerangan & program bersama rakyat Lunas perlu diadakan segera dan berterusan, lupakan 'katak' baru tu, rakyat Lunas tentunya bersama PR, insyaAllah.
e. Kita ada Gobala (PKR) di P17 Padang Serai dan YB Siti Aishah (PAS) di N33 Merbau Pulas (jiran kepada N34 Lunas) dan ramai lagi yang pastinya akan bekerjasama menangani masalah rakyat di Lunas.
Reformasi ! Takbir !
No comments:
Post a Comment