Tajuk yang aku pilih kali ini adalah RAHMAT atau BALA ? Bukannya Rahmat nama seorang Melayu tetapi rahmat disini adalah anugerah atau pemberian Allah SWT kepada hambaNya untuk dinikmati sekalian hambaNya hasil dari pengabdian diri terhadap Allah SWT. Pengabdian diri terhadap Allah SWT bermakna melakukan suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Manakala bala pula adalah suatu pembalasan dari Allah SWT kepada hambaNya yang ingkar atau melanggar suruhanNya yang mana bala ini diturunkan bukan sahaja kepada yang mungkar tetapi juga terkesan kepada hambaNya yang sekeliling dengan golongan yang mungkar tadi.
Dalam Al Quran, banyak diperkatakan mengenai rahmat dan bala (azab), antaranya :
Dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberi rahmat. (Al Imron, 132)
Dan Al Qur'an itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat, (Al An'aam, 155)
Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al A'raf, 56)
Dan begitulah azab Tuhanmu, apabila Dia mengazab penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim. Sesungguhnya azab-Nya itu adalah sangat pedih lagi keras. (Huud, 102)
Bagi mereka azab dalam kehidupan dunia dan sesungguhnya azab akhirat adalah lebih keras dan tak ada bagi mereka seorang pelindung pun dari (azab) Allah. (Ar Ra'du, 34)
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Ibrahim, 7)
Dalam lawatan kerja ke Kelantan hari ini PM 1Malaysia mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti dibawah :
Najib berkata hakikatnya Umno dan PAS mempunyai matlamat yang sama dalam memimpin negara iaitu membangunkan Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan makmur.
Beliau berkata walaupun kedua-dua parti itu berbeza dari segi ideologi namun matlamatnya sama iaitu untuk memimpin negara sehingga maju dan mendapat keredaan Allah.
"Analogi macam kita berada di landasan lebuh raya. Kita (Umno) dalam lane (lorong) kita, PAS dalam lane dia tapi kita sama-sama menuju mencari keredaan Allah."
Sebab itu kita (Umno) hidup di negara ini tuhan berikan rahmat kepada kita.
Begitu banyak perubahan setelah Umno memimpin lebih 50 tahun," kata Najib.
- Betulkah umNO dan PAS satu matlamat nak memimpin Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju dan makmur? Dah lebih 50 tahun umNO memerintah Malaysia, rasanya rakyat Malaysia arif dan sedar sejauh mana umNO nak bawa Malaysia kearah negara Islam yang maju dan makmur atau tidak. Adakah dengan adanya pusat judi antara yang terbesar di Asia Tenggara menjadikan Malaysia negara Islam? Adakah dengan kekalnya akta ISA yang zalim meletakkan Malaysia sebuah negara Islam yang makmur? Adakah dengan meningkatnya kadar jenayah menjadikan Malaysia antara negara yang makmur? Adakah dengan menggunakan PDRM, SPRM, SPM dan lain-lain menekan dan menzalimi rakyat menaikkan taraf Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur? Lebih 50 tahun umNO memerintah Malaysia yang mengamalkan tekanan dan kezaliman kepada penentang politik mereka dikatakan sebuah negara maju dan demokrasi sebenar? Lebih 50 tahun umNO memerintah Malaysia yang sejarah membuktikan banyak penipuan dilakukan terhadap rakyat, yang lemah terus ditindas, yang kuat dibela walaupun songsang, yang miskin terus papa kedana sementara yang kaya semakin rakus mengaut kekayaan negara, bolehkah dikatakan negara maju dan makmur? Banyak perubahan yang umNO lakukan sejak lebih 50 tahun, benar sekali, perubahan kearah kehancuran negara Malaysia sememangnya tak dapat dinafikan, yang berkuasa bebas melakukan apa saja lagak mereka kebal selama-lamanya, yang berkuasa hanya mementingkan poket sendiri tanpa melihat rakyat terbawah yang perlukan pembelaan dan yang berkuasa terus mengguna segala punca kuasa penguatkuasa untuk mempertahankan diri walaupun terbukti kepincangannya.
Inikah cara pemerintahan untuk mencari keredahaan dari Allah SWT? Adakah selama ini bumi Malaysia dianugerahkan rahmat oleh Allah SWT atau diturunkan bala yang kekadang kita lupa dan alpa suatu musibah itu adalah unsur bala dari Allah Maha Pencipta Alam.
No comments:
Post a Comment