1. Pembuka bicara, terlebih dahulu syukur kehadrat Allah SWT aku panjatkan dengan anugerahNya memberi kemenangan kepada perjuangan kita PAS PR di Manek Urai. Juga setinggi tahniah kepada Abe Uji yang kini bergelar YB - Yang Berkhidmat. Semoga YB mampu menjalankan amanah ini selari dengan dasar kita yang berpaksikan panduan al-Quran dan al-Hadis.
2. Ruangan kali ini aku nak sentuh bagaimana 2 senario yang amat ketara perbezaannya. Sudah aku katakan dalam posting lepas bagaimana dunia menyaksikan prk Penanti, bagi aku adalah suasana pilihanraya yang paling aman (sejarah) di Malaysia, kerana apa? Kerana umNO be end tidak melibatkan diri mereka secara langsung, walaupun dilantik proksi mereka. Bermula dari hari penamaan calon sehinggalah disaat pengumuman dibuat, tiada kekecohan, tiada pergaduhan, tiada laporan polis, tiada poster dikoyak, tiada bendera parti disabotaj, kesimpulan aman seaman-amannya, sehinggakan polis pun boleh tidur nyenyak. Lebih aman lagi bila tiada janji-janji manis diberi kepada rakyat Penanti, mungkin masih terasa janji pada PRU12 masih belum ditunaikan umNO be end maka umNO be end mengangkat bendera putih.
3. Amat berbeza kali ini di Manek Urai. Sejak diisytihar SPR bahawa ada prk di Manek Urai, umNO be end sudah menunjukkan tanda-tanda awal keadaan prk kali ini bakal kalut dan kusut. Seluruh agensi kerajaan digunakan, semua para-para menteri memijak kaki mereka di Manek Urai walaupun sebelum ini Manek Urai jauh dari fikiran mereka, segala strategi baik yang kotor atau yang kurang kotor digunakan dan lebih dahsyat lagi berbagai janji ditabur untuk meraih undi. Wang, tak cerita lah. Bermula dari hari penamaan calon sudah ada bunga-bunga pergaduhan dan kekecohan sehinggalah pada hari mengundi dapat kita lihat betapa umNO be end lah puncanya.
4. Bagaimana nak di bayangkan sekiranya di prk akan datang, PR tidak bertanding, yang bertanding hanyalah umNO be end dan bebas, aku yakin mampos bebas dikerjakan. Malang sungguh negara ku Malaysia punya golongan seprti umNO be end.
5. Kini, penduduk Manek Urai ditinggalkan, ada yang dah kenyang dengan habuan duit ringgit, buntal dengan longgokan barang dapur, tersenyum lebar dengan keuntungan hasil jualan yang berlipat kali ganda, tersengih dengan kutipan rumah sewa seperti durian runtuh bukan itu saja ditinggal juga penduduk Manek Urai dengan janji-janji. Apakah janji ini akan ditepati, kalau ikut sejarah, janji umNO be end hanya akan tinggal janji sahaja. Apalagi mereka kalah!
6. Khas aku tujukan kepada Abe Uji, tugas berat menanti Abe. Mulai dari hari ini Abe terpaksa bekerja gigih sementara menghadapi PRU13 yang akan datang. InsyaAllah dengan bantuan rakan-rakan yang lain, segeralah Abe Uji jadikan diri seperti arwah Pak Su Weil. Segera bertemu dengan seluruh pengundi Manek Urai, bermesra dengan mereka, bergaul dengan mereka, berada dalam hati mereka, banyakkan program mendekati mereka, dengar keluhan mereka, tanpa ada rasa pilihkasih, tanpa mengira siapa yang mereka sokong dan pastinya PRU13 nanti akan menyaksikan pertambahan sokongan kepada Abe Uji. Didoakan semoga Abe Uji diberi kekuatan, disihatkan tubuh badan, dilapangkan fikiran dan masa, semoga berjaya dalam perjuangan kita. Allah huakbar, Allah huakbar, Allah huakbar.
No comments:
Post a Comment