Saturday, July 11, 2009

NAJIB - PAHAT vs TUKUL


Bak kata pepatah, seperti pahat dengan penukul, sekali ketuk, sekali masuk, tak ketuk, tak masuk. Sinonim dengan Najib, tidak 'berkokok' Tun M, tak buat kerjalah Najib. Masih panas dengan kritikan pedas mentornya (tunjuk ajar ku....sifu), maka hari ini Najib membuat pengumuman program-program yang diakuinya 'mesra rakyat' sempena 100 hari beliau menjadi PM. Hadiah untuk rakyat katanya.

Walaubagaimanapun cuba kita lihat program-program yang diumumkan, adakah benar-benar 'mesra rakyat' atau hanya gula-gula baru untuk rakyat yang belum tentu dilaksanakan, kerana semuanya berbunyi akan, akan, akan dan akan sahaja. Tambah lagi secara kebetulan pengumuman dibuat dalam kehangatan berkempen di prk Manek Urai. Bagi aku, inilah projek MEGA 'MEE SEGERA' yang biasanya menjadi taktik umNO be end dalam menghadapi setiap kali prk. Walaupun rakyat Manek Urai tidak nampak dimata dengan program-program ini tapi ianya akan menjadi bahan kempen puak 1 mata 1 telinga yang 'berkokok' siang dan malam di Manek Urai.

1. Pengguna lebuh raya yang menggunakan kad prabayar Smart Tag dan Touch 'n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka akan layak menerima diskaun 20 peratus.


-> Nampaknya rakyat Najib hanyalah pengguna lebuhraya bertol sahaja, rakyat di negeri-negeri di Pantai Timur tak dapat faedah apa-apapun. Malah Najib hanya mendengar suara dari seorang pengguna lebuhraya bertol yang pendapatannya mencecah RM 3,000 sebulan, jelas Najib lebih suka menolong atau membantu ringankan beban golongan mewah, lupa dan tidak nampak dengan golongan bawahan yang pendapatan dibawah paras RM 1,000 sebulan, yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana. Kemudian dikenakan syarat pula, yang layak hanyalah mereka yang membayar tol lebih dari 80 kali sebulan, mesra rakyatkah macam ni, kalau nak buat kebajikan kepada rakyat tetapi diletakkan syarat sebegini. Logiknya kalau sebulan bekerja tanpa cuti sekalipun baru 60 kali melepasi tol untuk ketempat kerja (duta plus - kempen untuk PLUS, supaya melintasi tol dengan lebih kerap lagi). Lihat perkataan akan, baru dapat idea rupanya dan ini adalah satu keputusan atau penyelesaian sementara sahaja, sementara menunggu kajian keseluruhan mengenai kadar tol yang menurutnya akan mengambil masa. Maka rakyat akan tunggulah bila secara rasmi akan dikuatkuasa, entah jadi entah tidak belum tentu lagi, setahu aku orang no 1 negara senang sahaja buat keputusan, setuju aje, terus berkuatkuasa, nampak sangat PM tak berkuku.

2. Penyewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan akan diberi peluang dan pilihan untuk membeli rumah di bawah program tersebut.

-> Lebihkurang dengan program diatas, tertumpu kepada penduduk setempat, hanya untuk WP, rakyat negeri lain gigit jari. Untuk penyewa yang tersebut diatas harap sabarlah menunggu kerana program akan dilaksanakan, tak tahu bila.

3. Masyarakat penjaja dan peniaga kecil akan menikmati potongan 50 peratus bagi pembaharuan lesen dan lesen baru. "Ini akan memberi banyak kelegaan...saya harap negeri-negeri lain akan ikut langkah di Wilayah Persekutuan ini. Mudah-mudahan (bayaran) lesen-lesen lain juga akan dikurangkan," katanya.

-> Lagi sekali tumpuan hanya diberikan kepada WP, penjaja dan peniaga kecil negeri-negeri selain dari WP, tengok sahaja. Itupun akan menikmati sahaja, belum berkuatkuasa lagi, bila, harap tunggu.

4. Kerajaan akan menambah 3,000 lagi permit teksi untuk individu dalam masa tiga bulan ini, pertambahan daripada 7,000 permit teksi individu yang telah diberikan setakat ini.

-> Implikasinya, siapa yang akan memperolehi permit-permit ini? Adakah mereka yang benar-benar dari golongan pemandu teksi atau golongan atasan yang ada kedudukan, yang ada kuasa atau yang ada kabel akan diberi permit? Lihatlah sejarah yang lepas, bukan golongan sasaran yang mendapat faedahnya, yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana. Itupun akan ditambah, belum tentu lagi dilaksanakan.

5. Caj bayaran latihan untuk penunggang motosikal kelas B2 iaitu 250 cc ke bawah dikurang menjadi RM211 seorang. Beliau mendapati ramai penunggang terutama anak-anak muda yang "ke hulu dan ke hilir dengan motosikal kapcai" tidak memiliki lesen memandu kerana kos mendapatkan lesen termasuk latihan adalah tinggi, di antara RM500-RM700 seorang.

-> Kesannya, semakin ramailah mat-mat rempit akan lahir menjelang 2020 nanti. Sepatutnya yang perlu ditekankan selain menurunkan kos, ialah melahirkan penunggang yang berhemah. Kualiti latihan perlu ditingkatkan bukannya kuantiti penunggang yang dilatih dengan kos yang rendah. Kalau kos semakin rendah, makin kurang pendapatan bagi sekolah memandu maka secara tak langsung kualiti latihan juga akan terjejas.

6. Menjelang 2010, seramai 20,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi 10,000 unit Skim Amanah Saham Wawasan untuk isi rumah di bawah senarai E-Kasih dalam usaha memerangi kemiskinan bandar.

-> Miskin tegar dibandar? Bagaimana dengan miskin tegar di kampung atau kawasan pendalaman yang tidak menikmati kemudahan infrastruktur wajib seperti bekalan eletrik air dan perhubungan? Najib hanya lihat dalam tempurung dan lupa yang diluar tempurung.

7. Satu lagi tabung unit amanah baru dinamakan "Amanah Saham 1Malaysia" akan dilancarkan sedikit masa lagi dengan saiz sehingga 10 bilion unit. Ia dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

-> Satu lagi cara kerajaan cari duit, minta rakyat menabung dan diberi habuan dividen setiap tahun yang entah berapa % nilainya itupun akan dilancarkan, harap jadi kenyataan dan dengan % yang tinggi.

8. Peruntukan skim TEKUN ditambah RM150 juta lagi dan juga mengumumkan peruntukan RM15 juta khusus untuk program pembangunan usahawan muda kaum India di negara ini.

-> Tumpuan hanya kepada 1 kaum sahaja, bukan 1 Malaysia. Program yang cenderung kepada 'ambil hati' kaum India yang semakin lantang bersuara dan ini lebih kepada strategi mengurangkan tekanan dari mereka. Syabas kaum India, Hindraf dan lain-lain, teruskan mendesak kerajaan Najib, pasti akan diberinya. Tapi tak dinyatakan bila nak ditambah? Tunggu la!

9. Kerajaan akan mengambil langkah-langkah drastik ke arah mengurangkan jenayah dan rasuah di negara ini, dan maklumat mengenainya akan diumumkan hujung bulan ini.

-> Ini program yang menarik aku kira, terutama sekali rasuah. Objektif Najib hanyalah nak kurangkan rasuah bukan nak hapuskan rasuah. Bermakna kalau dalam 100 orang ada 20 orang perasuah, kerajaan nak kurangkan kepada 10 orang perasuah sahaja. Bermakna, rasuah mesti ada jangan tiada, seolah-olah memberi lesen kepada orang-orang tertentu sahaja yang boleh merasuah. Syabas Najib! Itupun sekali lagi hanya akan.

10. Kerajaan akan terus mempergiatkan usaha memperbaiki kelambatan pendaftaran kelahiran, terutama sekali di Sabah dan Sarawak.

-> Kenapa di Sabah dan Sarawak? Lembab sangatkah orang-orang disana bekerja? Jelas Najib memperlekehkan cara orang-orang Sabah dan Sarawak bekerja, tak effisien dan tak effektif. Itupun akan, sejauh mana akan dibaiki entahlah.

11. Permohonan kewarganegaraan akan dipercepatkan.

-> Ini sensitif sikit kalau nak dibincangkan, mungkin banyak permohonan dari rakyat Mynmar, Vietnam dan jangan lupa Monggolia yang masih tertangguh. Nampaknya golongan Jabatan Pendaftaran banyak kena tempias. Akan? Kalau Khir Toyo, tentu dah diberi penyapu kepada JPN.


12. Kerajaan akan menggandakan pembinaan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, daripada 750 kilometer yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sekarang kepada 1,500 kilometer dalam tempoh RMK-10.

-> Lebih kepada persediaan untuk menghadapi pilihanraya negeri Sabah dan Sarawak sahaja bunyinya. Setelah 50 tahun lebih negara merdeka baru teringin nak bangunkan Sabah dan Sarawak yang selama ini dianaktirikan. Bila? Tunggu dan lihat.

Malang sungguh dapat PM macam ni, orang suruh baru nak buat. Kalau diamati semua program yang hanya akan belaka, maknanya baru dapat idea, kerana bagi aku sebagai orang no 1 negara sememangnya boleh dikuatkuasakan serta merta, kalau setakat idea sahaja lepas tu baru nak bincang, bila pula nak dilaksanakan. Adakah pungguk akan terus rindukan bulan?

1 comment:

Anonymous said...

Ini adalah langkah berterusan. Setiap pekerjaan ada tahap2nya sebeluum mencapai kejaayn itu. sama juga spr PAS di kelantan, sampai sekarang, rakyatnya bertambah2 miskin. Satu strategi apa pun tak pernah dengar. Yang hanya dengar... ceramah..ceramah...ceramah... itu sahaja.

View Profile: Rantong™

BERITA TERKINI