Wednesday, July 22, 2009

34 TAHUN MENIPU


1. 9 Mei 1975 kerajaan negeri Kelantan memeterai satu perjanjian dengan Petronas dan dalam dokumen perjanjian itu kuasa yang mana dahulu dimilik negeri-negeri termasuk Kelantan telah diserah kepada Petronas dengan menjanjikan pembayaran tunai kepada negeri-negeri yang telah diambil hak tadi sekiranya ada pengeluaran petroleum. Maknanya sudah lebih 34 tahun perjanjian ini berkuatkuasa dan sah disisi undang-undang, malangnya mantan menteri kehakiman, sekarang ini menteri penerangan Dr Rais Yatim dengan angkuh berkata royalti minyak kepada negeri-negeri terletak sepenuhnya di bawah sifat ehsan dan belas kasihan KERAjaan Pusat dan bukannya hak rakyat Kelantan atau rakyat mana-mana negeri, hairan bin ajaib tokoh undang-undang ini tidak tahu bab undang-undang.





2. 9 Mei 1975, 34 tahun yang lampau, YBM Tan Sri Tengku Razaleigh terlibat dalam menandatangani perjanjian yang tersebut diatas bersama kerajaan negeri-negeri lain Sabah, Sarawak dan Trengganu, selain Kelantan. Arwah Tun Abdul Razak ketika itu juga bersetuju dengan pemberian 5 % royalti kepada kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat dalam membantu pertumbuhan ekonomi negeri-negeri tersebut. Sememangnya YBM Tan Sri Tengku Razaleigh lah orang yang paling layak membicarakan isu minyak negeri Kelantan, kerana beliau lebih tahu dan arif dengan perjanjian yang dimeterai apalagi beliau juga adalah bekas Pengerusi Petronas suatu masa dahulu. Orang lain yang buta sejarah baik diam sahaja daripada cuba nak tonjolkan kebodohan diri.


3. YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah berkata Kelantan berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian perkongsian hasil carigali minyak yang dimeterai dulu dan KERAjaan pusat tidak berhak untuk menahan pembayaran royalti kepada Kelantan. Lihatlah tokoh ini berhujah, jelas lagi bersuluh berdasarkan fakta, tahu menilai mana yang benar dan mana yang palsu, tidak pandai nak menipu rakyat, ini pemimpin umNO be end yang bercakap. Malangnya ada pemimpin umNO be end lain sanggup menipu rakyat Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya dengan mengatakan Kelantan tak ada minyak, Dato' Pa cuba nak tipu rakyat, tapi rakyat Kelantan tidak bodoh seperti yang disangkakannya, tetapi tahulah kita semua siapa yang bodoh?

4. Selama 34 tahun KERAjaan pusat be end menipu kerajaan Kelantan, masih belum cukup, malah pemimpin umNO be end dari Kelantan sendiri beria-ia menafikan hak rakyat Kelantan termasuk rakyat Jeli. Amat malang bagi rakyat di Jeli, pemimpin sanjungan anda tidak mahu melihat Kelantan maju, pemimpin yang anda pilih tidak bangga dengan Kelantan sebagai pengeluar minyak, pemimpin yang anda sokong ingin terus melihat rakyat Kelantan miskin dan ketinggalan, biar rakyat merana asalkan pemimpin bahagia. Rakyat Jeli sepatutnya menghukum pemimpin yang sebegini, gunalah kuasa rakyat kuat undi anda wahai rakyat Jeli, benamkan pemimpin yang bermuka-muka ini pada PRU yang akan datang. Sepatutnya negeri Kelantan sudah berubah wajah. Cukuplah 34 tahun menipu!

"bullet train dari tumpat ke gua musang"

" pemandangan waktu malam jambatan Sultan Yahya Petra yang dibaik pulih"

" pemandangan waktu malam wajah baru Kota Bharu Bandaraya Islam dari bawah jambatan"

No comments:

BERITA TERKINI