Thursday, January 26, 2012

KETUA PENERANGAN YANG TAK 'TERANG'

Aku heran bin ajaib, macamana Datuk ni dilantik jadi Ketua Penerangan sedangkan dia ni 'buta' sejarah. Bukan sejarah antarabangsa tapi sejarah negeri sendiri. Apa yang dia nak terangkan pun aku tak tahu.
Ini kata dia :

"Debat ini tak sesuai kerana budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini. Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan bangsa. Tidak seperti di Barat dimana politik mereka lebih bersifat terbuka serta tidak melibatkan pelbagai kaum".


Tahukah Datuk Ketua Penerangan bahawa Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri telah mula diadakan sejak tahun 1974 lagi di Kolej Melayu Kuala Kangsar di antara sekolah-sekolah berasrama penuh. Dan dinamakan dengan Piala Perdana Menteri yang ketika itu berhasrat mahu melihat lahirnya bakat pemimpin yang dinamis, cerdas dan bijaksana. Siapa Perdana Menteri ketika itu? Tak lain tak bukan ialah Allahyarham Tun Haji Abdul Razak ayahanda kepada PM sekarang.

Sudah 37 tahun berlalu, dan ianya masih di teruskan sehingga hari ini, apakah ianya masih belum diterima dinegara kita. Menidakkan budaya debat ini, seolah-olah Datuk cuba menidakkan hasrat dan cita-cita Perdana Menteri.

Kalaulah debat dari sudut pandang Datuk adalah budaya Barat, bagaimana pula dengan pusat disko, pusat karaoke, kelab-kelab malam dan macam-macam lagi yang tumbuh melata diseluruh negara? Bukan budaya Barat ke?

Yang baik kita ambil dan yang buruk kita buang! Dah 50 tahun lebih Merdeka pun pemikiran masih 'dalam kotak'.

No comments:

BERITA TERKINI