Saturday, September 25, 2010

I'DA WORLD UTUSAN HULAGU KHAN MODEN ?

Setelah bertahun-tahun lamanya, akhir pada tahun 656H Kota Baghdad dibawah pemerintahan Islam Bani Abasiyah Khalifah al-Musta'shim Billah ditakluk oleh Hulagu Khan iaitu cucu kepada Genghis Khan.  Penaklukan kota Baghdad dilakukan dengan begitu kejam dan zalim oleh tentera Monggol, penghuni kota Baghdad dibunuh tanpa kasihan belas, alim ulama, kadi, imam, bilal dikumpul dan dibunuh, tentera Monggol menceroboh masjid-masjid dan membunuh semua jemaah didalamnya, wanita yang sedang mendukung bayi dibunuh, kemudian bayi itu dilambung dan disambut dengan tombak sehingga bayi itu terbelah dua, kanak-kanak juga diseksa dan dibunuh, kaum wanita di perkosa dan dibunuh, bahkan Khalifah al-Musta'shim Billah sendiri dijadikan tawanan perang dan akhirnya terbunuh. Habis harta di kota Baghdad di rampas Hulagu Khan dan dihantar ke Monggol begitu juga dengan gadis-gadis yang cantik jelita dikirim ke Monggol. 
Kejayaan Hulagu Khan menakluk kota Baghdad tidak mungkin berhasil tanpa bantuan pengkhianat  dan pembelot Umayiduddin Muhamad al-Aqami yang juga salah seorang menteri Khalifah al-Musta'shim Billah sendiri. Berbagai cara dan muslihat dirancang oleh Umayiduddin yang dijadikan utusan perantara Hulagu Khan dengan Khalifah al-Musta'shim Billah. 
Kini muncul pula I'DA WORLD yang menjadi utusan Hulagu Khan Moden?

BERITA TERKINI