Saturday, October 23, 2010

PRK GALAS : PRK di Galas, umNO kempen di Manek Urai, umNO tewas di Kota Bharu.


Kepandiran umNO sudah terang lagi bersuluh, mujurlah pak pandir ketereh tolong laungkan bahawa ahli-ahli umNO adalah keturunan pandir.
Apa tidak pandirnya, pilihanraya kecil akan di adakan di Galas, Gua Musang tapi umNO kalut ribut berkempen di Manek Urai.


Lorat gaduh menaikkan papan tanda projek yang dijanjikan ketika prk manek urai dulu setelah menyedari janji bohong mereka itu di telanjangkan rakyat Kelantan. Sudah 11 prk berlangsung setelah PRU12, bermula di Permatang Pauh hinggalah ke Sibu, pastinya sudah 1001 janji dihamburkan umNO/bn. Cuba periksa janji mana yang sudah tertunai dan yang mana masih belum, pendek kata rakyat akan di perbodohkan setiap kali ada prk. 



Terlebih pandir lagi, bina papan tanda di Manek Urai tapi bangunan umNO di Kota Bharu tergadai, terlepas ke tangan PAS. Bangunan sepatutnya menjadi mercu tanda gahnya sesebuah parti, tapi kalau 'rumah' sendiri tak terjaga dan tak mampu pertahankan hanya pandai bina papan tanda projek tak usahlah bermimpi nak menjadi kerajaan di Kelantan!

4 comments:

Anonymous said...

sebagai seorang pensyarah yang juga merupakan ahli UMNO ,ingin mengucapkan tahniah kepada blogger daripada keturunan bijak pandai.ini kerana mengatakan ahli2 UMNO keturunan pandir. melabelkan orang merupakan kemahiran yang hebat daripada blogger. Sesiapa pun boleh memperlekehkan org. Sesiapa pun boleh mengaku dia baik dan lebih Islam,

Kulun said...

Wahai pensyarah AMNO/APCO,letak la nama woiiiii...pengecut ni pakai anon je...cehhhh!

asnah58 said...

semasa berkempen menawarkan berbagai janji, tetapi janji yang lepas masih blum di tunaikan. Janji tinggal janji baik tak yah mengundi.

Anonymous said...

kulun: daripada memanggil orang lain pengecut...baik awak ulaskan tentang apa Anonymous tue cakap.Memanggil orang lain pengecut macam childish.

BERITA TERKINI