Lahir pada 06.10.2008, bertujuan untuk melontar apa saja pandangan, komen, hasil penemuan, pendapat serta cadangan untuk renungan bersama. Yang pasti, isikandungnya bukan untuk memperlekehkan, menjatuhkan, memperkecilkan atau menempelak mana-mana pihak. Yang terkena tempiasannya terimalah dengan sikap terbuka dan profesional demi untuk memperbaiki kelemahan kita.
Saturday, April 20, 2013
PR : GAGAL DLM PERSEFAHAMAN - BERSEDIALAH UTK GAGAL
Amat malang buat rakyat marhaen. Rakyat pendokong PR selama ini dibuai dan didodoi dengan kata-kata lunak oleh semua pemimpin tertinggi disetiap ceramah disegenap pelusuk negara menyatakan kita semua perlu bersatu untuk menumbangkan rejim BN.
Amat malang buat rakyat marhaen. Rakyat yang selama ini percaya bahawa semua pemimpin tertinggi PR bukanlah tamakkan kuasa dan bukanlah jwatan yang dikejar tapi lebih utamakan perjuangan membebaskan rakyat dan keadilan kepada rakyat.
Namun hari ini, selepas penamaan calon, terbukti semuanya kosong.....kosong....... Pertembungan sesama sendiri di 7 tempat membuktikan pemimpin baik PAS maupun PKR mengejar jawatan, pangkat dan tamakkan kuasa.
Seluruh rakyat yang jatuh bangun bersama pemimpin ini tertipu! Impian rakyat yang menggunung dambakan kali ini PR mampu dan InsyaAllah akan ke Putrajaya hancur berkecai. Siapa yang harus di persalahkan? Apakah mereka yang bertembung ini sudah tidak menghormati arahan ketua-ketua mereka? Atau ketua-ketua mereka gagal mendisiplinkan mereka?
Samada isu ini akan diselesaikan (mengikut pemimpin tertinggi akan diselesaikan dalam masa yang terdekat) atau tidak, semua mata didunia sudah melihat kegagalan ini. Usah bicara isu yang sama juga berlaku di pihak BN tapi jika dibandingkan dengan BN mereka lebih gentleman dan gentlewoman. Mereka menentang BN semahu-mahunya tapi mereka bertanding atas tiket bebas! Malah mereka sanggup menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dikenakan hatta dibuang parti. (ada yang keluar parti pun).
Bagi PR, apa tindakan yang sama akan dikenakan keatas mereka yang bertembung ini? Jika mereka melanggar arahan sanggupkan PAS atau PKR memecat mereka? Atau sekiranya didapati ketua mereka yang mengarahkan supaya mereka terus bertanding. Sanggupkah PAS atau PKR memecat ketua yang memberi arahan?
Apapun yang akan diputuskan selepas ini, rakyat sudah jelas dapat melihat kebobrokannya. Betapa tiada persefahaman antara PKR & PAS yang kononnya dikatakan 'PAKATAN RAKYAT'. Ianya bukan Pakatan Rakyat tapi lebih layak di panggil PAKATAN RAPUH, RAKYAT MELUAT!
Maka ini kalilah! Bersedialah untuk GAGAL ke Putrajaya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam tuan tanah,inilah yang menjadi kebimbangan saya.Mungkinkah tragedi perang uhud berulang kembali
Post a Comment