Saturday, April 20, 2013

PR : GAGAL DLM PERSEFAHAMAN - BERSEDIALAH UTK GAGAL


Amat malang buat rakyat marhaen. Rakyat pendokong PR selama ini dibuai dan didodoi dengan kata-kata lunak oleh semua pemimpin tertinggi disetiap ceramah disegenap pelusuk negara menyatakan kita semua perlu bersatu untuk menumbangkan rejim BN.
Amat malang buat rakyat marhaen. Rakyat yang selama ini percaya bahawa semua pemimpin tertinggi PR bukanlah tamakkan kuasa dan bukanlah jwatan yang dikejar tapi lebih utamakan perjuangan membebaskan rakyat dan keadilan kepada rakyat.
Namun hari ini, selepas penamaan calon, terbukti semuanya kosong.....kosong....... Pertembungan sesama sendiri di 7 tempat membuktikan pemimpin baik PAS maupun PKR mengejar jawatan, pangkat dan tamakkan kuasa.
Seluruh rakyat yang jatuh bangun bersama pemimpin ini tertipu! Impian rakyat yang menggunung dambakan kali ini PR mampu dan InsyaAllah akan ke Putrajaya hancur berkecai. Siapa yang harus di persalahkan? Apakah mereka yang bertembung ini sudah tidak menghormati arahan ketua-ketua mereka? Atau ketua-ketua mereka gagal mendisiplinkan mereka?
Samada isu ini akan diselesaikan (mengikut pemimpin tertinggi akan diselesaikan dalam masa yang terdekat) atau tidak, semua mata didunia sudah melihat kegagalan ini. Usah bicara isu yang sama juga berlaku di pihak BN tapi jika dibandingkan dengan BN mereka lebih gentleman dan gentlewoman. Mereka menentang BN semahu-mahunya tapi mereka bertanding atas tiket bebas! Malah mereka sanggup menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dikenakan hatta dibuang parti. (ada yang keluar parti pun).
Bagi PR, apa tindakan yang sama akan dikenakan keatas mereka yang bertembung ini? Jika mereka melanggar arahan sanggupkan PAS atau PKR memecat mereka? Atau sekiranya didapati ketua mereka yang mengarahkan supaya mereka terus bertanding. Sanggupkah PAS atau PKR memecat ketua yang memberi arahan?
Apapun yang akan diputuskan selepas ini, rakyat sudah jelas dapat melihat kebobrokannya. Betapa tiada persefahaman antara PKR & PAS yang kononnya dikatakan 'PAKATAN RAKYAT'.  Ianya bukan Pakatan Rakyat tapi lebih layak di panggil PAKATAN RAPUH, RAKYAT MELUAT!
Maka ini kalilah! Bersedialah untuk GAGAL ke Putrajaya!


Thursday, April 18, 2013

WIRA 'PUTRA' HUSAM TAKLUK PUTRAJAYA

YA ALLAH...KURNIALAH KEMENANGAN KEPADA DATUK HUSAM MUSA UNTUK MENAWAN P125 PUTRAJAYA DAN KURNIAKANLAH KEMENANGAN KEPADA ORANG-ORANG YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM SEPERTIMANA ENGKAU BERIKAN KEMENANGAN KEPADA ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DARI KAMI. WALAUBAGAIMANAPUN ENGKAU RENTAPKANLAH SEGALA KESENANGAN DARIPADA MEREKA JIKA MEREKA GAGAL MELETAKKAN ISLAM DIPUNCAK SETELAH MEREKA BERKUASA. AMIN.
 
rekaan rakan facebook
 
 
 

Monday, April 15, 2013

Friday, February 15, 2013

NAJIB DIDAHULUKAN RAKYAT MERANA

Rakyat di T1PU lagi.................
Mana ada rakyat di dahulukan, jalan yang bakal di lalui Najib untuk ke rumah terbuka Tahun Baru China di Puchong sedang di turap.
Wahai Najib, nak tengok jalanraya untuk rakyat sila masuk terus kedalam menghala ke Putra Perdana. Baru dapat lihat jalanraya macam sarang bahulu, lubang sana dan lubang sini.

 

 
 
askamakalikada - beraya dengan Mei Lin dan Tong Seng saja.

BERITA TERKINI