Saturday, March 21, 2009

KEMPEN DI GANTANG, SELAMBAU & AI


1. Dari Perlis hingga ke Sabah dah tahu bahawa "umno sudah sampai di penghujung jalan", TAK PAYAHLAH MUHYIDDIN BERSUSAH PAYAH SEKARANG BARU NAK SEDARKAN umno, ORANG KAMPUNG SEMUA DAH TAHU.

2. Berdongeng lagi Muhyiddin, "umno mesti segera berubah untuk mengembalikan semula pengaruhnya", dan karutnya lagi, "umno hanya mempunyai masa 4 tahun untuk berubah sebelum diadili semula oleh rakyat pada PRU13 nanti", INILAH BUKTINYA umno HANYA KEMARUK KUASA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SEMATA-MATA UNTUK MENANG PILIHANRAYA, BUKAN NAK PIKIR BAGAIMANA NAK BELA RAKYAT.

3. Cerita Muhyiddin lagi, "umno tidak boleh menunggu 10 tahun lagi untuk berubah kerana pada masa itu ia sudah terlambat". MEMANG DAH TERLAMBAT PUN, DAH TAK RELEVAN LAGI.

4. Ketua KERAjaan Melaka (yang rasuah) pulak nak samakan dia dengan Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim, apalah punya cetek fikiran. Malangnya rakyat Melaka dapat KM macam ni. ALI, kamu tau tak apa sebab Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim dipenjarakan, BUKAN KERANA RASUAH MACAM KAMU. Dah kena londeh dan terbukti bersalah rasuah, masih lagi nak menjadi KETUA MENTERI.

5. Ingat tak lagi bila Pulau Batu Putih terlepas ke tangan Singapura, masa tu dimana kumpulan yang bergelar PEMUDA umno, semuanya masuk lubang cacing. Bisu terus dan muka pun tak nampak, hilang dengan keris-keris sekali. Rasanya kali ke2, pemuda umno kalah dengan Singapura, kali pertama dulu bila Singapura nak keluar dari Malaysia, apa kata pemuda umno, "langkah mayat kami dulu!". Singapura betul-betul keluar, semua pemuda umno masuk lubang cacing.

6. KHAIRY jugak didapati bersalah, tetapi diberi amaran sahaja. Hai, orang yang rasuah pun masih boleh bertanding? Inilah undang-undang umno, double standard, takkanlah Ali tak faham-faham lagi. Dunai dah tahu KJ rasuah, tapi umno masih bela orang-orang macam ni, patutlah Tun Mahathir hari-hari dok hentam umno. KJ yang tak reti malu pun bangga lah, kerana masih boleh bertanding ketua pemuda (yang akan masuk lubang cacing seperti 2 isu dengan Singapura).

7. Berbalik kepada isu Pulau Batu Putih, tentu NAJIB ada cara bagaimana nak rampas balik Pulau Batu Putih tu, kerana ini adalah maruah Malaysia, sebagaimana dia berjaya rampas Perak, by hook or by crook. Takkan nak lepas terus kepada Singapura, maruah negara kena juga dipelihara, takkan nak jaga maruah umno sahaja bila Perak terlepas kepada PR.

8. Rakyat Malaysia berhak bersuara dalam apa jua isu yang berbangkit, Zaid Ibrahim juga adalah rakyat Malaysia yang sah, apa salahnya dia menyuarakan kebimbangannya bila Najib bakal jadi PM, dan apa salahnya mengemukakan pendapat dan pandangan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong. Belum jadi ketua pemuda umno, MUKHRIZ dah nak komen hal orang lain yang mempunyai hak bersuara. Biarlah kamu menang dulu ketua pemuda tu, masuk pilihanraya dulupun ramai yang membantu, kalau tidak lingkup juga.


9. Amboi, MUHD TAIB, calon timbalan presiden pun berkokok juga, Fairuz letak jawatan cara terhormat, kerana dia sedar dia tak mampu nak teruskan, lebih bermaruah daripada jadi 'katak', lompat sana lompat sini. Kamu pun patut tarik diri dari bertanding timbalan presiden, sedarlah diri sikit. Harap orang Ali nak sokong kamu, jangan diharap lah.

10. Sama-sama kita tunggu dan lihat adakah ADNAN Pahang akan sambut cabaran Tajuddin untuk bertemu di Masjid Negara nanti. Kalau dia tak hadir, boleh lah dia join Ali, ketua KERAjaan ke 2 yang tak ada kredibiliti, tak tau malu.


11. Macamana RAJA KATAK IBRAHIM di Pasir Mas, tak reti nak buat keputusan lagi ke, PAS tak mau dan UMNO pun tak sudi, rakyat Pasir Mas pun tak ingin, baik letak jawatan lah. Ke nak masuk MCA, ataupun IPPF.

No comments:

BERITA TERKINI