Lahir pada 06.10.2008, bertujuan untuk melontar apa saja pandangan, komen, hasil penemuan, pendapat serta cadangan untuk renungan bersama. Yang pasti, isikandungnya bukan untuk memperlekehkan, menjatuhkan, memperkecilkan atau menempelak mana-mana pihak. Yang terkena tempiasannya terimalah dengan sikap terbuka dan profesional demi untuk memperbaiki kelemahan kita.
Tuesday, March 31, 2009
UmNO SERANG MIC DI BUKIT SELAMBAU
Setelah diisytiharkan Bukit Selambau akan diadakan prk, umNO beria-ia mahu bertanding di kawasan ini tanpa mengambil kira bahawa kerusi sememangnya kerusi mic sejak dulu lagi. Hulubalang umNO di Kedah bertungkus lumus mahukan umNO bertanding dengan alasan mic sudah hilang pengaruhnya keatas rakyat India yang menjadi pengundi penentu kemenangan di Bukit Selambau.
Seluruh kekuatan umNO Kedah cuba mempengaruhi pimpinan tertinggi mereka bahawa kali ini umNO patut diberi peluang bertanding dan menghadapi pr di Bukit Selambau, berbagai cara mereka gunakan untuk melemahkan mic samy. Namun akhirnya mereka akur dan mengalah dengan keputusan pimpinan tertinggi, yang tersiratnya mic samy lebih kuat dari umNO kedah, akhirnya mic samy berjaya meyakinkan pimpinan tertinggi bahawa calon mic boleh merampas balik kerusi yang tewas pada pru12 lalu.
UmNO kedah nampaknya jelas lemah selemah lemahnya, kalau dengan mic samy pun umNO Kedah kalah, baik tak payahlah nak berdepan dengan PR.
Bila babak penamaan calon selesai Malaysia amnya dapat menyaksikan 13 calon hantu bukan hantu dan orang bukan orang bertanding. Maka babak ini mencatitkan sejarah yang tak mungkin dapat diatasi dimana-mana prk atau pru yang akan datang. Berikutan itu, maka berkokoklah ayam-ayam hingga tahi terpalit diekornya, bahawa ramainya spesis calon ini menunjukkan ada perpecahan dalam PR, mereka ini terdiri dari serpihan PR yang sanggup belot kepada pimpinan PR.
Pak Lah dengan angkuh berkata umNO tidak boleh ada 2 calon bertanding. Bukan angka 13 yang menarik perhatian aku. Tapi cuba lihat apa yang dibongkar oleh zulmamak (http://zulmamakpng.blogspot.com/). Pembongkaran tahap kelas pertama oleh zulmamak.
Salah seorang calon hantu bukan hantu @ orang bukan orang yang bernama Mejar (B) Hj Anuar Abd Hamid yang diterima dan disahkan pencalonannya adalah merupakan ahli umNO malah beliau memegang jawatan sebagai ajk umNO bahagian Merbok (1995-2008) tambahan lagi beliau adalah ketua cawangan umNO Jln Badlishah (1995-2008).
Mengata dulang paku serpih, terbukti sudah, Pak Lah membuat siri pembohongan tahap kelas A+. Hj Anuar jelas ditaja oleh umNO bertujuan untuk memecahkan undi atau sememangnya Hj Anuar bertindak sendirian menentang pimpinan tertinggi untuk bertanding. Kalau dia bertindak sendirian, kita tunggu dan lihat adakah Hj Anuar bakal dikenakan tindakan disiplin kerana bertanding menentang calon bn. Sama-sama kita tunggu.
Tapi sebenarnya yang tersirat adalah dendam umNO. Dari maklumat dalaman umNO yang diterima setelah tewas dengan mic samy dalam perebutan meletak calon umNO bertanding maka umNO Kedah berdendam dengan mic samy. Dalam diam umNO merangka strategi membalas dendam terhadap mic samy. Jangan terkejut sekiranya aku katakan ada antara calon bebas India juga ditaja oleh umNO Kedah selain dari Hj Anuar. UmNO Kedah akan pastikan calon mic samy kecundang sebagaimana mereka kalah dalam perebutan menjadi calon. Inilah buktinya bn berada diambang perpecahan dan berperang sesama sendiri.
Bagi umNO Kedah yang berdendam dengan mic samy ini lebih sanggup melihat calon mic samy tewas kerana mereka juga tewas ditangan mic samy. Kata umNO Kedah, " daripada aku tak jadi calon, lebih baik engkau juga tersungkur."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment